Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
just a quick update.
mama yang suruh.
mama kata lama nya menyepi kat dunia blog.
so, untuk pengetahuan semua, sejak dari cuti winter break,
laptop Toshiba kesayangan ku tenat.
masuk ICU kat kedai HUMMER.
tapi apakan daya, mungkin rawatan di Mesir ini tidak begitu bagus,
sehingga laptop yang pada mula nya koma setiap setengah jam je,
sekarang koma terus tak nak bangun-bangun.
sobs3.
tak tahu laa bagi pelajar2 di oversea yang lain.
tapi bagi aku, laptop ni nyawa kot kat tanta ni.
sila laa bayangkan.
kitorang tak ada homework or assignment watsoeva kan.
then, start je azan maghrib sudah wajib duduk dalam rumah enggak bisa keluar.
TV memang tak ada laa kat rumah.
so, sila bayangkan kehidupan anda jika kat tempat aku?
sehari tanpa internet pon dah macam nyawa-nyawa ikan,
inikan pula sehari tak ada laptop.
oh my, bagai nyawa di tarik.
ok over.
tapi tak pelaa.
aku tak tahu orang lain, tapi aku memang sungguh tidak reti study tanpa laptop.
kadang-kadang laptop ni on je depan mata,
tak buat apa pon.
asal ada laptop laa depan mata.
jadinya,
aku memang nazak habes laa sebulan tak ada laptop.
tak study langsung.
pegang buku sikit pon tidak.
boleh pulak aku mindset macam ni,
'selagi tak ada laptop, selagi tu aku x nak study.'
apekah???
ye aku tahu. cari bala dan nahas.
so sebulan seminggu tanpa laptop,
memang aku bagai mayat, eh bukan, mumia hidup yang bangun tidur gi kelas then balik kelas sambung tido.
setelah memikirkan kesan daripada tindakan aku ni,
aku terpaksa nekad untuk membeli laptop baru.
huaaarrrrghhhhhhh!!!
dari aku menggagalkan diri aku untuk final exam, baiklah aku menggunakan duit-duit rakyat malaysia yang diberi pada aku untuk membeli keperluan belajar aku.
maka, akhirnya setelah lama runsing dan gila,
aku akhirnya membeli laptop pada tanggal 6 MAC 2012.
bangga seyh. first time beli barang mahal guna duit sendiri.
T______T
untuk pengetahuan juga, rakyat mesir lebih gemar menggunakan laptop 15.6 inch.
ohooo, punya seksa nak cari laptop 14 inch.
jadi pengakhiran nye, aku beli laa laptop 15.6 inch ni.
GEDABAK WEYH!!
tak pe2, balik malaysia nanti mintak babah yang lain. hehehehehe. (sambil senyum jahat. :P)
so, inilah dia laptopku.
Acer Aspire 5755G
15.6 inch
intel core i5
RAM 4GB
Hard Disk 640GB
see, besar gedabak kan?
siap ada nombor2 kat tepi tu macam
guna keyboard komputer. hoho.
mine is BLACK.
slack tak ade graphic card je.
tapi tak pe.
aku bukan gila game sangat pon.
setakat nak tengok running man, lepas laa.
hehe.
so mama, babah, along, angah, kak chik, adek,
ni jelaa laptop yang kak lang mampu beli,
tak macam babah yang ada tab tu. hehehe.
btw, bulan 3 dan bakal bulan 4 nanti akan menjadi bulan paling sibuk sekali.
macam-macam program, macam-macam benda nak di selesaikan.
EMINENT EVO, PSD, GENGGAM MUMTAZ, TEST, QUIZ KELAS,
bleerrrrghhhhhhh.
dan bulan 5 nanti, InsyaAllah final exam.
sila pengsan azyan.
huhu.
itu je update nye.
konfius napa bahasa kaku dan baku hari ni?
hahahaha.
wasalam.
.....