Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
okeyh. aku masih keletihan duduk dalam kereta 14 jam.
sebenarnya tak delah 14 jam. tapi sebab selalu berhenti, jadilah lama.
bermula dengan cadangan Farah untuk pergi berjalan cuti Raya Haji lah, semuanya terjadi. cewaaaaah.
18 orang budak kelas aku dengan 3 ustaz, memulakan perjalan ke Matruh dan kemudian nye ke Siwa. nak tahu jauh tak jauh nya Matruh Siwa ni, sila lah tengok peta di bawah. Jauh gila kan.
|
bulat pertama tu matruh. bawah tu siwa. |
okeyh. cerita banyak-banyak tanpa gambar, bukan mudah ye. oleh itu, aku akan cerita berdasarkan gambar. dan sebab aku ni malas nk buat part 1 dengan part 2, kita gabung jelas semua sekali ye.
jam 2 pagi di rumah aku. oh yeeaaahhh. muka semua ngantuk gila.
8 November 2011
ada gaya macam nak pergi rombongan sekolah dulu-dulu tak? hehe.
dijadualkan kitorang bertolak jam 2 pagi. tapi sebab semua mengalami sakit-sakit perut lepas Sambutan Raya Haji tu, kitorang lambat bertolak. dalam pukul 4.20 pagi baru start keluar dari Tanta. masuk kereta apa lagi, TIDUR laa jawab nya. hehe.
pagi-pagi muka tanpa gosok gigi. hehe.
*okeyh, kenapa ex-kolej itu perlu duduk bersama-sama? aku pon hairan. haha.
setelah ustaz-ustaz kepenatan memandu kereta, ustaz pon berhentilah tepi-tepi jalan. boleh lah ambik gambar.
oh, lupe nak cakap. perjalanan kitorang merentasi padang pasir. hoho. siapa kata padang pasir itu panas? SEJUK GILA kau tahu. mungkin sebab sekarang musim sejuk kot. matahari terik gila. tapi angin macam air batu. bleergghhhh~
terdampar di tengah padang pasir. masih mampu tersenyum =)
gambar ni masih kurang 5 orang. mana ntah mereka semua.
yeaahhh. inilah konvoi kitorang. 2 kereta Avanza, satu kereta Matrix. 3 ustaz tu ustaz indon. ustaz Faiz, Ustaz Rubie, dengan Ustaz Hasan. 3-3 tengah buat master sekarang. hebat tak hebat dyorang. tapi sempoi je semua. oh, masyuk! hehehe.
dalam pukul 1.15 sampai lah kitorang ke Marsa Matruh. memang cantik gila laut dia. Malaysia pon kalah weyh. tak kan nye jumpa laut secantik dan sebersih ni. Subhanallah. terpukau sungguh.
lepas masuk hotel, ustaz bawak kitorang ke PANTAI AJIBAH.
ye. nilah pantai Ajibah. cantik gila kan?
kalau abah ada ni, mesti suka. sebab memang sangat cantik.
lunch kat tepi pantai. memang masyuk sangat. dengan angin nye, pemandangan nya, tak terkata indahnya.
dekat pantai ni aku tak mandi. main-main air je. ramai jugak yang mandi. ada tu sebab last time mandi laut masa tadika dulu. so, ramai lah terjun. ustaz naik kereta, qada' tidur sambil tunggu kitorang mandi. haha.
lepas tu, kitoang ke Pantai Cleopatra. dekat pantai tu, ade batu yang di pahat untuk Cleopatra. namanya Hamam Cleopatra. dalam bahasa melayunya, bilik air Cleopatra. hoho.
ye, dua batu dia belakang itulah Hamam Cleopatra. batu besar tu macam ada gua bawah dia. besar manalah badan Cleopatra tu ye? hehe.
