15 January 2013

menguji niat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




kejap lagi aku exam Prosthodontics.
sebelum tu,
Prosthodontics ni belajar pasal gigi palsu.
dan sem ni aku belajar pasal buat gigi palsu penuh (baca: complete denture)
macam gambar tu.
untuk orang yang memang dah tak ada gigi langsung.


sem ni belajar 10 topik.
3 lecturer yang ajar.
Dr. Ibrahim ajar 4 topik
Dr. Nabil ajar 3 topik
Dr. Maamoun ajar 3 topik

exam kejap lagi ni mid-year je.
ceeehh. ade 'je' tu kat belakang. -_-
kat sini mid-year exam satu jam je setiap subjek.
dokter-dokter sekalian ni kata,
mid-year exam ni keluar 6 soalan essay
2 soalan daripada setiap lecturer

kau faham ke perasaan nya?
pulun 10 topik, tapi yang keluar 6 topik je
satu topik yang panjang berjela berhelai-helai tu,
tapi keluar satu soalan je.
paham ke?

masa ni laaa niat belajar memainkan peranan yang sangat besar.
masa ni laa,
diri sendiri boleh tahu.
ini belajar sebab nak ilmu atau belajar sebab nak score.
masa ni laaa,
diri sendiri boleh tahu,
niat belajar selama ni dapat pandangan Allah atau pandangan masyarakat.
oh, sungguh teruji diri ini.
*sigh*


kalau betul belajar sebab Allah,
exam keluar apa pun tak kisah.
tak payah nak spot soalan.
sebab semua tu kan ilmu Allah.


gambar hiasan.
step ketiga dalam buat complete denture ;  special tray.
yeaaayyyy.


betulkan niat
tajdid niat
semua tindakan bermula dengan niat
kita akan dapat apa yang kita niat kan.
kalau niat tuntu ilmu untuk score semata,
lepas score, hilang laa ilmu tu.
mintak dijauhkan.



eh, pukul 1 ni aku merdeka.
tu yang eksited sebenarnya.
ehek. :)


5jam lagi.
sambung study.
doakan ye.
kbai.



....


2 comments:

SYAFIQOH said...

aku dah merdeka jugak yan. yay! :D

AzyanAaziz said...

aku belum laaaa!! 5 jam lagi. tunggu. tunggu. ahahaha.