30 September 2012

rasa teruk.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



feels like i'm the worst friend in the world. while i'm enjoying this so-called-great-success, some of my friends are crying for their results. kawan apakah ini? such a bad bad bad friend.
 T_T


mudah sungguh Allah bagi aku mumtaz,
sedangkan sahabat-sahabat aku ada yang bermandi air mata semata-mata untuk lulus saja.


aaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh. rasa teruk, teruk, dan sangat sangat teruk.

kenangan terindah.


Ya Allah, kau tabahkan laah hati-hati mereka. berilah mereka kekuatan menghadapi ujianMu ini. terasa berat ujian yang kau timpakan terhadap meraka dan juga kami. Moga dengan ujian Kau ini, lebih dekatlah hati-hati kami ini kepada engkau. jangan lah engkau menjauhkan hati-hati kami kerana ujianMu ini. Kau peliharalah ukhwah kami ini agar sentiasa kukuh sebagaimana persahabatan Rasullah SAW dengan Saidina Abu Bakar. ameen~




asnangamil akan sentiasa 46 orang.

sayaaanggg sangat dekat koraangggg. lillahi taala.


......

28 September 2012

bye bye.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


lebih kurg 4 jam lagi,
flight dari johor ke klia.




hati berdebar semacam.
macam ada benda yang tak kene.
cuak, cuak, cuak.
dah beberapa hari macam ni.
Ya Allah, harap-harap nya, ini bukan petanda sesuatu yang buruk.
tapi petanda sesuatu yang baik. InsyaAllah.




so goodbye Malaysia.
semoga permusafiran ini membawa lebih banyak erti dan makna.
untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik.
untuk berubah menjadi seorang muslim yang lebih baik.
untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.
untuk berubah menjadi seorang anak yang lebih baik.
untuk berubah menjadi seorang pelajar yang lebih baik.
moga Allah permudahkan semua. 
:)




dan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.


mohon doa semua agar diri ini berjaya menjadi seorang doktor gigi yang dapat menyumbang kepada Islam, bangsa, negara dan ibu bapa sendiri. 
:)



satu bebebanan perasaan dah lepas.
now, fokus pada apa yang lebih penting.
hello, buku, buku dan buku.
=.='



......




27 September 2012

packing. packing.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


ommooooo.
dah nak balik daah.
dengan menitik air mata ni,
mengemas beg dengan penuh syahdu.
oh, x mahu balikkk!!


dah laaa boleh bawak 23kg je!
mana aku nak campak kasut sampai 4 pasang tu.
baju kurung sampai 5 pasang.
belum tudung, baju, seluar lagi.
aish, ini lah masalah jadi kalau tak suka nak shopping dekat sana.
kenapa laa citarasa org mesir tak ada yang sama dengan aku??!!
=.='
tu baru baju. ade dengan segala kicap, sos cili, sos tiram, tepung beras, tepung pulut, ikan bilis, lada kering dalam tu.
aigooooo.
stressss gile kemas barang.
nak tinggal sayang.
nak bawak, dah terlebih kilo dah ni. adeyh.



baru separuh dari barang nak bawak balik.
errghhh. 
ohtokke? ohtokke?


 comel tak bungkus macam ni. heeeee.

 segala botol ni je pun dah dekat 5kg. aish. x nak tinggal. mana nak cari kicap dengan sos cili kat sane. huuuuuu. :'(


nak balik ni,
proses transfer cerita laa apa lagi.
kak chik nanti habis SPM, dia nak khatam kan drama korea yang tak dapat tengok.
yang adik lak nak tengok running man tak sudah.
sebagai kakak yang baik, aku bagi jelaaa meskipun tak memdorong ke arah yg tak berapa baik betul. hahahahaha.
sampai 2 laptop guna untuk men'tranfer.
4 hardisk.
adoii. budaya tak sihat sungguh. 
=.='

hukhuk.
air mata macam nak menitik.
malas sungguh nak balik.
tak nak balik. tak nak balik. tak nak balik.

jadi, sila doakan perjalanan aku ye. 
sekarang ni banyak betul kes budak oversea accident.
dah laa dari airport tu nanti, aku kene naik tremco ke Tanta.
terbayang budak Russia yang meninngal tu pon kan naik van dari airport ke tempat dia.
cuak, cuak, cuak.
jadi sila doakan perjalanan pergi dan balik aku ye.
Moga-moga selamat sejahtera hendak nya.
InsyaAllah kalau ada rezeki,
tahun depan nak balik lagi. hehehe.
anak manja betul tiap tahun nak balik.
=.='




.........




