08 November 2013

third year dental student.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


suddenly rasa pelik.
usually every year aku akan update subject ape aku belajar untuk setiap tahun.
baru perasan yang tahun ni punya tak bebel lagi. huwaaaa. busy sangat ke kak?
hahaha

dan semakin segan bila junior-junior akan tegur,
'kak ayan, kita baca blog ayan'
'kita follow kak ayan punya blog taw'

waahahahaha. maluuu nyeeeee.
segannnnn sehhhh.
lagi lagi post-post 3 dan 4 tahun lepas yang penuh dgn emosi dan mengarut dan ntah ape-ape tu.
almaklumlahh. zaman tak berapa matang.
dan macam laaa sekarang ni matang kann.
-_- 
hahaha

so, this year will be a hectic year for me, for Asnan Gamil, for third year dentistry Tanta University.
guess what, 13 subjects!!!
hamekkaawwwww.
SPM aku pon dulu 11 subjek je. 
wuwuwuuuu

ORAL DIAGNOSIS
ORAL RADIOLOGY
ORTHODONTICS
PROSTHODONTICS
PEDODONTICS @ PEDIATRIC DENTISTRY
DENTAL PUBLIC HEALTH
OPERATIVE AND CONSERVATIVE DENTISTRY
ORAL SURGERY
INTERNAL MEDICINE
DERMATOLOGY
ENDODONTICS
GENERAL SURGERY
ENT & OPTHALMOLOGY
CROWN AND BRIDGE

fuuuuuuuhhhh. fuuuuuhhhhh.tarik nafas hembus nafas.

tapi tapi tapi,
meski 13 subject, aku exam 10 subject je.
macam yang aku kalerkan tu.
dia macam gabung-gabung subjek.
contoh oral diagnosis dgn oral radiology, akan exam dalam satu paper yang sama meskipun dia dua subjek yang beza-beza.

aku tak tahu itu lebih baik atau pon lebih menyeksaa jiwaaaa.
wuwaaaaaa.


so serba sedikit life tahun ni.
hmmm. hmmm. letih berdiri for sure.
ade 4 waktu clinic. ada yang 2 jam ada yang 3 jam.
biasa nya memang tak duduk.
lenguhh gile aih kaki.
cuti sehari seminggu. jumaat only. 
T_____T
kelas direct 8.30-3.30 tak de gap walau 5 minit ponn.
tak reti cakap bahase arab jadi dah mcm anjing kucing berbual dgn patient.
next week turn aku inject patient dalam subject oral surgery.
cuak gile takut menggeletaaarr je tangann.
ada 3 subject yang ada lab works. 
requirement untuk lulus tahun ni sangat banyakkkk.
setakat ni belum nangis sebab tension sangat.
tapi doktor2 cakap biasa nye akan nangis n stress jugak sebab mmg stresss.
hopefully akan berjaya mengharungi tahun ni dengan jayannya.
hopefully everything will be alright.

mohon doa daripada semua.
ok cuaaakkkk sangattt sebenarnyeeeeee nak habes kan tahun nii.
kadang rasa macam takk mampuuu je.
huwaaaaaaaaa.

dan kadang buat aku terfikir,
kenape laaa aku pilih nak jadi dentist ntah?
awat laaa pilih bidang yang susah sangat ni ntah?
hahaha. tapi Allah dah letakkan aku kat sini, bermakna mesti laa aku mampu kann.
ohyeaaahhhh. semangatt. semangattt.


ni gambar first day kelas. muka eksited jeee semua. mula-mula memang macam nii. lama-lama nanti........

this one is surely a nightmare for me!! huwaaaaaa. aku sampai kelas dulu. then beberapa minit kemudian, hajar pun sampai. tak perasan pon lagi masa tu. lepas tu hajar ke depan kelas nak bagi pengumuman, suddenly apip bersuara, 'ayan, awat baju kau macam sama jaa dengan tudung hajar?' dan aku pon, huwaaaaaaaaaaaaaaa. apekahh??? apekahhh??  hahahahahaha. ok lawakk gile.  

Prostho clinical session with Dr. Ahmed Dahab Ibrahim. ini group saya. weheeeeee. 






dentist to be in 2 more years. InsyaAllah.




okbai.



.....

05 November 2013

tarappapa.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



terjumpa ini.

