19 April 2013

ini janji kami.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



kami,
ahli-ahli rumah JPA 5,
dengan ini berjanji,
tulus dari dalam hati yang paling dalam,
ikhlas dari lubuk hati,
untuk
tidak melangsungkan pernikahan sepanjang pengajian ijazah sarjana muda kami sehingga lah kami tamat pengajian kami.
ini janji kami.




HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA.

ok. lawak gila.

tak betul je memasing kann.
-_-

tapi betul pun sebenarnya. kitorang dah janji tak mau kahwin selagi tak dapat degree. siapa yang kahwin dulu tu, haaaaa. nak kene laaa tu. hahaha.

dan bila budak kelas tahu janji kitorang, semua macam tak puas hati.
wehh, cam ne kalau dah jodoh.
weehhh. kejam gile korang buat janji macam tu.
weeeeehhhhh. macam melawan takdir kott korang ni.

kata kan laah apa sahaja.
mungkin pada kebanyakkan orang, janji ni macam mengarut je.
tapi tak pun pada kitorang.
kitorang berempat dibesarkan bukan daripada latar belakang keluarga yang kahwin masa belajar pun.
memang family memasing tak kann kasi punya lah kahwin masa belajar.
so janji tu macam main-main je.
semuanya ikut latar belakang family kan.
memang tak ada nya mak ayah kitorang nak bagi lepas masa belajar pon.
lain lah kalau kitorang nak kahwin dengan anak dato' yang kaya raya kan. 
(macam lah ada yang nak kahwin dgn kitorang pon masa belajar pon kan. -_- )




spot the differences. hehe.

moga Allah redha dengan pilihan kitorang ni. selalu gak kitorang bincang baik buruk nya kahwin masa belajar ni. dan kitorang sepakat merasakan kahwin masa belajar bukan lah yang terbaik buat kitorang. memang laa memasing kadang gedik2 meroyan nak kahwin bagai. hahaha. tapi kitorang nak berbakti pada mak ayah dulu sebelum fikir pasal kahwin. hey, semua orang ada pendapat masing-masing kan. chill lah!
:)

dan tadi masa sarapan,
ntah macam mana topik ni boleh timbul balik.
maka satu janji baru termetrai antara kitorang berempat.

'orang pertama yang kahwin antara kita, kene belanja lagi 3 orang ni makan besar! yeayyy!!'

lepas tu Apip pulak menambah syarat,

'dan orang last yang kahwin antara kita pon kene belanja lagi 3 orang yang dah kahwin tu makan besar. belanja dengan suami masing-masing. kyaaaaaahhhhh!!'


hahahahahahahahahaha.

bila budak rumah mengarut. macam ni lah jadi nya. 

so di sini mereka paksa aku update blog supaya masing-masing tak lupa janji ni. ok korang. siapa lupa, aku ketuk kepala sorang-sorang. haha.
belanja yang mahal-mahal ok. tak main lah kedai tepi jalan je. heeee.


bergambar bersama cincin rumah. lepas kahwin nanti, boleh ambek gambar macam ni lagi tapi dengan cincin kahwin memasing. hihi. gedik! :P



amboi. post yang penuh gedik. hahahaha.
ahad ini exam.
isnin ini lagi banyak exams.
mengarot meraban ini surely dapat mengurangkan stress kat kepala. 
mari mengarot lagi!
hohoho.


doakan kitorang.


kbai.



......




2 comments:

SYAFIQOH said...

gigi dentist memang lawa2 ke camne? Haha

Yan. Kalau kau kawen dlu, aku nak hadiah. Kau langkah bendul hahahaha

twinkle twinkle said...

huhu Nnampaknya lame lagi lah nak tunggu kenduri ain ,,:D
tp betul jugak,banyak mak ayah x setuju kawin time belaja ><