28 February 2013

senyum itu sedekah.

3 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..





nampak tak ke'over'an di situ.
mungkin boleh difikir-fikir kan untuk menyambung profession jadi lecturer selepas ini.
-_-
hahaha.

dan di sebab kan ini,
aku tengah duduk berteleku dekat meja study ni dari pukul 9 tadi.
khusyuk menelaah dan mengulang kaji.
oh, sekarang dah pukul 12 malam.

huwaaaaa.
rehat kejap.

aku bukan lah orang yang hebat.
bukan juga orang paling pandai dalam kelas tu,
bahkan juga bukan orang paling sesuai untuk mengajar.
ramai lagi yang lebih layak.
tapi tetibe terasa satu tanggungjawab untuk buat begini.
muncul perasaan bertanggungjawab untuk memahamkan orang yang tak faham.
timbul perasaan bertanggungjawab untuk buat orang rasa minat pada something yang mereka tak minat.
tak mahu lagi rasa bersalah.
nak cuba buang sifat pentingkan diri sendiri.
kalau dengan ini aku boleh tolong mereka, tak kan nak tolak kan.
bukan rugi apa-apa pun ajar orang yang tak faham.


kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita dalam keadaan yang kita sendiri pun tak sedar.

Abah selalu pesan,

the more you give, the more you gain.
jangan lokek duit lagi-lagi dengan kawan-kawan sendiri.
jangan lokek ilmu. kongsi ilmu dengan orang lain.

*lokek = kedekut

semoga usaha ini di kira sebagai satu ibadah di mata Allah,
dan pahala menyampaikan ilmu boleh terus-menerus masuk dalam akaun amalan aku.
:)

untung kan siapa kerja seorang pendidik.
pahala tak pernah berhenti mengalir.
oh, jeles tibe2.
aku nanti takut-takut dapat maki hamun je cabut gigi orang. 
haha.


sila doakan aku tak sampaikan ajaran sesat pada mereka
heeeeeeeee.

perkongsian sedikit ilmu kat sini.

bila seseorang senyum, kesemua gigi hadapan akan tertayang. nampak seluruh ketinggian gigi-gigi depan tu. kalau nampak separuh je gigi tu, tu nama nya tak cukup senyum laaa tu.
so, jom senyum nampak gigi!


dan kalau nampak lebih dari ketinggian gigi ni, yakni nampak sampai nampak gusi yang ketara dan menonjol,
macam dalam gambar sebelah kanan tu,
jangan risau. itu normal sahaja. tapi dalam bidang dentistry, senyuman sebegitu dipanggil, 'Gummy Smile'.
senyum semua.
:)
=)


ok, sambung study balik.
moga Allah permudahkan.


.......

21 February 2013

sebelum aku bernikah.

4 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


amboi. tajuk. macam buku Hilal Asyraf.

umm. ummm. aku ni dah besar. dah 21 tahun daa.



ok. aku nak membebel panjang gile hari ni.

ada something yang bermain kat kepala aku ni sejak 2 minggu 3 minggu lepas.

apa ye perancangan aku sebelum kahwin?

selain dari belajar masak, kemas rumah, jaga anak yadaa yadaa laa. maksud aku. semua orang mestilah nak kahwin. siapa yang tak nak kahwin kan. aku pun nak kahwin bila jumpa seseorang yang boleh bimbing aku, tepat pada masa nya, dan ketika aku dah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. ok, ini bukan nak cakap pasal geli-geli bakal imam, bakal suami, cinta hati yadaa yadaaa. bukan. ini nak cakap pasal aku.


apa persediaan aku? persediaan rohani aku? setakat ni, aku pun tak tahu dengan siapa aku bakal berkahwin, (ntah-ntah meninggal sebelum sempat kahwin. mana tahu kan.), tapi untuk diri aku sendiri, tak kan aku nak kekal macam ni sampai kahwin. malu oii dengan anak-anak sendiri nanti. 




dan aku tak mahu jugak berubah sebab suami aku. eceh, macam cerita yang selalu kita dengar. pakai tudung labuh sebab suami suruh. pergi kelas ngaji sebab suami suruh. i mean, memang laa arahan suami tak boleh di bantah. tapi dalam hati tu, tak kan tak nak berubah sebab diri sendiri. faktor diri sendiri yang sendiri nak berubah tu tak ada ke?


