23 July 2011

Merhaba Istanbul. =D

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




Baiklah, sudah tiba masa nya aku nak membebel panjang-panjang. Hoho. Post kali ni sangat-sangat laa panjang.bila aku cakap panjang, aku betol2 maksod kan panjang gile-gile punye panjang laaa. Dan penuh dengan gambar. Ni versi satu. Versi dua, nanti laa ye. Tenet yang macam haram dekat sini buat aku susah nak upload gambar banyak-banyak. So post seterusnya hanya akan ade gambar semata-mata. Maka bagi siapa-siapa yang tenet nye lembap jugak, x yah la baca post ni. Sebab nanti gambar aku y cun-cun x keluar pulak. Setiap satu gambar tu 8 megapixel tau. Membazir je aku upload okeyh lame2 tapi orang x dapat tengok. Hehe.



di Cairo International Airport.



Aku tak ade keje nak update macam setiausaha terhormat Hanis punye laporan. Cerita satu-satu setiap hari perjalanan kitorang. Aku ni kan memang manusia terlebih rajin, jadi aku buat konklusi keseluruhan jelaaa. Senang cite. Kalau nak cite specific, nanti aku link kan blog kawan2 aku yang super duper rajin tu, so boleh laa anda baca sendiri ye.


dengan auntie kedai makan Iran.


 Okeyh, latar belakang percutian kitorang ni. Aku pergi bersembilan. Hasanah, Hanis, Mizah, Nadhirah, Syazana, Farah, Apip, Eiyra, dengan aku laa. Lame dah kot rancang. Banyak cerita disebalik nye, tapi x perlu laa diceritakan. Berjuta- juta terima kasih aku nak ucap pada Hasanah sebab dia laa yang paling banyak bekerja untuk menjayakan percutian kitorang ni. Tanpa dia, kompem x menjadi travelling ni. Kitorang pergi sendiri-sendiri. Join agen arab. Tanpa budak lelaki. Ramai senior kate berani gile kitorang. Baru first year, umur baru 19 tahun, tapi dah nak jalan sendiri. Bukan ape, kalau tunggu tahun2 lain, belum tentu kitorang akan free.
 


mula-mula aku ingat huruf H tertanggal. rupe nye kat sini memang panggil OTEL. haha.

merentasi lautan Bhosporus.

 Kitorang pergi dengan agen Travco. Orang arab kan, bukan nk kutuk tapi memang dah selalu sangat kene tipu. Before kitorang pergi, dia bg gerenti kat kitorang yang tour guide kitorang boleh speaking English. Tapi apabila kitorang sampai je sane, hampeh. Mula-mula memang macam agak down laa sebab siket je yang kitorang paham. Yelaaa, arab kitorang bukan power pon. Tapi bila lame-lame, kitorang rase sangat ada hikmah nya. Kitorang jadi rajin mengkaji sejarah. Tenet ade, bile2 boleh cari. Siap beli buku pasal Istanbul lagi. At the same time, kitorang belajar cakap arab. Bila keadaan memaksa macam tu, boleh aje nk cakap arab. Sebab memang tak ada pilihan lain. So, Alhamdulillah.

 


 Agen ni punya aktiviti ade je hari-hari. Tapi kitorang follow 3 hari je. Sebab aktiviti hari lain macam tak best je. Yelaaa, sape yang nak join dinner with Turkish Belly dance. Tak de kuasa aku nak habes kan duit aku tengok perut orang. Haha. So 4 hari selebih nye, kitorang jalan sendiri. Dengan peta, berjalan laa kitorang sebijik macam perantau yang tengah merantau. Erk, ape punye bahase ni. Naik bas dyorang, naik Tram dyorang, naik teksi. Semua kitoang try. Seonok kot. Pengalaman.



 Sampai-sampai Istanbul, memang sangat kagum dengan pemandangan dia. Sangat cantik. Kitorang pergi ni time summer. Jadi memang agak panas laa. Tapi tak sepanas mesir. Suhu around 23 – 33 darjah celcius. Tapi mampu memburnkan kulit  muka kitorang. Wuuaaarrghhhh~~~ okey, cukup. tu lain cite. Haaa, lagi satu, sangat sesuai untuk Honeymoon. HOHO.


