04 May 2011

jawapan aku tentang KISAS....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




ok, demi kawan aku, qutham yang suruh aku buat benda ni, aku pun nak buat laa. tapi kan, aku x berniat nak cerita semuanya. yelaa. ada benda tu, lebih manis bila simpan sendiri. kalau semua orang tahu, hilang manisnya. lebih-lebih lagi cerita-cerita di kolej itu. sesuatu yang tak mungkin akan dapat balik. so, kita mulakan. tapi amaran, post ni panjang gilak. hehe.


........................................................................

1) Give 5 simple words about KISAS

sudah tentu 5 unique things in KISAS. tarbiyyah, teachers, friends, biah solehah, ukhwah.

kalau 5 perkataan dari hati aku, masam, manis, tawar, pahit, pedas. hahahaha.

2) Korang rasa korang meletup tak kat sekolah ?

erk, for sure laa tak. aku budak baik tau kat sekolah. HAHAHA.

ok, siyes nye, mane laa aku tahu. aku rasa macam tak je. meletup tu macam mane? cikgu-cikgu pun ramai tak kenal aku. aku rasa laa~~ tak ada laa istilah meletup macam tu kan. kalau nasuha, aisyah ramli tu, tu aku rasa memang meletup habis tu. hehe. 

aiseh, tetibe teringat kisah dulu-dulu. masa form 4, awal-awal tu. MENTAL CREW tak wujud lagi. hmm, mase kes musoddiq. sebab aku baik ngan dia kot. duduk sebelah dia dalam kelas, pastu jiwa SMK aku belum berjaya dilentur, so selalu je bual-bual ngan dia. tukar-tukar homework ngan dy. pegang kan henfon dy, ops ok kantoi. hahaha. dia sempat bagi aku key chain, hadiah aku lepas dia balik jalan mana ntah. pastu ada laa akak badar yang tegur. tym tu, aku macam, 'ekeleh, pesal nak bising-bising' tu dulu laaa. siap dapat teguran kasar lagi kurang ajar lalu friendster lagi. sampai sekarang aku tak tahu siapa yang tegur aku tu. batch aku ke senior ntah. tapi tak pe, aku da maafkan dia. hehe.  

pastu bermula lah siri tak suka badar. ok, bukan lah tak suka. tapi tak kenan. rase mcm, x puas aty je. aku pun tak tahu nape hati keras sangat dulu. tazkirah mesti mahu tidur. kalau tak berbual, sembang-sembang. form 4 tu, rasa jiwa remaja gile lah. semakin badar ckp tak boleh, semakin tu lah rasa nak buat lagi. sampai laa terkuburnye crew tu.

time forrm 5 lak, hmmmmmmmm. ape ye. zaman buat kepala sendiri kot. tak peduli orang nak cakap ape. hidup sesuka hati je. sampai laa tarikh 15 Mei yang menyentap dada.

3) Apa perasaan masa hari pendaftaran? Siapa orang pertama korang tegur? Korang redha tak dengan warna file yang diberi ?

yang ni tak mahu jawab boleh tak? sebab law jujur nya, aku rasa aku terima kisas sebab nak lari dari sekolah lama. so, redha jelaa kan pape pun. tak ada perasaan. orang pertama aku tegur? haha. siyes tak ingat. maap deyh.

4) Apa yang korang bangga dekat sekolah?

paling utama, biah solehah. walaweyh, aku tak tahu laa nak gambarkan biah kisas tu. ko akan otomatik jadi lebih baik dari kau yang dulu bila ko melangkah je kaki dalam kisas. even seteruk mane pun ko kat luar, ko tetap akan jadi sedikit baik bila masuk kisas.

contoh, hari isnin khamis, berjuta-juta yang puasa. jadi secara tak langsung, akan timbul rasa nak puasa jugak. habis sembahyang maghrib, berjuta-juta dok pegang Al-Quran sampai penuh belakang surau tu. jadi rasa pelik kalau tak mengaji bersama-sama. jalan satu sekolah, berselisih dengan kawan, semua dok bagi salam. rasa pelik gile laa law tak bagi salam bila selisih. kat hostel, jarang gile orang dengar lagu lagha. so secara tak langsung, aku pon kurang dengar lagu-lagu tu even tak dinafikan, aku dengar jugak. hehe. banyak lagi laa. biah kisas, memang terbaek! 

