02 June 2013

senang nak sebut, susah nak buat.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


sepatut nya dah update blog ni lepas exam Oral Patho hari tu. 
dah panjang berjela karang, 
meluahkan ke'stress'an dan ke'tension'an tahap petala langit. 
ok over. haha.
but then, i decided to restrain myself from updating.
lepas tu, sekarang baca balik ayat berjela panjang tu,
terus delete.

mungkin sebab dah besar,
atau mungkin sebab dah matang?
wink. wink. yeayy. azyan dah matang!
ok. tipuu. tipuu. hee.

masa exam, pesanan orang mesti lahh,
'redha dengan tawakkal lah lepas jawab exam tu'

seriously, perkataan redha dan tawakkal tu sangat laaaah susah nak di buat tulus mulus dari hati yang paling dalam.
tak tahu kenapa,
tahun ni punya exam ada rasa kekurangan.
macam ada something yang tak kene.
tak cukup study ke?
rasa macam dah study. 
banyak sangat main fesbuk ke?
oh, since pre-dental lagi memang study sambil menghadap fesbuk.
takde internet, tak boleh study.
sebab over confident ke?
tak de aihh. exam praktikal teruk, memang babai laa confident.

so apa ye masalah tahun ni?
hmmmm.

mungkin ini lah ujian kot.
selama ni jarang nak rasa tak boleh jawab exam.
jarang lah dapat result teruk kan.
tahun ni mungkin Allah nak tarik nikmat tu.


tapi rasa down nye, Allah, tak tahu lah nak describe.
rasa macam tak mampu nak study lagi.
rasa nak give up pon ada.
cammon laaa azyan.
tak kan nak give up kot.
baru dua paper, lima lagi subjek kau nak campak mana?
kat mulut asyik cakap, asyik sebut,
'dah usaha kan, sekarang tawakal jelaa. redha je'

cakap banyak-banyak kali kat diri sendiri.
even rasa macam dah berjuta kali kot cakap.
tapi still. bila duduk sorang-sorang, mula lah fikir balik.
mula lah teringat jawapan dalam exam.
lepas tu rasa down lagi.
mengada azyan. mengada. blerghh.

so memang macam tu kann.
benda yang mudah meluncur laju kat bibir ni,
itu laaa sebenarnya yang susah sangat nak buat dengan hati.

jadi sekarang apa yang kita kene buat,

cek balik niat belajar tu.
kenapa sebenarnya kita belajar?
sebab exam ke sebab nak tambah ilmu?

cek balik hati tu.
ada dengki dengan orang ke?
ada rasa tak puas hati dengan orang ke?
ada wujud rasa riak takabbur ke dalam hati?

cek balik iman tu.
banyak sangat buat dosa ke?
lebih kan study sampai bertangguh sembahyang ke?

tanya balik diri. refleksi diri balik.

wooaaahhh. matang nye Azyan. haha. Alhamdulillah. finally post ini tidak berbaur emosi dan serabut. dan tidak jugak penuh dengan keluh kesah dan rungutan-rungutan. tehee.

bila dah makin besar ni, makin sedar yang apa yang kita tulis kat internet ni, be it fesbuk or, blog or, twitter or, instagram or anything sekalipun, semua nya bagi gambaran kepada siapa kita yang sebenarnya.
memang lah orang boleh cakap, aku kat fesbuk lain, aku kat realiti lain. tapi hakikat sebenarnya, sama je dua-dua tu. dan kita telah meng'expose'kan diri kita kepada manusia kat luar untuk judge siapa kita.

jadi sekarang ni, sedang berusaha, baca betul-betul, SEDANG berusaha untuk limit diri sendiri dari meluahkan benda yang sepatutnya tak perlu pun luah kat public. even dulu rasa macam, blog aku, suka hati aku lah kan. but somehow, sekarang dah lain. kottt. haha.

harap-harap nya lah kannn.
so please pray for me. 
4 hari lagi, Prosthodontics. 
subjek yang bermain dengan gigi palsu. 
heeee.
Rabbuna Yusahhilna.




dan ini lagu.
padahal dah berzaman suka dengar lepas ira tunjuk last year.
versi ini.
tapi tak tahu kenapa akhir-akhir ni asyik mengulang lagu ni je. 
tak ada maksud tersirat ke apa ok.
muahahahaaha.

oh. dan final bola sepak, 
JDT vs Kelantan
mak aih. boleh perang besar ni. 
go Johor go!!
negeri assobiah lawan. pergh. 
hohohoho. 
:P

okbai.



