20 April 2012

AZYAN.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

AZYAN


  • The name of Azyan has created a congenial nature with the desire to associate in friendship and understanding both socially and in the business world.
     
  • Peaceful and settled conditions appeal to you and you are naturally desirous of having the security of a home, where your life could follow a definite pattern, and where you would not have to make major decisions.
     
  • You find it difficult to take a definite stand, partly because you lack confidence, and also because you dislike any issues which create dissension between people.
     
  • Procrastination is a weakness of your nature, causing an inability always to complete your plans or to concentrate for long.
  • Although the name Azyan creates the urge to understand others, we emphasize that it limits your vision, tuning you to technical details.
     
  • This name can frustrate happiness, contentment, and and success, as well as cause health weaknesses in the fluid and elimination system.

jumpa kat satu website.

tak boleh laa nak percaya sangat.
tapi point ke-4 itu sangat menyentap perasaan aku.
sebab aku memang akui aku org yang suka sangat 'procrastinate' dalam kerja-kerja aku.
cepat sangat hilang fokus.
cepat sangat bosan ngan something.
nak start dapat point fokus tu, punye laa susah.

procrastination tu ape?

Procrastination refers to the act of replacing high-priority actions with tasks of lower priority, or doing something from which one derives enjoyment, and thus putting off important tasks to a later time. - wiki-

macam mana ye nak ubah perangai x elok ni?

=.='




so, Azyan,
would you stop procrastinate everything and stay focus on your work?

:'(


.....

18 April 2012

VIDEO [O2]

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

kelas aku masuk pertandingan video O2.
lebih kurang macam pertandingan video ohsem yang selalu di share kat fesbuk tu.
aku tak masuk laa.
part last yang graduate tu jelaa yang aku masuk.
ngeee.




cerita dia pasal seorang classmate kitorang yang nama nya Firdaus selalu sangat ponteng kelas.
and akhirnye,........


video ni lawak laa sangat bagi aku dan kitorang satu kelas sampai boleh gelak guling-guling.
mungkin sebab kitorang kenal sangat-sangat barisan pelakon-pelakon nye.
terbaek lah korang!

barisan pelakon,

Wan Ahmad Kamaruddin - Ahmad
terer gile. boleh laa. ade laa tu gaye. thumbs up.

Rosyam Nor - Raffique
muka dah ade. gaya dah ade. slack pak cik pakai baju Adidas dengan jam yang sungguh canggih. =.='

Prof Higan - Big Papa Hijan
walau aku bukan orang Kedah, aku x rasa KELADIAQ wujud dalam kamus hidup orang Kedah. hahaha.


Lecturer Physio- Izzah Nana
terbaek gile Izzah. cara baju, cara letak spec atas kepala, cara cakap memang sebijik. so kepada yang tertanya-tanya macam mane org arab ajar kitorang dalam English, macam tu lah. memang sebijik!! daebakkk!!! haha.

Mak Cik Kantin - Ain
comel gile ain! dah pakai selendang macam mak cik kantin tu. kawaaaiiiiii~ :)

Dr Suraya - Metot
siyes menghayati watak. patut la boleh jadi besfren Dr. Har. hoho.

wartawan - Nad n Kak Akmal n Amal
comel gile korang semua. ade bakat weyh. 

Firdaus - Dauh
nasib baik dalam cerita je ponteng. EXCO kot, mane boleh ponteng. hee.

rakan-rakan Firdaus - Fahmi n Azhari
good job guys. :)

mamat korea - Acap
boys over flower kot. rambut terbang-terbang. terbaek!

 most of all,
kepada PENG dan NOMEY
korang memang daebak.
handle video ni.
kami bangga ngan korang.
hebat gile. tabik laaa.

dan kepada seluruh warga ASNANGAMIL,
tahniah semua atas kerjasama yang diberikan.

jangan ingat lawak-lawak je,
semoga masej yang ingin disampaikan,
sampai betul tepat ke dada.

kepada korang, korang, dan korang.
share laa video ni.
bukan untuk kitorang menang,
tapi untuk spread mesej  yang ada dalam ni.
kita kerap kali dihidangkan dengan video2 cinta,
bila pulak nak pandang akademik kita?
ingatlah, tak kira bidang,
ISLAM tengah tunggu kejayaan kita.

:D

...



15 April 2012

getting ready. :)

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




exam praktikal bakal bermula

tahun ni ada tiga je exam praktikal.

22 APRIL 2012
PHYSIOLOGY


28 APRIL 2012
ORAL HISTOLOGY


3 MEI 2012
ANATOMY


sekarang cuti seminggu sempena menyambut musim spring.
tapi dah 3 hari tak terisi dengan benda yang berfaedah.
sebab tu aku rase aku suka gi kelas dari cuti lama-lama.
lagi banyak cuti, lagi selalu laa bertangguh study. huhu.


so kepada semua gigians, first year dan pre-dental.
All the best in your practical exam.
NATIJAH yang MUMTAZ bukan indicator,
tapi USAHA yang MUMTAZ itu yang kita mahu.

jadi jom sama-sama kita usaha semumtaznya.
dan tinggalkan pada tanganNya apa jua natijah nya. 






dear,

أزيان بنت عبد العزيز

please, please, please jangan malas-malas.
jangan kuat sangat bertangguh.
suka sangat bertangguh dalam kerja.
nak balik malaysia ke tak nak?
:'(



...........