lepas habis mandi-manda, terus balik hotel. siap-siap. malam pukul 7 ustaz bawak ke Souq Libya. atau Pasar Libya. berbeza gila orang dekat Matruh ni dengan orang kat Tanta. orang-orang nya ramah dan baik-baik je. tak ade pon yang nak marah-marah. sangat suka orang arab Matruh. :)
ye. aku tak beli satu benda pun dekat sini. tak tahu kenapa tiada yang aku berkenan. orang lain borong banyak sungguh. haih.
esoknya pagi-pagi buta lagi dah keluar. okeyh, tak ade lah pagi sangat. sebab nak gerak ke Siwa.
sebelum keluar Matruh, sempat lagi ustaz berhenti dekat satu lagi Pantai. tapi aku tak ingat nama pantai nye. ape ye?
Siwa ni, lebih lagi padang pasir. memang dekat tengah-tengah padang pasir. naik kereta tu, kanan kiri memang pasir semata-mata. cantik sangat. siap boleh nampak unta liar lagi. sekali tu nampak satu family unta. ade ayah, ibu dengan dua unta kecik. anak dia. comel sangat-sangat. haha.
ni ustaz kereta aku. ustaz Faiz. dun worry. dia dah nikah. haha.
bila ustaz letih, sekali lagi ustaz berhenti tengah-tengah padang pasir tu. syok kot. dah laa tak ade kereta lain. memang terbaek!
ye, jalan tu kami yang punye. haha.
bersama unta. hehe.
tengah nak buat Album Cover. haha.
btw, sangat-sangat sejuk ye. so jangan pelik tengok kitorang semua pakai sweater di tengah padang pasir. haha.
lepas tu berlaku kejadian yang tak diingini. kereta Avanza hijau tak boleh nak start. bila cek, bateri kereta dah habes. macam-macam gaya buat, tak boleh jugak start. time tu semua dah hilang mood nak bergambar lah kan. risau gile. macam mana kalau kitorang terdampar dekat tengah padang pasir ni? tak ke naya.
nasib baik ade jugak kereta yang nak berhenti tolong kitorang. berkat pertolonngan 2 kereta dan satu van, akhirnya kereta tu boleh jugak start. terdampar dekat sejam setengah jugak lah dekat situ. T___T
sampai je Siwa, kitorang ke 'Ainun Cleopatra. mata air Cleopatra. dalam dia 15 meter. dalam gila oh. ustaz kate bathtub Cleopatra. besar gile ape Cleopatra tu? tandas dekat matruh. bathtub dekat Siwa. dasyat seyh.
mula-mula aku tengok je pelancong-pelancong lain mandi. dalam hati tu dah melonjak- melonjak nak mandi. tapi memikirkan susah dan leceh, aku tak jadi lah. tapi setelah didesak dan dipujuk oleh Ain, aku pon terus pergi tukar baju.
sayang sangat yang lain tak reti berenang. ustaz kata yang reti berenang je boleh turun sebab memang sangat-sangat dalam. lebih kurang 10 kali lagi dalam dari tinggi aku. gile kan?
so, aku dengan Ain jela yang turun. best gila!! mungkin ni peluang sekali seumur hidup kan. tapi memang sangat dalam dan terasa macam ade benda tarik ke bawah. Alhamdulillah. berguna rupanya ilmu berenang ni. hehe. jangan jeles ye yang lain. =P
lepas 'Ainun Cleopatra, aktiviti paling masyuk dan terbaek aku rasa sepanjang Jaulah ni. SAFARI DESERT.
nak jeep masuk ke padang pasir. jelajah lah padang pasir Siwa tu.
kitorang naik 3 jeep. Best sangat sangat sangat sangat sangat. kalau orang kata naik roller coaster tu best sangat, naik ni 10 kali lagi best. dah lah pro gile pak cik tu bawak. sebelah tangan je. tapi segala gunung dan bukit pasir dia redah je. memang melambung-lambung kitorang dalam jeep tu. menjerit kalah orang kene histeria. HAHA.
