30 April 2011

lelaki dan perempuan.

6 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



waaaaaaaaaaaaaaahhhhh. lame la pulak rase nye x update blog. ok, maksud aku update panjang berjela. x sempat kot. eceh, x sempat laa sangat. 

hari ni aku nk update pasal ape aku belajar. mmg laa macam boring. tapi siyes menarik. aku terasa menarik laaa. btw, ade seorang hamba Allah suruh aku tulis pasal ape aku belajar. so ini salah satunye laa.

ok, berbalik pada tajuk. lelaki dan perempuan. seperti yang semua sedia maklum, lelaki ngan perempuan, memang komfem laa berbeza kan. sebab tu Allah jadikan manusia ni berpasangan. untuk saling melengkapi antara satu sama lain.


tadi belajar ANATOMY. belajar pasal nervous system. belajar pasal brain, cerebellum, spinal cord and kejadah sume tu. time nak habis masa tu, lecturer tanye,



what is the major difference in the brain of a male and a female?


mula lah semua merapu2 jawab. laki punye otak besar laa, pompoan punye otak besar depan laa sbb frontal lobe kawal emosi laa, ape ntah lagi. hahaha. pastu lecturer cakap laa, sekarang tak mau bincang pasal perbezaan anatomy dy. tapi bincang secara functional nye. 

satu kelas diam. tak tahu nak cakap apa.




doktor pun bagitaw laa. lelaki ni, otak dia macam kotak. ada beribu-ribu kotak dalam otak lelaki. kotak-kotak ni tak pernah bergabung. 

kotak untuk diri sendiri
kotak untuk kereta
kotak untuk study
kotak untuk isteri
kotak untuk anak
kotak untuk kerja
kotak untuk tidur
kotak untuk tengok tv
kotak untuk menyanyi


dan beribu-ribu kotak lagi lah. sekali lelaki bukak satu kotak, dan masuk dalam kotak tu, dia akan kunci kotak tu. fikiran dia akan fokus pada apa yang dalam kotak tu aje. tak akan fikir pasal benda lain. contoh, kalau masuk dalam kotak tengok tv, minda dia akan fokus pada tv je. kalau orang sebelah cakap, dia tak boleh concentrate pon. dengan kata lain, dia akan buat bodoh je dengan keadaan sekeliling. haha. that really explains abah's habit. hahaha. abah kalau menghadap paper, memang tak akan layan sape-sape pon kat sekeliling dy. hahahahaha. 

so, sebab tulah boleh dengar kes yang perempuan rasa terpinggir kalau balak dia jumpa kawan-kawan dy. yelaa. dy da keluar dari kotak awek, masuk kotak member. so memang laa dia tak akan layan awek dia. hahahahaha. lelaki memang susah nak fokus dua kerja dalam satu masa.



dalam pada itu...................





berbeza pulak dengan perempuan. otak dia macam network. wayar yang berselirat. semua bergabung sesama sendiri. family gabung dengan study gabung dengan kengkawan cantum dengan balak cantum dengan make up gabung dengan shopping dengan semua laa. tadi Dr. Adam tu cakap, macam internet. semua benda nak fikir serentak. sebab tu cara berfikir perempuan ni COMPLICATED. hahaha.


dan sebab ni lah, perempuan boleh buat macam-macam kerja serentak. senang kate, nak buat semua dalam satu masa. boleh berjalan, sambil dengar lagu, sambil baca novel sambil berbual dengan kawan kat sebelah. pergh, mmg mantap. hahahaha. 



time ni, memang satu kelas da gelak gile-gile lah. sebab betul kot apa yang dia cakap. tapi dia sambung lagi huraian dia......



ada satu kotak yang paling disukai oleh lelaki.
semua lelaki suka betul masuk kotak ni.
tak kira masa dengan tempat, asyik kotak ni jugak yang dia pilih.

kotak ape?

kotak tak ada pape
BOX OF NOTHING (BON)


kotak ni tak ada pape.
kosong.
senang kate,
lelaki suka betul buat bodoh.
HAHAHAHAHAHA.

pernah tak nampak lelaki yang tiba-tiba je tekan-tekan kalkulator tanpa sebab?
lelaki ketuk-ketuk meja tak pasal-pasal?
lelaki tukar-tukar channel tv berturut-turut?
tak pon, duduk diam-diam tetibe?

tu petanda lelaki tu da masuk box of nothing laa tu. motor neuron dia tak berfungsi da tu. yang gerak-gerak kan tangan dia tu, sensory neuron dia. fikiran dia, kosong je time tu. hahaha.

