31 December 2010

2011.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

ape yang aku wat hari ni?
haaaaa.
jap. nk letak poster.
dari pagi kol 8 sampai kol 3.30 aku dok attend bende ni.
under PCT, maka sebagai ahli PCT y tidak mampu nk menyumbang lebih2, attend jela y dapat buat.
x macam nadia, kan nadia? hahaha

 WOW!
besh la program ni.
disebabkan ktorg first batch y ade dentist,
meskipun ade sorang je senior yakni kak akmal,
tapi kire kitorg la first batch y masuk secara ramai.
x la ramai mane pun,41 org je. eheee.

so, PCT telah datangkan khas dari MANSOURA senior2 dentist.
yela, kat sane da ade orang melayu yang da last year kan.
tapi yang dtg tu senior2 tahun 4 atau boleh ckp tahun 3 laa.
sebab dentist ni bermula dgn pre-dental, 1st year, 2nd year and so on.
abg helmi, kak nadia, kak izzah, n kak hannah.
paling kitorang rase MANTOP GLER, kak izzah la.
dy boleh kate BEST STUDENT la kat mansoura.
kate dy,

"akak study dari maghrib sampai subuh. ye, akak ulang, MAGHRIB SAMPAI SUBUH. setiap hari"

'HAH????!!!!'

ambek kau. mane x tergamam sume. bile tanye bile akak tido, dy kate lepas subuh baru la tido. kelas pagi pukul 8. GILAK LA. dy boleh ckp x pernah bosan. sbb dy mmg suke study. seronok je study tu. BAPAK LA!!

pastu dy cakap,

"ramai kate nak alaaaa, amek dentist je pun. senang je. medic lagi susah. tapi hakikatnye, SALAH,SALAH, SALAH!. nanti korang akan paham la. lagi2 medic kat mesir ni. boleh relax2. tp kte dak dentist, pulun mcm ape dgn subjek yang sgt2 byk"

fuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhh.

apekah?

tapi tu mungkin pendapat dy la kan.
aku x boleh la ckp mcm tu sbb x rase lagi,
plus, aku x pernah duduk tempat budak2 medic ni.
so, x adil la aku untuk ckp dentist lagi susah dari medic kan.
tapi mmg x ley nafikan la kejelesan bile dak medic habes kelas kol 1,
kitorang habes kelas kol 3.30.
wuuuuuwaaaaaaaaa.

bukak2 fb, kak akmal y satu2 nue senior ktorg tu,
link kan la senarai subjek y bakal ktorg amek sepanjang 5 tahun ni.

*kalau rajen, sila la klik*
tu belum campur tu setiap subjek dibahagi pada 2 lagi,
mak aih.
terdiam n tergamam la jugak kan.
gile menakutkan.

so, ape nak buat??

kat mesir ni belum lagi kol 12.
maksodnye belum tahun baru lagi la kan?
makaceh pada qutham y wish new year kat aku,
even gile la awal nk mati.
*sori qutham, aku sedang tido. plus kedit hanye ade LE 0.06. eheeee*

makanye,
saya perlu lebih RAJEN.
saya perlu lebih TABAH.
saya perlu lebih KUAT.
saya perlu lebih SABAR.
saya perlu lebih STUDY.
saya perlu lebih FOKUS.
saya perlu lebih SEMUA.

azzam baru perlu dicipta.
x semestinye setiap awal tahun kene buat azam.
lebih baek hari-hari kite buat azam baru.
tapi boleh la jadikan tahun baru ni sebagai titik tolak kita.
kejayaan yang dtg akn bermula dengan langkah yang pertama.
wujudkan vertical relationship yang lebih mantap dengan ALLAH.
tapi jgn lupe horizontal relationship dengan MANUSIA.
semua bergantung pada diri ye azyan.
Allah da janji dalam Al-Quran.

