25 October 2012

kaitan antara Fluoride, ubat gigi dan caries.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

post ni dah lama aku nak tulis.
bukan laaa lama mana pun. cuma sejak aku belajar pasal Dental Caries.
bila belajar tajuk ni, mengingat kan aku tentang perdebatan aku dengan seorang hamba Allah masa dekat Kolej Islam dulu.


Hamba Allah ni mengatakan ubat gigi yang mempunyai kandungan Fluoride adalah tidak bagus.
bahasa melayu nye, Florida.
itu semua hanya lah propaganda Israel.
sebenarnya Fluoride ni tak bagus pun untuk kesihatan gigi.
harmful untuk badan.
yadaa, yadaa, yadaaa.
aku pun berdebat laa dengan beliau.
maka perang dingin berlaku.
masa tu aku tak belajar habis lagi kan.
tak banyak fakta yang dapat aku kemuka kan.
last-last dua-dua tetap dengan pendapat masing-masing.
senyap gitu je.

sekarang aku dah belajar secara mendalam Dental Caries,
meh aku cerita siket pasal kelebihan Fluoride ni untuk gigi.
kalau betul pun ini semua adalah propaganda Israel untuk menipu umat Islam seperti kata hamba Allah tersebut,
at least aku yakin dengan apa yang aku belajar ni.
macamm haramm je kalau belajar tapi tak yakin dengan apa yang aku belajar kan.



Gigi kita ni terdiri dari beberapa lapisan.
Enamel, Dentin, Cementum dengan Pulp. 
Enamel ni adalah bahan paling terkuat dalam badan manusia.
lebih kuat daripada tulang kita.
dia kuat sebab 96% daripada kandungan dia adalah inorganic material mainly calcium hydroxy-apetite crystals.
untuk mudah faham, 96% ni Calcium laa.
macam dalam iklan tv tu, Calcium untuk tulang dan gigi yang kuat!
heeee.

lapisan paling luar enamel (surface enamel) ni , semi-permeable atau selective permeable.
maksud nya, dia boleh ambek bahan yang dia nak dari luar untuk masuk dalam, dan tak bagi masuk certain bahan yang dia tak mahu.
dan semestinya dia cuma nak benda-benda yang bagi manfaat untuk dia je laa kan.

salah satu yang dia nak atau perlu adalah Fluorine. 
bila dia ambek Fluorine, dia boleh hasilkan fluorapetite crystal.
fluorapetite crystal ni adalah lebih menghalang kemenjadian caries dekat gigi berbanding calcium hydroxy-apetite.

Fluorine memang terkandung semula jadi dalam air liur kita. atau boleh gi jumpa dentist cakap nak letak fluoride dekat gigi. ataupun, paling mudah juga didapati dalam bentuk Fluoride dalam ubat gigi. 

maka anak-anak, kawan-kawan, pak cik-pakcik dan makcik-mak cik sekalian, belilah ubat gigi yang ada kandungan fluorida ye. kalau tak, nanti gigi jadi macam ni,


ahahaha, gurau je.
ni dah nama nya super duper chronic dental caries daah ni.



Dental caries adalam penyakit paling ramai dihidap oleh manusia dekat dunia.
97% daripada populasi manusia ni muka bumi ni pernah mengalami sekurang-kurang nya sekali masalah caries ni.
dan antara penyakit yang tidak mengira bangsa, jantina, umur, dan agama. ehh?
dan ramai menganggap masalah ni kecik je, dan tak perlu jumpa doktor gigi.
sampai laa rasa sakit sangat.
bila dah sakit tu, tu petanda caries dah sampai pulp gigi.
lepas tu, mmg padan muka laaa kalau kene buat root canal treatment.
kalau nasib tak baik, cabut gigi tu terus.
jadi kalau dah nampak cavity yg dihasilkan oleh micro-organism tu,
yakni lubang kat gigi tu, cepat-cepat laaa gi tampal gigi tu.
peringatan awal,
chronic caries adalah painless.
memang tak sakit sampai laa caries tu merebak ke pulp.
maka sila perhatikan gigi anda betul-betul ye.


nampak macam tak teruk kan?
tapi dalam gigi tu, mungkin dah dalam dah cavity nye.
nampak undermine caries.
jadi kalau gigi anda mcm ni,
gi doktor gigi cepat kalau masih sayang gigi tu.
masih boleh diselamatkan.
heeee.
:)

Alhamdulillah, aku antara 3% yang tak pernah kene caries. hikhik.

belajar itu seronok.
tapi lagi seronok kalau dapat kongsi ilmu dengan orang lain.
maka lepas ni siapa-siapa sakit gigi atau nak dapatkan konsultasi mengenai gigi,
sila laa tanya aku~
sebab tahun ni belajar oral pathology.
semua penyakit gigi dan mulut.
seronok-seronok.
:D

.....

3 comments:

Amalina said...

Bagus kau share benda ni.dari dulu lagi aku tak berapa setuju dengan pendapat orang cakap flouride tak bagus. :D flouride dalam ubat gigi amik daripada tulang haiwan ke benda lain?sebab ada yang gtau maybe ubat gigi ada tulang babi. aku musykil ni.kalau tau,share la ^^

-Amal-

AzyanAaziz said...

kan? kan? aku pun dari dulu x setuju. sekarang aku dah belajar, boleh aku berhujah siket. hehe.

oh, pasal tulang tu, nanti aku kaji lagi eh. kalau ade maklumat pape, aku share laa. ok? :)

Mohd Zamri said...

Lawa gigi