18 January 2012

belajar itu seronok.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Every tooth in a man's head is more valuable than a diamond.  
~Miguel de Cervantes, Don Quixote, 1605


6 jam dari sekarang aku akan exam Dental Material.
tahun lepas ada subjek ni, tahun ni pon ada.
dokter ckp, dental material ni tersangat sangat sangat laa penting as a dentist.
sebab dentist mmg bekerja dgn bahan.

kalau tahun lepas belajar tampal gigi gune amalgam dengan composite,
tahun ni belajar lain lak.
belajar memang seronok.
nak jawab exam tu je yang tak berapa seronok. hehe.




IMPRESSION MATERIAL

untuk ambil record gigi.
ye, kalau satu jenis je senang nak hafal.
tapi ada 9 jenis kot!!
setiap satu properties kene hafal. bahan dia, advantages, disadvantages, reaction dia.
utk pesakit tak ada gigi gune yang lain, untuk yang ade semua gugu guna yang lain, yang untuk buat gigi palsu guna yang lain, kalau nak pakai braces gune yang lain.
oh, pening~~




MODEL AND DIE MATERIAL

model n die ni boleh dibuat dari pelbagai jenis bahan.
gambar tu gambar gypsum product. salah satunye.
gypsum tu ade 5 jenis batu yang pelbagai warna dan rupa.
untuk masuk dalam impression material tu laa.
nak dapatkan bentuk gigi yang dah direkod tu.
boleh guna maca-macam. hatta besi pon boleh.
ceramic pon boleh. so kene tahu cara penggunaan setiap bahan.



ACRYLIC RESIN

haaaa, hat nak buat gigi palsu.
ni laaa bahan dia.
yang kaler pink macam gusi tu.
ade 7 jenis acrylic resin ni.
depends pada keadaan pesakit laa.
kalau x nak gune yang ni, boleh gune besi.
kalau kaya, boleh gune gold.
tengok poket banyak mana duit laa kan.
hehehe. 


DENTURE LINING

haa ni untuk pengguna gigi palsu.
kalau gusi luka ke, bengkak ke, longgar sangat ke,
pakai ni laa. act as cushion.
ingat cushion ade sejenis je ke.
cushion ni pon ade maca-macam jenis.
yang tahan 3 hari jelaa, y tahan sebulan, yang tahan setahun pon ade.
bleerrrghhhhh~~


tajuk lain tak ada gambar best nak tunjuk.
btw, sebenarnye benda2 ni semua aku dah buat masa praktikal.
nak letak gambar produk diri sendiri malu sungguh.
buruk benar.
hasil kerja tangan pertama. hik3.

hehe. seronok sebenarnye belajar dentist ni.
meh pakat belajar dentist yok.
kesian Malaysia.
kekurangan dentist.



Some tortures are physical
And some are mental,
But the one that is both
Is dental.
~Ogden Nash



macam sooooooooo true je. HAHA.


Rabbuna Yusahlina,
subjek yang bawak banyak markah.
subjek yang agak menakutkan.

walau rasa penat dan malas dah menjengah ke dalam diri akibat subjek yang banyak,
teruskan melangkah kawan-kawan. siket je lagi. :)


oh, sebenarnye jeles tengok status budak medic,
2 down, 2 to go.
habes kitorang,
2 down, 5 to go.
T_______T




......

16 January 2012

A Cinderella Story

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
musim-musim exam ni laa tangan rasa gatal sangat nk bukak hardisk. mata ni gatal sangat nak tengok movie laa, korea laa, series laaa. masa kelas biasa tak teringat pun. tetibe rasa macam nak sangat tengok A Cinderella Story. yang ada Hillary Duff dgn Chad Michael Murray tu. ntah. antara cerita zaman kecik-kecik yang faveret. 



sabar azyan. sabar. 5 papers je lagi. lepas tu nak layan cite ke, korea ke, Gayo Daejun ke, semua boleh. 








kadang-kadang macam keliru. tak tahu dan tak yakin dengan perasaan sendiri. umur dah nak masuk 20. tapi fikiran macam budak sekolah lagi. susah sangat ke nak letak kepercayaan kat seseorang?



jom sayang diri sendiri. :)


......