'sesungguhnya setiap kesusahan itu disertai dengan kemudahan'
percaya pada janji Allah.
yakin dengan janji Allah.
lagi pon, ko kan da ade kat mesir.

dalam Surah Baqarah ayat 61,
"turunlah kamu ke Bandar Mesir kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta"

InsyaAllah.
InsyaAllah.
InsyaAllah.


da macam pakar motivasi la pulak.
hahahahaha.
tapi ni untuk diri sendiri dan orang laen jugak kan.
semangat baru azyan.
sila kurangkan tido anda.
ko ingat ko baby ke nak tid0 9 jam sehari,
melampau betul.
haish.

ke arah menerajui bahtera TAJDID

aisehh, mcm badar kisas punye moto daaa.
HAHAHAHAH

 ok,cukup. study jom. ;)
......

30 December 2010

belajar.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

selesai sudah quiz fizik.
macam-macam hal,
macam-macam ragam.



ye, handle quiz ni telah banyak mengajar aku.
yup, byk sgt y aku dapat belajar.
Allah nak menunjukkan manusia ni lemah.
walau hebat mane pun rancangan kite,
Allah jugak penetap keberjayaan rancangan tu.
erk, wujud ek perkataan keberjayaan tu?
HAHAHAHA.

belajar handle dgn stress.
bile kene hentam,
cakap soalan aku x logik,
x munasabah,
terus kelam kabut.
otak jammed!!
padahal, bile balik rumah rase small matter je.
kes silap letak unit je pon.
tapi tulah. terlepas pandang siket je pon, terus kucar kacir.
kelam kabut. haih.

belajar untuk tidak merungut.
tym buat quiz ni, mmg x dpt dinafikan berape juta rungutan keluar dari mulut aku.
bukan merungut sbb x nak buat.
tapi merungut sebab aku x suke n x reti gune komputer ni.
bila fizik kan kene buat byk equation. kuasa la ape laa.
mmg mcm fed up laaa.
buat pon mmg dgn rungutan yang byk.
hasil nye, y byk dirungutkan tula y bnyak salah.
salah macam-macam lak tu.
aduyai.

belajar untu lebih teliti.
mungkin mmg salah aku,
pas dpt green light dr lecturer,
terus lepas tgn. x tgk pon balik.
aleh2. hal2 yang jelas salahnye boleh x prasan.
sampai memberi efek y besar.
aduh, menyesal2.

belajar untuk sabar.
yelaa, sape x sedih bile buat soalan punye serabut pale otak aku,
bile nak tanda, tgk soalan tu KOSONG.
sedih nye~~
tapi aku try letak diri aku kat tempat dyorg.
ntah2 aku pon x dpt buat langsung.
at least dyorg da berusahakan azyan!
tak pe, mungkin betul. soalan aku tu susah sgt.
asifah ye sume.

belajar mendalami perasaan seorang cikgu,

 SANGAT TIDAK SERONOK YE!!
pada aku la. tensen gle.
dari proses membuat soalan, sampai la part kire markah.
sangat tidak besh. huh!
aku menanda kertas dak kelas. 
haih, serba salah nak bg jawapan mcm mane.
dengan tulisan y sukar difahami.
kini ku mengerti kenape cikgu tadika aku dulu2 suruh tulis BESAR-BESAR.
hahaha. pastu mmg boleh detect la sape y berbincang.
yelaaa, da kalau jawapan sume same sebijik-sebijik.
peratus tuk aku percaye dyorg x berbincang tu mmg sket la kan.
patut la cikgu aku dulu dpt detect org meniru.
hahahaha.
so, mmg besar sgt la jasa seorang cikgu ni. aku ni baru siket da termengah2. 

belajar untuk menjadi yang lebih baek.
kekurangan hari ni, dijadikan sempadan.
xkan sebab byk masalah hari ni,
nak mengalah kan?
xkan nak terus letak jawatan.
tu pengecut tu name nye.
so dengan itu, kene la baiki kesilapn2 ni supaya x jadi lagi.
insyaAllah, quiz seterusnye aku akan lebih prihatin.

thanks to ahmad y jadi ketua aku,
sori byk salah n kekurangan.
thanks to budak kelas sbb jwb jugak even cm haram la kan soalan dy.
hahahaha.
x yah la ckp sori byk2 kat aku,
segan la aku, mcm ape je. hahaha.

experience is the best teacher right? siyes rase seronok dpt gained macam2 hari ni. even not as it look it is, tp siyes. mcm2 aku belajar hari ni n aku rase sgt lega n rase sgt puas n rase sgt gembira n rase sangat bersyukur.  
Alhamdulillah.


so, plan seterusnye. memupuk perasaan chinte pada fizik di kalangan pelajar2 pre-dental Tanta University ye.