21 September 2012

A Gentleman's Dignity

3 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


nak cakap pasal satu drama ni,

A Gentleman's Dignity


huaaarrrrghhhhh.
tolong laaa tengok.
kalau korang tengok,
aku sayang korang ketat-ketat.




dah lama dah habis tengok cerita ni,
cuma rasa malas nak cerita.
tapi cerita ni sangat-sangat best.
paling aku suka pasal cerita ni mestilah sebab friendship 4 orang watak utama tu.
jeles gila tengok persahabatan dyorang.
jeles amat.




basically, cerita ni mengisahkan 4 orang kawan baik yang dah berkawan dari umur 17 sampai laa cerita ni yang berlaku masa dyorang berumur 40 tahun. 
sangat lama dyorang berkawan.
cerita ni macam logik dan memang boleh jadi kat dunia sebenar.
bukan macam Secret Garden yang tertukar badan,
tak pon macam Rooftop Prince yang bertukar zaman,
atau Boys Over Flower yang F4 tu perfect bagai.
dyorang bukan laa perfect dalam semua benda.
jahat, nakal jugak. kadang-kadang gila.
jadi watak orang-yang-selalu-perfect-tak-ada-kurang-langsung yang selalu dalam cerita korea tu tak ada laa sebab dyorang ni nakal.
dah tua pun nakal lagi.
sorang rajin belajar, sorang playboy, sorang ni manly gile, sorang ada sejarah pahit.
logik laa kan. macam mustahil nak jumpa orang yg macam malaikat tak ada cacat cela langsung kan.
dan sebab tu aku suuukkaaaaa sangat cerita ni.



dan macam biasa,
setiap sorang ada kisah hidup masing-masing.
setiap sorang ada konflik tersendiri.
tapi masing-masing saling sokong menyokong antara satu sama lain.
bagi support, tolong happy kan bila orang tu ada masalah.
oh, tersentuh sangat.
mungkin sebab dyorang lelaki, 
wujud laa macam tu.
aku rasa mustahil nak jumpa perempuan macam tu.
hmmmmm.


jadi kalau nak kata rating cerita korea yang aku suka,
cerita ni no 2 dalam hati aku lepas Moon Embrace The Sun.
yang tu tak leh lawan laa.
menangis lebih 5 kali bila tengok.
sobs3.



bila tengok cerita ni,
teringat kat LI Crew.
geng budak lelaki kat Kisas dulu.
Safwan, Qutham, Akip, Fye, Hafiz, Syamim.
hopefully dyorang pun boleh jadi macam cerita ni.
nak jadi serapat dalam cerita ni,
macam mustahil jugak dengan sistem kehidupan Malaysia kan.
tapi at least,
terus berkawan sampai tua.
keep in touch sampai besar.
kalau dyorang boleh bertahan,
memang tabik spring laaa kat mereka.


so, tengok taw cerita ni!
supaya aku ada geng nak cerita pasal cerita ni.
hehehe.


......


20 September 2012

happy suka suki

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




When people have someone to love, they don't want it,
When they want it, they can't get it ,
And when they can , there's no one .



thanks Jay for the quote.
uhuks, uhuks, uhuks.
batuk pulak lepas baca.




dan USS sangat daebakk!!
siapa nak pergi, nak ikut lagi sekali!!
dengan syarat, nak pergi masa weekdays di mana Malaysia bukan public holiday dan Singapore pun bukan public holiday.
sebab semua game tak payah beratur.
semua game boleh naik banyak-banyak kali.
:D



......

18 September 2012

hati bunga-bunga kembang-kembang.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

banyak sangat benda nak cerita.
banyal sangat benda nak share.

tapi,
tapi,
tapi,

masa tak ada!!
:'(


just come back from the dentist.

