23 April 2013

one step closer.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

dengan ini, secara rasmi nya, Asnan Gamil telah berjaya mengharungi 6 praktikal exams dengan jaya nya. 

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

yeayyyy! 

tak tahu nak komen apa. bila kerja praktikal ni, kita tak boleh nak detect kesalahan kita. dan kalau satu step tersilap buat, mmg tak ada maaf bagimu. eh silap, mmg tak ada cara lain. either mintak nak buat yg baru di mana markah akan di tolak, atau hantar je yg x jadi so mmg akan dapat markah siket. either way, markah tak dapat markah penuh.

secara ringkas nya, setiap exam praktikal, kitorang kene cabut soalan sendiri. bak kata Dr Tamer Nasr, 'you destiny is in your own hand' muaahahaha. setiap kali nak cabut undi tu mmg laaa berdebar gila semacam. redha jelaa dengan pilihan tangan sendiri. 

 time exam pon boleh typo. egypt oh egypt. 

semalam lepas habes exam ortho. dalam hati berdebar gile nak exam prostho. 


semalam punya prostho exam. betapa sehati sejiwa dengan Ira sampai cabut soalan pun sebijik mcm soalan dia. ohohohoho.


after exam prostho semalam. wink3. 

ni masa first praktikal exam. pedodontics! 

before exam oral pathology!

dokter-dokter kata dia kagum sangat dengan orang Malaysia.

all of you are always smiling. before the exam, during the exam, and also after the exam. it is nice to see all of you smiling. unlike the egyptian. they cry when there is exam. haha.

hahahahahahahha. senyum sebab tak boleh buat laa doc. memang lah! keluar exam, bila semua tak boleh buat, semua gelak reramai. aduyaiii. Asnan Gamil. haha.


dan overall nye, agak tidak berpuas hati dengan semua exam praktikal. maybe sebab aku mmg tak boleh kerja under pressure kot. kalau hari-hari biasa, buat kerja praktikal, smooth je. cantikk je. masa exam, dengan tangan menggigil, increase heart rate, xerostomia, release of adrenaline bagai, macam tak boleh nak buat yang terbaik. macam ada set dekat mind, 'kalau salah memang mati'. so jadi buat semua tu dalam keadaan telebih-lebih berhati-hati. sighh.

the worst practical exam; Operative Dentistry

kyyaaahhhhhh. air mata mengalir mencurah-curah ke ladang gandum, lalu POP, jadi laaa cocoa crunch!

ok, ngarot. -_-

tapi nak buat camne. usaha dah. doa tak berhenti. dan sekarang masa untuk tawakkal. 

tawakkaltu A'lallah

dan suka sangat bila siapa-siapa ingatkan untuk baca doa ini,


Ya Allah, jika dengan mendapat Mumtaz itu aku akan jadi seorang Muslim yang lebih baik, mampu membantu umat Islam di serata dunia, dan mampu memberi lebih kebaikan kepada aku dan juga umat Islam, maka Engkau rezeki kan lah aku untuk memperoleh keputusan Mumtaz itu. 

Namun Ya Allah, jika dengan mendapat Mumtaz akan membawa lebih kemungkaran kepada aku, aku akan menjadi ujub dan riak, dan membawa lebih banyak keburukan kepada diri aku dan umat Islam, maka janganlah Engkau anugerahkan aku keputusan Mumtaz itu dan Kau redhakanlah hati ini dengan keputusanMu itu, Ya Allah. 



dapat Mumtaz itu rezeki dan ujian.
kalau tak dapat Mumtaz pun, itu adalah rezeki dan ujian.


tak boleh nak aim Mumtaz tahun ni sebab praktikal exam bawak 40% daripada markah keseluruhan. memang sakit aahh kalau nak aim Mumtaz kan. huhuuuu.

sebulan lagi, written and oral exam menanti. belajar dari sekarang Azyan! jangan malas-malas! one step closer to become a muslim dentist. InsyaAllah.




malam tadi mimpi kan sejarah itu balik.
bangun-bangun tido je jadi blurr. kenapa masih boleh ingat?
ingat kan dah boleh lupa completely.
kenapa memang macam susah gila nak lupakan something yang memang kita nak lupa?
-_-
tolong laaa pergi kenangan. tolongggg laaaaaaaa pergi jauh-jauh. shuuuhhh. shuuuuuhhh.
tengah macam ni, ada orang tu x nak layan kita.
tertacing pulak.
sobs3. 

emosi, sila behave.
habes exam mane ade orang stress-stress, emo-emo.
habes exam kene enjoy laaahhh!!



kbai.




