14 December 2012

pendapat aku.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


sangat sangat mahu membuat keputusan dengan matang.
sangat sangat mahu belajar berfikir sebelum buat apa apa keputusan
sangat sangat mahu menjadi manusia yang jelas matlamat hidup nya.
sangat sangat mahu ada pendirian hidup yang jitu.

benci jadi macam layang-layang ni.
bila angin ke kanan, diri ikut ke kanan.
bila angin ke kiri, badan melayang ke kiri.
bila angin berhenti bertiup, jatuh rebah ke bumi.
aisshhh.

mid-term exam dah dekat.
study entah ke mana.
belajar entah ke mana.




ramai cakap menjadi muslim itu bukan hanya pada akademik.
penuh kata-kata ni dekat facebook.
ye aku setuju.
tapi setiap orang ade cara mereka sendiri.
pada yang hebat berkata-kata, 
mereka boleh berdakwah dengan kata-kata puitis mereka.
pada yang hebat berkepimpinan,
mereka boleh berdakwah dengan sifat kepimpinan mereka.
pada yang hebat bersukan,
mereka boleh berdakwah dengan sukan mereka.
pada yang hebat menyanyi,
mereka boleh berdakwah dengan nyanyian mereka.

jangan sempitkan minda masing-masing.
kalau mereka pilih untuk berpasatuan,
aku pilih akademik.
sebab ini cara aku.
bukan semua orang mampu buat dua perkara dalam satu masa.
kan aku cakap.
aku bukan menghalang, cuma aku tak menyokong.
tolong jangan putar belit kan ayat aku.
hak bertanding, hak individu.
dan aku bukan tujukan pada semua calon.
cuma pada kawan-kawan Asnan Gamil sahaja.
and i'm not Parti Haluan Kiri.

cara aku berfikir tak sama macam kau fikir.
cara kau fikir pun tak sama macam aku fikir.
tapi tak bermakna kau betul dan aku salah.
tak aktif berpesatuan tak bermakna aku tak sokong persatuan.
tolong, dan tolong hormat pendapat aku macam mane aku hormat pendapat kau.
terima kasih.

jadi pada kau, kau dan kau.
jom sama-sama kite faqih dalam bidang masing-masing.
kita berjaya capai apa yang kita nak,
tak kisah laa dari sudut apa pon,
tak kisah laa perjuangan dari segi apa pon,
sebab pada hakikat nye, kita berkongsi matlamat yang sama.
untuk tengok berdiri nya Islam dekat muka bumi ni dengan makmur.
kau usaha dengan cara kau.
aku usaha dengan cara aku.
semoga Allah redha usaha kita bersama.
dan moga-moga dengan izin Allah, matlamat kita tercapai suatu hari nanti.
InsyaAllah. Amiiiiinnnn.
:)



.......