'Gigi awak bersih dan cantik. Tak ade kene tampal, tak ada berlubang, rata je gigi awak. Pastikan awak jaga gigi awak. Biar sampai umur 50 tahun pun gigi awak cantik macam ni.'

^^,


oh, seronoknya dalam hati.

nak jadi dentist yang ada gigi cantik.
baru laa style!



.......

14 September 2012

ini pilihan saya. :)

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


kegilaan pada lagu DBSK muncul kembali.
aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh.
dulu kata dah cukup laa dengar k-pop ni.
fokus utama, lagu DBSK dengan BigBang lah.
tapi sejak 2 hari ni,
macam 24jam nak dengar lagu mereka.
kalau tak dengar pon, dalam kepala ni asyik menyanyi je.
ohtokke? ohtokke?
=.='





keputusan nya,
mereka bakal pergi tanpa ku.
sobs3.
:'(

aku pilih untuk tak ikut.

dan hikmah di sebalik itu,
baru aku sedar.
aku sudah semakin matang berfikir dan membuat keputusan.
thankfully, tak ada lah rase sedih sangat pon bila buat keputusan macam ni.
Alhamdulillah.
:)





semoga mereka bergembira nanti.
bye -bye Melbourne.
tak jumpa sekarang, kita jumpa lain kali.
nanti lepas aku kawen, aku ajak suami jelaa pergi situ.
haha.


.....



10 September 2012

jalan-jalan utara!

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Skudai - Putrajaya - Ipoh - Kulim - Kangar - Kuala Perlis - Alor Setar -Penang - Bangi - Skudai.


pergh. memang penat berjalan.
terima kasih negeri-negeri utara.
:)


Alhamdulillah,
aku memang dilahirkan dengan mak ayah yang selalu kerja outstation.
jadi berjalan kat negeri semenanjung ni dah selalu sangat.
setiap negeri aku mesti dah jejak lebih 3 kali.
jadi tak adalah excited ape pon kan.
tapi kali ni memang pergi bercuti tanpa ada kerja pon.
cuma kali ni sebab pergi bertiga je,
rase kosong kereta tu.
tak meriah sebab adik-beradik aku tak ada.
sobs3.


kat Ipoh.
terkezut.
pengalaman pertama kitorang basuh kereta tak yah keluar kereta.
ke memang Johor je yg kene keluar keta?
haha.

dalam deretan kedai-kedai cina,
tetiba nampak signboard nama Islam.
rupa-rupa nya yang jual nya muallaf.
jadi siapa-siapa yang nak beli limau bali,
cari laa kedai ni.
sokong ekonomi orang Islam. 
:)

bawah Hotel Seri Malaysia, Ipoh.
erm, cuti kali ni kitorang tido kat seri malaysia je.
Ipoh, Kangar, Penang.
tak tahu kenapa.
mungkin sebab berzaman sangat tak pergi cawangan-cawangan seri malaysia.
hohoho.

highway nak pergi Perlis.
Jambatan Sultan Azlan Shah.

dalam perjalanan tu singgah Kulim kejap.
nak cari Ikan Bawal goreng.
tapi cari-cari kedai nye tak jumpa.
last-last jumpa Ikan Bawal kari.
hentam saja lah.

dalam Gua Kelam.
seram pulak bila kitorang je ada kat dalam tu.
itulah, sapa suruh pergi masa weekdays. 
memang laa tak ada orang langsung.


singgah Kuala Perlis.
abah ngan mama borong mangga banyak gila.
sebab sangat lah murah.
oh, kenapalah Johor tak banyak buah-buah menarik.
erk, selain nenas please.
heee.

waktu keluar dari Perlis,
terasa nak singgah Alor Setar kejap.
pusing-pusing bandar Alor Setar.
last sekali pergi Pekan Rabu.

mama nak pergi Penang naik feri.


lambakkan pekerja asing kat Penang.
ni dalam perjalanan nak cari Teluk Tempoyak.
seafood punya pasal.
heee.

naik Bukit Bendera kat Penang.
dulu naik, gerabak nya buruk.
lepas tu lembab.
sekarang dah canggih oh.
laju pulak tu.
ala - ala roller coaster oh.
hehe.