13 April 2012

korang nak kahwin?

6 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



say hi to miss tengkorak. :)


tangan ni terasa nak menaip. bagi hilangkan ngantuk yang amat sangat sekarang. penat sangat kot jadi tutor. bukan sebab jadi tutor rasenye, tapi sebab semalam tak boleh tidur, hari ni sangat laa penat. sekarang ni lepas Asar. mana boleh tido lepas Asar. Rasullah SAW kan tak suka. jadi sekarang tengah usaha sungguh-sungguh supaya tak tidur. huhu.

topik apa ya nak cakap.

KAHWIN mungkin?

sejak akhir-akhir ini, facebook sangat lah banyak dipenuhi oleh gambar, artikel, quotes, dan macam-macam lagi lah tentang cinta dan kahwin. sebab friends kat facebook aku hanyalah org yang aku kenal, aku assume mereka semua tu dalam umur-umur aku lah kan. lagi-lagi sejak junior aku kahwin dengan budak batch aku. dan kawan sebatch kitorang kat INTEC pon baru je kahwin. lagi hangat cerita pasal kahwin ni. korang memang dah rasa nak kahwin sangat ke?

cerita pasal kahwin ni, bukan dekat facebook je, tapi kat mana-mana laa. dalam kelas tu, topik hangat mestilah kahwin. siket-siket suami. siket-siket calon pilihan hati. siket-siket nikah gantung laa, nikah muda laa. pastu dok sibuk meneka, siapalah dalam kelas tu yang akan jadi initiator atau promoter dalam bab kahwin ni. 

'kau laa kahwin dulu'
'aku rase si pulanah ni laa yang akan kahwin dulu. tengok lah'
'eh, tak lah. dia tu laaa.'

 lawak laa korang semua. okeyh, tak dinafikan laa, aku yang menaip ni pon kadang-kadang join sekali. tapi, like seriously korang memang nak kahwin sekarang ke?

eh, bukan aku bantah atau menolak orang yang kahwin muda. Alhamdulillah, Allah temukan mereka dengan jodoh mereka di usia yang muda. aku pon tumpang bahagia. memang laa seronok. cegah maksiat, cegah zina, kalau nak rindu-rindu pon, rindu yang dapat pahala bukan dosa. mestilah best kan. jeles pon ade. hoho.

tapi bagi aku, kahwin tu bukan semudah tu. kahwin tu kan satu tanggungjawab. satu peringkat baru dalam hidup seseorang.  bukan dengan berkahwin, akan for sure dapat your happy ending. kahwin tu cuma laa sehari. alam rumah tangga yang lepas tu kan yang selamanya. dan insyaAllah hingga ke syurga jugak. siapa yang x nak masuk syurga dengan suami/isteri masing-masing kan?

ramai cakap, umur 20 ni dah elok sangat lah kahwin. dulu nenek-nenek kita umur 12 pon dah kahwin. iyelaa, tapi realiti hidup sekarang tak macam tu. ini pandangan aku laa. silakan lah kahwin kalau betul korang semua memang dah sedia zahir dan batin. aku pon tak boleh nak jawab umur berapa yang sesuai and matang. sebenarnya bila-bila pun asalkan dah bersedia, memang laa boleh nikah kan. 

kalau ikut aku, sekarang aku tak rasa pun aku dah bersedia. tengok jelaa aku kan. macam kanak-kanak tak matang je lagi. macam mane nak jadi bini orang? masak, kemas rumah, urus diri pun tak pass, macam mane nak uruskan hidup untuk 2 orang dan lebih? penampilan diri, perangai semua macam budak sekolah menengah lagi, macam mana nak buat keputusan yang serius. dan yang paling utama dan penting sekali, dari segi ruhiyyah atau amal ibadah, seciput sungguh dan kerdil sangat diri ni. diri sendiri punya iman pun tak terjaga, mcm mana nak bimbing pasangan sama-sama ke syurga kan? hati ni rapuh lagi, sibuk lagi dengan nafsunya, banyak bertangguh, malas nak buat apa yang sunat. Astargfirullah. persoalan dalam hati, 

aku ni nak dekatkan diri pada Allah pon jarang, ade hati pulak nak dekatkan diri pada makhluk Allah? 
:(
*makan dalam oh*

see, kanak-kanak kan lagi.
=.='

tapi siapa yang x mengaharapkan perkahwinan yang bahagia. dekat sini selalu cakap, kahwinlah kerana Allah dan Islam. sebab dengan berkahwin lah akan dapat lahirkan ummah untuk Islam. akan dapat lahirkan generasi rabbani yang sangat-sangat diperlukan Islam sebagai batu-bata penggerak Islam. lagi-lagi kaum wanita ni, lahirkan lah anak-anak yang akan menaikkan Islam di mata dunia. bimbinglah anak-anak menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

pergh, terasa berat oh bila dengar ustaz-ustaz cakap macam tu. ingat kahwin ni main-main ke? bila suka je terus kahwin? oh, semestinya tidak. buatlah keputusan setelah fikir semasak-masak nya. aku pon tak nak dengar ada kawan-kawan aku yang bercerai lepas ni. tak elok kan. kalau betul kahwin, aku doakan korang bahagia ke anak cucu, bahagia sampai ke syurga Allah. :)



bace ni ye kaum adam!


dah bace artikel hilal asyraf yang baru? dia post semalam. pasal kahwin laa. hehe.

*klik.klik.jgn tak klik.*



selalu kan lupa benda ni. cuba semat siket dalam hati tu, semua benda yg berlaku ade hikmahnya. 

paling suka pic atas ni. sentap oh. huhu.


Ya Allah, pimpin lah dan tunjuk kan lah aku jalan yang benar. Bimbinglah aku dalam membuat keputusan yang terbaik buat kami. Sesungguhnya hanya engkau yang Maha Mendengar lagi Maha Memahami. 

okeyh, 15 minit lagi azan maghrib. pergi dulu. 

wassalam.



......

06 April 2012

BLUE!

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

lama x update.
ni pon x sempat je.
just nak letakkan memori kat sini.
macam mane aku menjalani kehidupan sehari-hari kat sini.
seronok sebenarnya sesuatu yang dipanggil ukhwah tu.
dan ukhwah tu bukan boleh dapat kalau kita 24/7 menghadap laptop je.
kita kene keluar bersosial jugak.
kenal orang baru, luaskan pergaulan.

banyak sungguh program yang PCT ngan DPMT anjurkan,
tapi aku pergi n join mana yang termampu jelaa.
fokus utama tetap belajar kan.


first time budak dentist bukak booth.
walau aku x termasuk dalam ajk yg uruskan booth, aku tetap bangga ngan korang.
daebak laa!



 pergi PSD.
PERUBATANs SPORT DAY kat ZAGAZIG
masuk dua acara, tapi yang dapat pingat satu je. hoho.
tak pe. yang penting enjoy gilak. semangat gile.
TANTA akhawat no 3 keseluruhan.
ikhwah pon no 3 juga.
ingat muhafazah kecik x boleh lawan ke ngan muhafazah besar?
 ngeeeee.


hadia cabutan bertuah.
poyo je buat status gempak.
padahal dapat mug je.
tapi aku tetap berbangga 20 tahun hidup, pertama kali dpt cabutan bertuah. haha.


pharaonic village. :)

ni dapat masa lawatan kelas ke pharaonic village.
oh, aku tengok sendiri macam mane dia buat.
benda ni totally pasir yang bewarna.
ingat dia ade magic ke ape,
tapi rupanya mmg dia susun pasir dalam tu utk bentukkan.
hebat gila.
ternganga mulut tengok dia buat.  
cantik kan?



eminent evo.
program seminggu.
banyak sungguh manfaat program ni.
rugi sape yang x pergi.
dan rugi jugak org yg asyik tido je sepanjang ceramah.
erk, terase laa pulak. huhu.




ohhoooo. ni sedang berlangsung. esok ada lagi, tapi esok aku ade kelas.
so sempat tengok-tengok kejap jelaaa kan.
seronok gak weyh.
wujud jugak lah kesedaran exam ni dah dekat sangat-sangat dah.
tapi main-main je lagi.
aduyai.
lagi-lagi bila jadi adhoc ni,
tengok slide pasal exam, pergh.
naik bulu roma ni. huhuhu.


 dan ini next week.
saya lah salah seorang tutor nya.
akan ajar tulang skull.
dah laa skull tu tulang yang paling susah.
paling banyak foramen,
paling banyak nerve and vessel,
blerrghhh.
semoga Allah memberkati usaha kami.
lagi banyak ajar orang, lagi banyak aku akan faham dan hafal kan?
harap-harap nya laa. sebab bukan saje nk ajar budak dentist, tapi budak 2nd year medic jugak.
sebab dyorg pon belajar head and neck tahun ni.
cuak. cuak.



dan ini video hari tu.
presentation untuk oral histology.
ambek markah exam kot.
2 group satu kelas.
macam gempak gila.
satu group pakai lab coat, satu group pakai blazer.
nampak aku tak?
hoho. aku salah seorang yang bentang dalam group blazer.
terase berkaliber pulak cakap kat depan sambil pakai blazer.
hehe.



 i'm singing may BLUUUUEEEEE~~~~~~
:)

this is my classmate.
and i love them soooo much.
insyaAllah. 5 tahun kita bersama.





...............