29 October 2011

khamis yang emosi.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah. dapat bernafas lagi hari ni.

siyes. sayang sangat dekat korang.

sebenarnya nak cerita tentang hari khamis lepas.
disebabkan hari jumaat semalam internet rumah aku sedang dibaik pulih, so nak cerita hari ni.

hari khamis lepas, siyes hari yang terlampau penuh dah mampat dengan pelbagai benda dan aktiviti bercampur emosi dan perasaan.

kami, pelajar tahun satu, fakulti pergigian Universiti Tanta dengan penuh semangat waja plan program untuk adik-adik pre-dental tahun ni. GLOW WITH FLOW.


poster tergesa-gesa. x sampai bapa jam pon dah siap. haha. credits to Fahmi.


aku, ditaklifkan sebagai AJK persiapan + kebersihan + pengisian program memang sangat letih laa.
*disebabkan program utk dentist je, jadi AJK pon main gabung-gabung. haha.*

program ni memang dalam keadaan tergesa-gesa. serius masa suntuk yang sangat-sangat.
bayanglah. program hari khamis, hari Ahad baru PCT bagitaw, then hari selasa malam baru ade meeting semua adhoc pelaksana.
mahu tak gila nak prepare semua dalam masa satu hari.
tambahan pula hari Rabu kelas kitorang 8.30pagi sampai 3.30 petang.
rasa nak gila kot hari rabu tu. 

setelah semuanya macam dah hampir lengkap, Allah menguji kami sekelas, terutamanya pelaksana program ni.
pagi-pagi Khamis tu, dapat phone call kata hanya 12 orang pre-dental sahaja yang bakal hadir. yang selebihnya, menghadapi masalah. orang luar yang cuba memporak perandakan ketenteraman kami semua. bayangkan lah, dari 53 orang yang sepatutnya datang, hanya 12 sahaja??!!

Ya Allah, masa tu. rasa macam kecewa + sedih sangat-sangat. sorang demi sorang mula rasa give up, fed up, sakit hati. marah, bengang, berkecamuk perasaan. sampai tak tahu, boleh berlangsung tak program ni. tapi Pengarah program, Azhari cuba bagi kata-kata semangat. tak pe, kita teruskan sahaja.

Alhamdulillah. 
Alhamdulillah. 
Alhamdulillah.

program berlangsung dengan jayanya. kesian dekat ahli panel forum sebab bagi talk pada 10 orang je. takpe. InsyaAllah ada hikmahya atas semua yang berlaku ni.

program yang sepatutnya untuk pre-dental dah bertukar jadi program first year. 

46 first year + 10 pre-dental 

terbaek lah! 

ni laporan rasmi program tu.


siapa dapat cari aku dalam gambar tu, memang terbaek. haha.


tetiba nak cerita something dekat sini. masa aku handle slot LDK tu, seseorang dalam kelas aku menegur aku. dia buat gaya je dr tempat duduk dia suruh aku betulkan lengan baju aku. salah aku jugak sebab tak pakai arm sock dan pegang mic gaya macam x bersalah je lengan baju kurung dan terselak sampai ke siku. yang buat teguran tu tertusuk dalam hati, sebab yang tegur aku tu lelaki. macam mane eh nak gambarkan perasaan tu. rasa terharu sangat. terkesan sangat teguran tu sampai sepanjang hari aku teringat. seingat aku, lelaki yang pernah tegur aku bab-bab ni, Luqman jelaa kot dulu masa dekat INTEC. bukan nak kata aku dah jatuh hati kat orang yang tegur aku tu, tapi terase terharu dan tersentak sebab terasa ada orang yang ambil berat pasal diri kita ni. yelaaa, dosa tu dosa aku, tapi sebagai seorang kawan, dia tegur aku tanpa kisah pun aku ni perempuan. so, terima kasih banyak-banyak dekat hamba Allah tu sebab tegur aku. =)

daripada 25 y like tu, 20 budak kelas aku. haha.

habes program tu, terus pergi tolong rumah 3A pindah. tak sempat-menyempat tukar baju. haha. dah jadi perempuan melayu terakhir. 

seronok sangat sebab terasa ukhwah satu kelas. lelaki perempuan, semua sama-sama tolong angkat barang dari tingkat 6 turun bawah. semua masa tu sangat-sangat penat. lebih-lebih pelaksana program. tapi semua turun padang tolong apa yang perlu. dah tak terasa penat tu bila ramai-ramai datang tolong. 

