31 October 2012

a new beginning.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

tarik nafas.
hembus.
tarik nafas.
hembus.
tarik nafas.
hembus.

buangkan segala perasaan yang terbungkam dekat hati.
lepaskan dia pergi.



Bismillahirrahmanirrahim.
Moga Allah redha.
Moga hati lebih kuat.
Moga perasaan tak lagi mengganggu emosi.
Moga ini yang terbaik untuk aku, kau, dia, dan semua.
Biiznillah.

the start of something new.

the new me.
the new AZYAN.

You can't start a new chapter in your life unless you stop re-reading the last one.



disebabkan kita tak boleh lagi ubah masa silam,
jom kita corak kan masa depan kita.
:)


......



29 October 2012

camping in the middle of nowhere. :)

12 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah, selamat sampai Tanta dari Bahariya.
cuti padahal 5 hari je. tapi tetap gak nak gi jalan.
baru rasa mcm cuti.
cuti raya haji tahun lepas pergi Marsa Matruh dengan Siwa Oasis.
*klik. klik*
winter break pergi Blue Hole dengan daki Sinai,
*klik.klik*

so, this year cuti raya haji decide nak pergi camping tengah padang pasir.
pergi dengan Thrive Tours yang diketuai Ustaz Fahmi.
oh, best kott. pengalaman.
BAHARIYA OASIS.



lepas seharian beraya, pukul 4 pagi gerak dari Tanta ke Cairo.
siket x nak macam mengantuk gila laa kan. 
tengok muka pon tahu. hahaha.


pergi satu bas. ade budak Zagazig, Alex sekali. tapi majoriti budak Tanta. dan paling ramai budak Asnan Gamil laaa. 18 orang budak kelas pergi. fuuhhh. mcm rombongan kelas. :)
dan perjalanan dari Cairo ke pekan Bahariya tu ambek masa dalam 5 jam setengah. dalam bas tido x ingat dunia. kanan kiri penuh dengan padang pasir je. satu bas macam kene inject dengan ubat tido. haha.


sampai ke pekan Bahariya, tukar naik jeep pulak. sebab nak masuk dalam padang pasir, mana boleh bawak bas kan. best laa jugak. tapi jeep masa Siwa lagi daebakk ahh. 
oh, dan hari tu tak ada laa panas sangat. nampak terik, tapi ok je laaa.




dan kitorang main sandboarding. macam kat Siwa. maka berlaku laa pelbagai aksi yang x boleh dirakam kan dengan kamera. dasyat sangat oh main. ahahaha.


then, lepas makan, bertolak ke camping site. ingat kan dekat. sekali 170 kilometer dari pekan bahariya tu. sila bayang, 170 km ke dalam padang pasir. 
tetibe jeep berhenti kat satu tempat, pastu suruh turun. tercengang semua orang. apekah??
kanan kiri cuma nampak padang pasir. memang tak ada apa-apa langsung. mula-mula, masing masing dah cuak gile. biar betol tido sini.

 in the middle of nowhere. 

pak cik arab tu berkata yang bermaksud lebih kurang begini,

'sekarang kita ada kat tempat yang langsung tak bertamadun. tapi kita adalah generasi pembina tamadun terhebat. jadi sekarang kita tengok, apa yang kita boleh buat dalam keadaan tak ada apa-apa ni'

perrrghhhh.

 pastu start buat unggun api sebab sejuk gila weyh malam-malam. dan budak lelaki set up khemah. kitorang siapkan makanan. 
oh, dan sila bayang kan, xda sumber air langsung. hanya berbekal kan 2 tong air yang ustaz bawak saje. 
siyes memang satu pengalaman kott.

 ayaq asam. ahaha.


 makan-makan. lepas tu ramai yang masuk tido keletihan. tapi aku malas nak tido.

maka pergi ikut ustaz Usamah dengan ustaz Aiman bersama Ecah, Jay, Is, Izzah, Metot, dang Tira pergi memburu musang padang pasir. lepas tu gi explore kawasan keliling camp site tu. 

pukul satu lebih baru tido. fuuuuuuhhhhh. sejuk gilaaakk.

 tudung indon tak payah gosok. ahaha. seronok seronok.

 tengok sunrise yang Subhanallah cantik gila ah kan.


 khemah-khemah kami. :)




 ya, itu laah camp site nye. betul-betul tengah padang pasir. 
pergh. pengalaman sungguh.


dengan jeep dan maknae yang best. ahaha.