13 January 2012

term pathology.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




berusaha sehingga ke detik terakhir.

kali ni, aku memang berazam untuk study sebaik mungkin supaya apa jua natijahnye, aku tak akan menyesal dan aku boleh berbangga mengatakan aku telah pun berusaha dengan bersungguh-sungguh. selebihnya semua berada di tangan Allah.

tak nak jadi macam masa result final pre-dental dulu. hadirnya satu perasaan yang tak boleh digambarkan. perasaan yang aku sorang je faham. untuk tak nak berulangnya lagi perasaan macam tu aku nak usaha sehabes baik supaya aku boleh berbangga dengan diri aku sendiri. go go azyan!

so, here we go. pathology ni pada aku sangat seronok cuma nya terlampau banyak yang kene hafal.

senarai perkataan baru yang aku belajar kat patho ni. ini laa nama nya ilmu baru.


INFLAMMATION

hyperaemia exudate proteolytic enzyme margination n emigration selectin integrin chemotaxis lymphokine leukotrines polymorphoneuclear leucocyte chemical mediators kallikrein bradykinnin prostoglandin(PGE2) serotonin (5HT) malaise histiocyte reticuloendothelial system complement megakaryocytes hodgkin's giant cell opsonin catarrhal inflammation coryza diphteria bacillary dysentery pleurisy small pox urticaria pus abscess ulcer sinus fistula lymphagitis lymphadenitis boil furuncle carbuncle granulomatous chronic inflammation talc granuloma sarcoidosis crohn's disease toxaemia clostridium whelchii clostridium tetanus rigor bacteraemia typhoid fever septicaemia streptococcus haemolyticus staphylococci aureus pheumococci osteomyelitis cellulitis pyaemia endocarditis suppurative otitis media portal pyaemia thrombused piled


REPAIR (HEALING AND REGENARATION)

regenaration parenchymal cell labile cell resting phase(Go) stable cell viable permenant cell granulation tissue thrombosis cortisone extravasated contracture keloid epidermoid cyst osteomucin callus Wallerian degenaration

DEGENARATION

cloudy swelling hyropic or vascular degenaration lipotropic substance mucin myxoedema myxoma carcinomas glomerulonephritis mallory's bodies councilman's boidies acidophillic bodies crooke's hyaline cushing's syndrome russel's bodies rhinoscleroma zenker's degenaration leiomyoma polyarthritis nodosa amyloidosis fibril neoplasm empyaemabronchiactasis osteomyelitis hodgkin's lymphoma neuropathy sago spleen Addison's disease methyl violet Lugol's iodine thioflavin-T Congo red test GOUT nephropathy tophi anthracosis arygyria plumbism carotenaemia melanosis coli chloasma leucoderma haemochromatosis Bronzed diabetes hepatocelluar jaundice haemozoin Dystrophic calcification caseation Lethiopedian atheroma nudular goitre Metastatic calcification hyperparathyroidism hypervitaminosis D calcinosis pathological issification 

NECROSIS AND GANGRENE

pyknosis karyorrhexis karyolysis coagulative necrosis ghost of cell liqusfactive necrosis amoebic liver abscess rheumatic fever pancreatitis zenker's necrosis apoptosis putrefication thrombogenitis obliterans ergot poisoning senile gangrene extremities conical stump blebs crepitate sensation cancrum oris noma pudendi post operative synergistic gangrene deep-seated abscess

CIRCULATORY DISTURBANCE

ischaemia ligation collateal circulation endaritis obliterans thrombosis phlebitis line of Zahn deep vein of calf iliofemoral vein mesentric vein vulbular thrombi mural agonal thrombus phlebolith thrombotic hemiplegia ascites hyperlipidaemia embolism artheramatous patch Caisson's disease vertigo paradoxical embolism infarction aneurysm cystic degenaration hyperaemia cyanosis liver cirrhosis varices chronic venous congestion(CVC) brown induration nut-meg liver cast like spleen beet root kidney haemorrhage mycotic epitstaxis haemoptysis melena bleeding per rectum haematemesis haematuria menorrhagia metrorrhagia haemothorax haemocele haemopericardium haemoperiosteum haemoarthrosis petichial haemorrhage eccymosis haematoma oedema hypoproteinaemia transduate hypoalbuminuria phlebothrombosis pallor hypovolemic cardiac temponade 

IMMUNOPATHOLOGY

hapten cytokines hypersensitivity atopy anaphylaxis idiopathicthrombocytopenic purpura arthus phenomena serum sickness acute proliferative poststreptococcal glomerulonephritis systemic lupus erythrrmatous Hasimoto's thyroiditis reumatoid arthritis Sjogren's syndrome agammaglobulinaemia hypoplasia ataxia telangiectasia uraemiasarcoidosis asymptomatic Kaposi sarcoma


fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.


