14 May 2011

membebel sorang-sorang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


hari ni aku nak membebel panjang gile. balas dendam lama x update blog. hehehe.



ape tu perempuan tipikal?
okayh, aku pun perempuan. hahaha.
tapi kalau aku laa kan, bila dengar perkataan perempuan,
yang akan aku terus fikir or bayang,

1- kuat SHOPPING!!
2- suka PINK~
3- mesti nak MELARAM, tempek macam-macam kat muka.
4- minat KOREA, or K-POP laa. yang penting bukan M-POP. hahaaha.


erm, jujur nya, ini semua antara benda yang aku tak suka. bukan tak suka, tapi aku rasa perempuan tipikal. maksudnya, semua perempuan nak macam ni. dan aku tak suka. so, 4-4 perkara ni sangat laa tidak aku berkenan. 




























tapi........


















itu dulu. wahahahaha. manusia berubah kan? dan sekarang aku makin sedar perubahan aku. macam mane eh? benda yang kita dulu rasa kita tak suka, tetiba jadi benda yang kita suka or kita buat? okayh. cek balik.






1- kuat SHOPPING

dulu, siyes aku tak suka shopping. aku tak akan masuk kedai, kalau aku tak ada benda yang aku nak cari. tak ade nye aku nak masuk kedai, belek-belek barang pastu keluar. macam tak ada tujuan. buat sesuatu, mesti kene ada tujuan kan. lagi-lagi kalau poket kering, pastu nak masuk-masuk kedai yang for sure tak akan beli. errmmm. sangat tak suka. 


tapi sekarang, pergh. aku tak tahu laa. pantang nampak kedai, aku mesti nak masuk. tak kisah laa kedai baju ke, tudung ke, beg ke, kasut ke, buku ke, hatta kedai baju lelaki pun aku redah. kenapakah?? aku pun tak tahu. mungkin sebab sekarang aku guna duit aku kot. dulu pakai duit mak ayah. sekarang bila dapat elaun sendiri, rasa mampu untuk membeli padahal tak perlu pun. haih. =.="






2- suka PINK~

dulu, bila tengok perempuan yang semua benda nak pink, rasa macam, gedik gile perempuan ni. tak pun, tak yah laa feminin sangat. macam lah kaler lain tak ada. asyik-asyik pink. asyik-asyik pink. tak bosan ke?


tapi sekarang, mata ku semua tertarik pada kaler pink. wohoho. masalah betul. semua yang pink sekarang, aku rasa sweeeeeeeeetttt sangat. okayh, bukan pink yang terang gile tu. ni pink yang lembut tu. nampak sweeettt sangat. segala yang pink lembut, aku rase cantik. pergh, azyan da giler!






3- mesti MELARAM 

dulu, semua kawan-kawan aku tahu kot. aku ni memang jenis tak pakai ape-ape kat muka. pencuci muka tak pakai, compact powder x pakai, hatta bedak putih biasa pun aku tak pakai. make-up jangan cakap laa. x pernah sentuh kot. hahaha. leceh kot orang yang pakai segala bagai kat muka tu. hidup aku riang je tanpa ape-ape kat muka. Alhamdulillah, aku dikurniakan kulit tak berminyak. jadi memang sesuai laa duduk dekat malaysia tu. panas macam mane pun, muka tak berminyak sangat. berpeluh tu, normal laa kan.

tapi, sekarang. disebabkan cuaca mesir ini yang KERING GILAK ni, muka aku mula laah kering tahap melampau. musim panas ke, musim sejuk ke, kering gila. xde kelembapan. yelaa. malaysia kan panas dan LEMBAP sepanjang tahun. jadi mungkin tak ada minyak yang di'produce' kan menyebabkan muka aku kering gile laa kat sini. jadi nak tak nak, terpaksa laa hari-hari aku menempek lotion muka kat muka aku ni. lepas tu kena pakai sun-block. lepas tu balik kelas kene pakai pencuci muka. pergh, gila tertekan hidup aku macam ni. hilang segala kebebasan aku. sila bersabar azyan, 4 tahun setengah je lagi. lepas ni anda bebas balik ye. 





4- minat KOREA

dulu, aku memang langsung tak paham laa bila kawan-kawan aku minat korea. okayh, tak payah tengok kawan-kawan aku. adik aku, kak chik gile mantop laa. segala pasal korea memang kat tangan dia laa. aku suka tengok cerita korea je. sebab memang layan betul laa kan. tapi untuk K-POP?? erm. tak laa kot. tengok muka semua jambu gila. apesal laaa orang minat gile2?