*klik.klik*

bila dah ada 5 insan dalam Asnan Gamil yang sudah pun berumah tangga,
memang topik kahwin ni tak dapat laa lagi nak dipisahkan.

tapi rasanya, aku belum bersedia.
belum nak pun lagi ada komitmen sepanjang hidup tu.
masih belum mahu nak buang rasa pentingkan diri
masih belum mahu lebihkan manusia lain (baca:suami terchenta) sebelum diri sendiri.
masih belum mahu. bukan tak mahu.


satu per satu. tak mahu gopoh, tak payah kalut.

jangan kahwin sebab tengok orang lain kahwin.
dan orang yang dah kahwin, tak payah laaa ajak orang lain pun kahwin sekali sebab mereka tu dah kahwin.

if it's meant to be, it will be.



enjoying while not soooo enjoying my third year. -_- everyone had just started to stress out. kerja makin bertambah, study makin banyak, requirement makin mencengkam leher, kepala makin serabut dan masalah rumah aku tak setel-setel lagi.

dan planner bulan 11 yang semakin penuh. mula laa nak rasa masa 24 jam tu tak cukupp aje. oh, november, please be nice to me.
chaeeebaaaaaaalllll. chaeeebaaaallll.


okbai.




.......



24 October 2013

tahun keempat di mesir.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




Alhamdulillah.
lepas terlampau banyak benda yang jadi sepanjang cuti yang sepatutnya 3 bulan bertukar jadi 4 bulan,
dah seminggu aku bergelar,
third year dental student dekat Tanta University
atau bahasa arab amniyyah dia,
tholabah sannah taalit fi kuliyyah tibb asnan gamaah tonto.

clinical year.
tahun berjumpa pesakit
pesakit orang arab.
student melayu tak reti cakap arab
jadi apa agaknya yang bakal jadi?

sigh

time ni rase mnyesal laa ape laaa.
tiga tahun duduk sini kau buat ape azyan.
permudahkan lah Ya Allah.
minggu pertama je dah terasa berat.
mana tak nya, 
kelas first dah kene tanya soalan anatomy head and neck yang kitorang belajar 2 tahun lepas.
mak aihh.
there is no surgery without anatomy.
how do you expect to perform a surgery without mastering the anatomy?
ayat sentap dr dokter.


tembak kepala sendiri.
maka korek laaa balik kotak punggah balik cari nota-nota dgn buku-buku lama.
kau belajar dulu-dulu tu sebab exam eh?
sebab tu dapat mumtaz, lepas tu habuk pon tak ingat.


sigh lagi

asyik mengeluh je.
tolong laa berhenti.

ini pilihan aku.
ini jalan yang aku nak.
so, 
sekarang pandang ke hadapan, kepala dongak, berdiri dengan yakin,
bismillahirrahmanirrahim,
mulakan laa langkah.
jangan nak toleh belakang sangat lah.



ini post masa tahun lepas.
unfortunately,
semua azam aku tak kesampaian.
hahahaha.

jadi tahun ni tak nak buat apa-apa azam.





lagu yang tak boleh keluar dari kepala.
oh, tolong laa.
dulu kate tak sedap,
skrg ambek kau tak nak keluar dari kepala.


okbai.



.......


14 August 2013

Aquarius.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


errr. hai.
hahaha.
berzaman tak update. berzaman tak membebel panjang-panjang.
bukan tak ada benda nak cerita. 
tapi ada jelaa halangan, cabaran, ujian, mehnah dan tribulasi untuk buat post baru.

mungkin ada baik nya. 
kadang benda-benda yang di simpan ini lagi manis. ye tak?

ermm. Selamat Hari Raya lah!




ok. nampak sangat tak tahu nak cakap apa. 
hahaha. 


percaya horoscope x?
tak kann?
aku pun tak jugaakk.
tapi dek kebosanan melampau hari Isnin hari tu,
aku pon membelek-belek laa horoscope diri sendiri.
Aquarius. Lahir 18 February kann.
ehh, aku bukan tengok ramalan jodoh ke, ramalan ape. no no no.
aku suka baca pasal character dan perwatakkan.
yelaa. kadang kita rasa kita dah cukup kenal diri sendiri. padahal.......


Aquarius Weakness Keywords:
- Stubborn
- Unemotional
- Sarcastic
- Rebellious
- Aloof

Aquarius and Independence:
Aquarius personality is very independent, any attempt to hold them down or restrict them will cause them, to flee. They need to be free to be on their own. Independence is not just desired by Aquarius, it is essential to their well being.

