31 May 2011

Al-Fatihah.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



pukul 6.30 maghrib tadi,
tetibe tergerak nak tengok henfon,

mama miskol dgn mama msg tanye ade kelas ke?
dlm pukul 5 lebih. maknanye pukul 11 kat mesia.
since when lak mak aku ni tido lambat?

so, msg direply.
'mama, sori. x perasan msg. kenape?'

alih-alih mama terus tepon,
aik. ni dah lagi pelik.
dah pukul 12.40 tgh malam kat mesia.

panggilan diangkat,
dengar bunyi bising-bisig kat belakang.
mama tanye ade kelas ke, tengah buat ape sume tu.
pelik kot mama tepon nak tanye benda tu je.

then, ayat mama,
'lepas mama cakap ni, kak lang jangan efek ape-ape tau. janji dgn mama, kak lang akan exam macam biasa. jawab exam betul-betul. jangan sedih-sedih'

erk. kenapa ni?

'kak lang, atok dah tak ade dah kak lang. atok dah pergi.'

ok, ayat seterusnya aku dah x mampu nak taip.


raye 2010


Atok tak ada pon sakit-sakit kronik.
Atok sihat je.
tapi Allah lagi sayang Atok.

dari Dia kita datang, dan kepada Dia lah jua kita kembali.


“Ya Allah! Ampunilah datukku, ang-katlah derajatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk, berilah peng-gantinya bagi orang-orang yang diting-galkan sesudahnya. Dan ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan, seru seka-lian alam. Lebarkan kuburannya dan berilah penerangan di dalamnya. Tempatkanlah dia bersama-sama para soleh dan solehhin.”



setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati



Ya Allah, tabahkanlah dan kuatkanlah hati kami sekeluarga menerima berita ini,
redha kanlah hati-hati kami untuk menerima Qada' dan QadarMu. Tenangkanlah hatiku dan kakak ku yang berada di perantauan untuk terus menjawab peperiksaan kami dengan jayanya, Ya Allah.

amiiiin.  

siyes, tak tahu boleh jawab ke tak anatomy ni.
nak balik malaysia.
T____T


.....


29 May 2011

4 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Allah tu Maha Berkuasa kan,


sebab tu laa,
walau kau hafal banyak mana pon,
tapi kalau Dia kata kau tak kan dapat jawapan,
kau memang TAK MUNGKIN dapat jawab,
unless dengan izinNya.


macam tadi,
walau dekat 10 kali buat eksperimen yang sama,
eksperimen yang senang pulak tu,
tapi kalau Allah nak hijab jugak mata tu,
kau tak kan dapat punya image disebalik lens tu,
tapi bila Allah izinkan kau nampak jugak 30 minit yang terakhir,
barulah kau boleh nampak.
Alhamdulillah Allah bagi jugak kau nampak 30 minit tu.
kalau sampai habis masa pun x nampak jugak, macam mane??


time tulah baru kelam-kabut nak buat table, graph, kira-kira, jawab soalan.
time tulah jugak baru kau rase nafas kau dah sampai hujung paru-paru dah.
time tulah jugak kau rase kadar adrenaline y mengalir dalam badan kau lagi banyak dari darah kau.
time tulah jugak kau memang da blank otak sampai velocity of light in air pon kau x dapat nak recall.
3x10^8 ke 3x10^-8?
time tu jugak laa baru kau rase,

AKU NI INSAN YANG LEMAH



sedih memang sedih,
subjek feveret kot,
first time air mata mengalir lepas jawab exam,
Allah nak tunjuk kehebatanNya.
dari tadika sampai before jawab fizik tadi,
tak pernah rase satu exam tu terlampau susah gile sampai tak boleh jawab langsung.
kalau x tau jawab 3-4 soalan tu normal laa kan.
tapi tadi........

bila result pon x dapat,
yang lain memang lebur laa.
10% dari markah kot.

tapi sila yakin ye,
ada hikmah disebalik ape yang terjadi.
let by gone be by gone.

" Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."


lusa, practical anatomy lak.
chaiyok azyan!! 
jangan sedih-sedih lagi.
=)


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ





....



28 May 2011

my HERO.

6 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..








T_________________________T

miss him like damn crazy.


nak balik rumah, nak balik rumah, nak balik rumah!!!


 exam breaking down ni.





















































61 hari lagi.



















T_____________________________________________T





my HERO,
DR. A AZIZ BIN SAIM




your daughter, future DR. AZYAN BINTI A AZIZ is currently thinking about you.





....

27 May 2011

GREAT.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



29052011
PRACTICAL PHYSIC

31052011
PRACTICAL ANATOMY

04062011
PRACTICAL DENTAL MARPHOLOGY

08062011
WRITTEN DENTAL MATERIAL

09062011
ORAL DENTAL MATERIAL

12062011
WRITTEN ZOOLOGY

15062011
WRITTEN CHEMISTRY

19062011
HUMAN RIGHTS

22062011
WRITTEN ORAL MARPHOLOGY

26062011
WRITTEN PHYSIC

29062011
ENGLISH

03072011
WRITTEN ANATOMY 
WRITTEN HISTOLOGY

04072011
ORAL ANATOMY


mampat gile kan?
dak medic 4 subjek je.
gap 7 hari, 8 hari, even 14 hari pon ada.
dak dentist?
x sempat nak bernafas.
woooaaaah~
in addition, kelas n lecture masih berjalan macam biasa.
semakin mengasapkan otak.

85-100 - MUMTAZ
75-85 - JAYYID JIDDAN
60-75 - JAYYID

bawah lagi, MAQBUL laa jawabnye. kene repeat paper. tak mahu~~~~

 T_____T


sila selalu ingatkan aku,
walau macam mana takut+seram sejuk nak exam ni, jangan sampai takut ni melebihi takutnya aku pada DIA.
nauzubillah.
Allah kan sentiasa ada dengan hambaNya yang bertaqwa.
Allah selalu memudahkan jalan hambaNya yang menuntut ilmu.
Allah takkan membebani hambaNya melebihi kemampuan seseorang itu.
Cukuplah Allah bagi ku. Tiada Tuhan melainkan Allah. Hanya padaNya sahajalah aku bertawakal.


mama, babah, kak chik, mira InsyaAllah nak pergi umrah 1 jun ni.
lagi menambahkan ketensenan di kepala sebab tak boleh nak call mereka setiap kali before jawab exam.
dah jadi rutin dari zaman sekolah,
before each and every paper, mesti mahu tepon rumah.
sedih~

haish, apelaa aku ni. mak ayah nak pergi buat ibadat, aku sedih pulak.
astarghfirullah.

jom doa sama-sama,

Ya Allah, 
peliharalah mereka sepanjang perjalanan pergi dan pulang,
permudahkanlah dan lancarkanlah segala urusan mereka,
tenangkanlah hati mereka.
berilah mereka ibadah umrah yang diterima dan diberkati olehMu.
amiiin~


semoga mereka mendapat umrah yang diterima dan diredhai Allah. =)


.....

24 May 2011

BFF

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




persoalan,

cuba define istilah 'kawan baik' tu?
perlu ke hidup ni ada 'kawan baik'?


ceh, macam soalan essay. kene define, pastu kene jawab. 


kawan baik? ape tu ye? dulu waktu kecik-kecik zaman hingusan lagi, aku rasa kawan baik tu, kawan yang sentiasa ada dengan kita. 24 jam melekat dengan kita. gaduh-gaduh pon, still  baik je. yang boleh share segala-gala nye laa. minat kat sape, tak puas hati dengan sapa. pastu nak jeles-jeles bila kawan baik kita tu, rapat dengan orang lain. mula lah nk gaduh dengan orang lain tu, sebab konon-konon nya dia nak rampas kawan baik kita tu. haha. lawak kot cara berfikir zaman kanak-kanak dulu.

good friends are like star. you don't always see them. but you know they're always there.

someone yang pernah aku anggap kawan baik tersangat baik, nama dia Khair Sophya Badriyyah. panjang kan nama? haha. kawan baik dengan aku dari tadika kot. sampai sekolah rendah, sampai laa sekolah menengah. lepas aku pindah Kisas, aku dengan dia pun makin renggang. yelaa, balik sebulan sekali pon belum tentu. sekarang macam dah lost contact je. padahal rumah dy, belakang rumah aku je kot. haha. so, itu ke istilah kawan baik?