Subhanallah. indahnya ukhwah tu.

lepas isyak, semua balik rumah. memang macam dah terlepak la kan dekat hall.
(eceh, mentang2 sekarang umah aku dah ade hall yang besar. haha.)

x sampai setengah jam, ade ketukan dekat muka pintu. ingat tuan rumah nak mintak sewa awal seminggu. TERPEANJAT OBOI. *trade mark nadia skrg* rupe-rupe nye akak-akak rumah dua tingkat bawah kitorg ajak makan. dyorg masak laksam. haih, tuah badan laah kan.


still x sempat menyempat tukar baju, terus turun bawah. ye, aku tahu. mesti busuk. tapi org lain je busuk. aku sentiasa wangi. haha. makan-makan. sembang-sembang. kenal-kenal lah akak-akak bawah rumah. seronok la. borak-borak. siap nak ajar patho lagi. xpe lah kak. nanti-nanti jela ye. dah penat sangat sampai x larat nak dengar pon. 

lepas dah makan, mintak izin blah dulu lah. naik je atas, terus mandi. lepas tu, jangan tanya laah aku ke mana. semestinya ke katil. oh, dan jangan tanya jugak, pukul berapa aku bangun esok harinya itu. hohoho.

so, sepanjang hari Khamis tu, banyak sangat benda yang berlaku. tapi kene percaya, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. dan terus terterang lagi nyata yang hamba Allah ni hamba yang lemah. apa yang dirancang, Allah lebih elok perancanganNya. jadi, betul lah.




ERTI HIDUP INI PADA MEMBERI. =)





......

25 October 2011

hati-hati.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




kes terbaru dekat Tanta.



seram gila kot. doakan aku selamat.


....

22 October 2011

cuti hujung minggu di mesir.

0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


aku jarang dan susah sangat nak upload gambar-gambar mesir kan?

aku malu ke?

eh tak ada laa. aku tahu laaa mesir tak selawa negara-negara lain.

even aku mengakui MALAYSIA jauh sejuta kali lagi cantik dari mesir.

tapi tu bukan sebab aku x nak upload gambar-gambar pemandangan kat mesir.

tapi mesir ni ada masalah siket dengan ambek gambar.

kitorang boleh kene tangkap dengan hanya ambek gambar.

bapa kali aku nampak signboard DILARANG AMBIL GAMBAR(opkos laa dalam arab kan)

dan pernah sekali aku dan kawan-kawan aku kene marah dgn dasyatnya oleh seorang pak cik arab sebab ambek gambar.

yang aku pelik dan heran, aku tengah ambek gambar dekat luar embassy MALAYSIA. bukan aku ambek dekat bangunan embassy negara lain. tak paham aku kenapa pak cik tu nak tengking2. haish. 

tapi tetibe rasa nak try ambek gambar.

so dengan sembunyi-sembunyi, dapat laa jugak aku snap beberapa gambar.

cuak gak kot. fuuh. fuuuh. macam nak gugur jantung. 



ye. mesir memang klasik. ni van bergerak hospital. tapi sama je dgn Ambulan(kenapa mcm pelik je ejaan dia. betul ke x ni?). Air-cond mcm tu jugak. hebat kan.


memang selalu orang jual-jual ni letak kat lantai je. malaysia pon ada ape. tapi sila bayangkan dekat pasar. kobis, terung, bawang, lada, semua tergolek2 je lantai. oh, aku dah ckp belum, jalan dekat pasar tidak bertar ye. memang terbaek!


ni kawasan luar universiti. time tu macam semua baru habes kelas. so jalan sangat sesak.