panas ah atas ni.
dulu pergi sejuk.
adakah sebab perubahan iklim?
huhuu.

mendaki ke puncak.
cari masjid atas bukit ni.


dan Qutham datang ke Bukit Bendera jumpa kitorang.
lepas tu bawak gi makan tengahari.
terima kasih Qutham Akif!
selamat la tu mula hidup kat USM tu ye.


balik dari Penang,
singgah Bangi nk ke rumah kawan Abah masa kat Coventry dulu.
pak cik Hafiz yang dah 10 tahun x jumpa.
pak cik sorg lagi tak ingat nama, tak jumpa 16 tahun.
geng-geng buat phD kat UK dulu.

kawan-kawan Abah punya isteri mestilah kawan-kawan Mama kan.
mak cik Liha dgn mak cik Nas.
baru aku tahu mak cik Nas tu bekas Kolej Islam jugak.
hoho.

sampai rumah dalam pukul 1 pagi.
bapak penat gile ah.
campur dengan rasa yang macam-macam.
pukul 6 pagi baru aku tidur.
haish.
teruk betul!


seronok berjalan tengok tempat orang.
terasa beza dengan tempat sendiri.
dari segi bahasa, budaya, gaya pemikiran.
semua nya lain.
sebab tu saya sayang negara saya!
terima kasih Malaysia!
eceh. haha.


......





09 September 2012

apa yang dikepala ini.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


beberapa random things yang terlintas kat kepala saat ini,


satu,
kalau badan sihat tapi hati tak sihat pun tak guna kan.


dua,
 beberapa hari ni asyik memikirkan sesuatu yang tak patut.
kadang kadang susah bila otak kat kepala ni asyik nak fikir benda yang tak patut.
terlebih fikir.
adakah akibat daripada 2 bulan tak fikir apa-apa sebab seronok sangat cuti?
bila otak fikir macam-macam,
hati pulak nak rasa macam-macam,
akibatnya tak boleh tidur.
tak ada selera nak makan.
apa yang sedang berlaku ni?
duh.

tiga,
EGO
ye, saya seorang yang ego.
saya ada ego saya sendiri.
saya sedang belajar untuk menurunkan ego saya.
ego ni tak baik untuk diri dan hati.
kadang-kadang sebab ego saya yang entah apa-apa ni,
saya kehilangan benda/orang yang saya sayang.
kadang ego saya ni buat saya bertindak tanpa berfikir.
kan dah cakap ego ni tak bagus.
jadi mari kita berusaha untuk turunkan dan rendahkan ego masing-masing.
walaupun susah nak mati,
tapi kene cuba dulu baru tahu.
:)


empat,
 hampir 5 tahun benda tu dah berlalu.
tapi masih lagi segar kat ingatan.
tak pernah hilang.
walaupun nampak macam dah ok, 
kadang-kadang bila datang gila tu,
memang tak ok laa kan.
dulu rasa tak kuat sorang-sorang.
tapi sampai bila nak mengharapkan orang kan?
bayang-bayang pon akan tinggalkan kita,
apa lagi seorang manusia.
jadi baik undur diri dulu sebelum jatuh buat kali kedua.
sebab kalau jatuh lagi,
belum tentu dapat bangun balik macam dulu.



lima,
 hanya disebabkan kita lupa DOSA tu,
tak bermakna DOSA kita tu telah diampunkan.
kan?


enam,
 bila orang yang boleh membahagiakan hati adalah orang yang mematahkan hati,
apa perasaan nya ek?


tujuh,
 bertindak sarkastik bukan membantu pon.
menyakitkan hati ada laa.


lapan,
 orang cakap,
memendam perasaan bukan jalan terbaik.
tapi meluahkan pun bukan pilihan yang ada.






merapu dan meraban di malam hari.
maka jom berusaha untuk tidur. 
sebelum tidur maafkan semua orang.
barulah hati akan tenang.
:)


.....


