14 May 2012

ilmu itu cahaya. :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


yup. aku tahu aku patut study.
tapi sebaliknya aku telah menghabiskan masa aku dengan menonton cerita.
erghh. tak tahu dah mcm mana nak marah diri sendiri.
=.='

ok, the story is,
now i'm addicted tu HOUSE M.D
dulu bila orang lain sibuk tegok cerita ni,
aku tak ada rasa minat langsung.
but now, ntah.
aku rasa interesting sangat.
n sangat tu bermakna sangat sangat sangat.
huhuuu.



nak tahu sebab ape?
aku rasa sebab aku sekarang belajar pathology.
so most of the term yang dia guna dalam tu, aku tahu maksud dia.
aku tahu mechanism, effect blablabla sume bagai.
emboli, thrombosis, infarction, atrophy, degeneration, granulomatous disease, amyloidosis, sarcoidosis, segala bagai cancer, hatta segala jenis inflammation yang dia sebut pon aku tahu. 
terasa sangat menarik. hohoho.
bukan nak menunjuk aku tahu,
semua orang belajar bidang masing-masing kan,
cuma aku tak tahu nak gambarkan perasaan bila doktor2 dalam cerita tu sebut istilah2 yang aku belajar.

'oh, emboli kan yg blabla'
'atrophy tu bila blablabla kan'
'eh, liver cancer boleh metastasis ke lung eh?'

benda2 mcm tu otomatik nye terkeluar kat minda aku.
sampai satu tahap, aku bukak buku patho sambil tengok cerita tu
hahaha.
ni baru aku yang budak dentist tengok.
tak tahu laa mcm mane excited nye bila budak medic tengok.
*atau mungkin aku berminat sebab otak aku tak nak study, maka melayan bisikan syaitan dan kemahuan nafsu untuk membazir masa. =.="*

baru sekarang aku faham,
bila kita ada ilmu ni,
kita sendiri akan rasa puas.
puas dengan kefahaman yang kita ada terhadap satu ilmu tu.
dan rasa marah n geram kat diri sendiri bila kita dah belajar ilmu tu.
tapi tak kuasai pon ilmu tu.

so kita belajar ni bukan sepatutnya sebab nak puaskan orang lain.
bukan semata-mata nak banggakan mak ayah,
nak dapat no satu dalam kelas suma tu.
aku rasa nikmat belajar tu ada pada diri sendiri.
bila kita boleh aplikasikan apa yang kita belajar.
bila kita boleh kaitkan dalam kehidupan sehari-hari kita.
dan paling nikmat, 
bila kita dapat guna ilmu tu lebih mendekatkan diri pada Allah.
oh, terasa sangat nikmat.
jadi aku rasa ramai orang rasa belajar tu satu benda yang sangat mentensenkan diri mereka sebab diorang tak rasa puas n menikmati apa yang dyorang belajar.
cuma belajar n hafal membuta tuli (eh, ke membabi buta eh?)
last-last tensen sendiri,
exam pon tak boleh jawab.
ni tuju kat diri sendiri dulu baru nak tuju kat orang lain.

yelaa. aku orang paling tensen kot bila sampai bab exam ni.
=.='

so, jom kita betul2 mendalami ilmu yang memang dah jadi amanah kita.
tak kisah laa bidang apa pon,
jom usaha dapatkan mumtaz,
bukan dalam exam je,
tapi betul2 mumtaz dalam kefahaman kita.

ok, mungkin mumtaz tak digunakan dalam sistem malaysia.
so, yok dapat 4 flat dalam ilmu kita.
:)

btw, esok hari nakbah.
jom puasa.

tadi eiyra tanya aku,
puasa esok tu nak niat apa ye.

erm, aku pon konfius.
nak kata puasa sunat,
mana ada puasa sunat hari nakbah?
kan?
esok pon bukan hari isnin or khamis.
so aku rasa benda ni lebih pada puasa harus namun sebagai sokongan kita pada banduan Palestin yang tengah mogok lapar tu dan tanda tak setuju Israel menempat kat Palestin lebih 60 tahun.
betul ke niat mcm tu?



kalau salah tolong betulkan.

pada mereka-mereka yang tak habis ganti lagi puasa tu,
boleh laa niat ganti puasa jugak.
heeee. saya sudah habis ganti lama dah. anda bila lagi?
:)



......


2 comments:

aLi said...

kalau dah power tu xde hal lah. :)

AzyanAaziz said...

Allahumma Amiiiinnn. doa laa aku jadi power. heee.