kami laa princess-princess yang dapat jeep paling best, lepas tu paling bising gile, tambah pulak x nak bagi orang lain masuk. oh, dan ketua nya kak mira xada dalam gambar sebab dia duduk depan. pak cik arab tu yang bagi nama kitorang princess. demand banyak sangat kot. eheeee. 

dan kami lah Asnan Gamil. 
berlatar belakangkan Mushroom rock dengan Chicken rock. x nampak sangat sebab gambar ni fokus pada kitorang, bukan batu tu. ahaha.


 dan ini batu-batu dari kawasan Flower Mountain.
pak cik arab kata, ini lah kawasan Nabi Yunus di muntahkan oleh ikan Nun.
sila bayang kan, kawasan padang pasir tu semua adalah bekas laut.
semua batu-batu kat kawasan tu, semua bentuk benda-benda kat laut. bentuk siput, kerang, batu karang, semua laaa. Subhanallah. memang macam tak percaya.
kawasan yang kering kontang tu adalah bekas lautan. MasyaAllah. hebat sungguh kuasa Allah.


dan ini Crystal Mountain. bekas ledakan gunung berapi berjuta tahun dulu. hasil nye, ada kristal-kristal dekat gunung tu. 
kawasan ni, kawasan under UNESCO. x boleh masuk dekat-dekat.

 antara batu-batu kristal yang kitorang jumpa. tapi pak cik arab tu kata, xda nilai pun kristal tu. sebab ini ground crystal. x ada sapa pakai daahh. cehhh.

ye, kami laaa 7 orang princess tu. bersama abang maknae. ahahaha. :D 

 rombongan kami. memang transport nye adalah jeep. sakit-sakit kepala duduk dalam tu.

bergaya dengan shades. besar gabak. ni dekat kawasan hot spring. tapi kenapa aku rasa air dia sejuk ntah. pelik je. 


 unta-unta. :)
 excited jumpa air di kawasan terik gila ni. oh ye, hari second ni panas dia sungguh x boleh nak describe. macam dekat sangat matahari tu dengan kitorang. panas amat-amat. 



oh, dan lepas habis jalan-jalan, kembali pulang ke cairo. dan pukul 1 pagi, aku selamat sampai ke Tanta.

what a great journey. sungguh terasa besar nya kuasa Allah Subhanahuwata'ala. 
Subhanallah.

berjalanlah, bermusafirlah,
melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk mereka yang berfikir~

lepas ni mana pulak ye.
Luxor-Aswan-Abu Simbel mungkin.
atau Hurgada-Fayoum.
hmmm.

erm, kalau duduk mesir tapi tak explore mesir apa guna kan.
:)




.....




25 October 2012

Salam Hari Raya di perantauan.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


baru saja masuk waktu maghrib.

jadi nak ucapkan,

SELAMAT HARI RAYA EID-ADHA


selamat beraya kepada keluarga kat Malaysia, kawan-kawan semua.

kawan-kawan yang kat perantauan, tak yah nak sedih-sedih yee.
:)

kalau kat Malaysia pun,
sambutan Raya Haji tak ada laa semeriah Raya Puasa.
sebab orang Johor kot.
pagi-pagi raya, Abah gi sembahyang raya kat masjid.
orang pompuan duduk kat dapur siap kan lauk hari raya.
biasa hari raya haji Abah dengan Mama masak Nasi Beryani atau Soto atau Lontong.
Abah balik dari sembahyang, makan-makan satu family.
one of the best moment in my life.
:')


lepas tu, melepak depan tv.
=.='


kat Mesir lain pulak.
pagi-pagi raya jalan pergi stadium.
solat ramai-ramai.
balik solat, semua serbu tempat sembelih.
lepas tu pergi jemputa-jemputan open house yang banyak gile tu.
kenyang giler ah.

tak kisah laa dekat Malaysia ke, Mesir ke,
raya tetap raya. hehehe.
susasana berbeza, tapi kemeriahan tetap di rasa.
:)

dan kejap lagi nak mula masak.
menu tahun ni,


Nasi Himpit + Kuah Lodeh + Sambal Tumis + Sate Ayam Goreng.
Sambal kacang tak buat sebab malas nak gi beli kacang tanah.
ahahaha.

dan sepanjang hari ni,
aku sibuk selesaikan kerja-kerja aku.
dari pukul 2 pagi tak tido oh. sekarang pukul 6.30 petang.
wooaaaahhhhh.
dan hasil nya,



siket je lagi tugas.
oh yeeaaaahhhhh!!
kalau tak bertangguh dan fokus pada kerja,
cepat je siap kerja yang banyak tu.


dan ini kerja petang tadi.
sediakan bahan untuk Cultural Day.
aku ditugaskan untuk buat buku skrap dengan kad-kad manila yang akan di tampal di booth pameran.
fuuuhhhh. siap jugak.
terima kasih semua yang membantu.

