19 July 2011

Alhamdulillah. :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


tak teucap perkataan Alhamdulillah ni rasa nya.

Allah sangat permudah kan urusan kitorang dekat Turki ni.

masa-masa macam ni, terasa betapa indah nya ukhwah Islamiyyah tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit.

sila anda semua bayang kan.

aku dan kawan-kawan aku sahaja orang melayu di sini.

sepanjang duduk sini, 3 kali je terserempak dengan orang melayu.

plus, kitoang pergi dengan agen arab.

so dalam satu flight tu, hanya ade orang-orang mesir yang sudah tentu tak reti berbahasa inggeris.

tapi, segala nya lancar sahaja.

dengan bahasa turki yang memang langsung tak ade basic.

perbualan kucing itik tu perkara normal.

dyorg cakap arab, kitorg paham suku je.

kitorg cakap inggeris, dyorg pulak paham suku je.

penjual cakap turki, kitorang paham satu perkataan je.

kitorang kalau cakap dengan penjual, sambil tunjuk kamus turki-inggeris.

lawak gile. hohoho.

tapi, gerak badan, gaya bahase, macam- macam cara laa buat untuk berkomunikasi.

terjalin laa satu ikatan persahabatan.

jumpa pulak dengan seorang perempuan dari Nigeria.

RAHMAH.

Subhanallah.

dia ni macam pertolongan Allah untuk kitorang.

jumpa secara tak sengaja dekat Masjid Sultan Al- Fateh.

dia punya baik, Subhanallah.

mungkin sebab umur dia dah 30, tengah cuti sorang-sorang, so dia pon ikut kitorang travel.

so dia macam akak kitorang yang jaga kitorang.

terasa bantuan Allah tu ada kat mana- mana je.

fine, aku senanye bukan nak update lagi.

cume aku bosan dalam bilik hotel ni.

 kaki dah x larat nak ikut kawan-kawan aku berjalan.

aku mengalah, duduk sorang-sorang dalam bilik.

sebelum aku demam, baik elakkan dulu kan.

sini panas gile. muke burn habis, habis, habis.

semua bila tengok cermin menjerit2.

macam mane nak raye ni!!!!!

HAHAHAHA.

gambar tak ade laaa nak tayang.

post seterusnye laa. bila aku balik mesir nanti.

tak bawak adapter memory card laaa.

tapi sungguh, Istanbul ni sangat cantik.

sesuai untuk honeymoon.

aku x mau laa honeymoon dekat sini, sebab aku dah sampai sini.

aku nak suggest laa pada sape2 yang macam dah dekat2 sampai seru tu. hehe.

pergi dulu.

Assalamualaikum.

....


0 comments: