12 April 2013

one down. 45 more to go.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Selamat Pengantin Baru, 
Dr Nor Hafizah dengan Ustaz Meor Muhammad Azim.


wink3. the first Asnan Gamil member to get married. 
satu kelas syok, seronok, terharu, sebak, syahdu sangat dengan keadaan ni.

rasa macam baru semalam kita kat zaman pre-dental.
rasa macam baru semalam kita mengarut bersama-sama.
macam baru semalam kita semua main usik-usik siapa lah orang first dalam kelas yang akan kahwin.
tak sangka, dah sampai pun masa nya.


Hafizah ini orang nya sangat sopan.
sangat baik. sangat merendah diri.
sangat pandai, dan sangat sangat mampu buat orang kagum.
sungguh Ustaz Azim sangat lah beruntung dapat insan macam Hafizah. 
:)

masa selasa malam rabu tu,
Hafizah buat malam berinai.
khas untuk perempuan.
malam tu, rata-rata semua budak Asnan Gamil menangis.

ayat mak Hafizah yang masing terngiang dekat kepala.

'Mak cik ni macam mak orang lain. mesti lah nak Hafizah ni habis belajar dulu, kerja dulu baru kahwin. tapi hati mak mana yang tak tersentuh, bila Hafizah telefon cakap, mama, ini istikharah kakak. dia lah yang kakak nampak jadi suami kakak. jadi mak cik pun merelakan dia berkahwin'

oh maiiii. masa ni semua daahh basahhh lah kan mata.

pesan Hafizah,
'kawan-kawan jangan lah jeles dengan ana sebab ana pilih untuk berkahwin masa muda. tak kisah lah kita masih solo ke atau berdua, perjuangan dakwah masih perlu diteruskan. semua ni kan dah ketentuan Allah'



majlis akad nikah buat dekat Cairo.
mintak fakulti sediakan bas buat kami.
eksited tak eksited budak Asnan Gamil ni. haahaha.
hati semua bercampur baur perasaan.
tak tahu nak describe perasaan tu.

Alhamdulillah. dengan sekali lafaz, Hafizah sah jadi milik Ustaz Azim.

Barakallahu lakuma, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair.



yeayy! Asnan Gamil dapat Ustad ipar!!


 dan khutbah nikah semalam yang sangat menyentuh hati.

'dan janganlah engkau mendekati zina, sesungguhnya ina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat'

'Syaitan akan menangis apabila seorang Muslim itu bernikah kerana peluang untuk menggoda anak Adam itu berkurangan.'

'kahwiniah perempuan kerana pada perempuan itu ada terletaknya keberkataan.'

tertusuk kau jantung.



dan one phrase yang sangat popular semalam antara warga Asnan Gamil,

'one down, 45 more to go.'

hihi.





kbai.

1 comments:

Anonymous said...

Bila majlis kau pulak? Hihi