Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Kalau dulu masa cuti raya haji aku pergi Matruh-Siwa, kali
ni pergi ke Taba-Dahab-Sinai. At first mmg tak rancang pun lepas kecewa tak
jadi pergi umrah. Mmg tak ade mood langsung laa nak pergi jalan. Sekali Jay n
the gang ajak pergi Sinai ni. Alhamdulillah. Satu lagi tempat menarik Mesir di
terokai.
Budak-budak JPA yang lain dok pergi Spain laa, Italy laa, UK
laa, Swiss laa. Aku je dok terperuk kat Mesir ni. Malu laa kan belajar Mesir
tapi tak khatam Mesir lagi. Lagi satu yang seronok, sebab jalan dengan
mereka-mereka yang pada mula nya tak berapa rapat. Yelaa. Jumpa dalam kelas,
lepas tu balik. Jarang nak sembang lama-lama. Tapi lepas cuti ni, pergh. Masyuk
gila kot. Terbaek laa korang!
27012012
Pukul 9 malam bergerak dari Tanta. Kitorang dari Tanta ni 12
orang. Naik tremco lepas tu berhenti pam minyak yang gila terbaek laa. Dah laa
cantik lepas tu banyak gila makanan dari Malaysia. Wow! Silau mata tengok. Hahaha.
Sampai Hayyu Sabi’ tunggu budak Mansoura pulak. Lepas tu bas pon sampai. Dalam pukul
1 pagi, bergerak laa bas tu kearah taba. Aku masuk bas, ape lagi. Tidur laa jawab nye.
28012012
Bangun-bangun je dah pukul 5.30. berhenti nak solat Subuh.
Subhanallah. Sejuk. Sejuk. Sejuk. Sejuk GILA!!! Macam air batu. Mereka-mereka
yang tak boleh solat dok gelak je kat kami-kami yang kene ambek air sembahyang
ni. Siyes macam nak nangis ambek wudhu’ tu. Lepas selesai, teruskan perjalanan.
Sampai laa ke Taba. Erm, ape ye yang ade. Tu sempadan Mesir, Jorden, Israel,
dengan Saudi. Ambek-ambek gambar then sarapan.
|
kami 12 orang dari Tanta. :) |
|
Subhanallah. cantik kan? |
|
dengan Sabira. ngeh3. |
|
hari tu padang pasir, sekarang gunung ganang. TERBAEK! |
Then, bergerak pula ke Dahab. Dahab ni kawasan laut. Mak aih.
Panas sungguh. Yelaa, dari Tanta dgn sweater dgn inner sume sebab kesejukkan,
sekali sampai Dahab panas sampai malas nak sarung sweater tu. Makan lunch dekat
Al-Fanar. Terbaek laa restoran ni. Sangat selesa dan makanan pun sedap. Dah laa
sebelah laut. Berapa kali kitorang nampak dolphin melompat-lompat.
Habes makan check in hotel. Satu bilik 3 orang. Hotel dia
best betul! Siyes tak tipu. Dah laa cantik, selesa gile. Lepas solat jama’
Zohor dengan Asar, terus naik jeep. Waktu kat Siwa naik jeep masuk padang
pasir, kali ni naik jeep masuk kawasan gunung berbatu. Memang syok. Sampai laa
ke tempat snorkelling. BLUE HOLE. Blue hole ni ade 6 je dalam dunia, dekat Dahab
tu laa salah satunye. Aku yang boleh berenang ni, jadi rimas dengan life jacket
tu. Rimas sangat, aku pon tanggal laaa life jacket tu. Paling tak boleh tahan,
aku yang tak pakai life jacket ni yang dok selamatkan orang yang pakai life
jacket. Ehem3. Eiyra dan atin, terasa tak? Hahaha. Subhanallah. Cantik sangat
pemandangan bawah laut tu. Batu karang,
ikan berenang-renang. Indah sungguh ciptaan Illahi.
|
lunch kami. ayam panggang kot! |
|
di sekitar hotel. |
|
oh, beristirehat dengan heaven nye. hoho. |
|
jeep merah. |
|
jeep biru. you marah, i love you. hoho. |
|
pemandangan dari dalam jeep. seronok!! |
|
jeep ni best!!! :) |
|
dekat lobi hotel. |
Malam tu, makan seafood dekat kedai makan Al-Fanar tu balik.
