Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
tahu ape aku buat satu hari ni?
bukan laa satu hari. setengah hari.
buat kerja yang sangat tak berfaedah.
sangat sangat tak berfaedah.
aku cari pasal Dong Bang Shin Ki.
black
white
TVXQ.
DBSK.
THSK.
muahahahahaha...
okeyh, fine. aku memang tahu sia-sia laa ape aku buat ni and ape sume tu.
tapi aku tak dapat menahan persoalan yang bermain kat kepala aku.
aku jenis yang perlukan bukti dan fakta.
macam waktu aku dapat tahu Jay Park dah keluar 2PM.
memang aku cari sebab dan alasan nya. eiyra tahu laa kan aku macam mana bila tak dapat cari tu. jadi geram tak pasal-pasal. haha.
jadi memang sifat aku kot. kalau ada something yang bermain kat kepala aku, aku mesti mau cari sebab dan fakta yang kukuh. kalau sekadar cakap tanpa bukti tu, susah laa nak percaya.
jadi, DBSK ni kumpulan kedua yang aku kenal selepas BigBang. Atin punye pengaruh laa ni. hehe. tapi by the time aku kenal dyorang, dyorang dah berpecah dah pon. jadi dua kumpulan berbeza. JYJ stands for Jaejoong, Yoochun dengan Junsu and satu lagi masih lagi guna nama TVXQ, Yunho dengan Changmin.
persoalan kat kepala aku untuk berbulan lama nye,
kenapa dyorang nak berpecah?
dah berkawan hampir 10 tahun. takkan semudah tu berpecah. macam tak boleh diterima akal aku ni.
kalau ikut logik, kenapa 3 orang je yang x puas hati dengan contract dyorang?
padahal contract 5-5 members adalah sama.
kalau yang 3 tu cakap contact tu 'slave' contract, tak kan yang lagi dua tak rasa macam tu?
kalau cakap pasal gaji, even dyorang cuma dapat 5% je, tapi lebih tinggi dari gaji orang y kerja 10 tahun.
dyorang penyumbang terbesar keuntungan SM Entertainment kot.
sangat tak dapat faham.
berpecah ketika di puncak kejayaan diorang.
pecah Genius World Record sebab mempunyai ahli fanclub paling ramai kat dunia.
tapi tetap berpecah?
apekah?
mesti ada sebab yang kukuh.
mesti ada bukti kan.
hmmmmm.
last-last aku menghabeskan masa aku cari pasal dyorang. hahahaha.
banyak gilak kot article, blog, kenyataan surat khabar korea pasal dyorang. tapi semua tak ada bukti yang kukuh.
but aku finally found satu blog yang bawak keluar bukti yang sangat kukuh.
eiyra, sila laa habeskan masa kau baca jugak ye. hihi.
aku rasa yang tulis blog tu bakal lawyer laa. ayat memang macam lawyer. aku bace almost semua post dia. memang tak ada keje nama nya. hoho. tak puas hati punya pasal.
tak boleh nak menidakkan, tapi bukti-bukti yang dia bawak mostly menunjukkan salah JYJ. HoMin pulak dipersalahkan. dan aku macam mempercayainya. hoho. even aku lagi suka JYJ, tapi dalam hal berpecah ni, hmmmmm.
so, by the end of the day, aku punye kesimpulan.
hanya diorang saja yang tahu sebab sebenar dengan apa yang terjadi and terlalu banyak misunderstanding antara dyorang yang memburukkan lagi keadaan. fullstop.
apa sebenarnya yang aku kagum sangat dengan dyorang?
keakraban dyorang.
sangat-sangat rapat sesama dyorang. tengok macam mana dyorang care terhadap satu sama lain, ambil berat, jaga sesama dyorang. kalau siapa-siapa tengok pon, akan tersentuh.
sekarang harapan memang macam tinggal harapan jelaa nak tengok dyorang berlima balik.
ini masih berlima.
ni DBSK HoMin. orang kata lirik dia tuju pada JYJ. tapi HoMin nafikan. tapi kalau betul ini untuk JYJ, sedih gile.
ni lagu JYJ untuk HoMin. sangat sedih bila part 'we love you both'.
sah tak ada keje kan aku ni. tapi siyes, aku memang cepat tersentuh kalau bab berkawan ni. emo pulak malam-malam ni. tak pe. BigBang janji comeback 2012 dengan 5 orang. DBSK tak boleh berlima, BigBang masih boleh berlima. hehe.
..............................................................
hmm. baru 2 minggu duduk rumah, tapi aku dah tak tahu nak buat apa. macam kosong je. aish, memang laa kosong. hari-hari duduk sorang-sorang dekat rumah. ntah. nak kata bosan, tak ada laa bosan. tapi tahap tak tahu nak buat apa. macam mana untuk tak nak membazirkan masa eh?
result aku masih lagi tak keluar. ergghhhh. malas nak cite. wat bengang je. hailoo.
btw, baru-baru ni aku ada baca artikel dekat surat kabar Utusan. minggu lepas kot kalau tak silap. aku tertarik laa jugak. dia kata facebook telah melahirkan generasi yang selalu hendakkan perhatian. menurut pakar psikologi sape ntah kan, dia cakap perkembangan minda generasi muda sekarang dah lain. seolah-olah tak boleh berdikari. semua yang dilakukan perlukan komen dari orang lain. hatta sekecik-kecil perkara pon hendak dikongsi dengan semua orang dekat fesbuk tu. generasi akan jadi lemah sebab asyik hendakkan perhatian. nak satu dunia tahu apa yang sedang dyorang lakukan. pergh, memang terasa laa kan. hohoho.
cakap pasal ni, teringat satu blog ni.
hahaha. jadi lepas ni, beringat-ingat laa bila tulis status dengan balas komen. ok, dah cukup.
.....
3 comments:
ayan aku sedih...... :'( tamau depa pecah.. wuuuu
aku pon sedih. boleh kate nk nngis pon ade. uhuuuuu.
azyan, ak x habis baca laa. pnjang sgt. mau dengar ko yang cte la senang. hoho. balik t lah
Post a Comment