21 February 2013

sebelum aku bernikah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


amboi. tajuk. macam buku Hilal Asyraf.

umm. ummm. aku ni dah besar. dah 21 tahun daa.



ok. aku nak membebel panjang gile hari ni.

ada something yang bermain kat kepala aku ni sejak 2 minggu 3 minggu lepas.

apa ye perancangan aku sebelum kahwin?

selain dari belajar masak, kemas rumah, jaga anak yadaa yadaa laa. maksud aku. semua orang mestilah nak kahwin. siapa yang tak nak kahwin kan. aku pun nak kahwin bila jumpa seseorang yang boleh bimbing aku, tepat pada masa nya, dan ketika aku dah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. ok, ini bukan nak cakap pasal geli-geli bakal imam, bakal suami, cinta hati yadaa yadaaa. bukan. ini nak cakap pasal aku.


apa persediaan aku? persediaan rohani aku? setakat ni, aku pun tak tahu dengan siapa aku bakal berkahwin, (ntah-ntah meninggal sebelum sempat kahwin. mana tahu kan.), tapi untuk diri aku sendiri, tak kan aku nak kekal macam ni sampai kahwin. malu oii dengan anak-anak sendiri nanti. 




dan aku tak mahu jugak berubah sebab suami aku. eceh, macam cerita yang selalu kita dengar. pakai tudung labuh sebab suami suruh. pergi kelas ngaji sebab suami suruh. i mean, memang laa arahan suami tak boleh di bantah. tapi dalam hati tu, tak kan tak nak berubah sebab diri sendiri. faktor diri sendiri yang sendiri nak berubah tu tak ada ke?


aku pula bukan jenis manusia yang fikir kan soal kerjaya. macam certain kawan-kawan aku, target lepas dapat master atau pakar baru nak kahwin, lepas gaji lebih sekian sekian, baru nak kahwin. aku tak fikir pun kerjaya tu bagai. kalau orang tanya aku apa aku nampak 10 tahun akan datang, aku akan cakap, aku tengah bahagia dengan suami aku dengan anak-anak aku. mungkin aku memang family-person kot. sebab tu aku nakk sangat jadi mak orang. seorang mak yang hebat. ohhooooo.


seriously aku berdoa agar aku ni tak kahwin lambat. kalau kahwin lambat, makna nya lambat laa lagi peluang aku nak jadi mak kan. hihi. sungguh ni. tapi tapi tapi, walau bertapa eager nye aku nak jadi mak orang, aku harap sangat sangat sangat aku kahwin lepas aku habis degree. minta laa di jauh kan jumpa jodoh masa tengah study dekat Mesir ni.


jadi aku habis degree bulan Mei, tahun 2015. InsyaAllah kalau tak kene repeat year. lebih kurang 2 tahun lebih je dari sekarang. memang laa bukan aku balik-balik je ada insan nak masuk meminang terus kann. tapi dalam masa 2 tahun lebih ni, tak kan aku x nak buat apa-apa. bergerak ke arah lebih baik. macam mana nak bina rumah tangga yang diredhai kalau diri sendiri pun masih banyakk buat dosa maksiat.


lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.
so nak tak nak kene laa jadi perempuan yang baik supaya dapat lelaki yang baik. kan? orang kata, pasangan kita adalah reflect kepada perangai kita. kalau si isteri teruk, tak payah pelik laa kalau si suami pun teruk sama. ni orang kata, bukan aku kata. dan tak kan nak harap si suami je bimbing isteri. ye dak?


................................................



so, these are some few things yang aku harap aku boleh ubah, atau perbaiki diri, atau penambah baik sebelum someone lamar aku. atau masuk meminang aku. ecececece. 


1. Aurat.

oh my. yang ni memang susaaahhhh sangattt laaa. padahal dari tadika lagi dah belajar.

-aurat seorang wanita adalah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.-

 tahu dah hakikat ni. sedar dah hakikat ni. tapi tapi kenapa payah sangat nak istiqomah pun aku tak tahu. haishhhh. aurat ni, orang tu alim ke, tak alim ke, ayu sopan ke, ganas macam lelaki ke, belajar tinggi sampai phD ke, belajar takat sekolah rendah je ke, tomboy ke, ape ke, wajib jugakk tutup. ketuk siket kepala tu, Azyan.

dan maksud aurat kat sini bukan setakat stokin tu. tu lengan baju tu. tudung jarang tu. huuuuuuu. -_-

sila laa istiqomah sebelum anda berubah tangga ye, Azyan!