3 buku skrap, 6 kad manila.
setel!

dan sekarang raya time!!
kerja dan tugas tolak tepi kejap.
mari keletang keletong dalam dapur pulak.

oh yeaaahhhh!


Selamat Hari Raya lagi sekali.
:)



.....

kaitan antara Fluoride, ubat gigi dan caries.

3 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

post ni dah lama aku nak tulis.
bukan laaa lama mana pun. cuma sejak aku belajar pasal Dental Caries.
bila belajar tajuk ni, mengingat kan aku tentang perdebatan aku dengan seorang hamba Allah masa dekat Kolej Islam dulu.


Hamba Allah ni mengatakan ubat gigi yang mempunyai kandungan Fluoride adalah tidak bagus.
bahasa melayu nye, Florida.
itu semua hanya lah propaganda Israel.
sebenarnya Fluoride ni tak bagus pun untuk kesihatan gigi.
harmful untuk badan.
yadaa, yadaa, yadaaa.
aku pun berdebat laa dengan beliau.
maka perang dingin berlaku.
masa tu aku tak belajar habis lagi kan.
tak banyak fakta yang dapat aku kemuka kan.
last-last dua-dua tetap dengan pendapat masing-masing.
senyap gitu je.

sekarang aku dah belajar secara mendalam Dental Caries,
meh aku cerita siket pasal kelebihan Fluoride ni untuk gigi.
kalau betul pun ini semua adalah propaganda Israel untuk menipu umat Islam seperti kata hamba Allah tersebut,
at least aku yakin dengan apa yang aku belajar ni.
macamm haramm je kalau belajar tapi tak yakin dengan apa yang aku belajar kan.



Gigi kita ni terdiri dari beberapa lapisan.
Enamel, Dentin, Cementum dengan Pulp. 
Enamel ni adalah bahan paling terkuat dalam badan manusia.
lebih kuat daripada tulang kita.
dia kuat sebab 96% daripada kandungan dia adalah inorganic material mainly calcium hydroxy-apetite crystals.
untuk mudah faham, 96% ni Calcium laa.
macam dalam iklan tv tu, Calcium untuk tulang dan gigi yang kuat!
heeee.

lapisan paling luar enamel (surface enamel) ni , semi-permeable atau selective permeable.
maksud nya, dia boleh ambek bahan yang dia nak dari luar untuk masuk dalam, dan tak bagi masuk certain bahan yang dia tak mahu.
dan semestinya dia cuma nak benda-benda yang bagi manfaat untuk dia je laa kan.

salah satu yang dia nak atau perlu adalah Fluorine. 
bila dia ambek Fluorine, dia boleh hasilkan fluorapetite crystal.
fluorapetite crystal ni adalah lebih menghalang kemenjadian caries dekat gigi berbanding calcium hydroxy-apetite.

Fluorine memang terkandung semula jadi dalam air liur kita. atau boleh gi jumpa dentist cakap nak letak fluoride dekat gigi. ataupun, paling mudah juga didapati dalam bentuk Fluoride dalam ubat gigi. 

maka anak-anak, kawan-kawan, pak cik-pakcik dan makcik-mak cik sekalian, belilah ubat gigi yang ada kandungan fluorida ye. kalau tak, nanti gigi jadi macam ni,


ahahaha, gurau je.
ni dah nama nya super duper chronic dental caries daah ni.



Dental caries adalam penyakit paling ramai dihidap oleh manusia dekat dunia.
97% daripada populasi manusia ni muka bumi ni pernah mengalami sekurang-kurang nya sekali masalah caries ni.
dan antara penyakit yang tidak mengira bangsa, jantina, umur, dan agama. ehh?
dan ramai menganggap masalah ni kecik je, dan tak perlu jumpa doktor gigi.
sampai laa rasa sakit sangat.
bila dah sakit tu, tu petanda caries dah sampai pulp gigi.
lepas tu, mmg padan muka laaa kalau kene buat root canal treatment.
kalau nasib tak baik, cabut gigi tu terus.
jadi kalau dah nampak cavity yg dihasilkan oleh micro-organism tu,
yakni lubang kat gigi tu, cepat-cepat laaa gi tampal gigi tu.
peringatan awal,
chronic caries adalah painless.
memang tak sakit sampai laa caries tu merebak ke pulp.
maka sila perhatikan gigi anda betul-betul ye.


