Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
2 hari lepas,
result exam first year Dentistry keluar.
orang kate result keluar petang waktu Malaysia.
berdebar punye pasal, x on laptop pon satu hari.
dok ulang tengok King 2 Hearts je nak redakan hati.
cuak gile.
hohoho.
lepas balik masjid dari terawikh,
baru on laptop.
buka msg dari ummu, penyampai maklumat dari Mesir.
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
tak tahu nak gambarkan perasaan.
tergamam kejap.
sebab memang tak sangka.
ramai cakap,
'alaaa, Azyan. As expected laa.'
tapi aku tak de laa rasa macam tu.
tapi Allah sangat pemurah,
bagi jugak aku keputusan macam ni.
walaupon study last minit,
walaupon dok layan korea je musim exam,
walaupon susah sangat nak buat ibadah2 sunat,
walaupon main-main je lebih,
Allah bagi peluang jugak nak rasa kejayaan ni.
tapi keputusan ni bukan datang kosong macam tu,
aku rase bila macam ni,
aku ada tanggungjawab lagi besar.
aku ade beban yang terpikul dekat bahu aku.
ade yang pernah kata kat aku, Islam perlukan orang-orang yang berjaya.
barulah orang pandang tinggi pada Islam.
maksud nye, aku tak boleh laa leka.
kalau tergelincir siket pon, susah.
kene mantain laa macam ni.
kene mantain sampai tahun last.
aku bawak nama mak ayah aku.
aku bawak nama negara aku.
aku bawak nama bangsa aku.
paling utama, aku bawak nama Islam.
boleh punye.
lepas ni kene study dari awal tahun,
barulaah tak stress mase musim exam.
InsyaAllah, kalau Allah izin,
semua tak mustahil.
dapat tahu beberapa kawan kelas kene dhur thani.
dhur thani tu exam kedua.
kalau dhur thani pon dyorang tak lepas,
dyorang kene repeat year.
sedih dan serba salah rasa nye.
nampak sangat aku x membantu sebagai kawan kan?
aku kat sini bergembira,
kawan-kawan aku kene struggle balik untuk exam yang dyorang tak pass.
Ya Allah, bantulah semua sahabat-sahabat aku.
naik kan laa semula semangat mereka,
tabahkan hati-hati meraka,
permudahkan lah urusan mereka.
nak naik tahun sama-sama.
tak mau ade sorang pon yang tercicir.
.....