02 December 2012

hak mengundi hak kami.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




short update.
pilihan raya PERUBATAN dah nak dekat.
maksud nya pilihan raya PCT pun dah dekat.
semua orang sibuk nak calon kan si dia, si dia dan si dia.
4 disember borang pencalonan akan mula dijual.

aku sokong je pilihan raya ni. go go PCT!
tapi maaf. aku tak nak budak Asnan Gamil jadi exco tahun ni.
cukup laa tahun lepas 3 orang warga Asnan Gamil pegang jawatan exco PCT.

kalau sesiapa yang bakal menjadi calon,
maaf. anda tidak akan dapat undi daripada saya.
maaf. bukan sebab anda tidak layak, tapi aku tak nak benda yang sama berulang.
boleh je korang menang tanpa undi daripada aku sorang kan? :)

mungkin ramai kata akan kata aku tak supportive, tak jiwa PCT, tak de ukhwah yang sejati dan yadaa yadaaa, yadaaa.
tapi aku ada alasan aku sendiri.
kalau dulu kata nak wakil dari dentist,
tahun ni dah ada first year untuk wakil kan.
so kalau nak suruh aku kempen,
aku tarik diri awal-awal.
sorry. mianhae.




I love Asnan Gamil.
and I'll always do.


......

01 December 2012

too much!

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


selamat datang Disember!
1.12.12



Don't trust too much. Don't love too much. Don't hope too much, because that too much can hurt you so much.


reminder kepada diri sendiri yang selalu lupa.
:)




....

27 November 2012

say ALHAMDULILLAH.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

tarik nafas, pastu hembus kuat-kuat.
woooaaaaaahhhhhhh.
okeyh. seronok nya habis test.
wink3.
semalam aku ada Oral Pathology test.
tak tahu laa nak kata kuiz ke, test ke, exam ke.
masuk 5 chapters, merangkumi 89m/s daripada buku.
erk, sah-sah tak ada kerja sampai muka surat pun aku kira.
ahaha.

salah satu tajuk yang masuk tu,
Developmental Disturbance of Oral and Para-Oral Structures.

tajuk ni sangat banyak penyakit yang perlu di hafal,
tapi tajuk ni jugak membuatkan aku mengucap syukur Alhamdulillah banyak-banyak pada Allah sebab hindarkan aku dari semua penyakit yang aku belajar tu.

tajuk ni tentang penyakit-penyakit yang kene pada manusia masa proses pembesaran.
most of these diseases are congenital diseases yang mana sejak lahir lagi dah ada.
dan 60% daripada penyakit ni tidak diketahui punca nya. unknown causes. sedih sangat tengok gambar-gambar baby yang kene penyakit-penyakit ni. :'(

sebab tu aku cakap,
banyak-banyak laa bersyukur pada Allah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.

nak share laa beberapa gambar daripada penyakit-penyakit yang aku rasa bertuah sangat Allah tak pilik aku untuk jadi salah seorang penghidap nya. aku tak dapat bayangkan kalau aku kat tempat mereka-mereka ni.


Pierre Robin Syndrome

bila baby tu tutup mulut.

bila baby tu bukak mulut.

rahang mandible dia sangat kecik. complete cleft palate. biasa nya penyakit ni diikuti dengan kegagalan jantung, dan kadang-kadang mental retardation.

Cleft Lips and Palate


ada macam-macam jenis. kalau cerita pun, org bukan paham. yang gambar A tu, dalam bahasa melayu nye, bibir sumbing.
kalau yang sumbing bibir nya saje, sekarang teknologi dah canggih. boleh di bedah tanpa meninggalkan parut.
yang aku sayu sangat bila tengok gambar yang kene cleft lips and palate. macam-macam masalah boleh timbul kat baby ni. tak boleh nak hisap susu, boleh kene infection kat middle ear cavity that leads to deafness, gigi tak tumbuh. macam-macam laaa. :'(


Fibromatosis Gingivae atau nama lain nya, Elephantiatis Gingivae


gusi di membesar dan terus membesar. org lain tak ada pon fibrous collagen fibers dekat gusi, tapi dia boleh ada. dasyat kan?

Microglossia



tahukah anda gigi kita ni duduk statik dekat posisi dia sebab force dari lidah dengan force dari pipi?
bila lidah kecik, hanya akan ada force dari pipi menyebabkan rahang tak akan terbentuk. maka jadi laa seperti gambar di atas. lidah dia kecik sangat menyebabkan gigi dan struktur-struktur sekitar semua terjejas.


Amelogenesis Imperfecta



ada macam-macam jenis amelogenesis imperfecta ni. penyakit ni terjadi bila enamel kat gigi tak develop betul2, sama ade kat initiation stage ke, calcification stage ke atau maturation stage. ni bukan gigi dia buruk sebab dia malas gosok gigi ok. 

Hairy Tongue


bukan bermakna tumbuh rambut dekat lidah ye. cuma nye dia ada hypertrophy(pertumbuhan lebih pesat daripada normal) dekat filiform papillae dia. filiform papillae tu salah satu jenis taste bud dekat lidah kita. dan dia tak ada normal desquamation. normally, lapisan paling luar lidah kita akan berganti. tapi dalam kes ni, lapisan makin tinggi dan tak kurang. maka jadi laa macam ada rambut dekat lidah dia. 


ni laa antara penyakit yang sangat-sangat meruntun hati aku. ikutkan macam nak letak semua penyakit yang aku belajar, tapi macam over pulak kan. heeee. seriously, semakin banyak belajar, semakin terasa syukur sangat dekat Allah. itu pon masih susah lagi nak buat apa yang Allah suruh.