Besar dan hebat kan kuasa Allah. tengok ni. tengah-tangah padang pasir yang kering kontang, boleh ade tasik. Subhanallah. memang terpaku lah tengok. sejuk sangat air dia. kitorang rendam-rendam kaki jela.
bersama ustaz Hasan. Ustaz Faiz la ni suruh posing macam ni. ape punye posing daa.
kalau Allah kata jadi, memang akan jadilah ia.
AllahuAkbar.
terdampar sorang-sorang. haha.
cuba bayang kan. zaman Rasullah dulu, macam mana lah orang bergerak melalui padang pasir ni.
jeep tu bawak pulak kitorang ke air panas tengah-tengah padang pasir tu pulak. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. memang tak terkata. macam mana ye logiknye ade sumber air tengah-tengah padang pasir?
then, terjumpa orang cina Malaysia. teruja gile. anak dia muka macam harry potter. kan?
dia kawen dengan orang France. dia dah tak reti sangat bahasa melayu, tapi still faham bahasa melayu. eksited gile. haha.
siyea aku rase memang wajib pergi Safari desert ni kalau datang mesir. rugi sungguh siapa yang tak try.
Safari desert ni termasuk sekali dengan tengok matahari terbenam dengan main sand boarding.
tengok matahari terbenam, memang tak boleh digambarkan lah indahnya. main sand bording tu yang paling lawak. orang yang belajar dekat negara lain main snow boarding. kitorang main sand boarding. haha. tapi best sangat.
yang penatnya nak daki bukit nye.
ustaz Rubie
oh, bulan. macam pro je. lepas tu terus tergolek. hahaha.
bila dah gelap, kitorang ke tempat makan. tempat makan tu tengah-tengah padang pasir. konon nak merasa pengalaman hidup di padang pasir lah. kitorang sekadar makan jelah kat situ, ade pelancong yang siap tidur dekat tengah padang pasir tu. hebat gile lah.
sambil tunggu makanan, kitorang duduk keliling unggun api. lepas tu ustaz pun cerita-cerita. pasal Nabi Musa, pasal mesir. seronok sangat. sebab tu best pergi dengan orang yang berilmu. bukan setakat dapat gembira, tapi dapat jugak ilmu-ilmu yang lain. :)
makan dalam kegelapan.
habes je Safari desert tu, kitorang ke Temple of Shali. bekas tempat kerajaan Siwa masa dulu-dulu.
kitorang daki sampai atas. tinggi sangat. tapi sebab pergi malam kan, gambar semua tak clear. boleh nampak satu Siwa dari atas tu.
last day, dah nak bertolak balik. berlaku sikit masalah. cermin belakang kereta Matrix pecah. pecah berderai. hoho. so ustaz-ustaz gune selotape untuk ganti cermin.sampai 5 lapis ustaz buat. kreatif gile. haha.
sepanjang perjalanan balik tu, aku duduk sebelah ustaz Faiz. banyak sangat yang kitorng berbualkan. banyak sangat yang ustaz nasihatkan. sila bayangkan aku tak tidur selama 15 jam tu? selama ni masuk je kereta tidur. tapi sebab kesian ustaz bawak kereta sorang-sorang, so aku pon temanlah ustaz berbual. hehe.
salah satunya, ustaz pesan kurangkan pakai seluar. banyak kan pakai kain. wallaaaaa. tersentap gak sebenarnya. ustaz kata kene kurangkan maksiat hati. lepas tu ustaz cerita pasal Saidina Ali, pasal Ashabul Kahfi, oh sangat-sangat banyak lah. tak rugi menahan mata selama tu.
Alhamdulillah. tak rugi pon rasa Jaulah ni. memang kene promote kat orang lain ni.
sebab tu Allah menggalakkan orang bermusafir untuk belajar dan luaskan minda. dapat jugak saling kenal mengenal. manusia ni berbeza kulit, rupa, harta, tapi sebenarnya semuanya sama di mata Allah. yang membezakan kita cuma lah Taqwa.
rasa macam xnak pergi oversea je winter break ni. luxor-aswan? hmmmm.
.......