Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah, selamat sampai Tanta dari Bahariya.
cuti padahal 5 hari je. tapi tetap gak nak gi jalan.
baru rasa mcm cuti.
cuti raya haji tahun lepas pergi Marsa Matruh dengan Siwa Oasis.
*klik. klik*
winter break pergi Blue Hole dengan daki Sinai,
*klik.klik*
so, this year cuti raya haji decide nak pergi camping tengah padang pasir.
pergi dengan Thrive Tours yang diketuai Ustaz Fahmi.
oh, best kott. pengalaman.
BAHARIYA OASIS.
lepas seharian beraya, pukul 4 pagi gerak dari Tanta ke Cairo.
siket x nak macam mengantuk gila laa kan.
tengok muka pon tahu. hahaha.
pergi satu bas. ade budak Zagazig, Alex sekali. tapi majoriti budak Tanta. dan paling ramai budak Asnan Gamil laaa. 18 orang budak kelas pergi. fuuhhh. mcm rombongan kelas. :)
dan perjalanan dari Cairo ke pekan Bahariya tu ambek masa dalam 5 jam setengah. dalam bas tido x ingat dunia. kanan kiri penuh dengan padang pasir je. satu bas macam kene inject dengan ubat tido. haha.
sampai ke pekan Bahariya, tukar naik jeep pulak. sebab nak masuk dalam padang pasir, mana boleh bawak bas kan. best laa jugak. tapi jeep masa Siwa lagi daebakk ahh.
oh, dan hari tu tak ada laa panas sangat. nampak terik, tapi ok je laaa.
dan kitorang main sandboarding. macam kat Siwa. maka berlaku laa pelbagai aksi yang x boleh dirakam kan dengan kamera. dasyat sangat oh main. ahahaha.
then, lepas makan, bertolak ke camping site. ingat kan dekat. sekali 170 kilometer dari pekan bahariya tu. sila bayang, 170 km ke dalam padang pasir.
tetibe jeep berhenti kat satu tempat, pastu suruh turun. tercengang semua orang. apekah??
kanan kiri cuma nampak padang pasir. memang tak ada apa-apa langsung. mula-mula, masing masing dah cuak gile. biar betol tido sini.
in the middle of nowhere.
pak cik arab tu berkata yang bermaksud lebih kurang begini,
'sekarang kita ada kat tempat yang langsung tak bertamadun. tapi kita adalah generasi pembina tamadun terhebat. jadi sekarang kita tengok, apa yang kita boleh buat dalam keadaan tak ada apa-apa ni'
perrrghhhh.
pastu start buat unggun api sebab sejuk gila weyh malam-malam. dan budak lelaki set up khemah. kitorang siapkan makanan.
oh, dan sila bayang kan, xda sumber air langsung. hanya berbekal kan 2 tong air yang ustaz bawak saje.
siyes memang satu pengalaman kott.
ayaq asam. ahaha.
makan-makan. lepas tu ramai yang masuk tido keletihan. tapi aku malas nak tido.
maka pergi ikut ustaz Usamah dengan ustaz Aiman bersama Ecah, Jay, Is, Izzah, Metot, dang Tira pergi memburu musang padang pasir. lepas tu gi explore kawasan keliling camp site tu.
pukul satu lebih baru tido. fuuuuuuhhhhh. sejuk gilaaakk.
tudung indon tak payah gosok. ahaha. seronok seronok.
tengok sunrise yang Subhanallah cantik gila ah kan.
khemah-khemah kami. :)
ya, itu laah camp site nye. betul-betul tengah padang pasir.
pergh. pengalaman sungguh.
dengan jeep dan maknae yang best. ahaha.
kami laa princess-princess yang dapat jeep paling best, lepas tu paling bising gile, tambah pulak x nak bagi orang lain masuk. oh, dan ketua nya kak mira xada dalam gambar sebab dia duduk depan. pak cik arab tu yang bagi nama kitorang princess. demand banyak sangat kot. eheeee.
dan kami lah Asnan Gamil.