Allah dah bagi cukup 28 gigi (sebab 4-4 third molar aku tak tumbuh lagi. hik3).
Allah dan bagi normal occlusion.
Allah dah bagi normal class 1 molar relation.
Allah dah bagi lidah yang normal.
Allah dah bagi gusi yang sihat.
Allah dah bagi gigi yang tak banyak pit and fissure.
Allah dah bagi bibir yang terletak pada tempat nya.
Allah dah bagi macam-macam.
itu pon masih payah nak bersyukur ke?

sebab tu lecturer cakap,
kita tengah mengkaji ciptaan Allah yang paling hebat. meski pun kita cuma concern bahagian mulut saje, tapi dah cukup banyak untuk buktikan kebesaran dan kehebatan Allah.
Subhanallah.

"be thankful for what you have.
instead on complaining, say Alhamdulillah" - ambik dari internet. :D





oh, dan tadi evaluation untuk oral screen.
ini subjek Pedodontic.
sobs3.
Allah uji aku dengan 4 kali cast tertanggal dari tempat nya. menyebabkan aku habis masa untuk lekatkan balik cast je.
tak pe laa. redha. 
masa di beri cuma 1 jam saja.
'Alaa kulli hal, berjaya siapkan dan hantar.
:)

ini laa dia bentuk oral screen tu.


ini yang aku buat masa praktis-praktis. dan cast dah kene hantar daa. huuu.
oral screen ni adalah appliance yang perlu direka oleh dentist untuk kanak-kanak yang bernafas ikut mulut(mouth breathing).
bernafas ikut mulut ni adalah salah satu habit yang sangat-sangat tidak bagus untuk pertumbuhan gigi dan bakal menyebabkan kanak-kanak ini menderita di kemudian hari.
maka dentist perlulah mereka oral screen ni yang perlu dipakai oleh kana-kanak terbabit sewaktu tido.
ini salah satu cara 'prenventive orthodontics'
yakni memastikan kanak-kanak ini tak perlu pakai braces di kemudian hari hanya gara-gara habit bernafas ikut mulut.

nak tahu x?
semakin aku belajar dentistry ni,
semakin berkobar-kobar aku nak memastikan gigi anak-anak aku cantik.
erk.
erm. erm. kesian nya anaakkk akuuu.
mesti menderita siapa yang jadi anak aku.
hahaha.
:P



....

22 November 2012

Stalker Comel. hihi.

5 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


aku ada stalker sekarang.
stalker yang perasan comel.
hahaha.



kelakar je.
siapa laa insan ni.
ntah lelaki ke perempuan.
mula-mula aku ingat kawan lama dekat sekolah dulu,
tapi dia cakap bukan dia.
so siapa laaa insan ni yang sudi nak stalk aku ni.
hmmmmm. o.O
hahaha.

papehal pon,
rase seronok laa jugak.
bukan seronok sebab ape,
tapi sebab dia cakap 'saya' 'awak'.
sangat susah nak jumpa orang yang cakap 'saya' 'awak' dengan aku.
hahahah.
mungkin sebab personaliti aku kot.
hampir dengan semua orang aku cakap guna 'aku' 'kau'.
lelaki ke perempuan ke, semua aku kau.
jadi aku terasa insan ni memang tak kenal aku.
sebab tu dia guna 'saya''awak'.
hehee.

kepada stalker tu,
tak payah laaa nak stalk blog ni sangat.
bukan ada pape pon.

btw,
i don't live in the past anymore.
so, apa jua yang aku mengarut masa dulu-dulu tu,
bukan bermakna itu adalah aku yang sekarang,
sebab kehidupan itu membuatkan setiap manusia akan berubah.
setiap detik, setiap hari, manusia akan belajar.
dan dengan belajar itu, manusia akan berubah.
sama ada kepada yang lebih baik, atau sebaliknya.
jadi, don't judge me by my past stories.
i don't live there anymore.
and now, i'm starting to move on.
step by step.
little by little.
biiznillah.
:)


oh, dan nak bagitahu.
isnin ade kuiz carry marks oral patho dengan evaluation untuk dawai ortho.
selasa ada evaluation untuk oral screen.
oh, stress.
untuk keterangan, istilah 'evaluation' tu digunakan di sini untuk exam praktikal.
kalau markah tu jawab exam bertulis je,
aku boleh terima lagi.
tapi bila markah untuk evaluation kerja praktikal ni,
aku lemah betul laaa.
sebab dia bukan bergantung pada hafalan atau pemahaman kita.
tapi bergantung pada kepantasan dan ke'kretif'an tangan ni untuk siapkan task yang diberi dalam masa yang ditetapkan mengikut kriteria-kriteria yang termaktub.
haiiihhhhhh.
so sekali lagi aku tekan kan,
siapa nak ambik dentistry ni,
tolong laa fikir masak-masak.
anda bukan sahaja akan bergelumang dengan buku,
tetapi juga dengan segala instrument, mesin, materials yang berlambak-lambak.

oh,tolong doa agar Allah terbitkan rasa rajin dalam diri insan bernama AZYAN ni.
tolong sangattt. sebab aku malas tahap maksima sekarang ni.
orang dekat Palestin punya susah nak belajar,
apesal laa aku yang senang-senang ni malas sangat nak belajar?
:'(





....


haru-haru.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


mengimbau kenangan kejap.



lagu first k-pop yang aku suka.
dan still sangat suka.

mula-mula suka sebab MV dia je.
tak paham ape benda pon.

oh,missing the old BIG BANG.
:'(

tahun ni hilang semua rasa nak layan korea ni.
sama ada aku dah besar,
atau korea sekarang dah tak best,
atau aku banyak benda lagi nak kene buat sampai tak sempat layan.

hmmmmmm.
o.O




.......