02 April 2011

gempa bumi??!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

jam menunjukkan pukul 3.10 petang. 4 kepala sedang khusyuk tengok cerita 'HANTU KAK LIMAH BALIK KAMPUNG' eh, balik RUMAH. ape -ape jelaaa.

tetiba kedengaran nadia menjerit dari jauh,

'korang, siap sekarang! nanti kelam kabut. SC lepas asar kan.'

terdengar laa suara,

'alaaa, awal lagi'
'ye. ye. kejap lagi'
'kite senang je, kite pakai tudung indon'
'baeekkk nadia~'

maka empat-empat dari mereka pon bangun serentak. mula laa nak berebut,

'aku cop bilik air'
'aku after ko!'
'aku pas ko lak!'
'alaaa. aku last laa ni'

cess. seperti di zaman asrama laa pulak ye.

sesudah itu, mereka semua menunggu ketibaan azan. seorang masih di tandas. seorang sedang khusyuk melipat kain. seorang duduk atas kerusi sambil hendak menulis, 2 lagi di dalam bilik nak sambung tengok movie. aku laa tu salah seorang nye kan.

tengah-tengah khusyuk menonton, tetibe badan aku dan rakanku seakan-akan di tolak dari belakang. rakanku berteriak,

'terkejut aku!'

seraya menoleh kebelakang.
aku pon turut menoleh,

'eh, tak ade sape2 pon yang tolak'

apekah ini? tak kan hantu kak limah keluar dari laptop?

kemudian kami berdua bergoyang-goyang. kedepan kebelakang. kedepan kebelakang. pintu almari terbukak.  pen bergolek dari atas meja jatuh ke lantai. kami berdua terus berpeluk, sambil melihat sekeliling.

'apesal ni? ribut ke?'

yelaa, rumah kitorg paling atas. kami berdua terus meluru ke dapur. 

'KOOOORRAAAANGGG!!!!!!!'

yang di bilik air terus keluar. yang sedang melipat kain, yang sedang study turut keluar.

'korang rase x? rase gegar x?'
'rase-rase. air bilik kite berkocak kocak kot'
'aku atas kerusi, lagi terasa. macam nk tumbang dari kerusi'
'weyh, aku dalam bilik air. cermin goyang goyang. barang2 semua gerak-gerak. cuak gile kot!'
'nak buat ape ni??'
'pergi sutuh jom!!'
'nadia! ape pergi sutuh lak!'
'weyh korg, urusan dalam bilik air aku x selesai lagi!'
'dah tu nak buat ape?'

tiba-tiba azan asar pon berkumandang. keadaan kembali reda. jantung masih berdegup kencang. cuak nye, hanya Allah yang tahu. kami serumah pun terus mengerjakan solat asar secara berjemaah. habis sembahyang, terus pergi rumah akak SC. rupa-rupa nya, satu mesir bergegar. kesan gempa bumi dekat Greek berskala 5.9.

hadith Nabi,


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj,tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi


Allah memberi peringatan lagi.
cuba bayangkan kalau semalam tu kiamat.
semalam dah laa hari jumaat.
aku dah laa tengah tengok movie lagi.
kalau ajal aku sampai time tu, nauzubillah.
tak tahu la nak cakap.
mengigil tangan ni taip post ni.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

yang pasal open house rumah aku tu, boleh laa baca di blog kawan-kawan ku yang datang. sebab nye, aku xde gambar. tuan rumah~ mane sempat ambik gambar. hehe.

kalau nak yang dalam versi utara, boleh baca yang ni,


kalau nak yang versi sangat eksited, boleh baca yang ni,


kalau nak yang versi laporan rasmi, boleh baca yang ni, 


sekian sahaja dari saya. maaf atas karangan yang tak melambangkan BM A+.  hehe. wassalam.


.....

3 comments:

afifah samsudin :) said...

cm kenai ja spa yang duduk atas kerusi tuh :D

Allah memberi peringatan kepada kita >.<

ismatulnabilaismail said...

nape aku punye versi SANGAT EKSAITED??
hahaha..

AzyanAaziz said...

apip-engkau laaa tu. sape lagi y rajen semacam je. HAHA.

metot-yelaaa. try baca ko punye balik. mcm sgt eksited. hahaha.