Dr. Adam cakap, sebab tulah, kat mana-mana pon kita boleh nampak lelaki ni duduk diam tak buat apa-apa. bila tanya, 

what are you thinking?

dan jawapan nya,




NOTHING~~~



dan biasa nya, perempuan akan tension sangat bila lelaki jawab macam ni. sebab perempuan ni terlalu complicated sampai tak boleh terima keadaan nothing tu. mesti nak ada sebab. tak pernah ada istilah 'tak ada pape' dalam life seorang perempuan. hahaha. 

kajian kat US mendapati, lelaki ni sangat hebat sebab memang boleh tak fikir ape-ape langsung tapi masih mampu bernafas. memang KOSONG dalam fikiran diorang. dasyat kot. hahaha.

Dr. Adam cakap lagi, kalau lah para isteri kat dunia ni tahu pasal kehadiran kotak-kotak ni, komfem kadar penceraian kat dunia ni akan menurun secara mendadak. sebab mengikut kajian, penceraian kat dunia ni major nye sebab salah faham antara suami isteri. yelaaa. bayang jelaa. kalau si suami tu masuk box of nothing tu, si isteri bebel-bebel kat sebelah, si suami tu bukan fokus pun. last-last si isteri tu rasa si suami tak bagi perhatian kat dia. pastu gaduh. pastu cerai. haru kan macam tu. hahahaha.


so pada aku, memang sangat menarik lah apa aku belajar hari ni. yela. sebab aku tak ada adik beradik lelaki kot. jadi bila tahu sifat lelaki, rasa belajar benda baru. hehe. balik-balik kelas je, memang penuh laa noti fesbuk aku, budak-budak kelas aku cerita pasal box of nothing tu. hehe. paling tak boleh blah, status hajar - belajar menjaga keharmonian rumah tangga. HAHAHAHAHA. then. hanis jumpa kat youtube ade orang -yang terangkan pasal hal ni. hampir sebijik dengan apa Dr. Adam cerite dalam kelas. lawak gile kot. tergelak-gelak aku tengok. hahahaha.




kepada pasangan suami isteri, sila lah bertolak ansur. =)

exam practical, sebulan saje lagi. final exam written n oral, minggu kedua bulan 6. habis exam hujung bulan 7. huhu. aku tengah survey tiket balik malaysia. hmm. tarikh mane ye best? 29/7? 30/7? 31/7?

haih. 1/8 puasa. wuaaarrrghh. tulah hari tu da balik. kan da kene pendekkan cuti. sob, sob, sob. sangat jeles dengan budak cairo uni. ='(

ok. cukup. tido time.


......



25 April 2011

skittles.

4 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




ok, sekarang da x ketagih coklat.
tapi ketagih gula-gula.
hailoooo.
apsal laa aku suka benda yang tak elok untuk gigi.
=.="

semalam pergi fatahallah,
terus rembat 3-3 ni.
sangat teruja sebab sangat menarik.
nampak sedap kan? kan? 
hahahaha.


.....

24 April 2011

jalan-jalan lagi. =D

3 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

ok. lame rase x membebel. yelaaa. bape hari ni x sempat. balik-balik kelas je memang lepak habis. so sementalah hari ni cuti, boleh laa nk membebel.

semalam aku ikut kawan-kawan aku pergi cek gigi dyorang. eiyra, apip, dalilah, gana, nad. semua pakai braces kecuali aku ngan nad. aku ngan nad, penasihat pemakai braces kelas. HAHAHA. dyorang buat dekat MANSOURAH. so aku mengambil kesempatan tu tuk jalan-jalan laa kan. sebab aku x jejak kaki lagi kat sane. ngeeee. =P

dari Tanta ke sane dalam 45 minit je. sampai je sane, naik teksi pergi klinik tu. betul-betul depan Universiti Mansourah. depan fakulti medic dyorg. tapi aku cakap laa, berderet-deret kot kedai depan uni dyorg. jeles2. uhuuuu. then, aku masuk lah klinik dyorg tu. name nye, ROYAL DENTAL. gile r. macam istana. cantik giler. berjuta kali lagi cantik dari klinik gigi aku dulu. ape lagi. bergambar laa. =D








cantik gile kan?? tu baru tempat menunggu. pastu kitorg pon pergi makan. ade kedai makan itali kat situ. ade akak mansourah rekemen. tapi, maap laa. x sedap sangat. Pasta Divina TANTA lebih sedap. macam biasa je rase dy. pastu murah sket laa compare ngan pasta divina.