aku pula bukan jenis manusia yang fikir kan soal kerjaya. macam certain kawan-kawan aku, target lepas dapat master atau pakar baru nak kahwin, lepas gaji lebih sekian sekian, baru nak kahwin. aku tak fikir pun kerjaya tu bagai. kalau orang tanya aku apa aku nampak 10 tahun akan datang, aku akan cakap, aku tengah bahagia dengan suami aku dengan anak-anak aku. mungkin aku memang family-person kot. sebab tu aku nakk sangat jadi mak orang. seorang mak yang hebat. ohhooooo.


seriously aku berdoa agar aku ni tak kahwin lambat. kalau kahwin lambat, makna nya lambat laa lagi peluang aku nak jadi mak kan. hihi. sungguh ni. tapi tapi tapi, walau bertapa eager nye aku nak jadi mak orang, aku harap sangat sangat sangat aku kahwin lepas aku habis degree. minta laa di jauh kan jumpa jodoh masa tengah study dekat Mesir ni.


jadi aku habis degree bulan Mei, tahun 2015. InsyaAllah kalau tak kene repeat year. lebih kurang 2 tahun lebih je dari sekarang. memang laa bukan aku balik-balik je ada insan nak masuk meminang terus kann. tapi dalam masa 2 tahun lebih ni, tak kan aku x nak buat apa-apa. bergerak ke arah lebih baik. macam mana nak bina rumah tangga yang diredhai kalau diri sendiri pun masih banyakk buat dosa maksiat.


lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.
so nak tak nak kene laa jadi perempuan yang baik supaya dapat lelaki yang baik. kan? orang kata, pasangan kita adalah reflect kepada perangai kita. kalau si isteri teruk, tak payah pelik laa kalau si suami pun teruk sama. ni orang kata, bukan aku kata. dan tak kan nak harap si suami je bimbing isteri. ye dak?


................................................



so, these are some few things yang aku harap aku boleh ubah, atau perbaiki diri, atau penambah baik sebelum someone lamar aku. atau masuk meminang aku. ecececece. 


1. Aurat.

oh my. yang ni memang susaaahhhh sangattt laaa. padahal dari tadika lagi dah belajar.

-aurat seorang wanita adalah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.-

 tahu dah hakikat ni. sedar dah hakikat ni. tapi tapi kenapa payah sangat nak istiqomah pun aku tak tahu. haishhhh. aurat ni, orang tu alim ke, tak alim ke, ayu sopan ke, ganas macam lelaki ke, belajar tinggi sampai phD ke, belajar takat sekolah rendah je ke, tomboy ke, ape ke, wajib jugakk tutup. ketuk siket kepala tu, Azyan.

dan maksud aurat kat sini bukan setakat stokin tu. tu lengan baju tu. tudung jarang tu. huuuuuuu. -_-

sila laa istiqomah sebelum anda berubah tangga ye, Azyan!

2. Juz 'Amma

yang ni memang ketuk-ketuk-ketuk laa kepala sendiri. berapa kali hafal, berapa kali jugak lupa. menggunung dah tu dosa sebab lupa apa yang di hafal. :'(

 macam mana nak suruh anak sendiri hafal Al-Quran kalau diri sendiri pun tak hafal Al-Quran. selalu membayang kan anak-anak aku masuk Tahfiz. tapi kalau aku ni yang hafal Juz 'Amma ni pun asyik lupa balikk je, macam mana anak-anak aku nak respect kat aku. ish3. 

sila laa hafal balik surah-surah tu lepas tu pastikan Juz 'Amma melekat sampai bila-bila kat kepala tu ye, Azyan!

3. Solat di awal waktu.

dush3. kalau kat Mesir boleh je solat awal. dengar azan je terus sembahyang. sebelum azan lagi kadang2 dah duduk atas sejadah. tapi balikk Malaysia jee, adddddddduuuuuuuuuuuuuuuuuyyyyyaaaaaiiiiii. liat semacam nak sembahyang awal. subuh tu dekat-dekat pukul 7 baru nak solat. Isyak tu pukul 12 malam baru nak solat. 

seorang penceramah pernah cakap, 
'Kita selalu minta Allah cepat-cepat makbulkan doa kita. tapi macam mana Allah nak cepat-cepat perkenan kan doa kita kalau kita lambat-lambat kan suruhan-Nya.'

tolong laa solat awal waktu, Azyan. banyak tahu takk ganjaran orang solat awal ni. 

