bukan laa nak kata aku sekarang rasa nak jadi macam doktor.
dapat laki doktor pon jadi laah.
hahahaha.
ok, mula la tu.
papepon, aku rase at least aku menambahkan pengetahuan aku cuti ni dari termenung tengok tv ngan lappy je sepanjang hari. sekurang-kurangnya ada jugak benda berfaedah aku buat. hehe.
*habes laah budak rumah aku bila balik mesir balik nanti.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
RAMADHAN KAREEM
ALLAHUAKRAM
rindunye nak cakap macam ni. dulu kat kisas setiap malam puasa ade jerit-jerit ni. hmmm.
ok, back to apa yang aku nak bebel.
pernah terase tak yang korang memang jahat even without SETAN?
aku baca blog kawan bandar putra aku dulu.
siyes buat aku terfikir.
kita tengok sekarang kan bulan puasa. macam yang kita belajar dulu-dulu, SETAN dgn IBLIS akan diikat sepanjang bulan puasa ni. macam mane dyorang kene ikat, WALLAHUA'LAM laaa kan. kira nya sekarang semua bergantung kepada diri sendiri. diri kita baik ke, jahat ke, nakal ke, semua tu adalah kita semata-mata. maksud aku dengan kita adalah nafsu kita.
nafsu tu raja diri.
kalau masa-masa lain, selalu laa orang sebut,
'ni mesti banyak setan ni'
'setan yang hasut aku buat macam ni'
tapi kalau bulan puasa ni??
haaaa. tipu tipu tipu kalau korang nak cakap korang sebaik malaikat puasa ni. ntah laaa. lame aku fikir benda ni. sekarang ni semua bergantung pada diri. Allah dah cukup baik nak halang hasutan setan untuk sebulan ni, tapi tetap. haih.
contoh situasi aku yang pertama.
aku biasa memang pemalas. malas giler laa aku cakap. semua benda aku malas. dulu mcm selalu fikir, 'haih, setan ni sengaja buat aku malas kan'. tapi sekarang bulan puasa, aku xde rase beza pon malas aku masa bulan lain dengan bulan puasa ni. malah ade benda yang aku lagi malas buat puasa ni compare dengan bulan lain.
ada setan = pemalas
tak ade setan = masih pemalas
kesimpulan = aku ni memang pemalas.
=.="
situasi dua.
bak pakai stokin, memang liat betul lah. kejap pakai, kejap tak. yang peliknya kat mesir tak pernah utk tak pakai. keluar rumah memang normal untuk pakai. jadi tak normal kalau tak pakai. padahal kat mesir tu bukan bulan puase. balik malaysia ni yang bulan puasa pulak tak pakai.
ade setan = pakai stokin
tak ade setan = tak pakai stokin.
kesimpulan = erk?! no idea.
=.='
see. tu baru dua situasi. ape aku nak maksudkan ialah, aku tak rase wujud nye setan tu boleh jadi penyebab dan alasan kita untuk buat benda jahat. actually diri sendiri tu yang salah tapi cari alasan dengan setan sebab kita memang tahu setan tu penghasut kite. tapi kita tak sedar, sebenarnye itu kehendak kita sendiri. setan cume menyemarakkan lagi je. jadi pape pon, semua berbalik pada diri.
bile baca pasal anak bunuh ayah siap tetak sampai putus kaki ayah dia tu, pergh. tergamam laa kan. dah laa bulan puasa. haaa, tak kan keje setan tu. setan tak ade.
btw, aku nak cakap yang bukan senang nak jadi orang perempuan ni eh. erk, aku bukan laa nak menidakkan atau pon nak menolak hakikat yang aku ni seorang perempuan. cuma nya aku nak cerita something yang aku rasa bukan aku sorang je rase. ok, kalau betul aku sorang je yang rase benda alah ni, sila inform aku. aku x nak sewel sorang2. haha.
well, hari ni dah puasa yang ke 17. disebabkan aku normal dan Allah sayang aku lebih, aku cuma dapat puasa 10 hari je. mule-mule dulu dapat puasa, pastu cuti, pastu puasa balik. pada mata sesetengah lelaki, untung jadi perempuan ni. dapat hari yang tak puasa. tapi pada aku, bukan mudah. cuti ni sebenarnye telah mengganggu momentum jiwa dan nafsu seseorang. dan untuk dapatkan balik momentum tu, bukan mudah.
