29 December 2012

pengajaran hidup.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

nak share something yang sangat menyentuh hati aku.
kejadian yang berlaku semalam,
seriously rasa nak cite semalam jugak.
tapi dek belum khatam study Crown and Bridge,
terpaksa ditunda.

kejadian yang berlaku.
it may seems simple to you,
but it give a really deep impression to me.
satu pengajaran hidup untuk aku.

semalam JPA buat Majlis Kecemerlangan untuk raikan pelajar Mumtaz.
jadi kami bertujuh, 6 perempuan dengan seorang lelaki
dari Tanta pun bergerak laa ke Cairo dengan menaiki tremco yang dibayar oleh JPA.
seronok laa dalam hati kan.
siapa tak seronok,
bukan semua orang dapat Mumtaz kan.
sampai laa ke Cairo Diplomatic Club.
perghh. tempat ekslusif.
sebelah Sungai Nil
kawasan penempatan orang-orang kaya.
keliling tempat tu, berdiri megah hotel-hotel mahal.
Sheraton Hotel, Hilton Hotel, Conrad Hotel ntah apa ntah lagi.
memang banyak laaaa. kawasan pun cantik gila.
memang lain gila laa dengan Tanta kan.


so tepat jam 2 petang, majlis bermula. 
yadaa yadaaa yadaaaa.
ok. bukan itu yang aku nak cerita.
dalam pukul 4.30 majlis habis.
sesi penggambaran pun bermula.
kitorang dari Tanta ni memang laa rasa terasing malah terpinggir.
iye laa, apa nak dibanding kami yang dari Tanta dengan mereka yang dari Cairo.
duduk senyap-senyap kat tepi.
nak hu haa hu haaa pun segan.

ok, bukan ni jugak yang aku nak cerita.

sedang keadaan kecoh-kecoh tu,
kitorang ternampak pak cik tremco kat luar pagar.
huaarrghhh. seronok gile.
sebab kitorang yang 6 perempuan ni memang nak balik secepat yang mungkin.
'esok kelass kot. kuiz lagi. nakk balikkk. nak balikkk'
macam tu laa kata-kata kitorang dalam hati.
kitorang pun pergi laa dekat pak cik tu sementara tunggu Peng ambik ambik gambar orang lain.

aku pun pergi laa diri sebelah pak cik tu.
maka berlaku laa perbualan kat bawah.

'aywaahh. bi sur'ah. bi sur'ah. fiinn Badi'uzzaman?'
(jom. jom. cepat. cepat. mana Badi'uzzam(Peng)?

'istanna ammu. istanna syuwaiyyah mungkin. di'i a wahdah? badi'uzzaman ma'a sohbitahu.
(kejap pak cik. sekejaaap je. seminit dua. Peng dengan kawan-kawan dia)
arab tunggang langgang. -_-

'leehhh ba'a? ana ta'ban awiy. misy akal min subh. isyrib mayya bass. mafish mat'am hena.'
(kenapa? pak cik letih sangat-sangat. dari pagi tak makan apa-apa. minum air je. tak ada kedai makan kat sini)

'mafishh mat'am ammu? bigaad?'
(tak ada kedai makan pak cik? biar betul?)

'maafisshhh khaaliss.'
(tak ada langsung.)

tetibe aku teringat masa nak datang tempat tu, aku ada ternampak KFC.

'eaahhh. ammu. fii mat'am hena. fiih fiihh. abli, ana syuff mat'am kentucky. ganbi kubri. urayyib min hena ammu. firokh kentucky lazizz awiy. hehe'
(eh, ammu. ada laa kedai makan. ada. ada. tadi saya nampak KFC. sebelah jambatan. dekat je dari sini. ayam KFC sedapp. hehe. sambil sengih-sengih.


'kentucky?! (sambil geleng kepala) kentucky ghallii awiy. ana, mafishh fulus. 
(KFC? KFC tu mahal giler. pak cik mana ada duit)



perghhh. masa tu, tersentap sangat hati dengar jawapan tu.
terasa sayu yang teramat-amat.
aku dekat dalam majlis tu bukan main makan grand giler,
ade starter, main dish dengan desert lagi.
pak cik tremco yang bawak kitorang tu tak makan apa-apa langsung.

lepas tu pak cik tu cakap,
dia mintak makanan dekat tempat kitorang makan, tapi tak di kasi.
pastu dia cakap, biasa kalau orang melayu buat majlis, 
pemandu tremco dapat makan.
tapi kali ni dia x dapat apa-apa.

sedihh gile aku bila teringat muka pak cik tu masa dia cakap tu.
tersentap laa segala urat saraf aku.

aku ni,
Allah dah bagi macam-macam.
KFC pun dah x pandang.
lebih-lebih tahun ni.
semua pakat makan kat STEREO, SPECTRA, ADAM's CAFE, FRISKY.
kedai-kedai yang sekali duduk makan, kompem 50-70 genih jalan.
ye laa. budak JPA kann.
macamm duit banyakk sangat je.
tak pandang daa KFC, Pizza hut ni.
kalau pandang pun sebelah mata je.
tapi pak cik tu,
nak makan KFC pun tak mampu
sangat-sangat bagi effek dekat aku.

so, masa balik tu,
kitorang pakat suruh pak cik tu berhenti dekat mana-mana KFC.
kitorang pon belanja laa dia makan.
muka dia masa tu,
Ya Allah, senyum happy sangat-sangat.
macam budak kecik dapat gula-gula taw.
muka seronok sangat-sangat laa.
siyes rasa tersentap.
pastu dia berterima kasih sangat kat kitorang.
tak pernah aku jumpa orang yang begitu gembira makan KFC macam pak cik tu semalam.



konklusi nya,
bersyukur laa dengan apa yang kita ada.
ada ramai sangat-sangat orang kat dunia ni,
yang berharap agar dapat duduk kat tempat kita walau sehari pun.
tapi kita yang hidup macam ni hari-hari,
tak pernah nak menghargai nikmat yang Allah bagi ni.
betul laah.
bila kita berkawan dengan orang yang bawah kita,
kita akan di ajar untuk lebih bersyukur,
bukan lebih membangga diri.

Terima kasih Allah atas pengajaran semalam.


dan aku dapat baru je dapat satu pengajaran tadi.
kuiz Crown n Brigde yang sangat teruk.
sungguh aku rasa nak nangis bila terus bincang jawapan tadi.
separuh je yang aku betul.
50%
mungkin ade muncul perasaan yang rasa soalan tu yang susah giler.
tapi jauh dlm hati aku, aku tahu aku yg tak study sungguh-sungguh.
no more excuses.
mungkin Allah nak tunjuk kat aku yang aku ni banyak sangat main nya.
banyak sangat tidoo.
tak study.
ni baru kuiz.
mid-term takkan nak mcm ni jugakk.

so, Azyan.
7 hari lagi exam.
sila pulun kalau tak nak rasa down gile-gile macam tadi.
ffuhhhhhffuhhhhhhfffuhhhhh.


kbai.



.....



1 comments:

Dr Am said...

Sangat menyentuh hati~