4. kawan dengan Al-Quran rapat-rapat

aduh. semakin terasa bila masuk tahun ni. busy sangat sampai kadang-kadang sehari baca satu muka surat je. ada hari yang memang tak sentuh pun. padahal ramai lagi orang yang sibuk. tapi online sempat je. -_- piatt telinga tu kangg.

baru masa study, dah makin kurang baca Al-Quran. kalau dah kahwin, dah kerja, tak kan makin kurang? macam mana sibuk nya manusia tu, Al-Quran mana boleh tinggal. macam mana nak berseri rumah tangga kalau kurang baca Al-Quran. Al-Quran tu kan cahaya. terukk. terukkk. 

dear my future husband, sila piat telinga ini kalau malas baca Al-Quran. ok? 

5. kurang kan bergossip. 

amboi. gossip dengan perempuan memang tak boleh lari kann. tapi kesan sampingan nya sangat laa banyak. memang kadang-kadang sibuk ni membantu kita mengurangkan benda-benda yang tak elok ni. sekarang makin tak banyak bergossip sebab tak ada masa.

malu je kalau dah kahwin nanti banyak bergossip. macam mak cik joyah pulak. kesian nama suami yang buruk. kesian anak-anak malu nak mengaku mak. 

................................................


ok. sekarang ni cuma ini jelaa yang bermain dekat kepala. ya, memang kita sepatutnya kene berubah dari segala aspek. bukan setakat ni je. dan bukan berubah sebab nak kahwin, tapi langkah beribu batu bermula dengan langkah pertama kan. kalau 5 benda mudah (?) ni pun aku susaahhh sangat nak buat dan istiqomah, aku tak tahuu laa nak kate bertapa teruk nyaa aku ni. dush3.

tolong ingat kan aku, ketuk kepala aku, piat telinga aku kalau semakin hari aku semakin lari jauh dari matlamat aku ni. duuhh. manusia. biasa laa. iman naik turun setiap hari. -_-



perubahan yang aku nak buat, aku nak buat betul-betul sebab lahir dari hati yang ikhlas dalam diri aku sendiri. bukan atas desakkan, paksaan, dorongan orang lain. aku sendiri yang nak berubah. bukan sebab benda lain. ikhlas lillahi Ta'ala.

tolong laa doa doa doa supaya aku betul-betul berjaya berubah sebelum aku di lamar. eceh, berkahwin laa senang. dan tolong tolong lah doa aku dapat suami yang beriman yang boleh pimpin aku jadi seorang perempuan yang lebih solehah pulak kan. hehe. nanti bila dah besar, dah kahwin, tengok balik post ni, boleh reflect balik diri sendiri. 2 tahun setengah untuk berubah. sila cabar diri sendiri, Azyan!!




tetibe terasa tua bila cakap soal ni. hahaha.

esok MTC. lebih kurang macam muktamar BADAR.

kbai.



.........

19 February 2013

18022013

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Happy Birthdayyyyy blog ku yang terchentaa!!



ok, lambat dah ni. 
patut semalam post.
tapi dek keletihan lepas balik kelas, tak mampu den nak menghadap laptop.
mianhae blog.
walaupun sekarang ade macam2 benda aku nak buat,
tapi tetap wajib update jugak.
hahaha.

dah 3 tahun daa usia blog ni.
dari tulisan macam budak kecik,
makin lama dah makin matang. erkkk. matangg laa sangat kann.
hehee.

erm, birthday blog, maksudnya sama laa dengan birthday aku.
yeaaayyyyyy!

Happy Birthday, Azyan!

oh, dan aku bukan orang yang celebrate birthday,
jadi tak ada laa celebration ke ape pun.

start pukul 12 malam waktu mesia (pukul 6 petang waktu mesir)
aku sedaaannnggg meeettiiiinggg.
ommooo. meeting mase birthday bukan laa benda yang menyeronokkan.
black out pulak mase tu.
huhuuuu.

balik rumah, Atin buat surprise.
ommooo. tenkiu Atin. terharu sebentar.
cuma next time pretty please jangan guna lilin.
orang ade pengalaman buruk dengan lilin ni.
ohhooo. pengalaman KISAS. heheeee.
tapi tenkiu sangat-sangat. buat susah-susah je. 


aku memang tak gemar makan kek.
dengan kata lain, aku memang tak suka kek.
hehe.
terima kasih Atin sebab memahami jadi beli yang kecik je.
tenkiu Atin. :D


coklat laa paling aku sukaaaa kaaaann. haha. 