selain tu, of coz laa tarbiyyah. banyak sangat benda yang aku belajar dekat kolej itu. aku temui kesedaran pun dekat kolej itu. walau orang boleh cakap, batch aku peruntuh tarbiyyah laa pe sume tu, aku percaya, dalam diri setiap seorang ahli batch aku, semua dapat sesuatu. sesuatu yang hanya kita je tahu. sesuatu yang insyaAllah akan jadi pegangan kita sampai bila-bila.

5) Tempat paling korang suka kat sekolah.

JAMBATAN MAKSIAT!! ops. haha. tak ada laa. 

ape ek? ntah laa. bilik basuh dengan bilik iron kot. sebab hari-hari muka aku kat dua tempat tu. hari-hari basuh baju. hari-hari iron baju. pastu before pergi dewan makan pun, singgah bilik iron dulu sbb nak bagi tudung jadi. HAHA. hobi aku bersama syaza ilyany and ain dul. hahaha.

6) Nickname dekat sekolah ?

hmm. ayan kot. masa mula-mula masuk sekolah, siyes aku nak orang panggil aku AZYAN. tapi aisyah husin telah mengantoikan nama aku kat bandar putra dulu. maka, aku tetap dipanggil AYAN. kadang-kadang YAN je. 

haaaaaaaa, ni satu yang aku bengang. batch aku ade aku, AZYAN, then ZAYYAN n sorang dak lelaki, HAYYAN. pergh. aku mmg cukup bengang laa law orang jerit YAN!!! dari jauh. sebab aku selalu je bengang. =.="

so, panggil lah aku azyan lepas ni ye.

7) Berapa kali korang attend gotong-royong? Pernah escape prep? Berapa kali? Kat mana dan buat apa?

ni gotong royong ape ni? law yang hujung minggu tu, of coz laa pernah. tak ingat laa berapa kali. hahaha. tidur petang, lepas tu bangun lambat. buat alasan tak solat asar lagi. pergi solat lambat-lambat. pastu bila naik bilik je, keje da siap. hehe. ni time form 4 je eh. masa form 5, aku ketua stor kot. pergh, dak rumah khalid, mesti paham aku da. tension gilak kot nak kemas stor tu. law mood x betul, aku campak keluar je semua barang yang bersepah. maap deyh~~ HAHAHA.

escape prep? erm, tak silap aku time form 4, tak ada prep petang sebab kelas lambat. ada masa balik hostel untuk makan n solat, pastu pergi sekolah balik. eh, yeke? ke tu kat bandar putra r? x ingat laa. haha. time form 5, selalu gak. penat kot petang-petang. tapi biasa nya kelas tambahan petang, so tak escape laa. eh, tapi ada satu kali tme form 5 tu. semua memang macam tak nak bangun pergi prep. tapi nasuha tetap kata prep wajib. time ni pra-kp da ada. tak boleh bla. pra-kp semua takut nak kejut kitorang suruh pergi prep petang. yelaa, junior kan.

sambil menggosok lembut lengan aku, 'akak, akak. bangun la. pergi prep. kalau akak tak bangun, kita kene ambik nama akak.. bangun la' HAHAHA; kesian budak tu. last-last kitorang semua keluar jugak laa hostel. tapi duduk kat kantin je. sambil bergossip laa. sebab prep tinggal bape minit je pon lagi. sekadar buat syarat. hahaha.

so, sebab-sebab aku ponteng prep, sudah tentu sebab tidur. hehe.