Aquarius and Friendship:
Beneath the detached, unemotional exterior lies a kind hearted friend that will go out of their way to help another. They love to make people laugh and cheer people up and it makes them feel good to make others feel good. They do not expect anything in return for this could put a damper on their freedom, they live with no strings attached. They are very unconventional and always full of excitement, an Aquarius friend always makes life fun. They might offer you a spontaneous last minute camping trip with no supplies prepared, if you decide to go along, you will have a weekend to remember forever!

Aquarius and Business:
Aquarius likes to do something useful with their lives, mixing that with their amazing way with people, they make excellent politicians and social workers/psychologists. They are progressive thinkers and are great at forming new ideologies and theories, any type of research is very suited to Aquarius. Aquarius one downfall in the business world is the attention to detail, they like the grand ideas and massive plans and can make them happen, but the mundane day to day repetitive details causes them to procrastinate. Aquarius needs a secretary.

Aquarius and Temperament:
Aquarius tend to be rebels just for the sake of having their own way. Their stubbornness sometimes causes their failure, they will continue to do something their way even though others have proved it is wrong, they are very smart people and know it is wrong but they will continue just because it is their way, they are very fixed in opinion and stubborn when confronted. Despite their stubbornness and fixed opinion, they will never impose their ideas on others, they have respect for everybody's differences.

Aquarius Deep Inside:
Aquarius are in search of wisdom, they are very observant and they can gather their information objectively because emotions do not get in the way, they seem to be above emotions altogether and when they speak, they speak the truth. Sometimes it may be shocking or painful because of their disregard for the feelings of others, but they intend no harm, they call it like they see it and do not emotions cloud their judgment, they are very detached from emotion. It is not that Aquarius are unemotional, they just to not trust their emotions so they incorporate them into their ideas of who they are. As a result, if someone does not agree with their ideas, Aquarius sometimes takes it personally, not as much as other zodiac signs however as Aquarius is intellect driven and not emotionally driven. Sometimes they wonder if there is something in life that they are missing because they do not feel like other people feel. This does not necessarily prevent them from being involved in intimate relationships, they are capable of this but the person on the other end will always notice an air of detachment from Aquarius. Aquarius wonders 'why?' so much that they can question their existence. They wonder if what they are doing is useful, they want other people to notice them and appreciate them, this is caused by underlying insecurities that wonder if other people accept them for who they are but these are never brought to the surface because to an Aquarius, it does not matter that much because they know that they are special.

Aquarius in a Nutshell:

Aquarius is the sign of visionaries, unconventionality and intellectual independence. Aquarius are the people who deviate from the crowd and go their own way. They are always after intellectual stimulation, constantly discovering something new, forming new opinions and stubbornly traveling their way regardless of what other people think. Aquarius are filled with paradoxes, they are interested in the opposite ends of the spectrum, they like to be alone yet are social butterflies, they like to experience both sides and see both opinions as they formulate new ideas with their forward thinking, active mind. Aquarius have a 'live and let live' policy where everyone is free to be themselves, an Aquarius never judges others because as human beings, we are all equal and entitled to our own opinions. They are verbally skilled and very witty, they observe people and learn how to interact with others through observation. They can be masters of manipulation justifying anything they do or think. As a result, they can deal with any type of personality and adapt to any situation. They welcome change because boredom is their enemy. Anything new is an opportunity to Aquarius. Aquarius can act as an expert on any topic, they are very good at inflating their own importance, they feel it is deserved because their eccentricity makes them unique. Conventional people beware, Aquarius likes to shock and deviate from the norm, this is how they live. Aquarius is known to pick at anyone they find weak or dull-minded. It is simply an easy target for verbal exercise for them, no harm is meant but it might be taken from the other person. Deep inside, Aquarius would never intentionally hurt anyone, they have respect for every human, even thought this might not seem apparent to the more emotional types.

sungguh, tak boleh di nafikan. memang terasa. memang banyak persamaan. ini satu kebetulan ke ape? hmmm. and here come the interesting part laah. teheee. ini sebenarnya highlight post ni. HAHAHAHA.