ok, ni baru term yang aku belajar. sebelum ni tak pernah nye aku jumpa segala istilah ni. see nak kata bertapa banyak nye sumbangan seorang pendidik. bayangkan bila aku ingat n guna istilah2 ni, lecturer aku mesti dapat bahagian dia sebab dia yang menyampaikan ilmu ni. ini baru istilah, belum segala kefahaman aku terhadap penyakit-penyakit ni semua. lepas tu ni baru aku sorang, darab dengan semua student. perghhhh. gila kentang!
sebab tu antara kerja yang paling mulia ialah seorang PENDIDIK.

terkesan dengan status Hanis, classmate aku semalam,

Blaja gigi payah, blaja medik pun payah, apa2 pun payah~ nama pun belajar, takde yang mudah. Kat rumah, adik tahun 3 pun tengah struggle hafal sifir, katanya payah!

:: Belajar perkara baru memang mencabar..x kiralah umur, tua atau muda. Sebab adat belajar itu mmg perlukan mujahadah. Jadi, tabahlah! Kalau budak skolah rendah bleh struggle sungguh2, kita mesti lebih2 lagi! ::







bila fikir-fikir balik, memang setiap masa aku rasa belajar ni susah. sebab tu laa nama nye proses pembelajaran. tak susah sekarang, macam mana nak senang nanti. betul x?

jadi kawan-kawan, doakan laah kami pelajar PERGIGIAN universiti Tanta yang akan start exam esok.

Allahumma laa sahla illa maja'altahu sahla.

esok adalah waktunye. apa pon, jangan lupa,

BERUSAHA + DOA + TAWAKKAL

selebihnya adalah urusan Allah. Jangan sekadar minta MUMTAZ tapi mintalah YANG TERBAIK.


Ya Allah, jika mendapat MUMTAZ adalah yang terbaik buat kami, maka berikanlah kepada kami MUMTAZ.
namun jika MUMTAZ bukanlah yang terbaik buat kami, maka redhakanlah hati kami menerima ketetapan-Mu Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Mengetahui dan Engkau jualah sebaik-baik perancang. 




........
      
    

11 January 2012

rindu. rindu. rindu.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..





exam syndrome dah datang.

kalau orang lain, homesick.

aku ni tengah familysick.

nape bukan homesick?
sebab kat rumah sekarang tinggal mama ngan babah je.
even kalau aku balik rumah sekarang, aku akan dapat jumpa mama ngan babah je.

tapi aku familysick.
sebab aku rasa macam dah laaamaaaaaaa sangat sangat family aku tak berkumpul 7 orang.
mesti ada yang tak cukup.
bila aku cek-cek balik, last tima kitorang semua satu family kumpul, masa aku balik rusuhan tahun lepas.
itu pun tanpa di rancang.

mungkin sebab mama ngan babah memang dah terapkan hidup berdikari dari kecik.
semua masuk asrama dari form 1.
jadi susah sangat nak jumpa.
start mcm susah sangat kitorang nak jumpe, aku rase masa form 5.

bulan 2, 2009 angah fly gi Australia.
bulan 10, 2009 along fly gi UK.
bulan 9, 2010 aku fly gi mesir.
bulan 10, 2010 along balik dari UK.
bulan 12, 2010 angah balik cuti.
bulan 2, 2011 aku dapat balik mengejut.
bulan 2, 2011 angah balik Aussie lepas jumpa 2 minggu.
bulan 3, 2011 aku balik mesir.
bulan 5, 2011 along dapat keje kat UTHM, batu pahat.
bulan 8, 2011 aku balik cuti di saat kak chik n adek tak cuti malah tengah exam mid-year.
bulan 9, 2011 along kawen.
bulan 9, 2011 angah balik 13 hari.
bulan 9, 2011 aku balik mesir lepas jumpa angah 4 hari.
bulan 10, 2011 angah balik Aussie.