mereka yang berGIGI BESI. =B

kat malaysia, jangan harap laa nak dapat cheese pizza sebanyak ni. nyum3. 


kat mesir ni, mmg heaven bab makan laa kan. sepinggan spegeti mcm atas tu, baru 12 genih. maksudnye RM6. waaaaaaa. mane x makin debab je duduk mesir ni. HAHAHA.

lepas makan, mereka pergi laa balik klinik tu. aku ngan nad, ape lagi. shopping time. haha. nad laa hebat gile. beli macam-macam. aku lak, ntah laa. tak tahu nak beli ape. last2 beli barang tuk orang malaysia. settle. 

woit! selambe je jalan xde musyrif. hehehe.

lepas maghrib, balik laaa Tanta semula. 

untuk lebih lanjut, baca nad punye blog. klik,klik.


oh ye. semalam ngan hari ni hari menelefon sedunia. eh silap, menelefon malaysia. HAHA. aku tepon kawan-kawan aku kat malaysia sana. tapi tu laa. ada yang x mau angkat. sabar jelaa. tahu laa nombor yang keluar pelik. tapi angkat jelaaa. kecewa aku. :'( tapi pape pon seronok laa gayut ngan kawan-kawan aku. yup, sekali kawan, sampai mati kawan.

ade quote yang menyatakan,

kita tak mungkin akan dapat kawan sebaik kawan di zaman sekolah.

hoooyeaaah. sayang rindu love you all muaaah muuaaah laa. hahaha.

btw, dari semalam satu lagu tanah waqafan asyik bermain kat telinga aku. siyes aku da x ingat. wuuuwaaaa. yang aku ingat:

indahnya ukhwah,
tanpa terpalit rasa,
sifat mazmumah,
antara kita.

ni je yang aku ingat. ape starting lagu ni ek? aiseh. baru 2 tahun tinggalkan sekolah, aku da lupa. wuuuwaaaa. :'(

ok cukup. aku baru je tertidur 2 jam waktu petang. yeee, TERTIDUR. lame gile kot. bangun bangun tido mmg da mcm org sewel. tak suka tidur petang, pening kepala pusing-pusing macam nak pitam. kan Rasullah pun x bagi tido petang. yang ko gi tido tu kenapa. memang laa padan muka. haih. =.="

cukup. nak cari minyak kapak.

.....

22 April 2011

kawan terakhir...

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



semalam aku buat status dekat fesbuk aku,

kadang-kadang susah sangat nak cakap apa yang dalam hati. bukan sebab tak ada orang yang akan faham, tapi sebab nanti ramai orang yang akan salah faham. jadi, diam itu lebih baik.

aku tulis tu, bukan berdasarkan current condition aku.
aku sihat je sekarang.
tak ada pun yang ingin aku luahkan.
aku dapat pengajaran tu lepas tengok cerita ni.




LAST FRIEND

cerita jepun.
cerita dia unik dan lain dari lain.
tak ada jiwang-jiwang semua tu.
yang aku faham, cerita ni pasal golongan orang yang bermasalah jiwa.
trauma dgn masa silam. benci dengan sejarah hidup dyorg.
masalah jiwa ni macam-macam.
dalam cerita ni, 5 orang watak utama.
dari luaran, golongan ni nampak normal, hidup bahagia.
tapi hakikatnya, tak ada siapa tahu apa dalam diri n hati masing-masing.

don't judge a book by it's cover.
betul, tepat sekali.
kita tengok someone tu, kita tak akan dapat teka apa yang dalam diri dia.
apa sebenarnye yang dia rasa.
apa yang dia sembunyikan.
ape sejarah silam dy.
tapi apa yang manusia lain tahu, cuma menghukum.
menghukum golongan ni.
tak bagi peluang untuk golongan ni teruskan hidup dyorang macam org normal.
bukan dyorg mintak pun dilahirkan macam tu.

dyorang selalu akan pendam masalah dyorg,
simpan sorang-sorang.
bukan sebab dyorang tak ada kawan.
tapi sebab dyorang takut.
dengan bagitahu sejujurnya apa yang dalam hati dyorg,
dyorang akan kehilangan segala-galanya.
dyorang akan mengecewakan semua orang yang dyorang sayang.

