05 August 2012

cukup lah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




3 hari lepas jumpa orang share benda ni dekat facebook.
tak tahu kenapa, tapi rasa best baca.
something yang menyedarkan dan InsyaAllah mampu menyedarkan orang-orang yang masih belum sedar.



Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.



lately,
terlalu ramai orang bercakap pasal kahwin.
siket-siket kawin.
tengok quote sweet siket, terus share kat facebook.
tengok gambar laki bini yang comel siket, terus share jugak.
macam sesuatu yang membanggakan sangat.

dan betul laa lecturer tu cakap,
benda-benda macam ni yang buat orang terus nekad nak kawin tanpa perancangan yang rapi.
buat orang yang baca cuma bayang keindahan berkahwin je.
bab kesusahan lepas kawin tu tak difikir langsung.
ok, ni ingatan untuk aku jugak laa.
lepas tengok benda-benda sweet, terus rasa,
macam best je kawin ni.
kawin muda macam lagi romantik je.
kawin sambil belajar baru laa sweet.

pemikiran-pemikiran macam ni senang sangat nak diterapkan kat kepala.
pada aku kalau memang nak kawin, dah bersedia semua, siap semua rancangan nye,
kawin laa.
tak ada masalah.
tapi ni pada yang gatal-gatal,
lepas tengok orang kawin,
terus rasa nak kawin.
payah jugak weyh.
kawin sebab tengok orang kawin,
bukan sebab nak pikul tanggungjawab.

tak tahu nape,
aku skrg mcm tersedar.
erk, tersedar ke?
erm. maksud aku. aku skrg rasa dah x nak main-main ngan kawan-kawan aku dlm isu kawin ni.
kalau dulu sibuk laa nak teka sape kawin dulu laa bagai.
sekarang aku rase, benda tu macam ada effek kat semua orang.
semua orang jadi eager nak tahu siapa orang first yang kawin.
siapa orang first yang dapat anak.
siapa orang first yang kawin dengan budak mesir jugak.
siapa orang first yang kawin jarak jauh.
dah jadi macam satu pertandingan pulak.

orang baya aku sekarang macam24 jam bincang isu kawin,
tapi sangat jarang aku nak tengok orang bincang isu akademik.
tak pon isu politik.
bila orang nak berhujah siket, terus cop orang ni orang kerajaan.
orang ni orang pembangkang.
isu politik macam sensitif sangat nak dibincangkan.
kenape eh?
tapi bab kawin, laju je semua.
sepakat je semua.

boleh buat muhasabah bersama kot.


sambil tu,
nak ucap tahniah dekat pasangan Amir dengan Siraj.
dapat baby boy yang sangat laa comey.
semoga berjaya membimbing anak dengan baik.
:)


.......

0 comments: