Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
korang teringin nak pakai braces?
korang keliru tak tahu nak kene pakai braces ke tidak?
tertanya-tanya sesuai ke nak pakai braces atau tidak?
tertanya-tanya gigi korang tu perlu atau tidak pakai braces?
ok. aku boleh tolong korang. hehe.
buat test kat bawah ni.
test sendiri kat rumah sebelum pergi klinik gigi.
lepas tu decide laa sendiri korang nak pakai braces atau pun tidak.
semoga dapat membantu.
ujian pertama
rapat kan 2 gigi depan atas korang dengan 2 gigi depan bawah korang.
kira dua gigi kapak besar korang tu bertemu dengan dua gigi depan bawah korang tu.
pastikan hujung bertemu hujung macam gambar bawah ni.
lepas tu, perhatikan gigi korang yang lain.
kalau semua gigi yang lain TAK sentuh mana-mana gigi yang lain,
maka normal laa tu. tak payah pakai braces.
kalau ada gigi hatta satu gigi selain drpd 4 gigi depan tadi tu tersentuh gigi lain,
so boleh laa fikir-fikir kan nak pakai braces atau pun tidak.
ujian kedua
rapat kan gigi taring kanan atas korang dengan gigi taring kanan bawah korang.
hujung bertemu hujung.
tahu kan mana satu gigi taring? heeee.
dah rapat, sekarang perhatikan gigi korang yang lain.
sama macam tadi. kalau tak ada gigi selain drpd gigi taring korang bertemu,
maka normal laa tu. tak payah pakai braces.
kalau ada satu atau lebih gigi yang tersentuh gigi lain,
so malocclusion laa tu.
kalau taring atas tak boleh bertemu taring bawah walau macam mana korang try buat,
tu pun tak berapa normal laa tu.
ulang ujian ni dengan gigi taring sebelah kiri pulak.
ujian ketiga
rapatkan semua gigi atas dengan gigi bawah korang.
gigit rapat-rapat.
lepas tu tengok cermin.
tengok berapa banyak gigi atas depan korang tutup gigi bawah depan korang.
normal nya, gigi atas hanya akan tutup 1/3 drpd ketinggian gigi bawah.
kalau tertutup lebih tu, makna nya tak normal laa tu.
kalau kurang daripada tu pun, tak normal laa tu.
normal : gigi atas tutup 1/3 sahaja gigi bawah.
kalau gigi atas tak boleh tutup gigi bawah langsung, itu pun tak normal nama nya.
ujian keempat
yang ni susah siket.
rapat kan semua gigi korang macam ujian ketiga tadi.
tengok gigi geraham pertama korang dekat cermin.
pastikan bila korang gigit, gigi geraham pertama korang akan jadi macam gambar ni.
tengok geraham pertama ye kawan-kawan.
A ni gambar molar class I occlusion.
makna nya normal occlusion.
kalau B yakni molar class II,
atau macam C yakni molar class III,
maksudnya perlu laa pakai braces.
so, amacam gigi korang?
aku lulus semua !! yeaaaayyy!!
sebab kau dah pakai braces dulu, Azyan.
memang laaa kan.
-_-'
sebenarnya bukan ni je cara nak tahu kene pakai braces atau tidak. ada banyak cara lain, tapi yang lain, biar lah dentist yang tengok dan cek kan untuk korang. kalau cerita kat sini pun, bukan korang paham pun. hikhik. cukup laa kan.
kalau korang lulus 4-4 ujian ni, and still tak puas hati jugak. pergi jumpa dentist. dia akan buat test-test yang lain pulak untuk korang. ok?
tapi kalau empat-empat ujian ni, korang dapat result yang tak memberangsangkan, memang kemungkinan besar memang kene pakai braces laa tu.
harap nya, ilmu ini dapat membantu siapa-siapa yang terasa nak pakai braces, tapi tak tahu perlu atau pun tak perlu. kongsi ilmu tu kan seronok. heeee. :)
esok quiz untuk Cysts of The Oral Region.
tersangat banyak jenis cysts yang lebih kurang sama je dengan satu sama lain.
dan kene hafal.
Allah Yusahhilna.
doakan kami.
:)
.....
3 comments:
dahhhh buattt . semua normal lah . macam tak percaya .hihi. tapi gigi bawah ni tak rata lah . tak comel macam gigi dokter . blerghh . :D
Thankyou for the tips doc :)
Yaaann. ada cara-cara nak tentukan gigi ni jongang tak? haha. ni serious ni. aku nak tau :D
Post a Comment