09 July 2011

menghabiskan masa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


pergh exam dah habis.
habis je exam, nafsu aku pada internet seakan ghaib mengikut kertas exam tu pergi.
langsung aku xde mood dengan fesbuk.
tambahan dengan fesbuk y dah sengal.
seperti y ramai orang tau, aku x suka appear on9 dekat fesbuk.
tak suka chat.
tapi sekarang tak boleh nak appear offline langsung.
ye, mungkin aku yang dungu dan ngeng tak reti nak buat macam mane.
jadinya, aku hanya on9 tak sampai 10 minit menghadap fesbuk.


so ape aku buat ye?
tentu nye jalan-jalan.
aku tak tahu laa aku dah besar ke ape skang.
tapi sekarang jalan dah tak suka bawak kamera.
so memang tak ade gambar laaa.
maap deyh.


habes exam hari isnin pagi.
berakhir dengan tragik nye.
kumpulan first oral Anatomy.
ismah, aku, ahmad, azhari.
empat-empat macam tak dapat jawab.
pergh.
tapi tak ape. janji exam habes daaa.
orang pertama jerit merdeka.
yang lain lambat. sabar ye.
hehehe.


tengahari tu terus ke MANSOURAH.
jalan-jalan, beli-beli barang.
so mansoura, KHATAM.

selasa 24 jam menghadap laptop.
layan drama korea.
cite ape,
cite ni.


dari tym exam lagi x sabar nak tengok.
tahan kan hati jelaa kan.
so habeskan 14 episod satu hari.
lagi dua episod dah x larat.
haha.
komen tentang cite ni, post lain laa pulak ye.

rabu, destinasinye CITY STAR, CAIRO!
jalan, shopping, external hard disk, blouse, selendang, pashmina, bla-bla-bla.
petang ke MAADI, CAIRO.
makan-makan. pergi kedai souvenir.
balik TANTA. tido umah 3B, layan video DBSK sampai subuh.
pastu baru tido.
hehehe.


kamis, ingat nak pergi MANSOURA lagi. tapi x larat laa.
dudk umah, habeskan DREAM HIGH. skype dengan along hampir sejam setengah.
pastu baru kemas satu bilik.
habes exam isnin, khamis baru nak kemas.
pemalas gile. hohoho. masuk semua buku dalam kotak, kemas semua sekali.
done.
malam tu badan aku start gatal-gatal.
tangan, bahu, leher semua merah.
ingat kene gigit serangga.
sapu krim jelaa.

jumaat, ronggeng TANTA pulak.
negeri lain pergi, negeri sendiri tak khatam lagi.
pergi kedai ASFOUR.
kedai kristal.
rembat laa dua gelang dengan satu tasbih kristal.
pastu ke FATAHALLA, shopping barang nak pergi TURKI. :)
aku terasa aku macam MONYET tengah berjalan.
merah-merah bijik-bijik tu naik sampai ke badan semua.
so sila laa bayangkan.
kat kedai kristal tu tergaru-garu macam monyet.
i malu u~~
=.="

sampai rumah, baru teringat budak MM pindah rumah.
pergi rumah dyorg, tolong-tolong ape yang perlu.
last-last dapat PIZZA yang sedap gile nak mati.
ok, aku rase sebab aku lapar kot.
hahaha.
balik rumah nak ready, esok nye nak gi ALEX pulak.

sampai umah, terus mandi.
terkejut aku tengok badan aku sendiri.
dari atas kepala sampai hujung jari kaki.
merah macam kene panggang.
certain tempat berbintat-bintat.
haih, ni dah lain macam je ni.
nadia terus tepon unit kebajikan.
kene gi klinik ni.

bla-bla-bla.
sampai laa aku ke HOSPITAL TIBAH.
tunggu turn.
satu badan gatal yang amat sangat.
sampai rase nak nangis kot.
jumpa doktor, beli ubat, kene inject.
mula-mula nak inject kat belakang siku tu.
3 ke 4 kali dia cucuk, x masuk-masuk vein aku.
kecik sangat kot.
last-last dia cucuk dekat belakang tapak tangan.
lepas tu dia suruh tunggu kat luar setengah jam.
nak tengok kesan ubat tu.

lepas je cucuk,
satu badan aku macam terase darah baru mengalir.
pastu mamai gile ngantuk sungguh.
aku tido laa.
setengah lepas tu masuk balik jumpa doktor.
bla-bla-bla.
aku pon boleh balik.
ALHAMDULILLAH
sihat sudah. = D

maka hari ni hari sabtu,
sepatutnya nak pergi ALEX,
cancel laa jadi nye.
huhuhu.
x pe laa. hari tu dah pena pergi.

jadual seterusnya,
isnin rombongan pelajar pre-dental ke HUSSEIN, CAIRO.
khamis, ke TURKI.

kita hanya merancang,
Allah yang menentukan.
semoga Allah permudahkan semua rancangan kami.

lambatnye lagi nak balik malaysia!!!!



.........

1 comments:

Akif said...

ptt laa. busy rupanyaa.