What it's Like to Date a Aquarius Woman:
The Aquarius woman is the ultimate independent woman. She is funny, smart, adventurous, never clingy or jealous, never demanding and not overly emotional. She is unpredictable and craves excitement. Anything goes with this woman and any man that she chooses will have an amazing relationship. Court her and woo her, she expects this ladylike treatment, she is old fashioned in that sense but be known that her mind is already made up and if she is not interested, she will never be interested. The relationship will progress slowly because she does not get emotionally involved very easily and she is not one for showy displays of romantic affection. The man who is trying to win her heart has to treat her with respect and treat her as an equal. Communication is key, this is how a relationship with an Aquarius woman evolves. Once she trusts you and you two grow closer, she is an amazing loyal and kindhearted person. She will always seem to be detached, she fears losing her identity in a relationship so do not be surprised if even in a long term relationship she seems more like a friend then a romantic partner. Do not press her emotionally or tie her down with demands and obligations because this will cause her to run. Never be jealous, this is a big red flag to her and she will leave right away, the Aquarius woman can never be tied down, she is free as a bird. If you give her all she needs, she will be completely faithful so you should not worry when she is out on her own, give her space and respect her privacy and all will be well. Aquarius woman is for the man who loves a challenge and adventure.

How to Attract Aquarius:
Communication is the key. You must be able to stimulate their minds, engage in a friendly, witty verbal battle but do not expect to come to any conclusions, this is not the point. They crave the brain exercise. If you unable to keep up with the intellect and the unconventional ways that Aquarius is known for, you might want to look elsewhere. Aquarius needs communication compatibility more then anything else. Have variety in your dates, think of interesting things to do like a trip to the zoo, but if you can't think of any crazy idea, leave it up to Aquarius to make plans but do not be surprised if they change the plan in the middle, be flexible like them. They do not like naggers or complainers so keep the talk positive and all should be well.


sumber : http://zodiac-signs-astrology.com/zodiac-signs/aquarius.htm

mwehehe. kesan-kesan sahabat yang ramai sangat kahwin, kan daah jadi macam ni. -_- hahaha. tapi bab ni aku tak tahu laa betul ke tidak kan. almaklumlah, mana ade serious relationship lagi. teheeeee. 

bila baca pasal perwatakkan diri sendiri ni, terasa banyak kekurangan. macam banyak sangat laa yg boleh buat orang tak suka dengan kita. banyak benda kene diperbaik. tu haaa, keras kepala tu haa. unemotional? fuuuuuhhhh. 

sebab dah tak tahu nak bebel ape, ok itu je. hahaha.


dan ini result saya.



Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

ramai sangat tak percaya aku tak dapat imtiyaz pun tahun ni. siap cakap aku tipu. haaa, sila laa tengok sendiri. ini slip rasmi dr uni. mane ade imtiyaz. tapi ini pun dah lebih lebih jauhhh sangat dari expectation. buat diri rasa malu nya pada Allah. sungguh ohh. malu sangat rasa. 

kepada mereka yang Allah masih tangguhkan dulu kejayaan, 
semoga korang tabah.
jangan down dulu, study molek2, insyaAllah kita sekelas lagi next year. dhur thani buat betul-betul.
'boleh laa cakap. kau dapat Mumtaz. tak paham apa dyorg rasa. :('
pada yang lain, tahniahhh!!
ketua akademik ini rasa bahagia. weheeeee.

next year, masuk clinical year. subjek makin banyakk. oh yeaaahhhh!
sila doakan Asnan Gamil semua ye.
wink3. 


okbai.



...........






10 June 2013

mencari semangat.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Alhamdulillah. tadi baru selesai exam written Pharmacology.
gap sehari sebelum exam ni betul-betul menguji kitorang sekelas.
buku Pharma kitorang tebal dia separuh je daripada tebal buku Pharma budak medic.
kira budak medik memang lagi berlambak lah ubat kene hafal.
tapi budak medic gap untuk exam Pharma 2 minggu, kitorang sehari je.
sehari je tahuuu takk nak kene hadam ape yang belajar 8 bulan.
sungguh aku terasa mungkin semalam hari paling rajin aku pernah study seumur hidup aku.
-_-'

exam tahun ni terasa payah dan susah.
satu kelas macam down.
satu kelas rasa macam tak ada harapan.
tolong lah asal lulus jadi lah.
4 subjek awal ni semua subjek killer dan scary sungguh.
baru 4 subjek, dah macam ni.
ada 3 subjek lagi menanti.

ditambah pulak dengan ketakutan dan rasa cuak kalau kene dhur thani (repeat paper)
untuk lulus mana-mana subjek, kene dapat lebih 60%. bawah 60, gagal.
dentistry punya fakulti bagi peluang untuk 2 subjek yang gagal untuk dhur thani.
kalau gagal 3 subjek dan ke atas daripada 7 subjek yang di ambil ni,
secara automatik repeat tahun. tak de peluang kedua.