.......





19 April 2013

ini janji kami.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



kami,
ahli-ahli rumah JPA 5,
dengan ini berjanji,
tulus dari dalam hati yang paling dalam,
ikhlas dari lubuk hati,
untuk
tidak melangsungkan pernikahan sepanjang pengajian ijazah sarjana muda kami sehingga lah kami tamat pengajian kami.
ini janji kami.




HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA.

ok. lawak gila.

tak betul je memasing kann.
-_-

tapi betul pun sebenarnya. kitorang dah janji tak mau kahwin selagi tak dapat degree. siapa yang kahwin dulu tu, haaaaa. nak kene laaa tu. hahaha.

dan bila budak kelas tahu janji kitorang, semua macam tak puas hati.
wehh, cam ne kalau dah jodoh.
weehhh. kejam gile korang buat janji macam tu.
weeeeehhhhh. macam melawan takdir kott korang ni.

kata kan laah apa sahaja.
mungkin pada kebanyakkan orang, janji ni macam mengarut je.
tapi tak pun pada kitorang.
kitorang berempat dibesarkan bukan daripada latar belakang keluarga yang kahwin masa belajar pun.
memang family memasing tak kann kasi punya lah kahwin masa belajar.
so janji tu macam main-main je.
semuanya ikut latar belakang family kan.
memang tak ada nya mak ayah kitorang nak bagi lepas masa belajar pon.
lain lah kalau kitorang nak kahwin dengan anak dato' yang kaya raya kan. 
(macam lah ada yang nak kahwin dgn kitorang pon masa belajar pon kan. -_- )




spot the differences. hehe.

moga Allah redha dengan pilihan kitorang ni. selalu gak kitorang bincang baik buruk nya kahwin masa belajar ni. dan kitorang sepakat merasakan kahwin masa belajar bukan lah yang terbaik buat kitorang. memang laa memasing kadang gedik2 meroyan nak kahwin bagai. hahaha. tapi kitorang nak berbakti pada mak ayah dulu sebelum fikir pasal kahwin. hey, semua orang ada pendapat masing-masing kan. chill lah!
:)

dan tadi masa sarapan,
ntah macam mana topik ni boleh timbul balik.
maka satu janji baru termetrai antara kitorang berempat.

'orang pertama yang kahwin antara kita, kene belanja lagi 3 orang ni makan besar! yeayyy!!'

lepas tu Apip pulak menambah syarat,

'dan orang last yang kahwin antara kita pon kene belanja lagi 3 orang yang dah kahwin tu makan besar. belanja dengan suami masing-masing. kyaaaaaahhhhh!!'


hahahahahahahahahaha.

bila budak rumah mengarut. macam ni lah jadi nya. 

so di sini mereka paksa aku update blog supaya masing-masing tak lupa janji ni. ok korang. siapa lupa, aku ketuk kepala sorang-sorang. haha.
belanja yang mahal-mahal ok. tak main lah kedai tepi jalan je. heeee.


bergambar bersama cincin rumah. lepas kahwin nanti, boleh ambek gambar macam ni lagi tapi dengan cincin kahwin memasing. hihi. gedik! :P



amboi. post yang penuh gedik. hahahaha.
ahad ini exam.
isnin ini lagi banyak exams.
mengarot meraban ini surely dapat mengurangkan stress kat kepala. 
mari mengarot lagi!
hohoho.


doakan kitorang.


kbai.



......