HOOOOOYYEEAAAHHH!!!

.....

28 December 2010

100 kenyataan.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

orang laen sibuk belajar fizik. wahahahaha. emo gle la plak post pagi td. lawak2. habes jadi bahan post uh. sabar jela. HAHAHA. so, tym org laen sibuk study, aku y free tym ni wat la keje x berfaedah sgt ni. eheee.




1. Real name : AZYAN BINTI A AZIZ

2. Nickname(s):  AZYAN/AYAN

3. Zodiac Sign: AQUARIUS

4. Male or female: FEMALE

5. Elementary School: SEK REN ISLAM HIDAYAH

 6. High School: SMK BANDAR PUTRA & KISAS

 7. College: INTEC &TANTA UNIVERSITY

 8. Hair color: HITAM KOT

 9. Tall or short : 164CM TAPI ADEK AKU 167CM KOT ;(

11. Sweats or Jeans: JEANS

12. Phone or Camera: PHONE

13. Health freak: TIDAK KOT.

14. Orange or Apple: APPLE

15. Do you have a crush on someone? SAYA PUN X PASTI. EHE.

16. Eat or Drink: EAT!!!

17. Piercings : DARI BABY KOT. 
 
18. Pepsi or Coke: DUA-DUA X BAPE GEMAR. TAJAM!

 HAVE YOU EVER?

19. Been in an airplane: YES

20. Been in a relationship: YES

21. Been in a car accident: YES

22. Been in prison: NO

FIRSTS?

23. First piercing : BABY LA. X INGAT TARIKH.

24. First best friend: KHAIR SOPHYA BADRIYYAH BINTI MOHD IBRAHIM.

25. First award: MEMORY CELL KAT OTAK DA TERPUTUS. MANE INGAT!!

26. First crush: STANDARD SIX KOT. HAHA.

27. First word: OK!

LAST?

29. Last person you talked to in person: ROOMATE, ANIS SYAHIRAH MOHD HAKIMI

30. Last person you texted: KETUA KELAS, AHMAD AZHAR. TU PUN DUA HARI Y LEPAS. HAHAHA
31. Last person you watched a movie with: X INGAT LAAAAA~~

32. Last food you ate: INDO MEE + AIR APRIKOT + JELI STRAWBERRY

33. Last movie you watched : SIYES SGT X INGAT~~~ WUUWAAA.

34. Last song you listened to: LOVE THE WAY YOU LIE PART 2

35. Last thing you bought: TUDUNG MALIZIY 5 HELAI. =)

36. Last person you hugged: ROOMATE, ANIS SYAHIRAH. TU PON SEBAB DIA BASUHKAN PINGGAN AKU WAKAKAKA.
FAVOURITES?

37. Food: BANYAK SANGAT. KALAU TULIS, SAMPAI ESOK X HABES. =p

38. Drink: DULU APPLE JUICE, SKANG AKU MENGIDAM TEH AIS~~~ ;(

39. Bottoms: JEANS

 40. Flower: X PERNAH DAPAT BUNGA. JADI X TAU BUNGA APE BESH. =)

41. Animal: KUCING! MEEEOOOW, HAHAHA.

42. Colour: CURRENTLY, PINK + PURPLE. HAHAHAHA.

43. Movies: BOF DIKIRE MOVIE X?? HAHAHA.

44. Subjects: PHYSICS. =D

HAVE YOU EVER:
(Put an X in the brackets if yes)

 45. [   ] fell in love with someone

46. [   ] celebrated Halloween

47. [X] had your heart broken.

48. [X] went over the minutes/texts on your cell phone.

49. [   ] had someone question my sexual orientation.