kadang rasa tertekan macam ni.
rasa kene push diri untuk study.
pre-klinikal dah rase susah sangat.
kalau tak mampu nak lepas tahun ni 
macam mane nak masuk clinical year tahun depan. 
mampu ke kau, azyan?
wuwuwuuuuu. nangis bertangki.


tapi apa pun kita rasa, 
nak tak nak, kita patut nya balik pada Allah
letakkan kepercayaan pada Allah.
Allah dah susun cantik elok dah perjalanan hidup kita.
mungkin sekarang kita rasa kabur tak nampak lagi,
tapi Allah kan ada.
jangan rasa putus asa pada Allah.
kan pertolongan Allah tu boleh datang dari arah yang tak disangka.
have faith.
study hard. 
study smart don't study hard tu tipu tak boleh pakai dekat bidang dentist. haha.
jangan lupa doa doa doa
dan akhir sekali, tawakkal.
sungguh-sungguh tawakal.

ok. ni sebenarnya nak bebel kat diri sendiri je ni. 
-_-

esok exam oral subjek Pharma ni.
sempat pulak update blog. -_-'
Allahumma Yassir wala tua'ssir.




Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya
Harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita temu
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegah
Tetapi apakan andainya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan tapi
Kau atau aku
Tandaku punya kamu
Apa telah akhirnya
Tetap bersama



terdengar lagu ni masa serabut sangat dengan Pharma semalam.
lirik dia terasa ke dasar hati.
chaiyokk Asnan Gamil!
kita dah lebih separuh jalan dah ni.
kalau lepas tahun ni, kita dah lepas 3 tahun.
InsyaAllah, dua tahun je lagi tinggal.
jangan mengalah lagi.
teruskan melangkah!
:)



sayangketatketatasnangamil
Allah tolonglah eratkan ikatan persahabatan kami.



......



02 June 2013

senang nak sebut, susah nak buat.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


sepatut nya dah update blog ni lepas exam Oral Patho hari tu. 
dah panjang berjela karang, 
meluahkan ke'stress'an dan ke'tension'an tahap petala langit. 
ok over. haha.
but then, i decided to restrain myself from updating.
lepas tu, sekarang baca balik ayat berjela panjang tu,
terus delete.

mungkin sebab dah besar,
atau mungkin sebab dah matang?
wink. wink. yeayy. azyan dah matang!
ok. tipuu. tipuu. hee.

masa exam, pesanan orang mesti lahh,
'redha dengan tawakkal lah lepas jawab exam tu'

seriously, perkataan redha dan tawakkal tu sangat laaaah susah nak di buat tulus mulus dari hati yang paling dalam.
tak tahu kenapa,
tahun ni punya exam ada rasa kekurangan.
macam ada something yang tak kene.
tak cukup study ke?
rasa macam dah study. 
banyak sangat main fesbuk ke?
oh, since pre-dental lagi memang study sambil menghadap fesbuk.
takde internet, tak boleh study.
sebab over confident ke?
tak de aihh. exam praktikal teruk, memang babai laa confident.

so apa ye masalah tahun ni?
hmmmm.

mungkin ini lah ujian kot.
selama ni jarang nak rasa tak boleh jawab exam.
jarang lah dapat result teruk kan.
tahun ni mungkin Allah nak tarik nikmat tu.


tapi rasa down nye, Allah, tak tahu lah nak describe.
rasa macam tak mampu nak study lagi.
rasa nak give up pon ada.
cammon laaa azyan.
tak kan nak give up kot.
baru dua paper, lima lagi subjek kau nak campak mana?
kat mulut asyik cakap, asyik sebut,
'dah usaha kan, sekarang tawakal jelaa. redha je'

cakap banyak-banyak kali kat diri sendiri.
even rasa macam dah berjuta kali kot cakap.
tapi still. bila duduk sorang-sorang, mula lah fikir balik.
mula lah teringat jawapan dalam exam.
lepas tu rasa down lagi.
mengada azyan. mengada. blerghh.

so memang macam tu kann.
benda yang mudah meluncur laju kat bibir ni,
itu laaa sebenarnya yang susah sangat nak buat dengan hati.

jadi sekarang apa yang kita kene buat,

cek balik niat belajar tu.
kenapa sebenarnya kita belajar?
sebab exam ke sebab nak tambah ilmu?