2. Juz 'Amma

yang ni memang ketuk-ketuk-ketuk laa kepala sendiri. berapa kali hafal, berapa kali jugak lupa. menggunung dah tu dosa sebab lupa apa yang di hafal. :'(

 macam mana nak suruh anak sendiri hafal Al-Quran kalau diri sendiri pun tak hafal Al-Quran. selalu membayang kan anak-anak aku masuk Tahfiz. tapi kalau aku ni yang hafal Juz 'Amma ni pun asyik lupa balikk je, macam mana anak-anak aku nak respect kat aku. ish3. 

sila laa hafal balik surah-surah tu lepas tu pastikan Juz 'Amma melekat sampai bila-bila kat kepala tu ye, Azyan!

3. Solat di awal waktu.

dush3. kalau kat Mesir boleh je solat awal. dengar azan je terus sembahyang. sebelum azan lagi kadang2 dah duduk atas sejadah. tapi balikk Malaysia jee, adddddddduuuuuuuuuuuuuuuuuyyyyyaaaaaiiiiii. liat semacam nak sembahyang awal. subuh tu dekat-dekat pukul 7 baru nak solat. Isyak tu pukul 12 malam baru nak solat. 

seorang penceramah pernah cakap, 
'Kita selalu minta Allah cepat-cepat makbulkan doa kita. tapi macam mana Allah nak cepat-cepat perkenan kan doa kita kalau kita lambat-lambat kan suruhan-Nya.'

tolong laa solat awal waktu, Azyan. banyak tahu takk ganjaran orang solat awal ni. 

4. kawan dengan Al-Quran rapat-rapat

aduh. semakin terasa bila masuk tahun ni. busy sangat sampai kadang-kadang sehari baca satu muka surat je. ada hari yang memang tak sentuh pun. padahal ramai lagi orang yang sibuk. tapi online sempat je. -_- piatt telinga tu kangg.

baru masa study, dah makin kurang baca Al-Quran. kalau dah kahwin, dah kerja, tak kan makin kurang? macam mana sibuk nya manusia tu, Al-Quran mana boleh tinggal. macam mana nak berseri rumah tangga kalau kurang baca Al-Quran. Al-Quran tu kan cahaya. terukk. terukkk. 

dear my future husband, sila piat telinga ini kalau malas baca Al-Quran. ok? 

5. kurang kan bergossip. 

amboi. gossip dengan perempuan memang tak boleh lari kann. tapi kesan sampingan nya sangat laa banyak. memang kadang-kadang sibuk ni membantu kita mengurangkan benda-benda yang tak elok ni. sekarang makin tak banyak bergossip sebab tak ada masa.

malu je kalau dah kahwin nanti banyak bergossip. macam mak cik joyah pulak. kesian nama suami yang buruk. kesian anak-anak malu nak mengaku mak. 

................................................


ok. sekarang ni cuma ini jelaa yang bermain dekat kepala. ya, memang kita sepatutnya kene berubah dari segala aspek. bukan setakat ni je. dan bukan berubah sebab nak kahwin, tapi langkah beribu batu bermula dengan langkah pertama kan. kalau 5 benda mudah (?) ni pun aku susaahhh sangat nak buat dan istiqomah, aku tak tahuu laa nak kate bertapa teruk nyaa aku ni. dush3.

tolong ingat kan aku, ketuk kepala aku, piat telinga aku kalau semakin hari aku semakin lari jauh dari matlamat aku ni. duuhh. manusia. biasa laa. iman naik turun setiap hari. -_-



perubahan yang aku nak buat, aku nak buat betul-betul sebab lahir dari hati yang ikhlas dalam diri aku sendiri. bukan atas desakkan, paksaan, dorongan orang lain. aku sendiri yang nak berubah. bukan sebab benda lain. ikhlas lillahi Ta'ala.

tolong laa doa doa doa supaya aku betul-betul berjaya berubah sebelum aku di lamar. eceh, berkahwin laa senang. dan tolong tolong lah doa aku dapat suami yang beriman yang boleh pimpin aku jadi seorang perempuan yang lebih solehah pulak kan. hehe. nanti bila dah besar, dah kahwin, tengok balik post ni, boleh reflect balik diri sendiri. 2 tahun setengah untuk berubah. sila cabar diri sendiri, Azyan!!




tetibe terasa tua bila cakap soal ni. hahaha.

esok MTC. lebih kurang macam muktamar BADAR.

kbai.



.........

4 comments:

Anonymous said...

Bukan dah jumpe ke? Eh.

Kbai

AzyanAaziz said...

fye - dush3. tembak kang.-_-

EYQA said...

yannnnn dah jumpe tak bgtau punnnnn. hahaha

AzyanAaziz said...

bilaaa pulakkk aku dah jumpaa ni? ish3. kalau jumpa, kahwin terus laa aih. ape tunggu2 lagi. haha.