haa. ni yang paling aku nak cerita. kadang-kadang aku kesian dekat warga Mesir. dyorang tak ada tempat untuk berekreasi. macam kita kan ada taman, macam-macam taman. dyorang cuma ada yang atas tu je. kawasan tu, berada kat tengah-tengah jalan. ye saya ulang. tengah-tengah jalan. kanan 3 lane, kiri 3 lane. jalan yang memang sentiasa sibuk laa. kalau hari cuti, penuh weyh taman kecik tu. orang duduk berpiknik dgn famili.  sila cuba kau bayang? cepat ucap Alhamdulillah. 








aku sebenarnya nak ambek gambar super market paling BESAR dekat Tanta ni. tapi tak berani laa pulak ambek depan-depan. nampak tak signboard oren sebelah merah tu. haaa, tu laaa Fatahallah. paling besar laa tu. besarnye, 2 kedai 2 tingkat dekat malaysia yang digabungkan. macam tu laa. 


and lastly tempat makan. ngeh3. TARBOUSH. ni hari cuti. makan luar laa ye. ni kedai makanan Syiria. Harga, mak aih. tersedak laa jugak. tapi banyak gilak nak mati~~~












ok. nasi tu aku makan x sampai separuh pon. hoho. dah, no komen lagi tentang makanan. 

macam ni la kehidupan aku time-time cuti. jalan gi kedai makan. bukan jalan gi shopping. uhuuuuu.



dah. tidur time.

wassalam.

20 October 2011

gigi.

0 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


menyumbang kepada pembangunan masyarakat. cewaaaaah.

baca lah.



paling suka cerita ni,

A patient asked the dentist, if it wasn't nasty to be all the day with the hands in someone's mouth. 

The dentist answered "I just think of it as having my hands in their wallet."




ngeh. ngeh. ngeh.

:)


....

19 October 2011

update blog di kala malas nak sentuh buku.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah, kelas semua banyak dah start.
dah mula belajar banyak gila nak mati.
mak aih, aku terkadang kompius aku ni budak dentistry ke budak medik.
nak gune istilah2 medik ni, haish. macam tak layak je kau tahu.
tapi nak buat macam mane, kene belajar. 
terpaksa buat muke tak malu, panjat tangga Fakulti of Medicine tu padahal sedar diri tak layak masuk fakulti tu. =.="


macam nak cari je baju macam ni. haha.

nak tahu?
aku tahun ni ada subjek physiology.
ye, subjek medik.
untuk 3 bulan, perlu khatam 4 buku.
next sem, 4 buku lagi.
final exam aku nanti 8 bukus (plural).
seminggu 4 jam physiology.
setiap satu jam, aku belajar satu buku.
jadi sekarang aku kene belajar buat suis dalam kepala aku.
masuk lecturer pertama, on suis ANS
masuk lecturer kedua, kene on suis BLOOD
ketiga lak, on suis CNS
sampai y keempat, on suis RESPIRATION.
siyes, silap pasang suis, otak jam!


ohooo, siapa kata belajar tu senang?
tapi kenapa eh masih tak timbul kesedaran tu dalam hati?
tensen je tengok housemate semua study.
balik kelas bukak buku.
malam-malam buat nota.
orang kata, macam tu laah budak dentistry yang sebenar.
tapi aku ni...... haish.
rasa macam nk ketuk je kepala.
bukak buku, telinga sumbat lagu, mata pandang laptop je lebih.
ehem ehem, tambahan internet sekarang laju nak mati. ;P
nota, memang haram laaa. dari zaman sekolah tak suka buat nota.
kadang-kadang rasa hidup ni kan perlukan perubahan.
kalau selagi tak berubah, selagi tu takkan ada kemajuan.
tapi manusia kan, payah betul nak buat perubahan.
lepas tu nanti menyesal tak sudah.
konon hari tu tekad nak study dari awal-awal,
baru seminggu, dah terbang ke mana ntah tekad tu.
aigooooooo~



masa-masa macam ni laaa rasa nak terbang balik malaysia.



ye azyan, diam itu lebih baik.



.....





17 October 2011

1 comments


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..












I’m living with my tears
I’m holding back the tears
I hang my heart so it’ll be weightless
In a place not too close but not too far
Another me is standing, I don’t cry
I’m holding back the tears
I hang my faith on me and run
In a place that is not high nor low
Another me is standing,
With a small smile, I can smile
-DBSK-

......