Dapat laa udang, sotong dengan ikan. Sedap memang sedap. Cuma nye, seafood Malaysia
lagi sedap. Kalau laa ikan tu bakar, cicah sambal kicap. Lepas tu sotong tu goreng
tepung, lepas tu udang tu masak sambal, mesti macam sluuurrrrrrppppppppp~~ kan.
Ni masak cara arab kan. So boleh jelaa~
Lepas tu sambut birthday Nomey. Berlaku laa siket drama
swasta pulak. Then, dia bagi masa shopping. Berjalan laa kat tepi pantai tengok
kedai-kedai. Aku beli fridge magnet je kot. Sampai 10 biji. Tak ade benda lain
pun. Haha.
29012012
Pagi-pagi lagi dah check out hotel. Sarapan dekat Al-Fanar
tu lagi, lepas tu ke Glass Boat. Aktiviti tu naik boat yang ade kaca kat bawah.
Lepas tu boleh laa tengok hidupan laut n batu karang kat bawah tu. Ya Allah. Memang
cantik sangat. Kalau Abah ade ni, mesti Abah suka sebab macam-macam ikan yang
boleh Nampak dari situ. Paling kitorang cam, ikan dalam Finding Nemo laa. Hahaha.
|
ikan tu BESAR!!! |
Habes Glass boat, bergerak ke Semenanjung Sinai. Dalam perjalanan,
memang kanan kiri gunung ganang batu bata. Macam kat Malaysia kalau dari KL nak
ke Perlis. Ok, aku tak tahu kat negeri mana, tapi yang jalan dia bengkang
bengkok lepas tu ade gunung ganang je kat tepi-tepi. Kat Perak kot. Lebih kurang
mcm tu laa. Tapi gunung ganang kat sini semua batu coklat macam Grand Canyon tu.
Cewwaaaaa. Hahahaha.
Sampai je Sinai, pergi melawat Makam Nabi Salleh. Walau berlaku
banyak khilaf sama ada betul ke jasad Nabi Salleh di tanam di situ, tapi yang
tak dinafikan Nabi Salleh memang pernah berada kat situ. Sekitar makam tu,
penuh dengan makam anak murid dengan pengkikut-pengikut baginda. Kitorang pergi
ni ade laa lebih 10 orang ustaz yang ikut sekali. Ustaz melayu pulak. Tu yang
syok tu bila dyorang bercerita. Dapat jugak tambah ilmu.
|
gunung ganang lagi. |
|
makam pengikut dan anak murid Nabi Salleh. |
Lepas Makam Nabi Salleh, gerak ke wadi’Arbain. Mata air 40. Kisah
dia masa Nabi Musa melarikan diri dari Palestin dengan 40 orang pengikut
baginda, sampai ke tempat tu, pengikut-pengikut baginda kepenatan dan kehabisan
makanan. Dengan kuasa dan mukjizat yang dikurniakan oleh Allah, Nabi Musa ketuk
tongkat baginda pada batu, lalu keluar 12 mata air dari batu tu. Sampai sekarang
nampak kesan lekuk pada batu tu. Tapi air dah tak keluar laa. Tinggi jugak tu
nak panjat nak tengok mata air tu. Mula-mula memang penat sangat sampai asyik
mengeluh je. Lepas tu, ustaz kate, tu laa laluan perjalanan turun Nabi Musa
sebelum baginda ke puncak Gunung Sinai untuk terima kitab Taurat. Bayang laa perasaan
nye. Kawasan yang kaki ni pijak, pernah dipijak oleh nabi Allah. Subhanallah. Terus
tak jadi nak mengeluh.
