11 October 2012

second year dentistry, Tanta University.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


ye, selsema saya masih tak berapa nak hilang lagi.
takpe, takpe.
sabar siket je.



oh, ye. saya dah nak masuk tahun ketiga belajar dekat Tanta ni.
jadi dengan jayanya, aku sekarang

SECOND YEAR DENTISTRY STUDENT

dan subjek aku tahun ni,
ada 7 semua sekali.
aku ulang, TUJUH.

PROSTHODONTICS
PEDODONTICS
ORTHODONTICS
ORAL PATHOLOGY
CROWN AND BRIDGE
CONSERVATIVE DENTISTRY
PHARMACOLOGY

belajar semakin susah.
baru first lecture pun macam dah tercengang.
kerja lab makin banyak.
yang paling tak larat bila dokter tanya soalan masa pre-dental dengan first year.
semua macam ternganga.
tak ingat ape benda pun.
duuuhhh.
padah sakan sangat bercuti kat Malaysia.

status seorang senior,
'apa guna dapat pangkat Mumtaz masa exam tapi dalam kepala pangkat Maqbul je.'

zaasssssss. menusuk tepat ke dasar jantung. 
kelas setiap hari penuh dan padat.
paling terdera hari Sabtu dengan Ahad.
tabahkanlah hati ni.

barang-barang peralatan semua kene beli.
mula laa terasa macam seorang dentist yang berjaya.
setiap kali lab kene pakai lab coat putih, glove, mask dengan goggle.
pergh. seronok-seronok pun, cuak jugak aih.

dan yang paling menyerabutkan kepala sekarang,
tentu laa nak kumpul gigi manusia yang cantik dan elok.
mana nak cari 30 batang gigi dalam masa dua minggu??
Ya Allah, permudahkanlah pencarian kami dalam menimba ilmuMu.
secara logik, siapa yang nak cabut gigi yang cantik kan?
=.='

sedang berusaha menyibukkan diri.
bila sibuk, kepala tak sibuk fikir benda lain kan.
harap-harap nya laah.


dan azzam tahun baru aku.
jeng-jeng
hahaha. tak penah-penah buat azzam.
harap nya kali ni boleh capai azzam baru ni.
kita merancang, Allah yang menentukan.
:)

1. simpan 1/3 daripada duit scholarship untuk kepentingan masa depan.
sebulan aku dapat 420usd, so dalam 140 usd sebulan kene simpan!

2. belajar dari awal tahun. 2 tahun aku merasa seksa nya berhempas pulas seminggu before exam. erk, rasanya dari sekolah lagi mmg belajar last minute. jadi nekad tahun ni nak ubah cara belajar!

3. nak istiqomah dengan apa yang aku buat. even aku tahu, perubahan yang dibuat sangat laaa cenonet kan compare dengan orang lain, tapi better something than nothing kan. so inner tudung dan stokin perlu dikekalkan!

4. nak jadi lebih feminin. okeyh, yang ni aku pun geli nak taip. hahaha. tapi tapi tapi maksud aku di sini, nak lebih banyak pakai baju kurung pergi kelas. kurangkan jeans. baru sopan!

fuuuh, fuuuuuhh.
semoga semuanya terlaksana.
buat banyak-banyak kang satu pun tak dapat.
takpe. siket-siket.


dan result rasmi dah dapat.


ramai yang mengimpikan keputusan macam ni,
tapi kenapa aku selalu sangat rasa aku tak layak pun dapat macam ni.
sobs.


sila selalu doakan aku ye.
:)


dia yang ada seperti tiada~~

.....