51. [   ] got pregnant.


52. [   ] had an abortion.

53. [X] did something I regret.

54. [X] broke a promise.

55. [X] hide a secret.

56. [X] pretended to be happy.

57. [] met someone who changed your life.

58. [] pretended to be sick

59. [ X] left the country.


60. [X] tried something you normally wouldn't try and liked it. (not in a wrong way.)

61. [X]cried over the silliest thing.

62. [X] ran a mile.

63.[  ] went to the beach with your best friend.

65.[  ]hated someone.


66.[X]stayed single for 2 year.

 RIGHT NOW

67. Eating: NO

68. Drinking: NO

69. Listening: YES,ERAFM KAT MESIR NI. HAHAHA. GARA2 LAPTOP IRA NI X LEY NK PASANG HOT. UHUU.
70. Sitting/Laying: SITTING

 71. Plans for today: TIDOR!!

72. Waiting: JPA CEPATLAH MASUKKAN DUIT YE. ;(

YOUR FUTURE:

73. Want kids? ANAK TU PEWARIS AGAMA. ;D

74. Want to get married? MESTILAH MAU. KALAU ADE JODOH. INSYAALLAH.

75. Career: DENTIST BIIZNILLAH.

 76 Lips or eyes: EYES

 77. Shorter or taller: TALLER

78. Romantic or spontaneous: SPONTANEOUS

 81. Hook-up or relationship : X MAU DUA2 BOLEH?

 82. Looks or personality: PERSONALITY

 HAVE YOU EVER:

83. Lost glasses/contacts: NO

86. Killed somebody: NO

87. Broken someone's heart: X PASTI SEBAB MANE NAK TAU DLM HATI ORG LAEN KAN?

88. Been in love: NOPE, I THINK SO.

89. Cried when someone died: YES

 DO YOU BELIEVE IN :

 90. Yourself: YES

91. Miracles: YES

92. Love at first sight: NOPE. NEVER BELIEVED.

93. Heaven: YES

94. Santa Claus: NO

95. Sex on the first date: NO

96. Kiss on the first date: NO

TRUTHFULLY:


97. Is there one person you want to be with right now: YES,MORE THAN ONE.MAMA, ABAH N THE REST OF THE FAMILY. ;(

98. Do you know who your real friends are: NOPE,NOT SURE. ADE KAN KAWAN MKN KAWAN KAN?

99. Do you believe in God : YES. IMANUBILLAH DAN IMANULILLAH. =)

 100. Post as 100 truths?: YES!


finally. fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhh. penat gak. da la ade soalan x tau jawapan dy ape. so adil la gak kan. sok dak2 kelas kene jawab quiz fizik, aku da jwb 100 uh quiz ni. eheeee. tido jom!

kita selalu mengejar benda yang x pasti dan sering melupakan benda yang benar-benar pasti.

mase depan, result exam, kerja, duit tu kan semua benda y x pasti.
tapi mati, barzakh, mahsyar, akhirat, syurga, neraka tula benda2 yang memang pasti da.
....

physics.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



ye.
saya dilantik sebagai penolong ketua subjek fizik.
dengan alasan saya suke fizik.
suke x barmakna hebat ye kawan-kawan.
saya suke sebab x payah hafal berjela-jela macam histo dan anat itu ye.
tapi saya terime jela.
belajar menggalas tanggungjawab dan menjaga amanah.
saya pun rela.
mungkin saya boleh tolong kawan2 yang memang x pernah ade hubungan damai dengan fizik.
saya tahu,
ramai antara kawan2 yang x suke fizik.
alasan ambik dentist sebab x mau bersemuka lagi dgn fizik.
kalu boleh x nak pandang pun lagi fizik.
tapi da nasib badan.
setahun ni kene belajar jugak fizik.
bersabarlah~

beberapa minggu selepas dilantik oleh kawan2, 
saya dpt tahu yang saya kene buat quiz untuk kawan2.
saya da cuak la kan.
yela, saya bukan hebat.
bukan pakar.
plus, sile bayangkan kwn2 kene buat soalan fizik.
bukan senang ye kawan2.
dgn segala mcm formula, nombor, pecahan, kuasa.
quiz laen pun susa nk buat.
fizik pon susah jugak kan.
x pela. saya suke.