sekarang kak chik dah form 5 dah.
adek dah masuk asrama form 1.
sebulan sekali baru balik rumah.
kosong laa rumah tu.
mama ngan babah dating laaa hari-hari.
bak kata babah,
'baba rasa macam nak kecikkan je rumah ni. terasa kosong'


tadi tido mimpi family.
mimpi pergi cuti sama-sama.
kalau waktu lain, mimpi tu akan jadi indah.
tapi sebab waktu sekarang, sangat mengganggu emosi dan perasaan.
tak suka rasa macam ni. time-time exam suka nak datang perasaan macam ni.
kalau homesick, sekarang jugak aku boleh beli tiket flight nak balik malaysia winter break ni.
tapi bila familysick memang tak boleh buat apa laaa.
balik malaysia pun sama je bukan dapat kumpul satu family.

rindu sangat nak makan satu meja.
rindu sangat nak bergelak ketawa 
rindu sangat nak kecoh-kecoh dalam kereta
rindu sangat nak pergi cuti sama-sama
rindu sangat nak teman babah ngajar space sambil bercuti
rindu sangat nak tengok mama melawat site kebakaran elektrik
rindu sangat nak gaduh adik beradik
rindu sangat nak dengar mama bising-bising suruh kemas rumah.
rindu sangat nak dengar lawak babah face to face.
rindu sangat nak sembang-sembang sambil gosip
senang cakap rindu sangat mereka yang bernama FAMILY


di airport tanpa kak chik. :( 













ok, tetiba buku patho ni basah.
fokus azyan.

2 hari lagi exam killer.
pathology.

pray for me n my family.
cepat laaa raya.
kalau tak ada aral melintang, dengan izin Allah,
kitorang akan dapat berkumpul satu family raya puasa 2012 ni
oh, sungguh aku tak sabar.

exam. exam. exam. exam.





....

06 January 2012

aku cuak.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

tadi buat medical check up.
akak-akak senior medic buat.
sempena Hari Pengumpulan Aset (HPA)

ini result nye,



diognosis akak Ummul Hani,
akak ni tahun akhir medic ok.

HYPOTENSION HYPOGLYCEMIC

blood pressure tadi,
sampai 3 kali k.bie buat.

paling menyeramkan tengok result blood glucose.
padahal aku baru lepas makan.
akak-akak tu cakap, kalau orang baru lepas makan,
sepatutnye lebih dari normal.
tapi aku yang baru lepas makan, 
rendah gila dari fasting level.
huaarrgghhhhhh.

akak-akak ni suruh aku bertenang.
sebab dyorang kata mungkin hari ni je badan aku x betul.
esok dyorg suruh test lagi.
cuak tau.

tahu x perasaan nye bila kita tak pernah pun rasa kita sakit or tak sihat,
tapi result check up menunjukkan sebalik nya.
sepatutnye aku tak perlu laa nak cuak pun kan.
aku memang tak pernah ada sakit sebelum ni.
InsyaAllah esok semuanye normal kan.
tapi ntah nape hati rase x sedap.

doa sangat-sangat esok result nye normal.
kau yang baca ni, tolong doakan juga.

solusi yang terlintas di kepala aku sekarang,
aku nak makan gula dari sekarang sampai aku ambek test tu lagi esok.
hohoho.


........


04 January 2012

lilin oh api.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


okeyh. maap. post ni atas permintaan mama saya.


 ingatkan x nak post pasal ni. lagipon dah 2 minggu dah kes ni.
tapi tak pe laa. sila ambil pengajaran bersama ye.


anak-anak kat luar sana,
kawan-kawan, pak cik makcik, semua laaaa.
jangan bermain dengan API ye. api ni,
kecil-kecil kawan, dah besar jadi LAWAN.
dalam kes rumah kitorang ni, bukan jadi lawan je, tapi jadi LETUPAN sekali.


=.="


malu seyh.

dah besar panjang dah!!!!

tak perlulah tahu secara detail.
tapi boleh lah untuk tahu perkara ni berlaku disebabkan LILIN yang bernyala di kala semua orang sedang nyenyak tidur.








salur paip di sebelah kanan tu, yang ada handle warna kuning tu adalah salur gas masak ke satu bangunan.
sila bayangkan, jika api tu ke salur terbabit, satu bangunan rumah aku akan meletup. 
nauzubillah.
meremang bulu roma mengenangkan hal itu.
Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan kepada kami utk bernafas lagi.




mama, ni laaa gambar dapur yang terbakar hari tu. hehehe.

malu seyh anak eksekutif teknikal Suruhanjaya Tenaga telah membakarkan dapur rumah sendiri. HAHAHAHA.


.....

03 January 2012

saya budak baru belajar.

3 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




Assalamualaikum.