|
wadi Arbain. |
|
laluan Nabi Musa ke Gunung Sinai. |
|
muka keletihan yang keamatan. hehe. |
|
sebahagian daripada 12 lekuk kesan mata air. |
Balik tu dinner, lepas tu, ustaz semua suruh rehat. Sebab tengah
malam tu nak panjat gunung Sinai. Duduk bilik 6 orang. Mmg dasyat gile laa. Sempit
sungguh. Tapi tak pe laa. Sebab bukan nak tido lama pon, pukul 11 dah kene
bangun siap-siap. Senior sume suruh pakai baju tebal-tebal. Memang jadi gemuk
gedempol laa. Yelaa, sekarang kan winter. Memang menggigil laa. Sampai 6 lapis
baju kot pakai. aku ulang, ENAM LAPIS!! Kalau tak Nampak gemuk tu, tak tahu laa nak kata ape.
|
dengan bubble yang di beli sehari sebelum bertolak ke Sinai. Alhamdulillah beli jugak bubble tu sebab sangat berguna. gemuk nye saya!!! |
30012012
Pukul 1 pagi, mulakan perjalanan mendaki. Jalan memang gelap
gelita. Dengan bantuan lampu suluh, gagahkan diri. Ade 7 check point semua
sekali. Ade jugak khidmat unta bagi siapa-siapa yang tak larat. Waktu check
point 1 dengan 2 tu, boleh tahan lagi. Jalan masih rata, berpasir. Lepas je
check point 3, jalan dah makin curam. Sejuk nye tak terkata kot. Dah laa gelap
gelita. Angin bertiup sangat kuat. Tak sangka aku ni kurus laa jugak sebab bape
kali jatuh ditolak angin. Hehehe.
Waktu pergi tu, memang laa beramai-ramai. Tapi makin lama,
jalan ikut kelajuan dan stamina masing-masing laa. Terima kasih pada semua
lelaki melayu yang jumpa di tengah jalan. Sebab memang time tu, tak kire dah
sapa, mintak tolong je sape-sape yang boleh cakap melayu. Muka memang dah tak nampak
laa kan. Time tu, memang ade rasa nak give up. Tapi gagahkan diri jugak.
|
semua gemuk-gemuk belaka. HAHAHA. |
Sampai je check point 5, hujan selebat-lebatnye beserta
dengan angin yang sangat kencang. Bayang laa. Kat atas gunung, dalam gelap
gelita. Dok bayang, kalau kene tolak angin, pastu jatuh golek2 bawah cerun. Tak
ke menakutkan? Dah laa jalan berbatu je. Licin sungguh laa. Time tu memang tak
fikir ape dah. Fikir nak sampai je. Oh ye, sambil tu nak menahan air sembahyang
dari bawah sampai ke puncak. Haduyai. Tak boleh nak describe laa perasaan tu.
Alhamdulillah setelah 3 jam 45 minit mendaki,
sampai jugak ke puncak. Sampai atas, subuh tak masuk lagi. Hujan dengan angin
yang sangat-sangat kuat. Memang dah tak rasa ape dah. Kebas je semua benda. Tunggu
subuh, terus solat. Dekat puncak tu ade masjid kecik. Alhamdulillah. Diberi kesempatan
jugak solat dalam masjid tu.
|
dekat check point 5, masih mampu tersenyum. lepas tu, semua macam nak menangis. T___T |
|
di puncak sinai, 2,285 meter tinggi, waktu subuh, |
|
hujan lebat. matahari tak nak tunjukkan diri. sob3. |
Lepas tu, memang tak berminat langsung nak ambek gambar ke
ape. Sebab sejuk yang teramat sangat. Rasa nye hari paling sejuk sepanjang
hidup 20 tahun ni. Duduk sejuk, jalan sejuk, last-last mcm org x betul nak cari
haba. Huhuhu. Disebabkan hujan dengan dasyat, langsung laa tak nampak sun rise.
