13 December 2011

Islam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



esok ade quiz microb.
baru bace 2 page. huhu.
insyaAllah. sempat punye.
akhir-akhir ni quiz banyak betul menerjah.
pelik jugak lah.
tahun lepas x banyak pon quiz. boleh kate x ade laa quiz yang lecturer nak buat.
biasenye quiz yang ajk subjek buat ade laa.
tahun ni mungkin lecturer ambek pendekatan yang berbeza.
quiz ajk subjek, quiz lecturer, dan sekarang yang utama, mid-year exam.
dah dekat daaaa.
cepat nye habes satu sem.
rasa kejap je.



ok, bukan itu yang mahu diceritakan di sini.



dari petang tadi, mata ni ralit betul dengan laptop.
macam x nak berenggang.
banyak sangat video yang menarik hati ni.

cube korang tengok ni.


lepas tu ni.


lepas tu yg ni.





SUBHANALLAH.
MASYA ALLAH.
ALLAHUAKBAR.

sungguh tak tipu hati ni macam kene sentap.
air mata macam nak mengalir. erk, macam dah mengalir je.
kenapa ye?
orang yang baru peluk Islam rasa begitu indah dengan Islam.
mereka bersyukur sangat-sangat dengan nikmat Islam tu, dan menzahirkan kesyukuran tu dalam bentuk amal perbuatan.
kita yang lahir-lahir dah dapat nikmat Iman dengan Islam, tak pernah terasa zouq sampai macam tu sekali.
lepas pandang, lepas tangan je.
mak ayah aku Islam. aku lahir-lahir je dalam Islam. aku orang Islam. jadi?

jeles sangat-sangat.
perasaan cinta secinta-cintanya pada Allah.
perasaan dambakan kasih Allah.
perasaan terlalu rindukan Rasullah.
perasaan takut bila nak buat maksiat hatta utk dosa kecik sekalipun.
perasaan kerdil dan tak mampu buat apa-apa tanpa pertolongan Allah.
nak sangat-sangat perasaan tu terbit dan muncul dalam hati ni.
bukan setakat take everything for granted.
lagi-lagi video first tu.
mcm mane mualaf boleh betulkan orang yang sememangnya dari kecik memang dah Islam.
betulkan benda yang simple je kot. rapatkan saff bile solat jemaah.
benda tu kecik tapi memang ramai yang abaikan.
tersentap jiwa ni.


ALLAH itu MAHA BESAR.

ISLAM is the way of LIFE.

......

jom baca doa ni sama-sama.

Yaa Allah, 
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMU, 
supaya kemarahan, kesombongan dan sifat kedengkian berubah menjadi cahaya rahmatMU dan petunjukMU.

Yaa Allah,
 Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang, 
ampunilah setiap orang yang berbuat salah kepada kami, karena sesungguhnya mereka tidak mengetahui-nya.
 Dan tunjukilah kami dengan cahaya petunjukMU agar akhlaq kami yang buruk berubah menjadi cahayaMU

 Ya Allah, 
Ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari kesalahan kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.

Ya Allah,
 Berilah ketenangan pada hati kami agar ketakutan, kesedihan dan kekhawatiran jauh dari kami.

Ya Allah, 
Berilah keberkatan kepada kami dan terangilah hati kami untuk dapat merasakan petunjukMU didalam hati kami.

Ya Allah,
 Jauhkanlah kami dari kezaliman syaitan dan keburukannya, seperti engkau menjauhkan antara timur dan barat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, 
Berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.

Aamiin yaa rabbal ‘aalamiin .




......



0 comments: