19 November 2011

perempuan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..





duhai perempuan,
kenapa anda terlalu complicated?

kenapa hati perempuan ni sensitif sangat?
kenapa terlalu lembut?
kenapa terlalu cepat tunduk pada perasaan?
kenapa selalu sangat dahulukan hati dari akal fikiran?



kadang-kadang aku rasa perempuan ni ngada-ngada sungguh.
apa yang dia nak, semua dapat. tapi tak pernah nak bersyukur.
Allah dah bagi berjuta malah berzillion mungkin nikmat dan kesenangan.
Allah cuma bagi satu je dugaan.
SATU je.
kenapa cepat sangat lemah?
susah sangat ke nak tengok dari sudut yang lebih baik?
cuma satu je yang anda perlu buat.

MOVE ON..


di sebalik setiap kesusahan itu, pasti tersembunyi kesenangan.
di sebalik setiap kesedihan itu, pasti ada sinar kegembiraan.




perempuan,
cepat sangat nak terasa hati.
ada masa tu, bila kita tak nak share problem atau cerita-cerita kita,
semua nak terasa. nak kecik hati.
mana aku tahu?
aku perempuan, aku tahu lah.
tambah lak duduk hostel 5 tahun.
dah terlalu lali dengan masalah terasa, kecik hati, tersentuh hati semua tu.
tapi setiap kali aku nak terasa or kecik hati ngan someone, 
aku teringat kata-kata seorang hamba Allah dekat aku.


tak perlu nak terasa kalau orang tak nak share problem dengan kita.
tu bermaksud kita belum dapat sepenuh kepercayaan dari dia.
kalau kita memang dipercayai dia, dia pasti akan datang kepada kita tanpa perlu dipaksa.
jadi apa yang boleh kita buat?
kita improve dan perbaik diri kita supaya kita dapat menjadi orang yang dia percaya.
bila dia tak nak share problem dengan kita,
itu satu bukti yang kita belum lagi menjadi kawan yang baik kepada dia.


sejak aku dengar nasihat ni,
aku jadi tak reti nak approach orang yang bermasalah.
sebab aku berpendapat, kalau aku ni betul-betul kawan dia yang baik,
dia akan datang sendiri pada aku.
nama pon perempuan, tak kan dapat simpan sorang-sorang punya.
yang beza nya, aku ke atau orang lain yang akan dia cari utk luahkan masalah dia. kan?


perempuan, 
hati lebih dulu bertindak dari akal fikiran.
ada masa, hati sepenuhnya yang buat keputusan.
bila melibatkan hati ni, memang lah.
penuh dengan perasaan sayang, kesian, tak sampai hati, tak sanggup nak kecikkan hati.
buat keputusan tak fikir hati sendiri.
selepas beberapa ketika,
diri sendiri menyesal tak sudah.
susah betul nak fikir secara rasional.
lepas tu nasi pun dah jadi bubur.
sedarkah anda, anda tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang di sekeliling anda?
ada masa, sila lah berfikir tentang hati sendiri.
jangan asyik fikir nak jaga hati orang lain sampai hati sendiri calar, luka, pedih, koyak, rabak.
erk, ok over ye.
siapa yang nak jaga hati sendiri kalau bukan diri sendiri?
tak perlu mengharap orang akan tolong jaga kan.
hidup ni jangan terlalu bergantung pada manusia.
kan ada kata-kata,

don't depend on anyone because even your own shadow leaves you in the dark.

dan bak kata Mat Lutfi,

kau tak boleh hidup sorang-sorang selagi kau tak bergantung pada Yang Tak Mati.

yup, buat apa bergantung pada manusia. Allah kan sentiasa ada. =)





disebabkan aku perempuan, apa aku tulis ni ditujukan khas buat hati aku.
so kepada siapa-siapa yang baca, jangan dok perasan aku tengah bercakap tentang anda.
tak ada kaitan langsung dengan kehidupan orang lain
melainkan kehidupan Azyan Binti A Aziz.



emotional break down.




....




2 comments:

Safwan Hamdy said...

be strong. :)

Innallaha Ma'ana..

Akif said...

betul apa yg safwan ckp tu. be strong, azyan. :)