ada je manusia-manusia yang cakap,

'i will be your crying shoulder'
'when u sad, i will cry for you'
'we will go through this togather'
'i will never ever leave you'

tapi
manusia-manusia ni tak akan faham pun.
sekali-kali tak akan faham.
cuma buat orang bergantung harap,
then bila sampai satu waktu,
manusia-manusia ni akan tinggalkan dyorg terkapai-kapai.
sorang-sorang.

jadi,
bukankah adalah lebih baik untuk diam dan pendam?

ok, bunyi mcm emosi. haha. biasa laa, azyan~~ tengok cerita yang sama 5 kali pun boleh nangis. feeling terlebih pulak. hahaha. tapi watak paling menakutkan dalam cerita ni, laki yang bawah sekali tu. gila seram kot. aku doa aku tak dapat suami sekejam itu. gile takot kot~~ psiko habes. itulah jadi bila kita anggap seseorang tu hak milik kita. gile seram laki tu. siyes.

btw, aku cuti 4 hari. jumaat, sabtu, ahad, ngan isnin. orang mesir nak sambut spring.

esok nak ke mansourah. =D


.......



20 April 2011

3.49 AM

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

jam sekarang tepat pukul 3.49 AM

apa nak buat?
kejap lagi azan Subuh.

haih.
jangan mengeluh lagi azyan.
sila buat kerja anda cepat-cepat.
amanah tu.




aku rasa aku ada masalah la.
aku tak boleh pegang buku bila aku nampak orang lain pegang buku.
sebab tu dari dulu aku suka belajar sorang2.
sebab aku rase down tengok orang lain pegang buku.
pelik kan.
bukan makin bersemangat.
lagi aku tengok orang pegang buku,
lagi cepat laa aku cari katil untuk tidur.
bermasalah betul
=.="

esok kelas 8.30 sampai 4 petang.
non-stop.

sila bersedia otak dan badan.

anda perlu kuat.


......

19 April 2011

gigi oh gigi~~

6 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


baru-baru ni 3 orang ahli bait aku pakai BRACES.
eiyra,
apip,
nadia.
dalam kelas 5 orang.
tambah gana n dalillah.
name dalam bidang dentistry,

ORTHODONTIC APPLIANCES

ada lagi sorang yang bakal pakai dalam mase terdekat.
hasanah.




bila tengok dyorg semua,
tetiba teringat zaman dulu-dulu.
dulu aku pon pakai jugak.
tapi aku pakai masa kecik-kecik.
ok, form 1 tu di kire kecik ke?
HAHAHA.

aku pakai dari SEPTEMBER 2005
sampai MEI 2007
eh,MEI ke MAC r?
x ingat laa.

da 4 tahun aku bukak.
=D

lebih kurang setahun setengah la jugak aku pakai.

sebab tu sampai sekarang kalau aku jumpa orang yang pakai braces ni,
aku teruja.
sebab bukan semua ada peluang nak pakai braces ni.
bak kate abah,
orang yang sanggup melabur beribu ringgit je yang pakai braces ni.
hehehe.

thanx BABAH =)

memang siyes laa mahal kan.
tapi sebab bukan duit aku,
macam tak terasa sangat la.
hehehe.

penat aku cari gambar aku pakai braces dulu,
tak jumpa laa pulak.
yelaa, zaman tu mane org gune kamera digital sangat.
so aku pon x pasti ade x lagi gambar2 aku dulu.
kat rumah ada laa kot.
lawak kot bile ingat balik.
kenangan tu.

kawan-kawan aku yang pakai kat mesir ni,
kene bayar LE 5500.
tukar duit malaysia,
baru RM2750
gila murah.
aku rasa dulu abah aku bayar,
2 kali ganda harga ni.
tu baru harga basic,
belum cmpur charge2 lain.
woooowaaaaaaaa.
belum campur duit minyak sume tu.
terharunye babah.
=')

bakal-bakal doktor gigi.
insyaAllah.
eiyra n apip, sila bertahan dengan kesakitan anda. =')


tapi sekarang siyes aku sangat-sangat sedih tengok condition kawan-kawan aku.
sebab jujur cakap,

MEMANG SANGAT SANGAT SAKIT.

