17 October 2012

video panadol.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


*klik. klik. untuk video*
ucapan daripada aku bermula minit ke 7.28
:D

awkward gila.
semua benda nampak awkward.
dari muka ke cara duduk ke cara bercakap ke semua laa.
nampak sangat kekok nye.
=.='

sebab dan alasan kenapa awkward nak mati adalah ;

kisah bermula pada pagi hari, Peng tunjuk sms dari budak Cairo menyatakan ingin ucapan dari teman-teman di merata tempat. aku ingat beramai-ramai, tapi Peng cakap dia malas nak ramai orang. dia ambik beberapa orang saje. so aku pun ok lah.

tamat saja kelas pharma, semua orang berduyun-duyun pulang. aku pun tanya Peng, 

'eh, Peng, aku sorang je ke pompoan?'

'aah. aku malas nak ramai-ramai. kau ngan Ahmad jelaa. wakil kelas'

aku pun macam, apekah? weyh. segan gila kot. walau aku ni nampak macam ni, *batuk siket* tapi aku pun masih ada sifat segan gila tahap melangit nak cakap depan budak lelaki tanpa kawan kat sebelah. lagi-lagi nak cakap pesanan n ucapan bagai. adessss.

dan tambahan pula hari tu aku pakai baju kurung dan tak pakai arm sock. urm, biah kot. nampak pelik pulak nanti aku hayun-hayun tangan aku sambil bercakap, tapi nampak lengan. oh, macam-macam nya yang aku fikir.

so aku pun mintak nak duduk. lepas tu bila nak mula rakam, bibir mcm kelu dan tergagap nak sebut apa-apa. haha. tambahan dengan sorang-sorang tak ada kawan yang teman. padahal depan Peng dengan Ahmad je pun. =.='

maka jadilah muka awkward gila gaban macam dalam tu. haha. eiyra kata macam muka nak nangis pun ada. haha. 

so, enjoy the video. from the students of third year medical school, Cairo uni. 

sentiasa perbetulkan niat masing-masing. 
belajar bukan hanya kerana segolong ijazah semata-mata. 
take note ye.
:)



.....

2 comments:

Anonymous said...

bhahahahahaha!

Stalker Comel . hihi . said...

wahhh . :D *clap clap*