ape yang aku maksudkan adalah macam ni. ok, awal-awal puasa tu berkobar-kobar laa nak puasa. sehari satu juzuk tu wajib. siap ade hari yang lebih satu juzuk sebab mengenangkan masa 'cuti' nanti, tak boleh baca. terawikh pon konsisten je. khusyuk dan tawaadhuk. sentiasa nak jaga hati semua. then, tetibe dengan izin Allah, perempuan ni dapat cuti puasa. biasanya 7 hari.
dalam masa 7 hari ni, haaaa. mule laa cabaran sebenar. dah tentu dah tak bangun sahur. tak boleh nak terawikh pulak. Al-Quran dah tak sentuh. tak ade benda lain nak buat, layan korea. layan movie. layan Running Man.(erk?!) memang boleh cakap lari habes laa momentum yang dibina tadi. dari acceleration siket-siket, terus graph decline menjunam ke bawah. ape pon tak ingat. yang penting, jadi tukang rase makanan bila mama masak. ngeeee.
habes 7 hari tu, pergh. nak kene bina balik momentum tadi. bukan mudah weyh. kepala dah ke mana. jiwa pon mcm dah lari melayang. nak habeskan satu juzuk sehari pon dah macam suuuussssaaaaaaahhhh sangat. terawikh pon dah hilang siket feel macam mula-mula dulu. tup2, tak sampai dua minggu pon lagi puasa nak habes. see, dah cakap jadi perempuan ni susah.
(kisah perumpamaan di atas ada kene mengena dengan orang yang hidup, tapi rase nye tak ade kene mengena dengan orang yang telah meninggal dunia.)
pape pon, hari ni dah nuzul quran. teruskan beribadat. belum tentu jumpa lagi Ramadhan tahun depan. hwaiting!!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
tiada kata lain yang dapat diungkap
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
syukur sangat-sangat.
semoga kejayaan ini bukan lah satu bentuk istidraj dari Allah untuk semakin menyesatkan hambaNya, tapi sebagai satu nikmat atas usaha, doa dan tawakal seorang hamba.
siyes tergamam.
terasa diri ini begitu disayangi Allah.
banyak sangat nikmat Dia bagi.
tapi banyak sangat yang aku kufur nikmat.
dah laa masa exam tu asyik ingat Big Bang je.
tak pun ingat DBSK.
ade jugak minggu-minggu exam yang sibuk buffer Hi-5 dengan Art Attack.
bukan nak fokus betul-betul dekat study.
sempat layan drama korea lagi.
bangun malam pon bape kali je.
study sambil dengar lagu korea.
mata pandang buku, kepala ingat Malaysia.
masa arwah Atok baru meninggal, langsung tak boleh fokus.
memang kurang konfiden untuk dapat result.
tapi tetap Allah bagi aku rasa nikmat ni.
Alhamdulillah.
kepada kawan-kawan yang lain,
ASNAN GAMIL
tahniah semua.
semoga kejayaan kita semua ni mendapat berkat dari Allah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
tahu ape aku buat satu hari ni?
bukan laa satu hari. setengah hari.
buat kerja yang sangat tak berfaedah.
sangat sangat tak berfaedah.
aku cari pasal Dong Bang Shin Ki.
black
white
TVXQ.
DBSK.
THSK.
muahahahahaha...
okeyh, fine. aku memang tahu sia-sia laa ape aku buat ni and ape sume tu.
tapi aku tak dapat menahan persoalan yang bermain kat kepala aku.
aku jenis yang perlukan bukti dan fakta.
macam waktu aku dapat tahu Jay Park dah keluar 2PM.
memang aku cari sebab dan alasan nya. eiyra tahu laa kan aku macam mana bila tak dapat cari tu. jadi geram tak pasal-pasal. haha.
jadi memang sifat aku kot. kalau ada something yang bermain kat kepala aku, aku mesti mau cari sebab dan fakta yang kukuh. kalau sekadar cakap tanpa bukti tu, susah laa nak percaya.
jadi, DBSK ni kumpulan kedua yang aku kenal selepas BigBang. Atin punye pengaruh laa ni. hehe. tapi by the time aku kenal dyorang, dyorang dah berpecah dah pon. jadi dua kumpulan berbeza. JYJ stands for Jaejoong, Yoochun dengan Junsu and satu lagi masih lagi guna nama TVXQ, Yunho dengan Changmin.
persoalan kat kepala aku untuk berbulan lama nye,
kenapa dyorang nak berpecah?
dah berkawan hampir 10 tahun. takkan semudah tu berpecah. macam tak boleh diterima akal aku ni.