aku paham laa sakit tu macam mane.
sakit yang tak boleh digambarkan.
rasa macam serba tak kena.
so kalau yang gigi tu cacat siket je,
x payah la menyeksa gigi korang tu.
kawan-kawan aku sekarang,
semua x boleh nak mengunyah.
tidur pon x lena.
sakit 24 jam.
sedih kot tengok dyorg macam tu.
bayanglah.
dulu aku pakai mase form 1.
law ikut ape yang aku belajar dekat dental marphology,
root gigi aku tym tu x complete lagi.
jadi pergerakan gigi x lah susah mane.
tapi tu pon macam nk pengsan da sakitnye,
kawan-kawan aku lak sekarang semua da 19 tahun.
root semua da complete.
memang seksa gila la weyh.

dalam kelas aku sekarang,
aku, aina, nad, ngan aisyah laa insan2 yang ade pengalaman.
kitorg asyik cerita pasal pengalaman kitorg sampai budak2 ni cakap kitorg ni tak supportive langsung
hahahahaha.
sorry laa. kitorg cerita yang benar dari pengalaman je.
bukan bermaksud nak menakutkan korg.
: )


abah cakap, untuk gigi je hantaran kawin da 10 ribu
matilah aku. kene cari laki kaye laa ni.
hahahaha. =.=" 


chaiyok!!!
aku tahu korang tabah.
sila sentiasa ingat ayat nad,

a great dentist must have a beautiful smile.
=)


.......

17 April 2011

=')

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

laporan akademik pre-dental University of Tanta.

ANATOMY
general anatomy

HISTOLOGY
general histology

PHYSIC
properties of matter
heat
electric and magnetism
optic

CHEMISTRY
organic chemistry
physical chemistry

ZOOLOGY
general zoology
physiology of animal
histology of animal
genetics

DENTAL MATERIAL
8 subtopic yang banyak gila.

DENTAL MARPHOLOGY
2 buku teks yang mengandungi,
32 gigi kekal
20 gigi susu
sistem penyusunan gigi dalam mulut.

MEDICAL TERMINOLOGY
segala term yang digunakan dalam dunia medic

then,
tambah dua subjek baru

ICDL

HUMAN RIGHTS




cuti JUMAAT sahaja.
kalah SPM

ok.
redha AZYAN!
ikhlaskan hati anda.


PENAT.
babai.



.......
0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



manusia memang pentingkan diri sendiri kan.
selalu fikir pasal diri sendiri.
bila kecewa, sakit, terluka,
pentingkan diri sendiri je.
tak pernah ingat orang lain.
rasa diri sendiri je paling teruk.
padahal ramai lagi yang tengah menderita.
kadang-kadang tak sedar,
orang yang paling rapat dengan kita tengah sakit.
asyik fikir diri sendiri je,
sampai tak sedar perihal orang lain,
padahal orang tu depan mata je.
itulah manusia.



akhir-akhir ni aku da tak membebel panjang panjang kan.
kenape ek?

I hate this love song, I’ll never sing it again
So I can stop thinking of you, so I can finally forget you

ye, ada satu lagu itu.
dulu sangat suka,
sekarang tak mahu dengar lagi.
sampai bila-bila pun.
kalau agak2 nak tengok aku nangis,
bagilah aku dengar lagu tu.
lagu apa?
ada laaaa.
hahahahaha.


......

15 April 2011

rasa letih.

4 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



teka, mana satu aku?
HAHAHA.
tetiba jumpa gambar ni.
i miss my sibling soooooo damn much.
masuk mira sekali laa even dy xde dalam ni.
haha.

alangkah indahnya zaman kanak-kanak.
tak payah pikir banyak.
sekrang ni pun,
banyak lagi yang aku x lalui.
tapi semakin lama terasa makin letih.
makin penat.
hari-hari rasa nak merungut je.
astaghfirullah.
jangan banyak merungut azyan.
tak baik kan.

kan Allah da cakap,
Allah takkan membebani hambanya melainkan apa yang dia mampu.
Allah tahu kau boleh buat!
lagipun,


Maka ingatlah firman Allah: 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


so sila berhenti merungut dan rasa tak puas hati.
insyaAllah, ada hikmah disebalik setiap kejadian.
sila sentiasa ingat tu ye azyan!!!!

azyan kecik tu,
da bertukar jadi azyan sekarang ni.
umur pon da tukar.
dari 4 tahun, sekarang da jadi 19 tahun.
15 tahun da berlalu.
azyan yang kecik comel tu,
insyaAllah dah menjadi azyan yang lebih baik.
dan harapnya, sentiasa dapat berubah kepada yang lebih baik.
=)



macam da boleh kawen je ni =P


chaiyok azyan!
tak mau seribu rungutan,
tapi nak berjuta pencapaian.

dengan izin ALLAH.

=D

.......