malam-malam seorang hamba Allah sibuk nak merosakkan mood birthday aku,
tup-tup. rumah aku pulak black out.
duuuuhhh. -_-

terima kasih banyak-banyak pada yang wish.
syukran. syukran. alfu syukran.
atas doa semua. except bab cepat kawen tu, tu susah siket laa. hihi.
wish dari mama, abah, n the whole family.
terima kasih banyak-banyak.

dan melalui hari yang penuh dan mampat.
tapi dapat hadiah jugak.
buat adam's clasp (subjek Orthodontics) 
dokter bagi 20 genih. sebab lawa dan menepati criteria. woot. woot.
seronokkkk. hahaha.

ingat senangg kee buat benda alah ni??!!
bengkak-bengkak jari.
luka-luka kulit.
fuuuuuuhhhhh.

lecture dan lecture. praktikal prostho.
dan akhirnya pulang ke rumah.
buat maggi goreng, satu rumah makan dalam satu mangkuk yang sama.
ahahaha.
pemalas punya anak dara.

so, tamat laa sambutan hari lahir aku tahun ni.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
thumma Alhamdulillah.

sekarang saya dah layak mengundi. anda pulak macam mane? 
:D


btw, dulu nekad nak delete blog masa birthday,
tapi lepas fikir-fikir, tak ada salah pun guna blog ni.
kan, kan, kan?
nanti ada yang rindu pulak.
payah macam tu.
hahaha.


kbai.




.......

15 February 2013

sem baru. henfon baru.

3 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


henfonnn barruuuuuu!!


ok tipu je. aku tak tahu kenapa aku nak cita benda ni. mungkin sebab aku dah letih nak ulang cerita yang sama dekat orang. dah dekat 20 orang tanya aku soalan yang sama. letih tahu takk nak ulang cerita yang sama. tolong laah kasihani air liur aku. juga jiwa dan emosi aku yang sentiasa terusik bila orang tanya soalan itu berulang kali. -_-


mana Note II kau?


nah. ambik Note II ni. ambikk. ambikk.


macam yang ramai tahu. atau semua budak Asnan Gamil tahu, aku memang daahhh lama sangat mengidam henfon Galaxy Note II tu. dari awal-awal dia keluar lagi, hati aku cair tertawan, terkesima melihat henfon berkenanaan. pergh. dengan semua orang kot aku dah cerita betapa aku termimpi-mimpi ingin kan henfon berkenaan. kalau masuk bilik aku pun, ada tertampal kertas bertulis GALAXY NOTE II gitu kat dinding depan meja study aku ni. amboii. dasyat sangat impian tu. hahaha.

waktu gila termimpi-mimpi tu.

tak pernah ada henfon yang berjaya pikat aku mcm mane Note II berjaya pikat aku. sungguh aku tak tipu itu adalah pertama kali dalam hidup aku yang aku betul-betul minat satu henfon. maka aku tanam kan niat, balik winter break aku nak bawak balik duit, nak beli kat Malaysia.

and the story begin. one week before aku balik Malaysia, aku telefon family aku. 

'mama kat mane tu?'

'dekat kedai. teman angah nak beli henfon baru.'

'hah? beli henfon? henfon ape?'

'henfon Galaxy yang baru tu.'

'Galaxy Note II ke??!!'

'aah'

dan by that time, hati dan jantung aku pun macam hancur luluh pecah berkecai laa. dan macam budak yang mengada-ngada, aku menangis. Allah, sekarang aku rase bodoh gile nangis untuk hal macam ni. hahahaha. tapi memang aku nangis sungguh-sungguh laaa. nangis non-stop kot. mungkin time tu faktor tengah exam, dan PMS yang melanda diri, mendorong aku nangis sedasyat itu. kalau ingat balik masa tu, sungguh terase malu gile-gile ahh. dush3. tolong laaa Azyan matang siket. hahaha. -_-

isu ni bukan salah sesiapa pun. salah aku sendiri kott. sebenarnya ni masalah EGO je ni. bukan nye aku tak boleh beli pun henfon yang sama. Angah kat Malaysia, aku kat Mesir. tapi nak buat macam mane. aku ada masalah dengan EGO. aku sangat tak suka something yang sama dengan orang lain. selagi yang boleh, aku tak suka sesuatu yang sama dengan orang sekeliling aku. lebih kurang macam, kalau orang yang sama dengan aku, aku tak kisah. tapi aku tak suka sama dengan orang lain. paham ke? 