16 April 2013

lost.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


rasa macam lost lah.
macam bluuurrrr je berapa hari ni.



apekah Azyan?
u took more than 2 hours to finish a 10 pages notes??
dah lah topic introduction je pulak tu.
apekah weh? apekah?
ketuk siket kepala tu.

rasa macam pelikkkkk gileeeeeeeerrrrr jeeeeeee.
since when aku study dengan kadar yang sangat lembap ini.
terasa aneh sungguh.
usually it only takes about half to an hour jeeeeeee.
wuuuuwuuuuuuu.
nangis bertangki-tangki.

ok. takk chat ponn. tak ok.
tak berangan jugakk.
tak buat apa pon.
konon semangat je.
tapi macam ntahhh.
macam lambat gile je otak ni menyerap.
blur semacam.
haihhh.

ada dekat lebih 70 muka surat lagi Azyan.
bila nak khatam gini?
duuuuhhhhh.

next week macam minggu mati bagi Asnan Gamil

Ahad 
Final practical exam subjek Oral Patho
mari pening kepala tengok microscope.
-_-

Isnin
Final practical exam subjek Orthodontics
Final practical exam subjek Prosthodontics
Test carry marks Prosthodontic

hambek kau. semua dalam hari yang sama.

bertambah nangkis bertangki lagi.
dah dua tangki dah nangis.
:'(


i like to move it, move it.


kbai.



......


12 April 2013

one down. 45 more to go.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Selamat Pengantin Baru, 
Dr Nor Hafizah dengan Ustaz Meor Muhammad Azim.


wink3. the first Asnan Gamil member to get married. 
satu kelas syok, seronok, terharu, sebak, syahdu sangat dengan keadaan ni.

rasa macam baru semalam kita kat zaman pre-dental.
rasa macam baru semalam kita mengarut bersama-sama.
macam baru semalam kita semua main usik-usik siapa lah orang first dalam kelas yang akan kahwin.
tak sangka, dah sampai pun masa nya.


Hafizah ini orang nya sangat sopan.
sangat baik. sangat merendah diri.
sangat pandai, dan sangat sangat mampu buat orang kagum.
sungguh Ustaz Azim sangat lah beruntung dapat insan macam Hafizah. 
:)

masa selasa malam rabu tu,
Hafizah buat malam berinai.
khas untuk perempuan.
malam tu, rata-rata semua budak Asnan Gamil menangis.

ayat mak Hafizah yang masing terngiang dekat kepala.

'Mak cik ni macam mak orang lain. mesti lah nak Hafizah ni habis belajar dulu, kerja dulu baru kahwin. tapi hati mak mana yang tak tersentuh, bila Hafizah telefon cakap, mama, ini istikharah kakak. dia lah yang kakak nampak jadi suami kakak. jadi mak cik pun merelakan dia berkahwin'

oh maiiii. masa ni semua daahh basahhh lah kan mata.

pesan Hafizah,
'kawan-kawan jangan lah jeles dengan ana sebab ana pilih untuk berkahwin masa muda. tak kisah lah kita masih solo ke atau berdua, perjuangan dakwah masih perlu diteruskan. semua ni kan dah ketentuan Allah'



majlis akad nikah buat dekat Cairo.
mintak fakulti sediakan bas buat kami.
eksited tak eksited budak Asnan Gamil ni. haahaha.
hati semua bercampur baur perasaan.
tak tahu nak describe perasaan tu.

Alhamdulillah. dengan sekali lafaz, Hafizah sah jadi milik Ustaz Azim.

Barakallahu lakuma, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair.



yeayy! Asnan Gamil dapat Ustad ipar!!


 dan khutbah nikah semalam yang sangat menyentuh hati.

'dan janganlah engkau mendekati zina, sesungguhnya ina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat'

'Syaitan akan menangis apabila seorang Muslim itu bernikah kerana peluang untuk menggoda anak Adam itu berkurangan.'