nampak macam tak teruk kan?
tapi dalam gigi tu, mungkin dah dalam dah cavity nye.
nampak undermine caries.
jadi kalau gigi anda mcm ni,
gi doktor gigi cepat kalau masih sayang gigi tu.
masih boleh diselamatkan.
heeee.
:)

Alhamdulillah, aku antara 3% yang tak pernah kene caries. hikhik.

belajar itu seronok.
tapi lagi seronok kalau dapat kongsi ilmu dengan orang lain.
maka lepas ni siapa-siapa sakit gigi atau nak dapatkan konsultasi mengenai gigi,
sila laa tanya aku~
sebab tahun ni belajar oral pathology.
semua penyakit gigi dan mulut.
seronok-seronok.
:D

.....

24 October 2012

cuti raya haji.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

cuti Raya Haji 5 hari.
hooreaayyy~


tapi, tapi, tapi,


oh, dan tambah satu lagi tertinggal.
acrylic resin special tray.

wuuuuuuwaaaaaaaaaa.
macam mana nak raya gini?
dah laa cuti sekejap je.
T.T

takpe. takpe.
tanggungjawab mematangkan diri.
yoossshhhhh! azyan boleh!!
sila jangan bertangguh.
sila jangan merungut.
sila fokus pada kerja.
komfem kerja semua boleh siap on time!
yakin dengan diri.
asyik dok mengeluh je,
memang laa kerja tak jalan.




Jom puasa esok.
9 Zulhijjah.
hari Arafah.
:)


.......

17 October 2012

video panadol.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


*klik. klik. untuk video*
ucapan daripada aku bermula minit ke 7.28
:D

awkward gila.
semua benda nampak awkward.
dari muka ke cara duduk ke cara bercakap ke semua laa.
nampak sangat kekok nye.
=.='

sebab dan alasan kenapa awkward nak mati adalah ;

kisah bermula pada pagi hari, Peng tunjuk sms dari budak Cairo menyatakan ingin ucapan dari teman-teman di merata tempat. aku ingat beramai-ramai, tapi Peng cakap dia malas nak ramai orang. dia ambik beberapa orang saje. so aku pun ok lah.

tamat saja kelas pharma, semua orang berduyun-duyun pulang. aku pun tanya Peng, 

'eh, Peng, aku sorang je ke pompoan?'

'aah. aku malas nak ramai-ramai. kau ngan Ahmad jelaa. wakil kelas'

aku pun macam, apekah? weyh. segan gila kot. walau aku ni nampak macam ni, *batuk siket* tapi aku pun masih ada sifat segan gila tahap melangit nak cakap depan budak lelaki tanpa kawan kat sebelah. lagi-lagi nak cakap pesanan n ucapan bagai. adessss.

dan tambahan pula hari tu aku pakai baju kurung dan tak pakai arm sock. urm, biah kot. nampak pelik pulak nanti aku hayun-hayun tangan aku sambil bercakap, tapi nampak lengan. oh, macam-macam nya yang aku fikir.

so aku pun mintak nak duduk. lepas tu bila nak mula rakam, bibir mcm kelu dan tergagap nak sebut apa-apa. haha. tambahan dengan sorang-sorang tak ada kawan yang teman. padahal depan Peng dengan Ahmad je pun. =.='

maka jadilah muka awkward gila gaban macam dalam tu. haha. eiyra kata macam muka nak nangis pun ada. haha. 

so, enjoy the video. from the students of third year medical school, Cairo uni. 

sentiasa perbetulkan niat masing-masing. 
belajar bukan hanya kerana segolong ijazah semata-mata. 
take note ye.
:)



.....

16 October 2012

hilang tenaga.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



letih amat sangat.
otak letih teramat sangat rasa nya.
sampai tak dapat nak digest langsung kelas ortho dengan pharma tadi.
mana pergi semangat?

bila mcm ni, syaitan mula laa nak bisik macam-macam.

Allah.
Allah.
Allah.



....


15 October 2012

perlu bersemangat.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



practical conservative dentistry.
3 tahun lagi, mari datang jumpa Dr Azyan ye.
:)

and yeah.
i bought the Sirona one.
LE 1270
nak bukak kotak dia pun tak berani.
@.@


so many things that i wish you knew,
so many walls that i can't break through.
*sigh



.......