17 August 2011

Syaitan di Ramadhan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


RAMADHAN KAREEM

ALLAHUAKRAM

rindunye nak cakap macam ni. dulu kat kisas setiap malam puasa ade jerit-jerit ni. hmmm.

ok, back to apa yang aku nak bebel.

pernah terase tak yang korang memang jahat even without SETAN?



aku baca blog kawan bandar putra aku dulu.

siyes buat aku terfikir.

kita tengok sekarang kan bulan puasa. macam yang kita belajar dulu-dulu, SETAN dgn IBLIS akan diikat sepanjang bulan puasa ni. macam mane dyorang kene ikat, WALLAHUA'LAM laaa kan. kira nya sekarang semua bergantung kepada diri sendiri. diri kita baik ke, jahat ke, nakal ke, semua tu adalah kita semata-mata. maksud aku dengan kita adalah nafsu kita.

nafsu tu raja diri.

kalau masa-masa lain, selalu laa orang sebut, 

'ni mesti banyak setan ni'

'setan yang hasut aku buat macam ni'

tapi kalau bulan puasa ni??

haaaa. tipu tipu tipu kalau korang nak cakap korang sebaik malaikat puasa ni. ntah laaa. lame aku fikir benda ni. sekarang ni semua bergantung pada diri. Allah dah cukup baik nak halang hasutan setan untuk sebulan ni, tapi tetap. haih.


contoh situasi aku yang pertama.

aku biasa memang pemalas. malas giler laa aku cakap. semua benda aku malas. dulu mcm selalu fikir, 'haih, setan ni sengaja buat aku malas kan'. tapi sekarang bulan puasa, aku xde rase beza pon malas aku masa bulan lain dengan bulan puasa ni. malah ade benda yang aku lagi malas buat puasa ni compare dengan bulan lain. 

ada setan = pemalas

tak ade setan = masih pemalas

kesimpulan = aku ni memang pemalas.

=.="

situasi dua.

bak pakai stokin, memang liat betul lah. kejap pakai, kejap tak. yang peliknya kat mesir tak pernah utk tak pakai. keluar rumah memang normal untuk pakai. jadi tak normal kalau tak pakai. padahal kat mesir tu bukan bulan puase. balik malaysia ni yang bulan puasa pulak tak pakai.

ade setan = pakai stokin

tak ade setan = tak pakai stokin.

kesimpulan = erk?! no idea.

=.='

see. tu baru dua situasi. ape aku nak maksudkan ialah, aku tak rase wujud nye setan tu boleh jadi penyebab dan alasan kita untuk buat benda jahat. actually diri sendiri tu yang salah tapi cari alasan dengan setan sebab kita memang tahu setan tu penghasut kite. tapi kita tak sedar, sebenarnye itu kehendak kita sendiri. setan cume menyemarakkan lagi je. jadi pape pon, semua berbalik pada diri.

bile baca pasal anak bunuh ayah siap tetak sampai putus kaki ayah dia tu, pergh. tergamam laa kan. dah laa bulan puasa. haaa, tak kan keje setan tu. setan tak ade. 


btw, aku nak cakap yang bukan senang nak jadi orang perempuan ni eh. erk, aku bukan laa nak menidakkan atau pon nak menolak hakikat yang aku ni seorang perempuan. cuma nya aku nak cerita something yang aku rasa bukan aku sorang je rase. ok, kalau betul aku sorang je yang rase benda alah ni, sila inform aku. aku x nak sewel sorang2. haha.


well, hari ni dah puasa yang ke 17. disebabkan aku normal dan Allah sayang aku lebih, aku cuma dapat puasa 10 hari je. mule-mule dulu dapat puasa, pastu cuti, pastu puasa balik. pada mata sesetengah lelaki, untung jadi perempuan ni. dapat hari yang tak puasa. tapi pada aku, bukan mudah. cuti ni sebenarnye telah mengganggu momentum jiwa dan nafsu seseorang. dan untuk dapatkan balik momentum tu, bukan mudah.

ape yang aku maksudkan adalah macam ni. ok, awal-awal puasa tu berkobar-kobar laa nak puasa. sehari satu juzuk tu wajib. siap ade hari yang lebih satu juzuk sebab mengenangkan masa 'cuti' nanti, tak boleh baca. terawikh pon konsisten je. khusyuk dan tawaadhuk. sentiasa nak jaga hati semua. then, tetibe dengan izin Allah, perempuan ni dapat cuti puasa. biasanya 7 hari. 

dalam masa 7 hari ni, haaaa. mule laa cabaran sebenar. dah tentu dah tak bangun sahur. tak boleh nak terawikh pulak. Al-Quran dah tak sentuh. tak ade benda lain nak buat, layan korea. layan movie. layan Running Man.(erk?!) memang boleh cakap lari habes laa momentum yang dibina tadi. dari acceleration siket-siket, terus graph decline menjunam ke bawah. ape pon tak ingat. yang penting, jadi tukang rase makanan bila mama masak. ngeeee.

habes 7 hari tu, pergh. nak kene bina balik momentum tadi. bukan mudah weyh. kepala dah ke mana. jiwa pon mcm dah lari melayang. nak habeskan satu juzuk sehari pon dah macam suuuussssaaaaaaahhhh sangat. terawikh pon dah hilang siket feel macam mula-mula dulu. tup2, tak sampai dua minggu pon lagi puasa nak habes. see, dah cakap jadi perempuan ni susah.

(kisah perumpamaan di atas ada kene mengena dengan orang yang hidup, tapi rase nye tak ade kene mengena dengan orang yang telah meninggal dunia.)

pape pon, hari ni dah nuzul quran. teruskan beribadat. belum tentu jumpa lagi Ramadhan tahun depan. hwaiting!!





....





0 comments: