13 April 2012

korang nak kahwin?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



say hi to miss tengkorak. :)


tangan ni terasa nak menaip. bagi hilangkan ngantuk yang amat sangat sekarang. penat sangat kot jadi tutor. bukan sebab jadi tutor rasenye, tapi sebab semalam tak boleh tidur, hari ni sangat laa penat. sekarang ni lepas Asar. mana boleh tido lepas Asar. Rasullah SAW kan tak suka. jadi sekarang tengah usaha sungguh-sungguh supaya tak tidur. huhu.

topik apa ya nak cakap.

KAHWIN mungkin?

sejak akhir-akhir ini, facebook sangat lah banyak dipenuhi oleh gambar, artikel, quotes, dan macam-macam lagi lah tentang cinta dan kahwin. sebab friends kat facebook aku hanyalah org yang aku kenal, aku assume mereka semua tu dalam umur-umur aku lah kan. lagi-lagi sejak junior aku kahwin dengan budak batch aku. dan kawan sebatch kitorang kat INTEC pon baru je kahwin. lagi hangat cerita pasal kahwin ni. korang memang dah rasa nak kahwin sangat ke?

cerita pasal kahwin ni, bukan dekat facebook je, tapi kat mana-mana laa. dalam kelas tu, topik hangat mestilah kahwin. siket-siket suami. siket-siket calon pilihan hati. siket-siket nikah gantung laa, nikah muda laa. pastu dok sibuk meneka, siapalah dalam kelas tu yang akan jadi initiator atau promoter dalam bab kahwin ni. 

'kau laa kahwin dulu'
'aku rase si pulanah ni laa yang akan kahwin dulu. tengok lah'
'eh, tak lah. dia tu laaa.'

 lawak laa korang semua. okeyh, tak dinafikan laa, aku yang menaip ni pon kadang-kadang join sekali. tapi, like seriously korang memang nak kahwin sekarang ke?

eh, bukan aku bantah atau menolak orang yang kahwin muda. Alhamdulillah, Allah temukan mereka dengan jodoh mereka di usia yang muda. aku pon tumpang bahagia. memang laa seronok. cegah maksiat, cegah zina, kalau nak rindu-rindu pon, rindu yang dapat pahala bukan dosa. mestilah best kan. jeles pon ade. hoho.

tapi bagi aku, kahwin tu bukan semudah tu. kahwin tu kan satu tanggungjawab. satu peringkat baru dalam hidup seseorang.  bukan dengan berkahwin, akan for sure dapat your happy ending. kahwin tu cuma laa sehari. alam rumah tangga yang lepas tu kan yang selamanya. dan insyaAllah hingga ke syurga jugak. siapa yang x nak masuk syurga dengan suami/isteri masing-masing kan?

ramai cakap, umur 20 ni dah elok sangat lah kahwin. dulu nenek-nenek kita umur 12 pon dah kahwin. iyelaa, tapi realiti hidup sekarang tak macam tu. ini pandangan aku laa. silakan lah kahwin kalau betul korang semua memang dah sedia zahir dan batin. aku pon tak boleh nak jawab umur berapa yang sesuai and matang. sebenarnya bila-bila pun asalkan dah bersedia, memang laa boleh nikah kan. 

kalau ikut aku, sekarang aku tak rasa pun aku dah bersedia. tengok jelaa aku kan. macam kanak-kanak tak matang je lagi. macam mane nak jadi bini orang? masak, kemas rumah, urus diri pun tak pass, macam mane nak uruskan hidup untuk 2 orang dan lebih? penampilan diri, perangai semua macam budak sekolah menengah lagi, macam mana nak buat keputusan yang serius. dan yang paling utama dan penting sekali, dari segi ruhiyyah atau amal ibadah, seciput sungguh dan kerdil sangat diri ni. diri sendiri punya iman pun tak terjaga, mcm mana nak bimbing pasangan sama-sama ke syurga kan? hati ni rapuh lagi, sibuk lagi dengan nafsunya, banyak bertangguh, malas nak buat apa yang sunat. Astargfirullah. persoalan dalam hati, 

aku ni nak dekatkan diri pada Allah pon jarang, ade hati pulak nak dekatkan diri pada makhluk Allah? 
:(
*makan dalam oh*

see, kanak-kanak kan lagi.
=.='

tapi siapa yang x mengaharapkan perkahwinan yang bahagia. dekat sini selalu cakap, kahwinlah kerana Allah dan Islam. sebab dengan berkahwin lah akan dapat lahirkan ummah untuk Islam. akan dapat lahirkan generasi rabbani yang sangat-sangat diperlukan Islam sebagai batu-bata penggerak Islam. lagi-lagi kaum wanita ni, lahirkan lah anak-anak yang akan menaikkan Islam di mata dunia. bimbinglah anak-anak menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

pergh, terasa berat oh bila dengar ustaz-ustaz cakap macam tu. ingat kahwin ni main-main ke? bila suka je terus kahwin? oh, semestinya tidak. buatlah keputusan setelah fikir semasak-masak nya. aku pon tak nak dengar ada kawan-kawan aku yang bercerai lepas ni. tak elok kan. kalau betul kahwin, aku doakan korang bahagia ke anak cucu, bahagia sampai ke syurga Allah. :)



bace ni ye kaum adam!


dah bace artikel hilal asyraf yang baru? dia post semalam. pasal kahwin laa. hehe.

*klik.klik.jgn tak klik.*



selalu kan lupa benda ni. cuba semat siket dalam hati tu, semua benda yg berlaku ade hikmahnya. 

paling suka pic atas ni. sentap oh. huhu.


Ya Allah, pimpin lah dan tunjuk kan lah aku jalan yang benar. Bimbinglah aku dalam membuat keputusan yang terbaik buat kami. Sesungguhnya hanya engkau yang Maha Mendengar lagi Maha Memahami. 

okeyh, 15 minit lagi azan maghrib. pergi dulu. 

wassalam.



......

6 comments:

Shazlia Razali said...

ohsem ! :D

AzyanAaziz said...

ape yg ohsem lia weyh?

Dr Am said...

Aku 'like' pic yang ko suka tu juga Azyan. =)

Shazlia Razali said...

dgr2, ada org tewww citer pasal ehemm ehemm dgn kak zaty :D

AzyanAaziz said...

@Dr Am, sentap kan gambar tu? hoho.

@lia- eh, k.zaty yg dok kene2kan aku. dah tak de pape da. ok,tutup cerita. :)

Stalker Comel . hihi . said...

best :') setuju dengan awak . lepastu speechless . brrrrr . hehe