Sedih. T___T yang dapat nye, hujan lebat. dah laaa tak ade tempat berteduh. memang menadah hujan je laa. kitorang pon dak mngunyah coklat yang dibawa, pergh. sakit gigi makan sebab keras sebijik macam coklat tu masuk freezer. blerrrghhhhh.
Dalam pukul 7 pagi tu, ustaz ajak turun sebab hujan lebat
sangat-sangat dengan angin yang masih tak nak berhenti. Masa turun tu, baru laa nampak jalan yang dilalui tengah malam tadi. Pergh. Timbul rasa bangga kejap. Kalau
daki siang hari, aku tak rasa aku akan sampai ke puncak. Dengan cerun nye,
licin nye, Alhamdulillah.
|
ada berani? |
Masa balik, ustaz osama dengan ustaz Aiman ajak lalu
short-cut. Pergh. Memang terbaik. Kitorang berlima je perempuan dengan 2 ustaz
lalu jalan tu. Jalan tu lalu bukit. Semua benda batu, pasir langsung tak ade. Aku
search kat tenet, ade 3750 anak tangga kau tau route tu. Subhanallah. No word
can describe feeling tu. Macam tak percaya aku mampu turun laluan secerun tu
dalam keadaan hujan dan angin.
Disebabkan lalu short-cut kot, kitorang turun dalam masa 2
jam 30 minit je. Alhamdulillah. Sampai bawah, jangan Tanya laa macam mane
menggigil nye kitorang. Huarrgghhhhh~~ sampai bawah, ustaz cakap suhu -5 darjah
celcius. Negative kot!!!!!
|
inilah dia, pokok dalam batu. masa Allah turunkan wahyu pada Nabi Musa beserta kilauan cahaya yang terang, pokok-pokok pon masuk dalam batu untuk elakkan diri dari cahaya tu. Subhanallah. kuasa Allah. |
|
kami berlima yang dah nak tercabut lutut. huhu, |
|
sungguh aku tak sangka aku berjaya daki gunung setinggi ni. :) |
|
Add caption |
|
berjalan turun sambil ditemani hujan dan angin kuat. lens kamera pon berwap. huhu. |
|
kabus~~ |
|
laluan turun kitorang, di celah-celah dua gunung. |
|
close up view. ada berani?? |
Balik hotel, dengan basah lencun tu pergi lunch. Memang tak de
selera laa kan. Makan dalam menggigil.
Siap-siap untuk balik semula ke Tanta. tapi sempat pergi lagi dua tempat. Lembu Samiri dengan makam Nabi Harun. tapi masa ni, kaki ni macam dah cramp dah. hahaha.
|
ada batu unta Samiri kat belakang. time ni memang tak larat habes dah. |
|
makam Nabi Harun. |
|
hadiah dari Ustaz Usamah. terima kasih ustaz. :) |
31012012
Tepat jam 4.30 pagi, sampai ke rumah. Alhamdulillah. Lepas tungguh
subuh, jangan tanya laa bangun pukul berapa kan. HAHAHA.
Alhamdulillah. jaulah kali ni membari banyak ilmu dan input kepada kitorang. yelaa, duduk negara Anbiya' kalau tak tahu kisah nye, macam rugi kan.
so sekarang duduk termenung kat Tanta jelaa. orang lain belum balik berjalan lagi. sobs. lepas ni nak meneroka kawasan yang lain pulak. Luxor-Aswan mungkin. Hurgada ke, Fayyoum ke. eh, piramid pon tak pergi lagi. malu aje. HAHA.
terima kasih banyak-banyak pada Jay, Tasnim, Is, Ecah, Izzah, Nomey, Nadia, Eiyra, Atin, Wan, Sabira sebab bagi aku satu lagi memori indah kat bumi mesir ni. lain kali nak gi jenjalan lagi, ajak laa lagi. hehe. sekarang kaki sakit yang amat sangat sampai dyorang cakap aku jalan macam sotong+penguin. huhuhuhu.
|
kami dan ustaz-ustaz. MALAYSIA BOLEH!!!!! |
.......