Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
lagi 4 hari aku start exam written
subjek first,
PHYSIOLOGY
lecturer-lecturer aku sangat bijak.
dia buat buku asing bagi setiap sub-topik.
aku rasa dia nak buat rasa menarik baca bila macam tu.
tapi sebenarnya aku lagi saikoooo tahu tak mcm ni.
sebab aku terasa ada 8 buku yang aku kene khatam.
LAPAN okeyh.
satu buku tambah tolak dalam 80++ muka surat.
tengok buku yang banyak ni sangat saikooooo!!!!
sebab nye aku tak start baca satu pon lagi.
ok, dasyat sangat laa pulak kalau x habes satu pon.
tapi senang cakap, memang masih tak ready.
tapi tak dinafikan.
cantik tengok buku ni warna-warni atas rak buku.
hahaha.
FIRST TERM
BLOOD
CENTRAL NERVOUS SYSTEM
AUTONOMIC NERVOUS SYSTEM
RESPIRATION
SECOND TERM
ENDOCRINOLOGY
CARDIOVASCULAR SYSTEM
DIGESTIVE SYSTEM
METABOLISM
okeyh.
doakan aku mampu khatam semua buku ni untuk exam nanti.
written dan juga oral.
fuuuuh, fuuuuhh.
tekanan tu dah makin terasa.
subjek paling tinggi markah sumbangan nya.
masa-masa macam ni laaa mula nak terasa menyesal yang amat sebab
tido banyak
layan running man
layan glee
layan house
layan movie lebih 10 buah
facebook almost 24/7
merewang dan berjalan-jalan menghabiskan waktu
adeyh.
tapi nyesal pun tak guna dah.
=.='
hari tu, ada orang tanya aku.
nape ambek subjek sains?
tak ada kira-kira.
otak tak bergerak dengan aktif laa.
abah pon pernah cakap,
biasa orang yang terer matematik ni,
orangnya bijak.
oh, meh sini meh hafal semua jenis hormone dalam badan, secretion, mechanism, n control dia.
tak pon meh hafal nama enzyme untuk setiap sistem badan.
atau nak hafal macam mana satu sensory tu sampai ke otak dengan pelbagai laluan.
boleh juga try hafal macam mana setiap fiber kat jantung atau alveolar kat paru-paru tu berfungsi.
semua orang deal dengan kesusahan masing-masing.
n science is not totally based on memorizing.
kalau hafal membabi-buta,
aku pasti mereka itu akan jadi sewel atau pon gila
sebab most of the thing, kitorang tak boleh nampak pon apa yang kitorang belajar.
kadang-kadang macam rasa tak logik pon ada.
dan paling penting,
sebab nya kitorang tengah deal dengan ciptaan Allah paling hebat.
MANUSIA.
jadi kitorang perlu betul-betul kene into it.
betul-betul faham, dan dalami apa yang kitorang belajar.
sebab satu je salah dalam fakta yang kitorang hafal,
someone might die.
ok, this apply for future doctor laa kot.
kalau aku, mungkin komplikasi terpotong facial nerve sampai jadi face paralysis je kot.
atau pon, cabut gigi sampai tembus nasal sinus.
teheeeee.
apa yang aku nak cakap,
tak semestinya kira-kira je dapat buat otak aktif.
pandangan aku laa kan.
lepas ni kene cakap kat abah,
bah, setakat ni anak-anak abah yang tiga ni ambek major dalam bio,
kak chik pon kata nak ambek bio,
ok, adek jelaa yang minat nak ambek akaun.
habes kitorang ni tak bijak ke bah?
=.='
btw, hari ni akan ada perjumpaan budak JPA dengan pegawai JPA mesir.
dia sanggup datang ke Tanta kot untuk jumpa kami 32 orang.
pastu siap kata nak jumpa dekat kawasan yang tiada kaitan ngan politik.
erk?
semua dok meneka apesal laa En. Zikril nak jumpa kitorang.
kawan aku teka,
sebab PRU13 dah dekat.
teheeeeeeee.
ok,
doakan aku.
otak aku macam tak sanggup nak khadam banyak-banyak buku ni.
jadi aku perlukan doa agar kapasiti otak aku diluaskan.
lepas tu jantung aku dah mula nak increase heart rate.
jadi doakan supaya sympathetic system aku berjaya dikawal.
tak melebih-lebih.
dan adrenaline tak di secrete banyak-banyak.
>.<
penangan physio.
semua benda nak kaitkan dgn physio
dalam kehiduapn sehari-hari.
=.='
.......