 99% penduduk dia beragama Islam. Nama asal Istanbul sebenar nye ISLAM BUL. Maksud nye Islam banyak kalau tak silap aku. Tapi mungkin sejak pemerintahan Kamal At-Tartuk tu, dyorang macam Islam pada name nye. Yelaaa. Yang perempuan semua pergh, seksi gaban kot. Lagi2 tengah summer kan. Memang macam x cukup kain laa. Nak jumpe yang pakai tudung, seciput je. Bila tanye, “Are u a Muslim?” dyorang dengan senyuman lebar akan jawab, “Yes, Alhamdulillah”. Blurr mule-mule kitorang. Tak leh terima hakikat dyorang jawab dengan bangga macam tu. Tapi nak buat macam mane.

 

dengan auntie dekat Bank Ziraat. bagi kitorang teh Turki. PAHIT GILE ok! haha.


 Makanan dia, PERGH!!! SEDAP GILE!! Mule2 konon time dekat mesir, semua fikir nak save duit.  Telan maggi jelaa hari-hari. Tapi bile dah sampai sane, hempeh jelaa kan. Hari-hari makan kedai. Sebab sedap gile. Sarapan memang laa sihat. Hari2 makan roti. Makanan ruji dyorang roti. Ala-ala roti perancis tu. Yang luar dia keras. Dalam lembut tu. Tapi kitorang semua agak tak suka laa kan. Roti macam Gardenia tu, hampeh taka de. Cara dyorang makan, boleh kate semua panggang. Ayam panggang. Lembu panggang. Kambing panggang. Semua panggang. Memang sihat laa. Sebab taka de je nak jumpa makanan bergoreng kat sini. Lepas tu hidang dengan sayur. Sayur tu tak ade masak2 ye. Raw!! Kobis, salad, tomato, timun. Makan macam tu je jadi ulam. Tapi memang sedap laaa.
 
tak ingat name dia. tapi kenyang gile laa makan ni. pnggan lagi besar dari aku. haha.

 Dyorang cakap bahasa Turki laa. TURKISH. Gile terbelit lidah. Kan pergi jalan sendiri, so nak tak nak kene laa reti cakap siket2 turki ni. Tapi kitorang mane ade basic langsung. So aku, farah, apip, dengan eiyra ambek initiative untuk beli kamus. At least kalau susah sangat, tunjuk jelaa kamus tu. Dari kamus tu laa kitorang belajar cakap. Jangan main-main, aku boleh laa cakap siket2. Setakat tanye harga, ucap terima kasih, siket2 tu boleh laa. Tapi lawak gile kot. Yelaa kitorang main sebut je ape yang tulis dekat kamus tu. Contoh, huruf  ‘S’ dia ade dua jenis. Satu S biasa, satu lagi S ade cangkuk dekat bawah dia. Bunyi tentu laa lain2 kan. Tapi kitorang hentam je sebut. Last2 baru tau rupe2 nye S ade cangkuk tu bunyi nye SYA. Adessss. Seronok je kene gelak dengan orang Turki. HAHAHA.


belakang tu Aquaduct. sila ingat sejarah Rom. hoho.

nak ke Bursa. Hari tudung paling mengong. =.="

 Duit dyorang, dyorang gune TL. TURKISH LIRA. Eja je LIRA. Tapi orang sane sebut LILA’. Haha. 1TL lebih kurang RM2. Same jugak dengan 6 LE. Pergh, sebagai orang yang hidup di Negara yang rendah mate wang nye,Mesir, kitorang dah biasa laa harga super duper murah kan. Ble sampai Turki tu, mau jugak fikir dua tiga kali before beli. Yelaaa. Kalau kat Tanta ni, walau semahal mane pon kedai makan, InsyaAllah kitorang tak ade masalah nak bayar. Yelaa. Mahal2 pon, bile convert duit Malaysia, taka de laa mahal mane. Tapi bile dekat Turki tu, pergh. Terase habes laa. Cube bayang kan, roti kat mesir satu nuss genih je. 0.50 LE je. Kat turki, 1TL. Same dengan 6LE. Mau nye tak tersedak nak beli tu. Huuuuuu.


kami rumah 5!! kan best kalau Ain dengan Nadia ade. uhuuuu.


 Gaya hidup dyorang pon macam sihat. Ramai berjalan kaki. Pergi kerja jalan kaki. Kat mane2, penuh dengan orang berjalan kaki. Lepas tu,hari-hari penuh taman dyorang. Kat sini ade banyak sangat taman. Petang-petang akan nampak laki2 dalam baju kerja duduk2 dekat taman. Duduk sorang2 menikmati keindahan alam. Pastu nampak perempuan2 bawak anak2 jalan2. Ade yang jogging. Penuh taman. Kalau laa aku lame duduk situ, mau nye aku jadi kurus. Tak makan nasi, hari2 exercise. Pergh. Terbaek~~~ hahahaha.
 