sekarang saru saya paham kesusahan cikgu2 dulu buat soalan.
ye, mmg bukan senang.
padahal saya kene buat untuk satu bab je.
tapi saya rase berat sgt.
nak fikir, kawan2 boleh jawab x.
susah sgt ke soalan ni,
betul ke aku pilih soalan ni,
saya rase ketua subjek laen pun paham ape saya maksudkan.
saya nak semua kawan2 saya boleh jawab dgn jaya nye.
sape x nak berjaye kan?

jadi, saya sedih la jugak bile ramai kawan2 yang ckp x suke fizik.
bile kawan2 ckp kawan2 x suke fizik,
makna nye kawan2 mcm da block mind kawan2 semua.
saya x nak la sebab kawan2 block minda kawan2,
kawan2 x boleh terima fizik dlm kepale kawan2.
kalau setakat x dapat jawab quiz ni,
ape laa sangat.
tapi saya takut kawan2 x dpt jawab soalan mid term dan final.

jujur saye ckp,
dulu saye benci anat.
tym sekolah bio la kan.
tapi saye prasan,
bile asyik ckp x suke subjek tu,
memang terase susah nak belajar.
belum belajar habes da rase susah.
x boleh nak masuk.
baru saya tau,
kite belajar kene ikhlas.
bile belajar sebab terpakse,
memang susah sangat.
dulu saya nmpak diagram bio je,
automatik rase susa sgt.
so kawan2 jangan la bila nampak formula terus rase susah.
susah la macam tu.

maka nye,
berhenti la cakap x suke fizik ek kawan2.
kite suke la semua subjek kite sama rate.
x baek tau pilih kasih.
kalau fizik tu ade prasaan,
sedih tau dia.
eheeee.














ok.
terasa pelik lak post aku penuh sopan santun.
HAHAHAHA.
tapi ape aku cakap ni
memang tulus, jujur dari hati ni.

semoga kita sama-sama berjaya dalam semua subjek.
insyaAllah.


....

27 December 2010

kawan.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

sedang dalam keadaan yang sangat2 marah.
marah sebab kau sanggup buat macam tu.
marah sebab bukan kau x belajar agama.
marah sebab kau buat dengan sengaja.
marah dengan org laen yang menyokong.
marah dengan manusia-manusia yang menggalakkan kau buat.
paling aku marah,
marah kat diri aku sebab aku x mampu nak tegur kau.

dalam keadaan terlalu bengang,

bengang sebab kau dengan x tau malu upload byk2 gambo mcm tu dlm fb.
bengang kau dengan selamba buat tanpa pikir sensitiviti orang laen.
bengang  bile kau mencarut sampai sentuh isu yang x sepatutnye.
bengang sebab dulu aku anggap kau kawan baek aku.
kau pernah jadi antara kawan yang aku rapat.
walaupon tu dulu, aku tetap bengang.

sedang dalam keadaan terdiam.

terdiam tengok keadaan kau.
terdiam tengok kau sanggup rendahkan maruah kau.
terdiam tengok cara kau.
kau da berubah.
atau kau nak ckp aku yang berubah?

sedang dalam keadaan yang amat sedih,

dulu kau pemalu,
dulu kau penyegan,
tapi kenape dulu je?
kenape berubah?
betul ke kau la manusia yang jadi kawan aku dulu?
aku x sangka.
aku sedih.

benci sangat-sangat sebab aku benci tgk kau macam tu tapi aku xde kekuatan nak bagtau kau betape aku benci tgk kau mcm tu

kau nak kate aku da jadi ustazah?
kau nak kate aku da jadi alem?
kau nak kate aku yang salah?
kau nak kate aku kolot?

fine, cakap la ape pun.
aku tau aku pun teruk jugak.
aku tau aku pun bukan lah baik sangat.
aku tau aku pun banyak wat dosa jugak.
aku tau kau nak ckp dulu aku pun sama je.

tapi aku berharap untuk menjadi yang lebih baek.