masuk Kisas, jumpa kawan-kawan baru. kawan susah senang. kawan yang rasa macam tak mungkin dapat jumpa lagi kat tempat lain. tapi tu dikira kawan baik ke? tak kan 13 orang kawan baik kot? law dari pndangan aku, kitorang ni macam kawan sekepala. kawan yang mempunyai cara berfikir yang sama. kawan yang boleh masuk dengan aku. selesa duduk dengan dyorang.  


bila dah besar ni, ok. bajet macam dah besar sangat laa. haha. aku tertanya-tanya, siapa kawan baik aku? apa kepentingan ada kawan baik? dan aku rasa pendapat abah paling terbaik.


buat apa nak ada kawan baik yang specific? kenapa tak buat semua orang jadi kawan baik kita? kawan dengan semua, baik dengan semua, rapat dengan semua. tak perlulah nak berkawan pun ada komitmen. hidup secara bebas. dengan macam ni, hidup kan lebih seronok.


ayat ni, aku dah dengar dari aku tadika. haha. tapi zaman kecik-kecik, kalau tengok orang lain ada, kita pon nak ada. sekarang ni, aku semakin mengakui kata-kata abah ni. cuba bayangkan kalau kita memang berjaya baik dan rapat dengan semua orang. maksud aku, semua orang sekeliling kita. seronok kan? boleh share problem dengan semua orang. law ade masalah, boleh cite je dekat sape2. tak perlu nak tunggu sape2. tak perlu nk risau nak jaga hati siapa. masuk je dengan semua orang. dengan budak-budak rajin study pon boleh lepak sama2. dengan budak-budak bising pon, boleh join. dengan budak-budak alim-alim pon boleh masuk. kan seronok kan?


tapi, buka senang kot. lebih-lebih lagi cara hidup zaman sekarang. macam aku ni, pagi pergi kelas. masuk lecture, habis kelas balik rumah. tak ada kesempatan pun nak beramah mesra lebih-lebih dengan orang lain. hatta kawan sekelas tu, belum tentu aku tegur semua orang setiap hari. sebab memang macam x sempat laa. sebab tu aku rasa aku dah mula bosan hidup macam ni. kehidupan sosial aku jadi terhad. bosan kan?


so, jawapan aku pada perlu ke tak kawan baik tu. 
ye, sangat perlu. tapi biarlah semua orang jadi kawan baik kita.  kan lebih manis hidup tu.
 : )



.........

22 May 2011

second exam practical.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


esok aku exam.
final practical exam.
CHEMISTRY



untuk exam ni,
semua orang akan dapat satu bahan. 
pastu kene buat pelbagai test untuk kenal pasti ape benda tu.

carboxylic acid ke, salts of acid ke, amides ke, imides ke, aniline salt ke, carbohydrates ke, bla bla ke, bla bla bla ke ape-ape laa kan. 

dah tahu group ape, nak kene buat test untuk tahu ape nama bahan tu.
contoh kalau carboxylic acid,

dapat oxalic acid ke, tartaric acid ke, citric acid ke, salicylic acid.

lepas dah tahu nama bahan dy, kene lukis structure dia.
agak seronok laa main dengan macam-macam bahan.
yang paling seronok nye, boleh bawak buku.
ngeh3.

tapi bukan laa bawak buku tu, dapat pastikan result betul.
dah laa macam-macam test yang kene buat.
pulak tu, kalau nk meniru mmg macam useless je.
sebab semua orang dapat substance lain-lain.
result pon akan lain-lain laa.
maka nye, sila doakan aku ye.

doa supaya aku letak bahan kimia yang betul supaya tiada kes letupan di sini.


semoga Allah permudahkan urusan kami sekelas.

=)


.....

21 May 2011

siapa kata?

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..





siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?



copy paste dari fesbuk.
sangat sentap kot.
makan dalam.
pergh.

SubhanAllah.
MasyaAllah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar


......