so masalah dengan diri sendiri. dush3. padan muka. hahaha. jadi tawar laaa hati aku dengan Note II tu. kalau lah Angah beli henfon tu selepas aku beli, aku tak de laa setacing ini. so lepas frust menonggeng begitu sekali, aku decide tak nak laa bawak duit banyak-banyak balik Malaysia. aku pun tak nak dah beli Note II tu, buat apa bawak balik duit banyak-banyak kann.


so, lepas ni jangan laa tanya aku mana Note II aku. sedih tahu takk nak menjawab soalan tu. sobs3. 


jadi kat Malaysia, aku terdetik laa nak beli henfon murah-murah je sementara menunggu henfon lain yang boleh pikat aku macam Note II tu. tapi lepas bincang-bincang dengan mama dgn abah, rase macam membazir je beli henfon murah-murah gitu. so aku pun ambik laa henfon lama kakak aku. at least ada laa Android tu. hahaha.


jadi sekarang aku dah ada WhatsApp. Instagram pun dah ada. hehee. setakat ni aku masih belum temui keseronokkan guna benda-benda ni semua. ntah laa. tak tahu kenapa. 


twitter tak ada lagi. dan masih tak terasa pun nak buat twitter. biarlah dulu.


isu ni mengajar aku yang bukan semua yang kita nak, impikan, harapkan, kita akan dapat. mengharap dan akhirnya kecewa. belajar menerima dengan redha itu susah. tapi tak mustahil. aku tak salah kan pun mak aku, atau ayah aku, atau kakak aku sebab beli henfon tu. hak membeli hak setiap individu ok. hehe. macam budak kecik kan aku ni? -_- cuma mula-mula tu, memang tipu laa kalau tak ada rase terkecik hati kan. tapi ini laa proses mematangkan diri. kite bukan budak kecik lagi. bukan semua yang kite nak, kite akan dapat. InsyaAllah. ada laa tu hikmah atas ketidak upayaan aku membali Note II ni. mungkin dapat kumpul duit untuk kahwin. heheee. :P


tadaaaa. end of the story. hahaha.




dan ini semalam sambut birthday semua budak rumahh. ahaha. teruk takk.
sebab risau nanti busy bagai, besday pun dekat-dekat, kitorang sambut sekali je. teheeeee.

Ain - 22/1
Azyan - 18/2
Apip - 23/2
Eiyra - 18/3

HAPPY BIRTHDAY HOUSEMATES!!!
semoga ukhwah kita kekal sampai bila-bila.
sayangg korang ketat-ketatttt.

:D



.....




10 February 2013

ramburamba.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


first day kelas yang tak sempat nak bernafas.
oh, kepala dan jiwa,
kemana anda pergii??!!
semua macam hilang entah ke mana.
haha.

saja nak tayang gambar ni sebenarnya.
it took me about 3 hours to make this.



ohohoho.
seronok jugak main susun-susun gigi ni meski bape kali kene cabut pasang balik.
-_-

dan perjalanan ini massihhh sangat jauh.
nampak takk tu.
baaanyakkkk lagi gigi nak kene susun.
baru 10 batang gigi.
ada lagi 18 gigi nak di lekat kan kat articulator tu.
hohoho.
semoga tabah, Azyan.


dann banyak lagi step lepas ni untuk siap kan complete denture ni.
huhuuuu.
chaiyokk. chaiyookk.


dan semalam lepas kelas pukul 5.30, 
terus ke program APPLE 2.0



perkongsian kakak-kakak dan abang-abang yang baru je habis belajar.
tunggu masa nak balik Malaysia je.
seronok-seronok.
tak sabar nak tunggu diri sendiri grad. oh lama nyaa lagi~

paling terkesan dengan cerita kak Nawal dengan (abg?) Zulfahmi.
ye, tak boleh mengalah awal-awal.
kalau sedih, pujuk diri sendiri, pastu bangun balikk.

tapi semalam tu sebenarnya dah jadi macam talk pasal kahwin pulak.
hahaha.
sebab batch dyorang dah 4 orang kahwin. 
Abg Rusydi dengan Kak Ja. ( classmate kauu )
Kak Amal dengan Ustaz Zuhdi. ( satu Tanta, lain universiti )
Kak Iman dengan pasangan nya. ( Suami Kak Iman duduk Malaysia )

konklusi daripada kisah kahwin dyorang : tak payah laa kahwin waktu belajar. kalau betul teringin nak rase, at least biar lahh final year. banyak sangat mehnah dan tribulasi kata mereka. heeeee. 