Ya Allah, berikan lah hidayah kepada hati nye.

ye, teguran yang paling lemah ialah dari peringkat hati. aku memang masih belum cukup kuat.


....

25 December 2010

diam.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

aku nak update. aku nak ckp byk sgt benda. aku nk cerite mcm2. aku nak bebel panjang2. aku nk luahkan sume. byk sgt yang jadi kat aku. kalau taip, mmg berjela2 la. bukan xde mase, byk je free time.
tapi

tapi

tapi



kak usrah aku ckp,

"tulis la kat blog sumthing yang boleh bagi manfaat kat orang even satu ayat"

tulah masalahnye, dalam semua yang yang berlaku kat aku akhir2 ni, aku masih x jumpe ayat yang boleh bg manfaat kat orang yang bace. haih.

diam itu satu petanda orang yang berilmu

diam x semestinye setuju. 
diam x bermakna tak rindu. 
diam bukan bermakna x nak. 
diam bukan bermakna rela. 
diam x semestinye suke. 
tapi kadang2 dengan diam la boleh selesaikan byk perkara 
n boleh cegah macam2 perkara.

so, i guess i will only keep it in my heart.
=)


....

17 December 2010

kisah CINTA agung.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Waaah. Lame nye x bebel. Hailoo. Minggu lepas sgt la penuh dgn ujian, dugaan, penat lelah. Cewaah. Over la plak. Byk sgt cite smpai x tau nk ckp ape lg. haha. Hujan pasir kot. Bayangkan la.

Hujan+pasir = LUMPUR!!

kasut masih lawa sebelum menempuh lautan lumpur. =.='

keadaan rumah yang tak mampu dikomen lagi.
 
Pergh. Mmg lecak, selekeh, kemperoh, ape lg ek pekataan y sesuai diletak. Plus, mesir ni x de system longkang. Maka, haih. X mampu nak menceritakan. 

Cte minggu lepas, biar la jd sejarah. Name pon duduk mesir.

MUSIBAH

SABAR

REDHA

Xpela kan. hmm, baru-baru ni dpt tazkirah yang sgt besh. Siyes rase sweet sgt2.  So nk gtw balik la tazkirah tu kat sini. Haahaha.

Hmm, ok. Rase nye sume tau kan kisah Saidatina Siti Khadijah melamar Rasullah. So, disebabkan sirah ni, ramai perempuan ambil pendekatan ngan ckp,

 it’s ok la perigi cari timba.

Xpela confess feeling  dulu. Siti khadijah pun buat, x kan aku x boleh buat.

Kolot la pompoan y malu2 ni. Zmn Rasullah dulu lg, Siti Khadijah da berani.

Rasenye, ramai pikir cm ni. Tp sebenarnye kte tau ke mcm  mane cara Siti Khadijah pergi melamar Rasullah? Tau ke? Haaaaaaaaa. Tulah yang diceritekan pentazkirah tu. Sgt la sweet kot.

Ok,mari kte mengimbau kembali sirah. Rasullah ni bekerja dgn Siti Khadijah kan. Rasullah tlg niagakan brg2 Siti Khadijah. kan Siti Khadijah ni businesswoman. Nak kate betape hebat nye Rasullah ni, belum pon baginda y sampai tempat y baginda nak tuju, semua brg jualan habis dijual. Jadi, Siti Khadijah ni sgt la kagum dgn Rasullah ni.  So, start la Siti Khadijah ni minat kat Rasullah. Tp dy simpan n pendam dulu.

Then, Siti Khadijah ni ade kwn yang boleh kate kawan baek la. Name dy Saidina Nafisah Al-Mahbah. Dy ni lelaki tau. Dy salu la perasan Siti Khadijah ni tgk Rasullah dari jauh. So, sbg besfren yang hebat, Saidina Nafisah Al-Mahbah  ni dpt agak la yang Siti Khadijah ni minat kat Rasullah. Dy pon pergi la jumpe Siti Khadijah ni, tanye psl assumption dy. N ternyata, mmg Siti Khadijah minat kat Rasullah. Jadi Saidina Nafisah Al-Mahbah ni ckp,

‘biar aku pergi tanyekan pada Muhammad tentang perasaan kamu itu’

Maka, Saidina Nafisah Al-Mahbah ibnu Nafisah ni pergilah jumpe Rasullah.

