Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
aku jarang dan susah sangat nak upload gambar-gambar mesir kan?
aku malu ke?
eh tak ada laa. aku tahu laaa mesir tak selawa negara-negara lain.
even aku mengakui MALAYSIA jauh sejuta kali lagi cantik dari mesir.
tapi tu bukan sebab aku x nak upload gambar-gambar pemandangan kat mesir.
tapi mesir ni ada masalah siket dengan ambek gambar.
kitorang boleh kene tangkap dengan hanya ambek gambar.
bapa kali aku nampak signboard DILARANG AMBIL GAMBAR(opkos laa dalam arab kan)
dan pernah sekali aku dan kawan-kawan aku kene marah dgn dasyatnya oleh seorang pak cik arab sebab ambek gambar.
yang aku pelik dan heran, aku tengah ambek gambar dekat luar embassy MALAYSIA. bukan aku ambek dekat bangunan embassy negara lain. tak paham aku kenapa pak cik tu nak tengking2. haish.
tapi tetibe rasa nak try ambek gambar.
so dengan sembunyi-sembunyi, dapat laa jugak aku snap beberapa gambar.
cuak gak kot. fuuh. fuuuh. macam nak gugur jantung.
ye. mesir memang klasik. ni van bergerak hospital. tapi sama je dgn Ambulan(kenapa mcm pelik je ejaan dia. betul ke x ni?). Air-cond mcm tu jugak. hebat kan.
memang selalu orang jual-jual ni letak kat lantai je. malaysia pon ada ape. tapi sila bayangkan dekat pasar. kobis, terung, bawang, lada, semua tergolek2 je lantai. oh, aku dah ckp belum, jalan dekat pasar tidak bertar ye. memang terbaek!
ni kawasan luar universiti. time tu macam semua baru habes kelas. so jalan sangat sesak.
haa. ni yang paling aku nak cerita. kadang-kadang aku kesian dekat warga Mesir. dyorang tak ada tempat untuk berekreasi. macam kita kan ada taman, macam-macam taman. dyorang cuma ada yang atas tu je. kawasan tu, berada kat tengah-tengah jalan. ye saya ulang. tengah-tengah jalan. kanan 3 lane, kiri 3 lane. jalan yang memang sentiasa sibuk laa. kalau hari cuti, penuh weyh taman kecik tu. orang duduk berpiknik dgn famili. sila cuba kau bayang? cepat ucap Alhamdulillah.
aku sebenarnya nak ambek gambar super market paling BESAR dekat Tanta ni. tapi tak berani laa pulak ambek depan-depan. nampak tak signboard oren sebelah merah tu. haaa, tu laaa Fatahallah. paling besar laa tu. besarnye, 2 kedai 2 tingkat dekat malaysia yang digabungkan. macam tu laa.
and lastly tempat makan. ngeh3. TARBOUSH. ni hari cuti. makan luar laa ye. ni kedai makanan Syiria. Harga, mak aih. tersedak laa jugak. tapi banyak gilak nak mati~~~
ok. nasi tu aku makan x sampai separuh pon. hoho. dah, no komen lagi tentang makanan.
macam ni la kehidupan aku time-time cuti. jalan gi kedai makan. bukan jalan gi shopping. uhuuuuu.
dah. tidur time.
wassalam.
0 comments:
Post a Comment