Okeyh, cakap x nak update blog. Tapi x boleh laa. X Berjaya tahan ke’eksited’an hati ni. hehe.

Erm, siapa yang kenal aku, mesti tahu aku ni buta IT. Bukan buta siket2, tapi buta sungguh-sungguh.

Word pun x lepas, power point, excel lagi laaa. Jangan tanye laa, memang tahu sekadar yang basic.
Inikan pula picasa, photoshop, photo bucket, ok, aku x tahu lagi. Haram laa aku nak tahu kan.

Ceh, dulu konon2 ade prinsip laa. Benda yang x mendatangkan faedah dan manfaat kepada diri sendiri, x payah laa nak susah2 kan diri belaja. Yelaaa, aku fikir, aku bukan nak ambek bidang IT ni pon. Aku pon x suka buat keje gune laptop. Lebih rela tulis tangan.

Tapi, nampaknya Allah nak suruh jugak aku belajar. Guess what, aku pegang taklifan ketua unit promosi untuk ECONS. Blerk. Ye, aku pon mcm nak muntah bila dapat surat kerja tu.

Promosi? Apekah?

Banyak kali aku bace surat, aish. Tak ade kerja lain ke nak bagi aku. Tapi terima jelaa. Ade manfaat kot. Masa meeting first, ketua ECONS berkata,

"haa, azyan. Ape lagi, sila laa belajar guna photoshop ye. Penting tu."

Aku pon macam, erk??!!! Telan air liur banyak-banyak kali.

Pengetahuan aku tentang photoshop ZERO!!

Ulang suara, KOSONG!!

Tak main-main. Aku x pernah sekali pon mengedit gambar ke buat poster ke buat banner ke. Sekali pon tak pernah. Dalam laptop aku ni takade satu pon software utk tujuan itu. Rasa mcm tersentak bila tiba2 je kene belajar. Lepas tu kawan2 aku ckp, antara banyak2 software, photoshop paling susah. Lagi laa buat aku mcm, whaaaaattttttt???!!!!

Lepas tu dua hari lepas dapat kerja. Kene buat poster.
Nasib baik dunia ni dah canggih. Dengan bantuan utube, paham laa aku siket2 photoshop ni. Siyes mentensenkan belajar benda yang kita tak minat ni. Tapi mcm dulu jugak, aku x minat dentistry, tapi aku boleh je belajar. Jadi benda ni pon kene sama. Dengan istilah2 yang x pernah aku belajar mcm layer, brush, blending, filter, lasso tool, errrggghhhhhh. Banyak sangat laa. Pening oh. Aku pon dengan penuh tekun dan khusyuk menghadap laptop ni lebih 4 jam.

Hasilnye,
































Tadaaaaaaa.







tak ada pon sebenarnye. hehe.

poster tu aku x nak tunjuk pon. Malu seyh. Hahahahaha. Buruk. Bukan untuk aku hantar pon. Trial je. Poster tu dah mintak tolong org lain buat sementara aku belajar buat. 
Hehehe.

Tapi nak tunjuk ni.
Gambar pertama yang aku edit.



L.A.M.E laaaah azyan oi!! Hahahahaha.
Lantak laa org nak kate ape. Yang penting aku hepi gile sebab kerja first aku kot. Ingat senang ke?!!

Tengok video 2 jam lepas tu buat poster ngan edit gambar ni dlm sejam lebih. Pencapaian yang membanggakan laa kan bagi orang yang buta IT mcm aku ni kan?

   
Nampak perbezaan?

Seronok sangat sebab dah reti remove org yang mandi tu, org yang tgh piknik tu dgn pagar kat sebelah pantai tu. Macam magik je dia hilang. lepas tu main blur2 laa, main sharp2 laa. sesuka hati je tekan2. Wohoooooo. Bahagia. Bahagia. padahal baru laaa belajar seciput je. haha.

kesimpulannye, seekarang aku dah suka photoshop!!! Nak kene belajar biar jadi pro ni. Tengok kat utube, gile mantap laaa org gune photoshop ni. Nak ternganga tengok dyorg buat.

See, siapa kata minat tak boleh dipupuk. Di mana ade kemahuan, di situ ada jalan, dan InsyaAllah akan beroleh kejayaan. Doakan aku dapat belajar sebasic mungkin before mid year exam supaya aku boleh focus pada exam aku pulak. Papehal pon, exam tu lebih penting dari photoshop ni. Chaiyok azyan!!!!!

Wassalam.



......