‘Ya Muhammad, kenape kamu ni x kawen – kawen lagi?’

Rasullah jawab,

‘siapalah nak pada aku. Rupe x de, harta pon x de.’

‘eh, jgn ckp mcm tu. Kamu tu sudah layak untuk berkahwin’

‘tapi, aku memang tidak ade siape2.’

‘bagaimane dgn Siti Khadijah?’

‘Siti Khadijah? Majikan aku itu?’

‘iyelah. Sape lagi. Biar aku pergi tanyekan dy tentang kamu. Kamu mau?’

Rasullah diam sekejep tok berfikir. Pastu ckp,

‘mahu.’

Haaaaaaaaa. Tgk2. Sweet kan. kirenye Rasullah x tau pon Siti Khadijah ni suke n minat kat baginda. Belum habis lagi cerite, Saidina Nafisah Al-Mahbah  ni pulak balik la rumah. 3 hari lepas tu, barulah dy pergi jumpe Rasullah balik, konon2 nye tula mase Siti Khadijah berfikir n bagitau yang Siti Khadijah ni terime lamaran Rasullah.

Wahahahaha. Aku terase sweet sgt2. Paling hebat dlm kisah ni, Saidina Nafisah Al-Mahbah la. Sbg kwn baek Siti Khadijah, dy jage air muke n maruah Siti Khadijah. So sampai kawen, Rasullah x tau pon Siti Khadijah da lame minat baginda, n x tau pon yang Siti Khadijah yang sebenarnye melamar baginda dulu. Comelkan?. HAHAHA.

Pas dengar tazkirah ni, sume senyum2 sbb terase sgt sweet. Daya imaginasi aku yang merapu da membayangkan aku kat tempat Siti Khadijah. Sweeeeeeet nye~~~~ HAHAHAHA. So menurut pentazkirah tu, x salah nak minat n suke kat someone, tp kene gune care y betul nk express feeling tu mcm mane. So pendapat orang yang kate xpe perigi mencari timba tu, salah la kan. sbb Rasullah x tau menahu pon tentang feeling Siti Khadijah. 

So, lepas ni lantak la orang nak kate aku kolot ke ape, x peduli. HAHAHAHA.
Maap atas care penceritaan yang langsung x skema. Sbb aku mmg la x reti bende2 alah ni. Tp sbb cte ni sgt la sweet, aku nk tulis gak psl kisah ni. Eheee.

Oh ye, next week aku exam. Exam practical final tok 1st term. Kat sini gune system term bukan sem mcm kat mesia. Haih. Rase mcm baru skejap sampai sini, da nak exam da. Tp ni practical je dulu. Yg written awal bulan satu nanti. So, mmg akan menjauhkan diri dr laptop n tenet la. 20% uh tok exam final year  kot nanti. Menakutkan.  Mcm mane la ye nak wat eksprimen sorang2, n result kene betul. Gilak la menakutkan. Mesti kelam kabut nak wat report, design eksprimen lg, kene jawab soalan lagi. Oh, lecturer, 2 jam tu cukup ke???!!!  Wuuuuwaaaa.

So, hope for the best from me. Biiznillah. InsyaAllah.

…..



12 December 2010

rumah saya dlm bahaye.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

setelah tension smlm, aku terus tido.
tp x sampai 15 minit.
dikejutkan oleh jerit pekik ahli bait.
sbb rupe2 nye.
ujian lagi berat menanti.
satu uma huru hara.
satu uma kelam kabut.
aku lak kondisi mamai baru bangun tido.
semua exco mesyuarat plak tu.
x tau nk mintak tolong kat sape.
mmg sgt celaru.

Astarghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar.

Ya ALLAH, peliharalah keselamatan kami satu rumah.
sesungguhnya kami sayang umah ni.

....