29 October 2011

khamis yang emosi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah. dapat bernafas lagi hari ni.

siyes. sayang sangat dekat korang.

sebenarnya nak cerita tentang hari khamis lepas.
disebabkan hari jumaat semalam internet rumah aku sedang dibaik pulih, so nak cerita hari ni.

hari khamis lepas, siyes hari yang terlampau penuh dah mampat dengan pelbagai benda dan aktiviti bercampur emosi dan perasaan.

kami, pelajar tahun satu, fakulti pergigian Universiti Tanta dengan penuh semangat waja plan program untuk adik-adik pre-dental tahun ni. GLOW WITH FLOW.


poster tergesa-gesa. x sampai bapa jam pon dah siap. haha. credits to Fahmi.


aku, ditaklifkan sebagai AJK persiapan + kebersihan + pengisian program memang sangat letih laa.
*disebabkan program utk dentist je, jadi AJK pon main gabung-gabung. haha.*

program ni memang dalam keadaan tergesa-gesa. serius masa suntuk yang sangat-sangat.
bayanglah. program hari khamis, hari Ahad baru PCT bagitaw, then hari selasa malam baru ade meeting semua adhoc pelaksana.
mahu tak gila nak prepare semua dalam masa satu hari.
tambahan pula hari Rabu kelas kitorang 8.30pagi sampai 3.30 petang.
rasa nak gila kot hari rabu tu. 

setelah semuanya macam dah hampir lengkap, Allah menguji kami sekelas, terutamanya pelaksana program ni.
pagi-pagi Khamis tu, dapat phone call kata hanya 12 orang pre-dental sahaja yang bakal hadir. yang selebihnya, menghadapi masalah. orang luar yang cuba memporak perandakan ketenteraman kami semua. bayangkan lah, dari 53 orang yang sepatutnya datang, hanya 12 sahaja??!!

Ya Allah, masa tu. rasa macam kecewa + sedih sangat-sangat. sorang demi sorang mula rasa give up, fed up, sakit hati. marah, bengang, berkecamuk perasaan. sampai tak tahu, boleh berlangsung tak program ni. tapi Pengarah program, Azhari cuba bagi kata-kata semangat. tak pe, kita teruskan sahaja.

Alhamdulillah. 
Alhamdulillah. 
Alhamdulillah.

program berlangsung dengan jayanya. kesian dekat ahli panel forum sebab bagi talk pada 10 orang je. takpe. InsyaAllah ada hikmahya atas semua yang berlaku ni.

program yang sepatutnya untuk pre-dental dah bertukar jadi program first year. 

46 first year + 10 pre-dental 

terbaek lah! 

ni laporan rasmi program tu.


siapa dapat cari aku dalam gambar tu, memang terbaek. haha.


tetiba nak cerita something dekat sini. masa aku handle slot LDK tu, seseorang dalam kelas aku menegur aku. dia buat gaya je dr tempat duduk dia suruh aku betulkan lengan baju aku. salah aku jugak sebab tak pakai arm sock dan pegang mic gaya macam x bersalah je lengan baju kurung dan terselak sampai ke siku. yang buat teguran tu tertusuk dalam hati, sebab yang tegur aku tu lelaki. macam mane eh nak gambarkan perasaan tu. rasa terharu sangat. terkesan sangat teguran tu sampai sepanjang hari aku teringat. seingat aku, lelaki yang pernah tegur aku bab-bab ni, Luqman jelaa kot dulu masa dekat INTEC. bukan nak kata aku dah jatuh hati kat orang yang tegur aku tu, tapi terase terharu dan tersentak sebab terasa ada orang yang ambil berat pasal diri kita ni. yelaaa, dosa tu dosa aku, tapi sebagai seorang kawan, dia tegur aku tanpa kisah pun aku ni perempuan. so, terima kasih banyak-banyak dekat hamba Allah tu sebab tegur aku. =)

daripada 25 y like tu, 20 budak kelas aku. haha.

habes program tu, terus pergi tolong rumah 3A pindah. tak sempat-menyempat tukar baju. haha. dah jadi perempuan melayu terakhir. 

seronok sangat sebab terasa ukhwah satu kelas. lelaki perempuan, semua sama-sama tolong angkat barang dari tingkat 6 turun bawah. semua masa tu sangat-sangat penat. lebih-lebih pelaksana program. tapi semua turun padang tolong apa yang perlu. dah tak terasa penat tu bila ramai-ramai datang tolong. 

Subhanallah. indahnya ukhwah tu.

lepas isyak, semua balik rumah. memang macam dah terlepak la kan dekat hall.
(eceh, mentang2 sekarang umah aku dah ade hall yang besar. haha.)

x sampai setengah jam, ade ketukan dekat muka pintu. ingat tuan rumah nak mintak sewa awal seminggu. TERPEANJAT OBOI. *trade mark nadia skrg* rupe-rupe nye akak-akak rumah dua tingkat bawah kitorg ajak makan. dyorg masak laksam. haih, tuah badan laah kan.


still x sempat menyempat tukar baju, terus turun bawah. ye, aku tahu. mesti busuk. tapi org lain je busuk. aku sentiasa wangi. haha. makan-makan. sembang-sembang. kenal-kenal lah akak-akak bawah rumah. seronok la. borak-borak. siap nak ajar patho lagi. xpe lah kak. nanti-nanti jela ye. dah penat sangat sampai x larat nak dengar pon. 

lepas dah makan, mintak izin blah dulu lah. naik je atas, terus mandi. lepas tu, jangan tanya laah aku ke mana. semestinya ke katil. oh, dan jangan tanya jugak, pukul berapa aku bangun esok harinya itu. hohoho.

so, sepanjang hari Khamis tu, banyak sangat benda yang berlaku. tapi kene percaya, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. dan terus terterang lagi nyata yang hamba Allah ni hamba yang lemah. apa yang dirancang, Allah lebih elok perancanganNya. jadi, betul lah.




ERTI HIDUP INI PADA MEMBERI. =)





......

2 comments:

luqman said...

He oweys guide us although sometimes we felt tired of being guided.He shows us the way,but sometimes we afraid to enter the road-not-taken.but,do we ever think:
He never quit:)
barakallhu fik.

luqman said...

#quits