.....





24 May 2013

final exam tahun ketiga.

8 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


berhabuk berdebu dah blog ni.
teheee. 
sebulan cuti study. sebulan lah duduk buat ntah pape je kat rumah.
sebelum ni asyik mengeluh tak ada cuti study,
tahun ni ambek kauu. sebulan dia kasi.
bila dah bagi, biasa lahh. tak study jugak pun.
haihhh. ketuk jugakk lah kepala tu.
-_-'


dan tahun ni exam yang banyaaaaakkkkk sangaaaatttt.
oh, takuttt. takutttt. cuaaaakkkk.






26 Mei - Oral Pathology (written)
27 Mei - Oral Pathology (oral)
30 Mei - Conservative Dentistry (written)
1 Jun - Conservative Dentistry (oral)
6 Jun - Prosthodontics (written)
8 Jun - Prosthodontics (oral)
10 Jun - Pharmacology (written)
11 Jun - Pharmacology (oral)
15 Jun - Crown and Bridge (written)
16 Jun - Crown and Bridge (oral)
19 Jun - Orthodontics (written)
20 Jun - Orthodontics (oral)
23 Jun - Pedodontics (written)
24 Jun - Pedodontics (oral)

mak aaaiiihhhh. letih menaip jadual exam. tanda banyakk sangat. haha.

nama aku mula huruf Alif. jadi no giliran aku 2. ceh. belakang Ahmad. so, oral exam mestilaaahhhh aku no 2. bapakkk cuaaaakkkkkk. oral exam lebih mencuakkan dari written exam. nak menghadap muka lecturer-lecturer itu semua. wuwuuuuuu. nangis bertangki.

so, do pray for me. mana tahu, masa jawab exam tu, berkat doa siapa-siapa aku dapat jawab tetibe. dan di sini mahu mohon seluruh keampunan kalau ada silap salah. kadang dosa dan silap kita boleh jadi penghijab kita masa exam. wuwuuu.

kalau lulus dengan jaya nye, dapat lah aku pulang ke Malaysia dengan aman. jyeaaaahhhh!!  tapi tapi kalau ade paper yang sangkut, kene datang Mesir balik. sobs3. 



Allahumma faqihna fiddin. Allahumma faqihna fiddin. Allahumma faqihna fiddin.
Rabbuna yusahhilna. 


biar gemok janji ada orang sayang. eh. tetibe je. teheeee.


okbai.


.......


23 April 2013

one step closer.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

dengan ini, secara rasmi nya, Asnan Gamil telah berjaya mengharungi 6 praktikal exams dengan jaya nya. 

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

yeayyyy! 

tak tahu nak komen apa. bila kerja praktikal ni, kita tak boleh nak detect kesalahan kita. dan kalau satu step tersilap buat, mmg tak ada maaf bagimu. eh silap, mmg tak ada cara lain. either mintak nak buat yg baru di mana markah akan di tolak, atau hantar je yg x jadi so mmg akan dapat markah siket. either way, markah tak dapat markah penuh.

secara ringkas nya, setiap exam praktikal, kitorang kene cabut soalan sendiri. bak kata Dr Tamer Nasr, 'you destiny is in your own hand' muaahahaha. setiap kali nak cabut undi tu mmg laaa berdebar gila semacam. redha jelaa dengan pilihan tangan sendiri. 

 time exam pon boleh typo. egypt oh egypt. 

semalam lepas habes exam ortho. dalam hati berdebar gile nak exam prostho. 


semalam punya prostho exam. betapa sehati sejiwa dengan Ira sampai cabut soalan pun sebijik mcm soalan dia. ohohohoho.


