15 February 2013

sem baru. henfon baru.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


henfonnn barruuuuuu!!


ok tipu je. aku tak tahu kenapa aku nak cita benda ni. mungkin sebab aku dah letih nak ulang cerita yang sama dekat orang. dah dekat 20 orang tanya aku soalan yang sama. letih tahu takk nak ulang cerita yang sama. tolong laah kasihani air liur aku. juga jiwa dan emosi aku yang sentiasa terusik bila orang tanya soalan itu berulang kali. -_-


mana Note II kau?


nah. ambik Note II ni. ambikk. ambikk.


macam yang ramai tahu. atau semua budak Asnan Gamil tahu, aku memang daahhh lama sangat mengidam henfon Galaxy Note II tu. dari awal-awal dia keluar lagi, hati aku cair tertawan, terkesima melihat henfon berkenanaan. pergh. dengan semua orang kot aku dah cerita betapa aku termimpi-mimpi ingin kan henfon berkenaan. kalau masuk bilik aku pun, ada tertampal kertas bertulis GALAXY NOTE II gitu kat dinding depan meja study aku ni. amboii. dasyat sangat impian tu. hahaha.

waktu gila termimpi-mimpi tu.

tak pernah ada henfon yang berjaya pikat aku mcm mane Note II berjaya pikat aku. sungguh aku tak tipu itu adalah pertama kali dalam hidup aku yang aku betul-betul minat satu henfon. maka aku tanam kan niat, balik winter break aku nak bawak balik duit, nak beli kat Malaysia.

and the story begin. one week before aku balik Malaysia, aku telefon family aku. 

'mama kat mane tu?'

'dekat kedai. teman angah nak beli henfon baru.'

'hah? beli henfon? henfon ape?'

'henfon Galaxy yang baru tu.'

'Galaxy Note II ke??!!'

'aah'

dan by that time, hati dan jantung aku pun macam hancur luluh pecah berkecai laa. dan macam budak yang mengada-ngada, aku menangis. Allah, sekarang aku rase bodoh gile nangis untuk hal macam ni. hahahaha. tapi memang aku nangis sungguh-sungguh laaa. nangis non-stop kot. mungkin time tu faktor tengah exam, dan PMS yang melanda diri, mendorong aku nangis sedasyat itu. kalau ingat balik masa tu, sungguh terase malu gile-gile ahh. dush3. tolong laaa Azyan matang siket. hahaha. -_-

isu ni bukan salah sesiapa pun. salah aku sendiri kott. sebenarnya ni masalah EGO je ni. bukan nye aku tak boleh beli pun henfon yang sama. Angah kat Malaysia, aku kat Mesir. tapi nak buat macam mane. aku ada masalah dengan EGO. aku sangat tak suka something yang sama dengan orang lain. selagi yang boleh, aku tak suka sesuatu yang sama dengan orang sekeliling aku. lebih kurang macam, kalau orang yang sama dengan aku, aku tak kisah. tapi aku tak suka sama dengan orang lain. paham ke? 


so masalah dengan diri sendiri. dush3. padan muka. hahaha. jadi tawar laaa hati aku dengan Note II tu. kalau lah Angah beli henfon tu selepas aku beli, aku tak de laa setacing ini. so lepas frust menonggeng begitu sekali, aku decide tak nak laa bawak duit banyak-banyak balik Malaysia. aku pun tak nak dah beli Note II tu, buat apa bawak balik duit banyak-banyak kann.


so, lepas ni jangan laa tanya aku mana Note II aku. sedih tahu takk nak menjawab soalan tu. sobs3. 


jadi kat Malaysia, aku terdetik laa nak beli henfon murah-murah je sementara menunggu henfon lain yang boleh pikat aku macam Note II tu. tapi lepas bincang-bincang dengan mama dgn abah, rase macam membazir je beli henfon murah-murah gitu. so aku pun ambik laa henfon lama kakak aku. at least ada laa Android tu. hahaha.


jadi sekarang aku dah ada WhatsApp. Instagram pun dah ada. hehee. setakat ni aku masih belum temui keseronokkan guna benda-benda ni semua. ntah laa. tak tahu kenapa. 


twitter tak ada lagi. dan masih tak terasa pun nak buat twitter. biarlah dulu.


isu ni mengajar aku yang bukan semua yang kita nak, impikan, harapkan, kita akan dapat. mengharap dan akhirnya kecewa. belajar menerima dengan redha itu susah. tapi tak mustahil. aku tak salah kan pun mak aku, atau ayah aku, atau kakak aku sebab beli henfon tu. hak membeli hak setiap individu ok. hehe. macam budak kecik kan aku ni? -_- cuma mula-mula tu, memang tipu laa kalau tak ada rase terkecik hati kan. tapi ini laa proses mematangkan diri. kite bukan budak kecik lagi. bukan semua yang kite nak, kite akan dapat. InsyaAllah. ada laa tu hikmah atas ketidak upayaan aku membali Note II ni. mungkin dapat kumpul duit untuk kahwin. heheee. :P


tadaaaa. end of the story. hahaha.




dan ini semalam sambut birthday semua budak rumahh. ahaha. teruk takk.
sebab risau nanti busy bagai, besday pun dekat-dekat, kitorang sambut sekali je. teheeeee.

Ain - 22/1
Azyan - 18/2
Apip - 23/2
Eiyra - 18/3

HAPPY BIRTHDAY HOUSEMATES!!!
semoga ukhwah kita kekal sampai bila-bila.
sayangg korang ketat-ketatttt.

:D



.....




3 comments:

EYQA said...

Wehhh kalau aku pun nangis gak. Kot. hahahaha. Tp mcm lawak jugak. Seronoknyaaa ada housemate. Haha takde kaitan.

AzyanAaziz said...

hahaha. terase bodoh gile taw takk fikir balik aku nangis. haha. duduk ah rumah sewa, nanti ade housemate jugak. heee.

Stalker . hihi said...

wahhhhhhhhhhhhhhhh ! untungnyaa lahhhhhh awakkkkk . heee :D