10 October 2012

Allah nak ampunkan dosa kecik ni.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




baru dua hari masuk kelas,
badan dah mula tak sihat.

haih, azyan azyan.
kalau Allah bagi demam panas, batuk, pening kepala, sakit tekak,
InsyaAllah boleh tahan lagi.
tapi kalau selesema ni,
.........................
huuuuuuuuuu.
:'(


azyan kalau kene selsema,
tak larat nak  bangun dari katil,
tak ada daya nak tengok buku langsung,
tak boleh nak tido,
pantang kene panas matahari siket pun,
tak ada mood nak bercakap dengan orang,
macam orang tak betul pun ada.
lagi parah dari orang yang demam.
padahal selsema je pun.
*sign


oh, Allah.
dosa apa yang Engkau mahu ampunkan ni.
:')


terharu tadi bila jumpa sorang budak baru pre-dental,
'akak ada blog kan? kite pilih datang Tanta ni lepas baca blog akak la.'

ohoho. tak sangka ada orang yang aku tak kenal baca bebelan mengarut kat dalam ni. terharu sangat campur segan gila ah. haha.


jadi,sila doakan aku sihat.
sihat dari selsema yang mencelarukan hidup ni.
sebab esok nak keluar mencari gigi.
kalau tak sihat lagi, habis laaaaaa.



......

03 October 2012

.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



usai telefon mama di Malaysia.
starting to feel sick.
homesick.
wuuwuuuu. kenapa laa voip tak boleh guna dekat laptop ni?
apakah masalah anda laptop?
kering lah daku kalau setiap kalau telefon makan sampai 5euro.
T.T


mama cite tadi,
kak chik dapat notebook samsung ultra thin.
wuuuuuuu, jeles gila ni dalam hati.
hahaha.
mama baba cakap pemberi semangat untuk SPM.
ok, chaiyokk!!
dulu masa aku nak SPM, 
mama belikan kamera Sony Cybershot.
so sekarang giliran kak chik pulak.
dan sebab dulu aku tak berjaya dapat 11A+, harap nya kak chik boleh berjaya dapat result macam tu.
InsyaAllah.
go go Adila!!!


babah pulak dapat hadiah dari mama.
hadiah birthday minggu depan.
woowaaaaaaaaa.
jeles gilak ahhhhhh!!!
aku je laa yang masih setia dengan henfon cikai ni.
sobssobssobs.
tak pe. tak pe.
utamakan keperluan dari kehendak.
tunggu suami jelaa beli nanti.
hahahaha.
:D


and fyi,
 i won't be around for a couple of days.
erm, just giving you some time to miss me.
so, will you miss me?
^^,


till then.
InsyaAllah.
:)



.....

02 October 2012

get well soon.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..





As salamu'alaikum shbt yg di muliakan. Ramai org yg bertanya, kita boleh maafkan tetapi mcm mana nak lupakan peristiwa pahit yg lalu. Kita takkan dpt lupakan kisah lama sbb kita org yg pandai & kuat ingatan. Tapi jika kita jaga solat 5 waktu, solat taubat tiap mlm, istighfar 100X sehari, baca Quran, lakukan zikir harian, doakan org tu & maafkan dia 40 hari berturut turut, kita akan dpt rawat hati kita. Jika kita teringat kisah lama & rasa marah, sedih atau stres, maka kita belum pulih. Tetapi bila kita teringat & mampu tersenyum, maka kita telah pulih. Yg penting BUKAN MELUPAKAN, tetapi merawat hati agar tak terkesan secara negatif bila teringat! Bila kita dah betulkan diri kita secar berpakej, insya Allah perkara -ve takkan berulang lagi. Wassalam.

- Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



nampaknya belum pulih sepenuhnya. tapi ada kemajuan. kemajuan yang banyak. 
Alhamdulillah.


usaha tangga kejayaan.
jangan biarkan sejarah lampau menyelubungi hidup anda.
:)




.......



01 October 2012

fatahalla, i love u!

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




beli 12 keping coklat galaxy
dengan harga sekeping?

12 galaxy = EGP3.25?
1 galaxy = EGP 0.27??

daebaak!




patut rasa murah semacam belanja dekat fatahalla tadi.
scan dia rosak ke apa ye tadi?
hmmmmm.

anggap jelaaa rezeki dari Allah saat-saat perlu berjimat ni.
Alhamdulillah.
:)


oh ye. sila jangan tanya kenapa beli sampai 12 keping ye. haha.
:D


....