03 September 2012

a wonderful trip to Legoland Malaysia.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


wanna know something??!!
aku dah pergi Legoland Malaysia.
woot, wooot.
thanks to mama, erk, i think Suruhanjaya Tenaga for the ticket.
heeeee.

 tiket-tiket percuma. heeee.

 masjid Putrajaya eh?
tak cam laa.

stesen keretapi. 



dulu pergi Turki tengok Miniaturk pon sangat kagum,
hambek ah. tengok kat sini semua guna Lego,
lagi laa kagum gile.
daebak gile.



 main game pusing-pusing.



tapi cuaca nya,
MasyaAllah. panas gile oh.
terik gile mentari.
mungkin sebab tu kot ni lah Legoland pertama dalam Asia.
sebab iklim negara Asia ni mcm x berapa sesuai untuk outdoor activity mcm ni.
balik-balik tak yah cite laa.
legam gile muka. duuh.
duduk mesir pon x sehitam ni.
hahahaha.
:P







bila kat sana dengar macam ramai umur-umur aku ni complain tempat ni x berapa best.
sebab tak ada game yang extreme macam dekat Sunway Lagoon.
tempat macam untuk budak kecik.
mungkin sebab dyorang tu tak main Lego masa kecik-kecik.
heeeee.
seriously, tempat ni sangat menarik bagi orang yang main Lego waktu kecik-kecik.
sebab korang akan kagum sangat-sangat tengok macam mane dyorang bina semua binaan guna Lego semata-mata.
totally Lego.
kalau niat korang nak datang sini nak main game-game yang extreme,
ni bukan tempat dia.
ni tempat beseronok menikmati keindahan Lego.



game ni penat gile.
siyes lenguh gila tangan.


so the question is,
how did i end up going to Legoland Malaysia which is supposedly open on the 15th Sept?
jeng, jeng, jeng.
sebab tempat mama kerja yakni Suruhanjaya Tenaga ada terlibat secara langsung dalam pembinaan dan pembukaan taman tema tersebut.
jadi bagi menghargai golongan yang ada terlibat dalam pembangunan ini,
pihak Legoland memberi beberapa tiket percuma kepada mereka yang terlibat.
wohoooo.

 biasa kat mesir tengok replika yg real.
skrg ni replika buat dr Lego.
ohoooo.



yang sedihnya,
Angah, Kak Chik, dan Adek tak dapat ikut.
Angah dah balik Aussie.
Kak Chik ngan Adek kat hostel.
jangan sedih-sedih eh.
nanti kalau korang ada cuti,
kita pergi sama-sama eh.
:)


 amboi abg wan. haha.


jadi da dapat tiket free,
takkan tak nak pergi kan.
Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.


 kami dipenjara. 
:(




terasa macam kembali ke zaman kanak-kanak.
semua game aku main.
hello, bukan aku je.
Along dan Abg Wan pon layan semua game.
tak padan dah kawen,
macam budak kecik.
hahaha.


sedang bergembira ni.
:D
 tekun gila masing-masing buat kereta lumba. 

 and the match!
pusingan pertama mama menang.
pusingan kedua abah menang.
pusingan ketiga abg wan menang. 
aku kalah.
:'(


apa yang menarik dalam ni?
sangat banyak.
semua benda buat dari Lego.
sangat comel.
sangat menarik
sangat kagum.



dan apa yang buat aku suka sangat?
sebab 16 tahun lepas yakni pada tahun 1996,
kitorang satu family pernah pergi Legoland Windsor, UK.
sila bayangkan kegembiraan tu.
masa tu umur aku baru 4 tahun.
sekarang dah 20 tahun daah.
tengok balik Lego, Lego, Lego tu.
aaaaaaaaaaaaahhhhhhhh.
nak balik UK.



so, begitulah kisahnya.
gambar lagi dekat fesbuk.
lembap sgt laa upload kat sini.

jadi aku kat sini nak promote laa Legoland Malaysia ni.
dia terletak kat Nusajaya Johor.
pergh, lepas ni kalau org tanya kat Johor ada ape,
ada Legoland laaa.
hahaha.
officially, dia akan buka pada 15 Sept 2012 nanti.
water park dia akan bukak dalam tahun 2013 atau 2014.
hotel Legoland pun masih dalam pembinaan.
jadi marilaa ramai-ramai datang ke Johor.
bersama-sama memajukan ekonomi negeri Johor.
eh, ekonomi negara,
:D


semoga korang enjoy kalau datang sini.




......