after exam prostho semalam. wink3. 

ni masa first praktikal exam. pedodontics! 

before exam oral pathology!

dokter-dokter kata dia kagum sangat dengan orang Malaysia.

all of you are always smiling. before the exam, during the exam, and also after the exam. it is nice to see all of you smiling. unlike the egyptian. they cry when there is exam. haha.

hahahahahahahha. senyum sebab tak boleh buat laa doc. memang lah! keluar exam, bila semua tak boleh buat, semua gelak reramai. aduyaiii. Asnan Gamil. haha.


dan overall nye, agak tidak berpuas hati dengan semua exam praktikal. maybe sebab aku mmg tak boleh kerja under pressure kot. kalau hari-hari biasa, buat kerja praktikal, smooth je. cantikk je. masa exam, dengan tangan menggigil, increase heart rate, xerostomia, release of adrenaline bagai, macam tak boleh nak buat yang terbaik. macam ada set dekat mind, 'kalau salah memang mati'. so jadi buat semua tu dalam keadaan telebih-lebih berhati-hati. sighh.

the worst practical exam; Operative Dentistry

kyyaaahhhhhh. air mata mengalir mencurah-curah ke ladang gandum, lalu POP, jadi laaa cocoa crunch!

ok, ngarot. -_-

tapi nak buat camne. usaha dah. doa tak berhenti. dan sekarang masa untuk tawakkal. 

tawakkaltu A'lallah

dan suka sangat bila siapa-siapa ingatkan untuk baca doa ini,


Ya Allah, jika dengan mendapat Mumtaz itu aku akan jadi seorang Muslim yang lebih baik, mampu membantu umat Islam di serata dunia, dan mampu memberi lebih kebaikan kepada aku dan juga umat Islam, maka Engkau rezeki kan lah aku untuk memperoleh keputusan Mumtaz itu. 

Namun Ya Allah, jika dengan mendapat Mumtaz akan membawa lebih kemungkaran kepada aku, aku akan menjadi ujub dan riak, dan membawa lebih banyak keburukan kepada diri aku dan umat Islam, maka janganlah Engkau anugerahkan aku keputusan Mumtaz itu dan Kau redhakanlah hati ini dengan keputusanMu itu, Ya Allah. 



dapat Mumtaz itu rezeki dan ujian.
kalau tak dapat Mumtaz pun, itu adalah rezeki dan ujian.


tak boleh nak aim Mumtaz tahun ni sebab praktikal exam bawak 40% daripada markah keseluruhan. memang sakit aahh kalau nak aim Mumtaz kan. huhuuuu.

sebulan lagi, written and oral exam menanti. belajar dari sekarang Azyan! jangan malas-malas! one step closer to become a muslim dentist. InsyaAllah.




malam tadi mimpi kan sejarah itu balik.
bangun-bangun tido je jadi blurr. kenapa masih boleh ingat?
ingat kan dah boleh lupa completely.
kenapa memang macam susah gila nak lupakan something yang memang kita nak lupa?
-_-
tolong laaa pergi kenangan. tolongggg laaaaaaaa pergi jauh-jauh. shuuuhhh. shuuuuuhhh.
tengah macam ni, ada orang tu x nak layan kita.
tertacing pulak.
sobs3. 

emosi, sila behave.
habes exam mane ade orang stress-stress, emo-emo.
habes exam kene enjoy laaahhh!!



kbai.




.......





19 April 2013

ini janji kami.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



kami,
ahli-ahli rumah JPA 5,
dengan ini berjanji,
tulus dari dalam hati yang paling dalam,
ikhlas dari lubuk hati,
untuk
tidak melangsungkan pernikahan sepanjang pengajian ijazah sarjana muda kami sehingga lah kami tamat pengajian kami.
ini janji kami.




HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA.

ok. lawak gila.

tak betul je memasing kann.
-_-

tapi betul pun sebenarnya. kitorang dah janji tak mau kahwin selagi tak dapat degree. siapa yang kahwin dulu tu, haaaaa. nak kene laaa tu. hahaha.

dan bila budak kelas tahu janji kitorang, semua macam tak puas hati.
wehh, cam ne kalau dah jodoh.
weehhh. kejam gile korang buat janji macam tu.
weeeeehhhhh. macam melawan takdir kott korang ni.

kata kan laah apa sahaja.
mungkin pada kebanyakkan orang, janji ni macam mengarut je.
tapi tak pun pada kitorang.
kitorang berempat dibesarkan bukan daripada latar belakang keluarga yang kahwin masa belajar pun.
memang family memasing tak kann kasi punya lah kahwin masa belajar.
so janji tu macam main-main je.
semuanya ikut latar belakang family kan.
memang tak ada nya mak ayah kitorang nak bagi lepas masa belajar pon.
lain lah kalau kitorang nak kahwin dengan anak dato' yang kaya raya kan. 
(macam lah ada yang nak kahwin dgn kitorang pon masa belajar pon kan. -_- )




spot the differences. hehe.

moga Allah redha dengan pilihan kitorang ni. selalu gak kitorang bincang baik buruk nya kahwin masa belajar ni. dan kitorang sepakat merasakan kahwin masa belajar bukan lah yang terbaik buat kitorang. memang laa memasing kadang gedik2 meroyan nak kahwin bagai. hahaha. tapi kitorang nak berbakti pada mak ayah dulu sebelum fikir pasal kahwin. hey, semua orang ada pendapat masing-masing kan. chill lah!
:)

dan tadi masa sarapan,
ntah macam mana topik ni boleh timbul balik.
maka satu janji baru termetrai antara kitorang berempat.

'orang pertama yang kahwin antara kita, kene belanja lagi 3 orang ni makan besar! yeayyy!!'

lepas tu Apip pulak menambah syarat,

'dan orang last yang kahwin antara kita pon kene belanja lagi 3 orang yang dah kahwin tu makan besar. belanja dengan suami masing-masing. kyaaaaaahhhhh!!'


hahahahahahahahahaha.

bila budak rumah mengarut. macam ni lah jadi nya. 

so di sini mereka paksa aku update blog supaya masing-masing tak lupa janji ni. ok korang. siapa lupa, aku ketuk kepala sorang-sorang. haha.
belanja yang mahal-mahal ok. tak main lah kedai tepi jalan je. heeee.


bergambar bersama cincin rumah. lepas kahwin nanti, boleh ambek gambar macam ni lagi tapi dengan cincin kahwin memasing. hihi. gedik! :P



amboi. post yang penuh gedik. hahahaha.
ahad ini exam.
isnin ini lagi banyak exams.
mengarot meraban ini surely dapat mengurangkan stress kat kepala. 
mari mengarot lagi!
hohoho.


doakan kitorang.


kbai.



......




16 April 2013

lost.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


rasa macam lost lah.
macam bluuurrrr je berapa hari ni.



apekah Azyan?
u took more than 2 hours to finish a 10 pages notes??
dah lah topic introduction je pulak tu.
apekah weh? apekah?
ketuk siket kepala tu.

rasa macam pelikkkkk gileeeeeeeerrrrr jeeeeeee.
since when aku study dengan kadar yang sangat lembap ini.
terasa aneh sungguh.
usually it only takes about half to an hour jeeeeeee.
wuuuuwuuuuuuu.
nangis bertangki-tangki.

ok. takk chat ponn. tak ok.
tak berangan jugakk.
tak buat apa pon.
konon semangat je.
tapi macam ntahhh.
macam lambat gile je otak ni menyerap.
blur semacam.
haihhh.

ada dekat lebih 70 muka surat lagi Azyan.
bila nak khatam gini?
duuuuhhhhh.

next week macam minggu mati bagi Asnan Gamil

Ahad 
Final practical exam subjek Oral Patho
mari pening kepala tengok microscope.
-_-

Isnin
Final practical exam subjek Orthodontics
Final practical exam subjek Prosthodontics
Test carry marks Prosthodontic

hambek kau. semua dalam hari yang sama.

bertambah nangkis bertangki lagi.
dah dua tangki dah nangis.
:'(


i like to move it, move it.


kbai.



......