berlatar belakangkan Mushroom rock dengan Chicken rock. x nampak sangat sebab gambar ni fokus pada kitorang, bukan batu tu. ahaha.
dan ini batu-batu dari kawasan Flower Mountain.
pak cik arab kata, ini lah kawasan Nabi Yunus di muntahkan oleh ikan Nun.
sila bayang kan, kawasan padang pasir tu semua adalah bekas laut.
semua batu-batu kat kawasan tu, semua bentuk benda-benda kat laut. bentuk siput, kerang, batu karang, semua laaa. Subhanallah. memang macam tak percaya.
kawasan yang kering kontang tu adalah bekas lautan. MasyaAllah. hebat sungguh kuasa Allah.
dan ini Crystal Mountain. bekas ledakan gunung berapi berjuta tahun dulu. hasil nye, ada kristal-kristal dekat gunung tu.
kawasan ni, kawasan under UNESCO. x boleh masuk dekat-dekat.
antara batu-batu kristal yang kitorang jumpa. tapi pak cik arab tu kata, xda nilai pun kristal tu. sebab ini ground crystal. x ada sapa pakai daahh. cehhh.
ye, kami laaa 7 orang princess tu. bersama abang maknae. ahahaha. :D
rombongan kami. memang transport nye adalah jeep. sakit-sakit kepala duduk dalam tu.
bergaya dengan shades. besar gabak. ni dekat kawasan hot spring. tapi kenapa aku rasa air dia sejuk ntah. pelik je.
unta-unta. :)
excited jumpa air di kawasan terik gila ni. oh ye, hari second ni panas dia sungguh x boleh nak describe. macam dekat sangat matahari tu dengan kitorang. panas amat-amat.
oh, dan lepas habis jalan-jalan, kembali pulang ke cairo. dan pukul 1 pagi, aku selamat sampai ke Tanta.
what a great journey. sungguh terasa besar nya kuasa Allah Subhanahuwata'ala.
Subhanallah.
berjalanlah, bermusafirlah,
melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir~
lepas ni mana pulak ye.
Luxor-Aswan-Abu Simbel mungkin.
atau Hurgada-Fayoum.
hmmm.
erm, kalau duduk mesir tapi tak explore mesir apa guna kan.
:)
.....
12 comments:
kuat jalan :P
menggunakan kesempatan yang ada. 5 tahun tu bukan lama pon. heh. :D
erk! raya hajikah ini?
btw, mcm nice jugak tempat tu. kene g jugak skali ni.
malam raya kedua kitorang pergi. nice jugak laa. pergi, pergi. duduk mesir rugi x explore. hee.
fuaaa . bestnyaa awakk :'O *speechless* :D hihi
eh awak . nak tanyaaa . kan awak kat tengah padang pasir ni kan . pastu takde air takde rumput semua . takde pokok . habis kalau nak buang air macamana ? -_- saya jadik terfikir bila makan tadi . haiyo . :P
erk, tengah makan pon boleh teringat ke? dasyat betol. haha. eh, ada laa cara. cuma, sy segan nak cerita kat sini. pasal buang air sume tu, kene cite jugak ke?
haha . asal ingat awak teringat mesir nih . lepastu dia link pulak dengan cerita ni . itu yang wondering tuh . huahuahua . hmm hmm . eh entah ? takyah lah kot . apa punya soalan lah saya nih -_- brrrrrrr . . . hihi
dah kenape pulak ingat sy mase makan? dasyat ni. haha. kalau nak tahu, awk bg laa tahu siapa awk ni. nanti sy cerita dengan detail. kita borak panjang2. ok? haha.
haha . entah lah awak -_- hihi . bagitau ? memang kbai lah macamni :D tapi katsini pun boleh borak apaa . kan ? kan ? ^^
ape punye susah laa nak borak mcm ni. -_-. at least awk bgtaw laa nama awk. mcm mane sy nak panggil awk kalau sy x tahu nama awk. kan tak aci ni. awk tahu nama sy, sy x tahu nama awk. sobs3.
haha -_- ha'a lah susah . huahuahua .macamanaaaaaa nak borakk . hmm hmm .
Post a Comment