09 October 2011

don't judge a book by its cover.

5 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



fitrah manusia kan?

tak sah kalau tak buat penilaian.

first impression tu sangat memainkan peranan yang penting. 

tapi suka sangat buat penilaian sebelum betul2 tahu pasal something tu.

erghhh. ape ni. haha.



disebabkan mood aku macam tunggang terbalik, aku nak wat post yang happy-happy je.


so this is it.





apa first impression korang tengok gambar kat bawah ni?

jawab dengan jujurnya.







buruk kan?
macam rumah tak siap?
rumah terbengkalai?

FYI, pemandangan macam ni terlampau lazim kat mesir or lebih spesifik lagi, kat Tanta ni.


aku pon tak faham orang Mesir ni.
buat rumah tak pernah nak bagi cantik-cantik.
mungkin, dyorg fikir buat lawa-lawa pon cepat je jadi buruk sebab kat sini kan berdebu dan berpasir setiap masa.
ni teori aku laaa.



memperkenalkan.



tadi tu rumah baru aku.

=)


note untuk mama : ma, baju yang mama suka sangat ni buat kak lang nampak pendek. hahaha.



so, ayat lazim.
let the pictures do their job.



pintu rumah. tingkat 3. fuuh, sudah tidak ada rumah tingkat 8. Alhamdulillah.




ruang tamu yang indah.


rumah ni ada 4 bilik. 3 bilik sorang duduk. satu lagi bilik kongsi berdua. atas ni gambar bilik berdua.



erk. aku pon tak faham kenapa Ain nak sangat gambar ni. hahaha.



bilik paling kemas dan bersih. siapa budak Asnan Gamil, kompem boleh teka ni bilik siapa. hehe.



PINK headphone untuk Ipod mereka. haih, kaya kawan-kawan aku ni kan? haha.



 macam tugu negara dah. =P

  

katil untuk mereka yang berkahwin. ngeh3.




see. dah cakap. nampak rendah kan? oh, saya 164 cm laaa. haha.


Nadia tengah khusyuk memasak tu. Froggy pajama. haha.




jangan main-main. lesung kitorang dari batu marmar ok. 




and lastly. bersih tak?
thanks to penyental bilik air minggu ni, Eiyra~~ =D




see, first impression tak semestinya betul.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


rumah ni sangat selesa, dan kami satu rumah sangat berpuas hati.

harap-harapnya boleh duduk sini sampai habes 4 tahun lagi.

sebab tu aku cakap, orang arab ni, luar rumah buruk gila. dalam cantik je.

Syukur sangat sebab Allah permudahkan urusan kitorang even ada siket2 masalah.

sebenarnya nak cakap terima kasih banyak-banyak berjuta-juta dekat siapa-siapa yang tolong kitorang pindah.


terutama sekali dekat NADIA dengan AIN sebab dyorg yang susah-susah pindah barang pada hari kitorang yang lagi 3 tengah dalam flight nak balik Mesir hari tu. Thanks korang!! sayang korang sangat-sangat!!



yup. now i'm totally in love with PURPLE. 
eh, aku baru perasan. kaki aku langsung tak nampak sebab kaler stokin aku sama dengan cadar katil. haha.



......


08 October 2011

.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



marathon One Tree Hill.
dalam dua hari, dah tengok season 1 + separuh season 2.
35 episod.
kalah tengok korea.





5 season setengah lagi. fuuuh. gila.


kelas mula hari ni.


i'm a first year student.

=)


tetibe,
nak sangat ade best friend macam Lucas-Haley.


btw, semalam Lek2 aka Niesah Hamdan datang Tanta.
semalam jugak first time jumpa Sabira yang siud yang amat sebab datang study kat Tanta x bagitaw.
duduk dekat Restoran Haita tu, macam kitorang yang punya.
Lek2, Sabira, Farah, Ismah, Aku.
bila ex-kisas berjumpa, tak ada lain, mesti mngimbau kenangan sekolah.
oh, how i miss that school soooooo damn much.






People always leave
but sometime they come back.



...........