Istanbul ni pusat kegemilangan Islam masa zaman Turki Uthmaniyyah. Jadi bila melawat tempat2 kat sini, siyes terdetik kat hati ni nak hidup masa zaman Islam ada kat kemuncak nya. Tengok Kubu Sultan Muhammad Al-Fateh, waaaaaaaaarrggghhh. Nak sangat jumpa Sultan yang hebat tu. Masuk Masjid Biru, rase bergenang air mate kot. Baca tulisan Al-Quran kat dinding dengan kubah dia, pastu ade nama sahabat2 nabi terpahat kat dinding. Hati ni melonjak2 nak rase hidup dekat zaman Islam megah. Slack time melawat Masjid Biru tu, cuma Nadhirah je yang ade air semayang. Sempat laa dia solat tahiyyatul masjid kat situ. Kitorang nak pergi ambek air semayang, tour guide tu bagi mase 15 minit je sebab ramai sangat orang. Sedih. Mase melawat Masjid Sultan Muhammad Al-Fateh pon aku dapat semayang sebab time tu x bawak arm sock. Cam ne nak semayang. Time melawat Masjid Sulatan Sulaiman, aku x ikut sebab x larat. Sedih. T_____T


 Kat Istanbul gak first time aku main Go-Kart. Ok, betol ke x aku eja ni ntah. Pergh. Best gilak!!!!! Rahma laa ni ajak. Aku xde eksiden pon. Bangga. Bangga. HOHOHO. Kat Malaysia tak nak main, nak main kat Istanbul. Ngada-ngada betol. Haha. Kat sini gak first time makan BBQ buat sendiri. Kedai makan tu syok gile kot. dah laa dekat atas gunung. dengan angin dan suhu yang rendah, kene buat BBQ sendiri. Kitorang dah laa semua pompoan. Sume x pernah bakar2 ni. Syok gile. Bising gile meja kitorang. Nasib baik segala daging dan ayam masak. Sedaaaaaapppp~~~ hehe.



BBQ!!!!



ni pemandangan paling indah aku rase. bayangkan kalau datang time winter. mesti gunung2 tu penuh dengan salji kan. cantik nye~~~


Banyak gak tempat aku pergi. Pergi Bursa naik Cabel Car. Tapi aku cakap laa, cabel car Langkawi lagi best kot! Pasti pergi Miniaturk. Kat sini semua monument yang ade dekat Turki di buat secara mini. Comel gile. Bak kate Hasanah, macam ade dekat dalam cite Alice In the Wonderland lak. Dah laa gabak gile tempat tu. Lenguh aku berjalan. Pastu pergi Grand Bazaar. Pergi Galata Tower. Mane lagi ntah. Seronok laa kan. Tak yah fikir ape-ape. Tak yah fikir study ke ape. Enjoy jelaaaa keje nye. Hohoho.





MAsjid Biru.



roti 1 Lira. erk.

Hagia Sofia.


dengan group kitorang hari tu. semua arab kan. =.='





IstanaTopkapi 

haaaa, lupe nak cite. ni air faveret aku kat sane. satu hari minum 2 cawan pon tak ape.
air lemon. sedap amat-amat. hohoh.


Kesimpulannya, aku sangat berpuas hati dengan cuti kali ni. Looking forward untuk negara lain pulak. Aim aku, sepanjang aku duduk Mesir ni, mesti mau lepas London, Paris, dengan Spain. InsyaAllah kalau duit cukup. Ngeeeee~. Paling penting, niat mesti betol dalam hati. Allah sendiri galakkan bermusafir untuk ambil pengajaran dari kisah kaum lain. Betol. Banyak sangat yang boleh belajar bila kita dekat negara orang. Ambik yang baik, tinggalkan yang x baik.

Pergh. Gambar tok post ni baru melibatkan 3 hari aku berjalan. Time pergi Grand Bazaar tak ade snap gambar pon. Lagi 3 hari yang lain, kat post seterusnye laa ye. Cukup sampai sini. Assalamualaikum.


.....


2 comments:

eiyra said...

salah fakta. aku pon semayang jgk kat masjid biru. hihi

AzyanAaziz said...

haha. maap deyh. tapi mcm malas laa nk edit. haha.