23 April 2013

one step closer.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

dengan ini, secara rasmi nya, Asnan Gamil telah berjaya mengharungi 6 praktikal exams dengan jaya nya. 

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

yeayyyy! 

tak tahu nak komen apa. bila kerja praktikal ni, kita tak boleh nak detect kesalahan kita. dan kalau satu step tersilap buat, mmg tak ada maaf bagimu. eh silap, mmg tak ada cara lain. either mintak nak buat yg baru di mana markah akan di tolak, atau hantar je yg x jadi so mmg akan dapat markah siket. either way, markah tak dapat markah penuh.

secara ringkas nya, setiap exam praktikal, kitorang kene cabut soalan sendiri. bak kata Dr Tamer Nasr, 'you destiny is in your own hand' muaahahaha. setiap kali nak cabut undi tu mmg laaa berdebar gila semacam. redha jelaa dengan pilihan tangan sendiri. 

 time exam pon boleh typo. egypt oh egypt. 

semalam lepas habes exam ortho. dalam hati berdebar gile nak exam prostho. 


semalam punya prostho exam. betapa sehati sejiwa dengan Ira sampai cabut soalan pun sebijik mcm soalan dia. ohohohoho.


after exam prostho semalam. wink3. 

ni masa first praktikal exam. pedodontics! 

before exam oral pathology!

dokter-dokter kata dia kagum sangat dengan orang Malaysia.

all of you are always smiling. before the exam, during the exam, and also after the exam. it is nice to see all of you smiling. unlike the egyptian. they cry when there is exam. haha.

hahahahahahahha. senyum sebab tak boleh buat laa doc. memang lah! keluar exam, bila semua tak boleh buat, semua gelak reramai. aduyaiii. Asnan Gamil. haha.


dan overall nye, agak tidak berpuas hati dengan semua exam praktikal. maybe sebab aku mmg tak boleh kerja under pressure kot. kalau hari-hari biasa, buat kerja praktikal, smooth je. cantikk je. masa exam, dengan tangan menggigil, increase heart rate, xerostomia, release of adrenaline bagai, macam tak boleh nak buat yang terbaik. macam ada set dekat mind, 'kalau salah memang mati'. so jadi buat semua tu dalam keadaan telebih-lebih berhati-hati. sighh.

the worst practical exam; Operative Dentistry

kyyaaahhhhhh. air mata mengalir mencurah-curah ke ladang gandum, lalu POP, jadi laaa cocoa crunch!

ok, ngarot. -_-

tapi nak buat camne. usaha dah. doa tak berhenti. dan sekarang masa untuk tawakkal. 

tawakkaltu A'lallah

dan suka sangat bila siapa-siapa ingatkan untuk baca doa ini,


Ya Allah, jika dengan mendapat Mumtaz itu aku akan jadi seorang Muslim yang lebih baik, mampu membantu umat Islam di serata dunia, dan mampu memberi lebih kebaikan kepada aku dan juga umat Islam, maka Engkau rezeki kan lah aku untuk memperoleh keputusan Mumtaz itu. 

Namun Ya Allah, jika dengan mendapat Mumtaz akan membawa lebih kemungkaran kepada aku, aku akan menjadi ujub dan riak, dan membawa lebih banyak keburukan kepada diri aku dan umat Islam, maka janganlah Engkau anugerahkan aku keputusan Mumtaz itu dan Kau redhakanlah hati ini dengan keputusanMu itu, Ya Allah. 



dapat Mumtaz itu rezeki dan ujian.
kalau tak dapat Mumtaz pun, itu adalah rezeki dan ujian.


tak boleh nak aim Mumtaz tahun ni sebab praktikal exam bawak 40% daripada markah keseluruhan. memang sakit aahh kalau nak aim Mumtaz kan. huhuuuu.

sebulan lagi, written and oral exam menanti. belajar dari sekarang Azyan! jangan malas-malas! one step closer to become a muslim dentist. InsyaAllah.




malam tadi mimpi kan sejarah itu balik.
bangun-bangun tido je jadi blurr. kenapa masih boleh ingat?
ingat kan dah boleh lupa completely.
kenapa memang macam susah gila nak lupakan something yang memang kita nak lupa?
-_-
tolong laaa pergi kenangan. tolongggg laaaaaaaa pergi jauh-jauh. shuuuhhh. shuuuuuhhh.
tengah macam ni, ada orang tu x nak layan kita.
tertacing pulak.
sobs3. 

emosi, sila behave.
habes exam mane ade orang stress-stress, emo-emo.
habes exam kene enjoy laaahhh!!



kbai.




.......





2 comments:

amira faqihah said...

bestnya da habis exm praktikalll,,kami belummm T,T

Safwan Hamdy said...

takyah tertacing sgt lah. haha