24 July 2011

gambar dan gambar.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


seperti yang dijanjikan.
aku tak tutup lappy sepanjang malam semata-mata untuk upload gambar ni.
kesian lappy aku summer-summer ni taw.

dalam bas. canggih kot tiket bas dia. kalah rapid KL tu. hoho.

MINIATURK dengan Rahma. :)

Alice In the Wonderland. 






Farah dengan bunga. asal ade bunga je, kompem ade dia. HOHO.



Turki pon ade Piramid. jangan main2. ingat mesir je ke ade.
(kenape kitorang berdiri pon macam piramid eh? HAHAHA)



Bunga yang di susun jadi bendera negara Turki. tengah bayang kan kalau  bndera Malaysia.
oh, mesti cantik gile. 

replika kubu Sultan Muhammad Al-Fateh. di bina dalam mase 4 bulan je.
hebat kan orang dulu-dulu.

Aku setinggi Masjid Biru? HOHO.


Ni replika Aquaduct lak. kecik je. lagi rendah dari aku. haha.

okeyh buruk giler muka.
ah, lantak laa. janji dapat main.


ye, ye saya tahu. saye pemandu berhemah.
macam ayat Hanis, "macam nak ambik test JPJ"
HAHAHAHA. 

dalam banyak-banyak makanan Turki, yang ni paling aku suka.
roti dalam dia ade ayam dengan daging. pastu ade siket fries. pastu sayur yang sangat banyak.
oh, sedap nye. padahal name dia sandwich je pon. 

tengok, tengok. makanan dia. banyak kan. 

dengan mak cik mane ntah. wat muke tak malu mintak nak ambik gambar same2. haha.

3 Benua.
ASIA + AFRICA + EUROPE
Subhanallah. kuasa Allah ciptakan manusia berlainan rupa dan warna kulit tapi bersatu di bawah satu nama.
ISLAM. =)

*gambar yang paling aku suka*

bersama Nadhirah n Mizah mencuba Makanan Turki.
coklat tu muak gile. fully chocolate. 

ni buah hasil gabungan Peach dengan Plum.
teknologi kan.
rase macam peach tapi masam siket. pastu tu kulit licin macam plum.
Peach + Plum = Nectari??

ni kes tengok orang Turki laa ni.
di mana-mana dyorang asyik minum benda ni. aku dengan farah nak try laa.
ambek ko. rupe nye yogurt kosong yang masam dan pelik gile rase.
memang laa tak habis.
kan aku dah cakap, Orang Turki ni sihat betol laa.

ni hari dyorang cakap aku budak tadika.
HAHA.
tapi mengenangkan ketinggian aku, tak ade laa macam tadika pon. hoho.

kedai buah dekat sane.
MENARIK KAN??!!!




TRAM. best kot kalau Johor ade benda ni. =.="


depan Oblesick. erk. x ingat laa ejaan dia.
maharaja Mesir dulu2 bina dekat Turki.

*tengok, betapa sayang nye aku dekat Mesir. Even kat Turki pon cari Mesir gak. hoho*

nak jugak!!

ke Masjid Biru buat kali kedua akibat semua gambar dalam kamera Hasanah yang canggih tu terdelete. :'(
tapi tak dapat masuk sebab terlalu ramai manusia. 

Rahma nak ambik gambar dengan kitorang. print express punye.
cantik gile kot gambar ni!!!!!

Once again dengan bunga. sesuai tol tok orang minat2 bunga ni.
contoh terdekat, FARAH AFIQAH!! haha.

Token nak naik Tram.
satu token = 1.75 TL
sila compare dengan mesir! 

Rahma ni orang yang selalu bawak ipad dia untuk mengaji.
bawak buku doa, buku zikir.
okeyh, lupe nak gitaw. dia nak kaye nak mati punye kaye laa.
ni dia tengah ajar aku zikir dengan doa.

rase terisi perjalanan kitorang bile dengan dia.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah sebab temukan kami dengan insan sebaik Rahma.

layan feeling jap. hoho.

date dengan Hasanah. ahaaaa. 

okeyh, ni posing ngada-ngada ni. HAHAHA.

FARAH dengan bunga lagi.


Dolmabache Palace. okeyh, aku tahu salah eja. tapi aku malas nak cari ejaan yang betol. hehe.

no komen. aku memang rajen. HAHA.



selcas dengan mizah. Mizah sangat comey dalam gambar ni!! HAHA.

tak cukup kaki. uhuuu.

budak berdua ni memang laa. sempat lagi layan feeling. HOHO.

Gana posing maut punye. HAHA.



mendaki ke Galata Tower.


lapar punye pasal. HAHA.

puncak Galata tower. Indah nye ciptaan Allah.





Portakal tu maksudnye oren ye.

kalau perasan, dalam setiap gambar, mostly mesti ade model.
sebab pada aku, gambar tanpa model, tak cantik.
sebab tu banyak gambar ade orang tengah posing.
hehe.

begitu laa berakhir nye percutian kami.
Alhamdulillah.

ni link blog kawan-kawan aku yang rajen terlebih ni.


Blog Hanis ni dah sampai Part 5


mizah baru Part 1


gana pon baru Part 1.


so sekarang aku sibuk nak kemas rumah.
InsyaAllah naik cuti akan ke rumah baru.
tak ade lagi laa rumah tingkat 8 ye.
ke tingkat 2 je.

yang paling tak sabar.
lusa ada lah mase yang di tunggu-tunggu.

26 JULAI 2011

18.30 - Cairo International Airport
22.05 - King Khaled International Airport

27 JULAI 2011

00.10 - King Khaled International Airport
13.00 - KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

17.25 - KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT
18.10 - SULTAN ISMAIL INTERNATIONAL AIRPORT, JOHOR!!!

nampak tak ke'excited'an aku di situ. ohooo.


permudah kan lah urusan kami Ya Allah.
doakan aku selamat sampai tanah air tercinta ye.

post terakhir sebelum balik mesia.
terakhir mungkin.

ngeeeee.

Assalamualaikum.


.....

2 comments:

ismatulnabilaismail said...

semangat sgt apip lompat..
haha

Anonymous said...

wah.. de orang turun tingkat 2.... rumah korang area mna? tahniah2...