tapi sekarang. fuuuhhh. aku x mau cakap. HAHAHAHA. aku tak tahu pengaruh siapa. okayh, youtube kot. hahahaha. sekarang kalau tengok suju, dah boleh cam da sekor-sekor. DBSK, SHINee, 2PM, ape lagi ek? ok. macam melampau kan. haha. tak ade laa aku gila dengan dyorg. tapi sekarang aku dah mula ambik tahu pasal dyorang. kenapa ek? paling dasyat, BIGBANG laa. yang ni, memang tak boleh nak komen laa. penuh dah laptop ni dengan bigbang je. aku tahu macam gile. tapi aku pun tak faham kenapa aku macam ni. kalau orang tanya aku nape dengar lagu korea, aku pun tak boleh nak jawab kenapa. padahal bukan faham pun. haish.


jadi, konklusi yang aku bebel panjang-panjang ni. aku rasa aku sudah pun menjadi PEREMPUAN TIPIKAL. kan? kan?


wuuuuuaaaaaaaaaaarrrrrrgggghhhh. ='(


tulah. orang cakap benda yang kata kita tak nak, tu lah yang jadi kat diri sendiri. sob3.


*************************************************************


ok, aku nak tukar topik. rabu ni aku exam practical zoology.
segala bagai kingdom, phylum, spesis kene ingat. banyak gile kot. aku nak ulang kaji kat sini. aku taip ni berdasarkan ape yang aku ingat. tak tengok buku. mesti bosan bagi korang yang tak faham pape. tapi peduli ape aku. aku nak study. hahaha.

kingdom : Protista
sub- kingdom : Protozoa

Phylum : Sarcomastigaphora ( Pseudopodium and flagella)

sub-phylum 1: Mastigaphora [ Flagella ]

Class 1: Phytomastigaphora
Species :  Euglena sp

Class 2 : Zoomastigaphora 
Species : Trypanosoma sp and Leishmania sp

sub-phylum 2 : Sarcodina [ pseudopodium ]

Species : Entamoeba Hystolytica and Entamoeba Coli

Phylum : Ciliaphora ( cillia )

Class : Kinetofragminophora
Species : Balantidium sp

Phylum : Apicomplexa
Species : Plasmodium vivax

Kingdom : Animalia

Phylum : Porifera

Class 1 : Calcarea

Order 1 : Homocoela
Species : Leucoselenia sp

Order 2 : Heterocoela 
Species : Grantia/Scypha sp

Class 2 : Hexatinillida

Species : Euplectella sp

Class 3 : Demospongia

Order 1 : Monaxonida 
Species : chalina sp

Order 2 : Kertosa 
Species : Euspongia sp

Class 4 : Sclerospongia

Species : Seratoperela sp

sape yang lidah dia tak terbelit baca ni, aku bagi hadiah. HAHAHA.

okayh. ni baru sampai nama spesis Porifera. metazoa x masuk lagi. belum masuk segala fakta yang perlu dihafal lagi. banyak gile kot lagi. pergh. aku pun da tak larat nak tulis.



exam rabu ni. pukul 1-3. 2 jam. systematic zoology, histology of animal, dengan physiology of animal. untuk systematic zoology tu, kitorang belajar sem lepas. bayang laa nak ingat benda yang da berbulan lepas belajar. memang mantop laa kan. yang bahagian physiology tu laa yang best. bedah katak. 

teringat dulu, mula-mula kene bedah katak memang menjerit-jerit laa. tapi bila lecturer cakap, 

' if you cannot dissect a toad now, how are you going to operate a human after this?!!'

terus semua memberanikan diri. setiap sorang dapat seekor. nak tak nak, kene bedah jugak. tapi bila dah 3 minggu bedah katak, hilang segala ketakutan. semakin pakar lak. laju je aku bedah katak tu. hahaha. 

untuk exam ni pun, ade bedah katak. aku tak tahu laa sempat ke tak. dengan slide nye, dengan bedah katak nye. sila korang doakan aku ye. 


foolish love


ok. siap balas dendam. haha. bye blog. mungkin lame tidak akan diupdate.


.....

5 comments:

EYQA said...

HAHAHA.kelaka doh
no 2 and 3 best!

eh,gila dalam ko belaja kingdom2 tuu
aku belaja 5 kingdom pun cm nazak2 dah
hehe.fighting future dentist!

AzyanAaziz said...

hahaha. siyes aku tensen aku jadi mcm ni. HAHA.

erm, tu laaa. sampai sekarang aku tertanya-tanya nape kitorg kat sini kene belaja zoology. mcm xde kaitan pun. haish. hahaha. thnxs2. ko pon same! chaiyok! =D

Akif said...

big bang tu yg terbaek. haha

Amalina said...

ayan.ni aku amal.haha.panjang gila ko membebel.sejujur-jujurnya aku just bca yg no4 tu je.kpop tu menarik prhatian aku.ko dh kenal sume mmber suju?haha.klu ko ada twitter n ko follow bnda yg psl2 korea,serious ko akan gila twitter lak sbb twitter sng nk tw news trbaru.tpi aku nsihatkan jgn wt,nnnti xbljr.nnti asyik pkir nk tweet je.:D

Shazlia Razali said...

komen amal, mcm atas pagar...
mula2 mcm nk suruh ko buat, yan...
tibe2, baik tak payah ~~~