'kahwiniah perempuan kerana pada perempuan itu ada terletaknya keberkataan.'

tertusuk kau jantung.



dan one phrase yang sangat popular semalam antara warga Asnan Gamil,

'one down, 45 more to go.'

hihi.





kbai.

05 April 2013

mahkota.

3 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



banyak sungguh khabar berita daripada sekeliling aku.
ramai sungguh sahabat, junior, senior yang mendirikan rumah tangga, bakal mendirikan rumah tangga, dan bertunang.

fuuuuuuhhhh. fuuuuuuuhhh.
kenapa aku je rasa aku ni masih budak kecik?
21 tahun tu kecik je lagi kan. 
tapi
tengok-tengok ramai sahabat yang dah kahwin.
yang dah ada anak pun ada.
bak kata Lin,
dah pangkat mak cik dah woi.

Tahniah. Tahniah. Tahniah.
Moga Allah merahmati pernikahan kalian.
bernikah hingga ke Syurga, InsyaAllah.

wuuwuuuuu. maka rasa nak kahwin terbit dalam hati tatkala melihat kawan-kawan kahwin. wuuuwuuuuu.

ok. enuff meroyan.
esok exam kak oi.
kembali ke dunia nyata.
hahahahah.

tahu apa itu crown?



bahasa melayu dia mahkota.
bahasa arab amni dia, Tigan.
bahasa dokter gigi kat tanah melayu, aku tak tahu.
*itu lah padah belajar kat obersi sangat. -_-

crown ini macam baju untuk gigi.
kita buang bahagian gigi yang tak elok,
lepas tu kita buat sarung baju untuk gigi tu.
tadaaa. lawa laa jadi dia.



tak payah pakai braces pon, gigi boleh jadi cantik taw.

buat crown ni susah.
ok. susah untuk aku lah.
bukan lahh susah payah gile tu.
tapi susah sebab kene control mesin tu.
kene tegak 90 darjah dr kedudukan gigi tu.
kalau buat silap, akan efek step-step yang seterusnya.
maka ketelitian dan kesabaran yang super tinggi duperlukan dalam bidang ini.
heeeeee.






lepas dah potong gigi tu,
kene guna wax untuk buat bentuk gigi.
wax ini akan ditukar jadi besi, atau ceramic bergantung kepada kehendak pesakit.
banyak lagi step seterusnya yang kitorang tak habes belajar tahun ni.
heeeee.







dan untuk tahun ni,
ada laa requirements kene buat.
berapa batang gigi kene buat dan hantar.
dokter kasi sebulan untuk siapkan 20 batang gigi dengan 2 batang gigi bersama wax dia.
kira 22 batang gigi kene siap.

Alhamdulillah. minggu lepas aku dah siap.
awal daripada limit dia.
fuuuuuuhhhhh. lega. lega sangat.

ok. teruk je. teruk pun nak tayang kan Azyan. -_-

dan esok exam subjek ini.
kene buat satu gigi dengan wax dia dalam masa 2 jam.
rasa agak berdebar.
tapi bukan boleh buat apa pun.
mesin dia ada kat lab.
bukan boleh praktis kat rumah pun.
haih.
jadi doakan aku.
doakan kitorang, kanak-kanak comel Asnan Gamil.
hehehe.

dan hari Ahad ada test Oral Pathology.
10% carry marks utk final.
fuuuhhh. fuuuuuhhhh.

dan hari Rabu exam practical final Operative Dentistry.
tak sempat pulak nak cerita apa aku buat dalam lab Operative.
untuk exam yang itu pulak,
exam tampal-tampal gigi yang berlubang.
fuuuuuuuuhhhh. fuuuuuuuuh.

mohon doa. tembakan doa.
nak naik tahun bersama-sama.
nak masuk clinical year beramai-ramai.
Ya Allah, permudah kah lah urusan kami, berilah ketenangan kepada kami agar kami dapat buat yang terbaik.

moto Hafizah.

'Jom Mumtaz. Bukan Mumtaz untuk diri, tapi Mumtaz untuk ummah'

wink. wink.

kbai.



.......