lepas tu esok hari Isnin, batch 54 KISAS kat Mesir nak buat reunion.
dah laaa buat mengejut.
rasa memangg nak pergi,
tapi, tapi, tapi,
esok kelas sampai pukul 5.30.
majlis pulak tu nak buat dekat Cairo.
guane tu?
takkan pukul 6 pergi Cairo, tengah malam balik Tanta lepas tu esok nya tu ada kelass.
uhhuuuuuu.
so lepas bincang-bincang,
aku, Farah dengan Ismah tarik diri dari reunion ni.
mianhaee semua.
serius teringin jumpa balik budak-budak Kisas.
tapi nampak nya tak ada rezeki lagi.
InsyaAllah, lain kali kitorang pergi.
:)


salam sayang daripada kitorang bertiga. hihi. 




baju dalam baldi memanggil-manggil untuk di basuh.

kbai




.......

08 February 2013

tersedar.

5 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


esok start kelas sem dua untuk tahun ketiga aku kat sini.

'mohon hati lebih kental lepas ni~'

ntah nape, kata-kata ni menusuk jiwa. 
buat aku tersentak.
berfikir dan terus berfikir.

beberapa minggu ni,
aku rase aku hidup dalam angan-angan.
seronok sangat balik Malaysia kott.
hoho.
hidup dalam harapan yang aku sendiri dah cuba buang.
sampai kan ke tahap aku tak tahu apa yang aku buat.
aku tak tahu apa yang aku nak, tak tahu apa yang aku rasa,
aku tak tahu pun apa yang aku kejar.
cuma aku rase bahagia macam ni,
gembira, seronok.

tapi,
esok kelas start.
esok semua nya sepatut nya kembali jadi seperti yang dulu kan.
esok semua nye akan jadi macam apa yang aku nak kan. at least apa yang otak aku nak.
esok kembali pada kenyataan.

cukup cukup lah tu Azyan.
memasang impian pada benda yang tak pasti,
mengharap hidup ni akan jadi macam cerita drama, happy ending.
tak cukup penat ke lagi.

maka,jom pergi kelas esok dengan bersemangat!
yoooossshhhhh!
study molek-molek.
Allah tak suka orang malas.
kene rajin, baru lah boleh setiap tahun Mumtaz.
boleh jadi dentist muslimah yang berjaya.
InsyaAllah.
:D


dan, gambar ini untuk someone,


hihihi. 
:P


terasa takut dan macam dah tua bila kawan-kawan dah mula cakap pasal jodoh, kahwin, hati dan perasaan dengan serius. maksud aku betul-betul serius. bukan main-main lagi. perancangan hidup, matlamat, apa yang nak dikejar. ramai dah mula fikir dengan serius. 
aku pun dah kene mula fikir ke???

eh, 21 tu muda lagi lahh.
hehehe.

:D

kbai.



.......



02 February 2013

sayang aku tak?

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


siapa sayang aku, tolong laaa tengok cite ni.



ahahaha.
ok over.

tak de laaa.
aku dari dulu dulu lagi suka tengok Fahrin Ahmad ni.
lama sangat tak tengok dia berlakon.
tetibe malam tadi angah ajak tengok movie cite ni.
best laaa jugakk.
terkekek-kekek gelak pukul 1 pagi.
haiii. anak dara ape laaa.
-_-


cerita dia simple je.
tipikal cerita.
tapi shuuuuwwweeeetttt sangat.
tak ada watak manusia dengki hati busuk 24 jam.
tak ada watak manusia yang gedik melampau.
tak ada watak yang menyakitkan hati sangat-sangat laa.
sangat simple.
oh, dan Fathia ni sangat laa canti bila pakai tudung bawal.
aku rase dia cun kalau pakai tudung je.
time tak pakai tudung, biasa biase aje.
ni mata aku laa tengok.
tapi sangatt cunnn bila pakai tudungg.
huaarrghhh. kenape laa tudung dia cantik je bentuk terletak rapi atas kepala tak ade senget benget?
sungguh aku jeles.

oh, tengok laaaa. tengokk laaaa.
mesti cair balik laa dengan Fahrin tu.
hai Fahrin, kenape laa kau tak kawen-kawen lagi.
tunggu aku ke?  ihik. :P


tak pelik ke tetibe aku layan drama dengan movie melayu ni??
tak pernah umur.
aku pon heran.
hahaha.


kbai.



....