8) Bila first time break the rule? And how about the last time?

first time? walaweyh. siyes mane laa aku ingat. maap deyh.

last time? hmmm. mesti masa spm laa kan. bawak henfon. ok, kantoi. tapi aku x pegang tau. aku bagi orang seberang jambatan pegang. hehe.

tapi the very last time, 2 hari lepas SPM. time tu hanya ada bapa orang je kat hostel. and budak laki kot yang ada. time tu aku dengan syaza nak pergi beli sarapan. and, and, and sesuatu pun terjadi laa. jadi isu kot kat batch aku. woaaaahhhhh. ok fine, memang salah kitorang pun pakai macam tu dalam kawasan sekolah.

9) Berapa kali korang singgah kantin sehari

kalau hari sekolah, 2 kali je kot. time rehat dengan after prep. itu pun kalau muslimin tak membanjiri kantin terbabit. menyampah kot~ asyik2 muslimin. asyik2 muslimin. haish.

kalau hujung minggu, berkali-kali. jangan laa tanya. lebih 10 kali pun pernah kot. hahaha.

10) Semua orang ada kenangan manis. So kenangan pahit?

terlampau banyak. tak mampu nak cerita semua.

11) Andai korang ditaklifkan sebagai KU/TKU. Bayangkan apa bakal terjadi.

kisas jadi hancur. HAHA. sebagai orang yang selalu jugak bersama Nasuha iaitu TKU batch aku, aku dapat tengok macam mana seksanya dia nak jaga satu sekolah. dia yang pada aku cukup hebat dan mantap pun macam tu, kalau aku, mati terus kot. haha.

12) Ingat lagi masjid Sultan Sulaiman. Apa korang buat kat sana?

solat terawikh. tapi bukan selalu dapat pergi. 3 kali ke 4 kali je kot. kursus jenazah. erm, tumpang sembahyang kat situ bila melawat kisas. haha. tu je laa kot.

13) Apa yang terjadi kat dewan kuliah?

waaaaaaaaaahhhh. ni soalan yang menarik. macam-macam jadi. hehe. kat sini laa tempat nampaknya ASSOBIYYAH di kalangan muslimat. nampak gile laa duduk ikut geng. yang baik, rajin, akan duduk depan-depan. pastu dak Omar akan cop tok satu Omar sbb ukhwah dyorg kan sangat mantap. kengkawan aku akan cop untuk kitorang. kalau lambat, tangga laa jawab nya. haha.

kat sini laa, banyak ilmu yang dikutip. kat sini laa tempat aku selalu tidur. tidur tak agak-agak. haha. kat sini laa gado-gado dengan muslimin. yang nak dok campak kertas yang bertulis, 'duduk tu elok-elok sikit' tak pun ' sila jaga suara anda' tak pun ' nak tidur tu agak-agak laa' siyes dulu aku rasa, muslimin kisas memang STALKER. bayanglaa. muslimat duduk, tidur pun boleh perasan and tegur. haish. menakotkan tau!



14) Korang tetiba kena jadi Pres Badar @ Pres Hawa. Amacam? Layak tak? Apa yang bakal berlaku?

semsetinya tak laa kan. orang yang selalu kene tegur dengan Badar, mana mungkin layak pegang jawatan tu. cuma nya, kalau aku betul-betul pegang jawatan tu, aku akan ubah sistem and cara peneguran Badar. sebab sebagai orang yang da lebih 10 kali kene tegur dengan Badar, aku faham laa perasaan nya. rasa lebih nak memberontak bukan nak menginsafi. so, tu laa kot yang akan jadi kalau aku jadi pres. Hawa. hahahaha.

15) Berapa kali korang outing dalam sebulan? Dengan siapa? Tempat paling jauh?

2 kali sebulan. tak pernah tak outing. HAHA. sebab rasa sesak sangat kalau duduk terperap dalam hostel. so, memang akan keluar. biasa dengan syaza, ain dengan syida.  tempat paling jauh? aku kan budak baik. tak pernah keluar Bandar DiRaja Klang tu. haha.

16) Soalan paling simple. Pernah FLY?

FLY? ape tu. hahaha. 

ntah. rasa macam tak pernah. baik tak aku? hehe.

