Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
tadi pergi MOMENT.
nama kedai makan okayh.
kedai ni best laa jugak.
ala-ala secret recipe kat malaysia.
tapi kek dia tak banyak pilihan.
dan tersangat laa manis.
aku dah pergi 3 kali ke 4 kali ek.
erk,
aiseh,
baru td ngadu kat mama elaun tak masuk lagi,
lambat sebulan setengah dah weyh.
T___T
mama dah macam kesian dah kat anak dia sorang ni.
macam nak hulur duit daa.
babah pon boleh cakap,
kalau tak cukup duit gitaw mama.
ngeh,ngeh,ngeh.
tapi lepas mama baca post ni, kompem cancel nak hulur duit.
kata tak ade duit, tapi belanja sakan je.
wahahaha.
meh laa baca blog kawan aku ni.
dia dah upload gambar.
aku malas laa nk buat kerja dua kali kan.
nk upload je dah macam nak tunggu aku tumbuh misai.
so, klik sini jela eh.
nampak tak muka nak termuntah tu?
hahahahaha.
mana tak nye,
aku punya order paling last sampai.
aku dah melantak brownies, fruit salad, jus jambu, mocha, ntah ape lagi ntah,
baru aku punya order sampai.
chocolate MARS cake.
sedap laa sebab ade coklat MARS atas dia.
hehe.
tapi aku dah full tahap epiglotis da.
tak boleh masuk lagi weyh.
tapi mengenangkan kata-kata cikgu tadika aku,
kalau membazir nanti kawan dengan setan,
maka disumbat jugak dalam perut.
huhuhu.
tapi sunnah nabi,
makan sebelum lapar. berhenti SEBELUM kenyang.
aku konfius nak berhenti makan before kenyang ke nak jadi kawan setan?
pilihan mana paling elok?
lepas MOMENT, pergi laa ke FATHALLA.
bajet xnak belanja byk laa kan.
x mau exceed LE 50. tapi hampeh jela kan.
LE69.25.
huhuhu.
T___T
beli ape ye tadi,
oh ye. beli barang malaysia ni.
kat sini, aku memang macam gila benda ni.
padahal kat malaysia, aku gila benda ni bila duduk hostel je.
sekarang dah duduk jauh pon, masih gila lagi.
haih. balik nanti benda ni terpampang depan mata, belum tentu aku makan pon.
hahahaha.
erk, perasan tak.
asyik makan je kan??
haish, senior cakap, musim panas musim kuruskan badan.
tak ada selera makan pe semua.
apesal selera aku sama je musim panas ke musim sejuk ke.
tak ada beza pon.
macam mane nak kurus macam ni??
huhuhu.
fine, aku tahu aku dah merapu banyak gila.
langsung tak ade faedah.
tak membawa kebaikan pon pada aku dan juga pada sape2 yang baca.
tapi aku sedang tak ada mood sekarang ni.
tadi before isyak, tertido depan laptop.
setengah jam lepas tu, tersedar.
pastu terasa bengang dengan diri sendiri.
tak pasal-pasal kan.
so nak datangkan balik mood, kene laa membebel kan.
maaf kerana membebel.
huhu.
dah cukup.
4 buku fizik.
2 buku dental marpho.
tengah tunggu aku tu.
......
0 comments:
Post a Comment