cek balik hati tu.
ada dengki dengan orang ke?
ada rasa tak puas hati dengan orang ke?
ada wujud rasa riak takabbur ke dalam hati?

cek balik iman tu.
banyak sangat buat dosa ke?
lebih kan study sampai bertangguh sembahyang ke?

tanya balik diri. refleksi diri balik.

wooaaahhh. matang nye Azyan. haha. Alhamdulillah. finally post ini tidak berbaur emosi dan serabut. dan tidak jugak penuh dengan keluh kesah dan rungutan-rungutan. tehee.

bila dah makin besar ni, makin sedar yang apa yang kita tulis kat internet ni, be it fesbuk or, blog or, twitter or, instagram or anything sekalipun, semua nya bagi gambaran kepada siapa kita yang sebenarnya.
memang lah orang boleh cakap, aku kat fesbuk lain, aku kat realiti lain. tapi hakikat sebenarnya, sama je dua-dua tu. dan kita telah meng'expose'kan diri kita kepada manusia kat luar untuk judge siapa kita.

jadi sekarang ni, sedang berusaha, baca betul-betul, SEDANG berusaha untuk limit diri sendiri dari meluahkan benda yang sepatutnya tak perlu pun luah kat public. even dulu rasa macam, blog aku, suka hati aku lah kan. but somehow, sekarang dah lain. kottt. haha.

harap-harap nya lah kannn.
so please pray for me. 
4 hari lagi, Prosthodontics. 
subjek yang bermain dengan gigi palsu. 
heeee.
Rabbuna Yusahhilna.




dan ini lagu.
padahal dah berzaman suka dengar lepas ira tunjuk last year.
versi ini.
tapi tak tahu kenapa akhir-akhir ni asyik mengulang lagu ni je. 
tak ada maksud tersirat ke apa ok.
muahahahaaha.

oh. dan final bola sepak, 
JDT vs Kelantan
mak aih. boleh perang besar ni. 
go Johor go!!
negeri assobiah lawan. pergh. 
hohohoho. 
:P

okbai.



.....





24 May 2013

final exam tahun ketiga.

8 comments

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


berhabuk berdebu dah blog ni.
teheee. 
sebulan cuti study. sebulan lah duduk buat ntah pape je kat rumah.
sebelum ni asyik mengeluh tak ada cuti study,
tahun ni ambek kauu. sebulan dia kasi.
bila dah bagi, biasa lahh. tak study jugak pun.
haihhh. ketuk jugakk lah kepala tu.
-_-'


dan tahun ni exam yang banyaaaaakkkkk sangaaaatttt.
oh, takuttt. takutttt. cuaaaakkkk.






26 Mei - Oral Pathology (written)
27 Mei - Oral Pathology (oral)
30 Mei - Conservative Dentistry (written)
1 Jun - Conservative Dentistry (oral)
6 Jun - Prosthodontics (written)
8 Jun - Prosthodontics (oral)
10 Jun - Pharmacology (written)
11 Jun - Pharmacology (oral)
15 Jun - Crown and Bridge (written)
16 Jun - Crown and Bridge (oral)
19 Jun - Orthodontics (written)
20 Jun - Orthodontics (oral)
23 Jun - Pedodontics (written)
24 Jun - Pedodontics (oral)

mak aaaiiihhhh. letih menaip jadual exam. tanda banyakk sangat. haha.

nama aku mula huruf Alif. jadi no giliran aku 2. ceh. belakang Ahmad. so, oral exam mestilaaahhhh aku no 2. bapakkk cuaaaakkkkkk. oral exam lebih mencuakkan dari written exam. nak menghadap muka lecturer-lecturer itu semua. wuwuuuuuu. nangis bertangki.

so, do pray for me. mana tahu, masa jawab exam tu, berkat doa siapa-siapa aku dapat jawab tetibe. dan di sini mahu mohon seluruh keampunan kalau ada silap salah. kadang dosa dan silap kita boleh jadi penghijab kita masa exam. wuwuuu.

kalau lulus dengan jaya nye, dapat lah aku pulang ke Malaysia dengan aman. jyeaaaahhhh!!  tapi tapi kalau ade paper yang sangkut, kene datang Mesir balik. sobs3. 



Allahumma faqihna fiddin. Allahumma faqihna fiddin. Allahumma faqihna fiddin.
Rabbuna yusahhilna. 


biar gemok janji ada orang sayang. eh. tetibe je. teheeee.


okbai.


.......