17) Apa benda yang korang harap akan jadi, tapi ianya tak tercapai akal dan konfem takkan jadinya!

erm. aku harap aku jadi baik sikit laa zaman sekolah dulu. tapi mane mungkin ulang balik zaman tu kan. haih. 

18) Kalau diberi peluang balik masa form 4 / form 5 apa yang korang nak buat?

nak mencipta lagi banyak kenangan dekat kisas. rasa macam sekejap je sekolah dekat situ. tak puas lagi nak pegang title PELAJAR KISAS. tak kisah laa kenangan pahit ke kenangan manis, semua tu akan tersimpan dalam lubuk hati. bila da tua nanti, n kenangkan balik semua, mesti mampu buat aku gelak golek2. HAHA.

19) Kalau korang tak masuk KISAS, agak-agak kat sekolah lama apa cerita korang eh?

wahaha. aku tak dapat bayangkan, dan tak mahu bayangkan. mungkin sudah menjadi hamba Allah yang tidak diredhai, atau mungkin jadi golongan yang tidak diakui Nabi Muhammad sebagai umat baginda. nauzubillah. sangat bersyukur masuk kisas kot. 

20) Describe in one word tentang KISAS sebelum:semasa:selepas jadi warga KISAS

sebelum : tak ada perasaan

semasa : memberontak

selepas : RINDU~




pergh. siap akhirnya. ok. penat gila. bercampur- baur perasaan nye buat benda ni. sedih, gembira, rindu suma laa. papehal pun, hidup perlu diteruskan. dan aku harap, kenangan kat kisas akan kekal dalm hati aku sampai bila-bila. :)


.....

9 comments:

eiyrararara said...

it takes me 8 minutes to read this.

Akif said...

HAHA. mcm2 la ko, AZYAN. keh keh. yg masa form 4 tu btl la. ada break jap. ptg kne dtg blk. ak tw sbb ak slalu dtg lmbt. haha.

jap. yg dlm dewan kuliah 2 cmna ada muslimin blh pasan korg tdo tggang trbalik sume ah? ak x pnh nmpk pn. haha.

ko tak prnah fly? tipu daaa. areena pn pnah. ceh. haha.

AzyanAaziz said...

ira- aku ambik masa dekat sejam mengarang benda alah ni. hahaha.

qutham- haaaa, betul laa kan. sbb aku pun rasa aku selalu dtg lmbt. tym f5 je kan ade prep petang. tu pon sekejap je.

erk, mane laa aku tau. sepatutnye aku laa tanya ko. aku muslimat. ko tu y muslimin. stalker habes kot. hahaha.

erk, siyes aku xde ingtan pun y aku ada fly. bile lak nk fly? aku kan memang baik. susah ke nk percaya. hahaha.

syafiqah syahirah said...

hehehehehe
ayan,seronok aku bace post ni

part dewan kuliah mmg takleh blah
err..assobiah!
lame da tak dgr pkataan tuu
hehe

Akif said...

yup2. sme la cmtu. prep ptg start mse form 5. tp 2 pn ak x dtg. hahaha.

eh. tlg sket eh. ak xde mse nk stalk2 pmpn nih. klau ak bknan ak pegi straight je kt dy. x cover pnya. haha.

hmm. blh caye ke ko ni weh? asl hati ak rse sangsi je ni? hhaha

NourlHousna Tawfiq said...

sangat nostalgic nya!
ok.. time dulu2.. pun ktorg ada jawab soalan2 ni.. haha..

keep on the tradition!

Anonymous said...

Kelakar la ayan! :D


Tergelak aku baca, terdiam jugak, lepastu rindu sekali.HEHE

AzyanAaziz said...

iqa- tahu x ape. assobiyyah. lame kot x dengar. lagi2 assobiyyah rumah. haha.

qutham- siyes oh. aku x ingat pun aku ade fly. aku memang budak baik. percayelaah~~~ hahaha.

zahrauna- ye ke? wahaha. tradisi laa nmpaknye. hehe.

fye- hmm. rindu pun, bukan boleh balik zaman tu. kan? T__T

Unknown said...

I google my name, and I found this.. :D