kalau ikut logik, kenapa 3 orang je yang x puas hati dengan contract dyorang?
padahal contract 5-5 members adalah sama.
kalau yang 3 tu cakap contact tu 'slave' contract, tak kan yang lagi dua tak rasa macam tu?
kalau cakap pasal gaji, even dyorang cuma dapat 5% je, tapi lebih tinggi dari gaji orang y kerja 10 tahun.
dyorang penyumbang terbesar keuntungan SM Entertainment kot.
sangat tak dapat faham.
berpecah ketika di puncak kejayaan diorang.
pecah Genius World Record sebab mempunyai ahli fanclub paling ramai kat dunia.
tapi tetap berpecah?
apekah?
mesti ada sebab yang kukuh.
mesti ada bukti kan.
hmmmmm.
last-last aku menghabeskan masa aku cari pasal dyorang. hahahaha.
banyak gilak kot article, blog, kenyataan surat khabar korea pasal dyorang. tapi semua tak ada bukti yang kukuh.
but aku finally found satu blog yang bawak keluar bukti yang sangat kukuh.
eiyra, sila laa habeskan masa kau baca jugak ye. hihi.
aku rasa yang tulis blog tu bakal lawyer laa. ayat memang macam lawyer. aku bace almost semua post dia. memang tak ada keje nama nya. hoho. tak puas hati punya pasal.
tak boleh nak menidakkan, tapi bukti-bukti yang dia bawak mostly menunjukkan salah JYJ. HoMin pulak dipersalahkan. dan aku macam mempercayainya. hoho. even aku lagi suka JYJ, tapi dalam hal berpecah ni, hmmmmm.
so, by the end of the day, aku punye kesimpulan.
hanya diorang saja yang tahu sebab sebenar dengan apa yang terjadi and terlalu banyak misunderstanding antara dyorang yang memburukkan lagi keadaan. fullstop.
apa sebenarnya yang aku kagum sangat dengan dyorang?
keakraban dyorang.
sangat-sangat rapat sesama dyorang. tengok macam mana dyorang care terhadap satu sama lain, ambil berat, jaga sesama dyorang. kalau siapa-siapa tengok pon, akan tersentuh.
sekarang harapan memang macam tinggal harapan jelaa nak tengok dyorang berlima balik.
ini masih berlima.
ni DBSK HoMin. orang kata lirik dia tuju pada JYJ. tapi HoMin nafikan. tapi kalau betul ini untuk JYJ, sedih gile.
ni lagu JYJ untuk HoMin. sangat sedih bila part 'we love you both'.
sah tak ada keje kan aku ni. tapi siyes, aku memang cepat tersentuh kalau bab berkawan ni. emo pulak malam-malam ni. tak pe. BigBang janji comeback 2012 dengan 5 orang. DBSK tak boleh berlima, BigBang masih boleh berlima. hehe.
hmm. baru 2 minggu duduk rumah, tapi aku dah tak tahu nak buat apa. macam kosong je. aish, memang laa kosong. hari-hari duduk sorang-sorang dekat rumah. ntah. nak kata bosan, tak ada laa bosan. tapi tahap tak tahu nak buat apa. macam mana untuk tak nak membazirkan masa eh?
result aku masih lagi tak keluar. ergghhhh. malas nak cite. wat bengang je. hailoo.
btw, baru-baru ni aku ada baca artikel dekat surat kabar Utusan. minggu lepas kot kalau tak silap. aku tertarik laa jugak. dia kata facebook telah melahirkan generasi yang selalu hendakkan perhatian. menurut pakar psikologi sape ntah kan, dia cakap perkembangan minda generasi muda sekarang dah lain. seolah-olah tak boleh berdikari. semua yang dilakukan perlukan komen dari orang lain. hatta sekecik-kecil perkara pon hendak dikongsi dengan semua orang dekat fesbuk tu. generasi akan jadi lemah sebab asyik hendakkan perhatian. nak satu dunia tahu apa yang sedang dyorang lakukan. pergh, memang terasa laa kan. hohoho.
sedang bersusah payah dan bertungkus lumus untuk mendapat ijazah sarjana muda pergigian dan oral surgeri (Bachelor of Dental Medicine and Surgery, BDMS), di Tanta University, Mesir.
berasal dari Johor dan selamanya ingin menetap di negeri Johor. ^^
tak minta anda membaca, jadi jangan judge diri saya sesuka hati anda.
saya di sini, saya di realiti, saya dengan kerja dan tugas, saya bila jiwang semua nya berbeza. personalities disorder kah?
:D