29 June 2012

bilik baru. XD

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

jam sekarang menunjukkan pukul 12.37 tengah malam.
fuuuuhhhhh, baru habes kemas bilik.
sekarang di bilik baru.
XD

untuk pengetahahuan semua, rumah aku ada 4 bilik.
dan aku duduk bersama 3orang lagi kawan aku.
kira sorang memang dapat sebilik lah.
heaven memang heaven.
teheeeeee.

tapi bilik-bilik kat rumah ni macam-macam.
setiap bilik ada je kurang nye.

satu bilik tu kecik sangat.
saiz bilik paling besar dalam rumah ni dua kali ganda lagi besar drpd bilik tu.

satu bilik tu memang paling besar dalam rumah ni,
tapi pintu dia tak boleh tutup sebab pakai papan je.

satu bilik lagi tu saiz dah besar,
cuma bila summer panas gile sebab menghadap jalan besar.
siyes macam duduk dalam sauna bilik tu

bilik yang satu lagi tu je rasa nye paling tak ada masalah.
bilik second besar dalam rumah,
pintu boleh tutup,
sejuk kene angin je tiap masa.

jadi, nak di jadikan cerita,
kitorang ni perempuan normal.
yakni perempuan yang benda macam ni pon nak ambek kesah.
rasa tak puas hati semua. hoho.
mcm aku yang duduk bilik paling kecik tahun ni,
aku rase tak aci laa kan. heh.
ira pulak rasa mane aci bilik dia panas gile.
mampuih laa tiap kali exam meroyan kepanasan mcm duduk dalam microwave.
jadi kitorang decide setiap tahun nak bergilir.
biar semua orang rasa lebih kurang setiap bilik tu.
hohohoho.
semua kate kitorang gedik nak tukar-tukar.
leceh dan menyusahkan laa.
tapi dari gaduh n rasa tak puas hati dalam hati,
baik selesaikan sebaik nya.
perempuan kan bab hati ni sensitif siket. heeee. :P

so sekarang aku ada kat bilik baru. :D
aku masuk bilik lama Ain.
bilik paling besar dalam rumah ni tapi pintu pakai papan je.
siyes rase aneh gile.
bayang laa aku dari bilik paling kecik pindah terus masuk bilik paling besar.
barang aku pulak tak banyak. yelaa, bilik paling kecik aku nak sumbat apa kan.
sekarang kosong gile bilik. 
apip cakap, bilik aku mcm bilik orang kawen.
nak masuk 2 orang pon muat lagi. haha.
=.='


besar nye bilik ni. O.o


gerobok besar masih dalam tempahan.
haih, kosong nye....


Apip masuk bilik lama aku.
Ira masuk bilik Apip.
Ain masuk bilik Ira. 
Alhamdulillah.
selesai sudah.

ahli beit ku yang tersayang,
semoga ukhwah kita kekal sampai bila-bila ye.
tak mahu gaduh-gaduh.
tak mahu tacing-tacing.
aku nak duduk ngan korang sampai tahun last.
tenkiu semua atas penat lelah sama-sama pindah bilik ni.
sayang korang semua lah. :)

oh, ye.
exam microb aku tak tukar.
maka nya, aku tetap habes exam 2 Julai.
huhu.
satu subjek je lagi.
Ya Allah, tak sabar nya.
tak larat dah ni.
ok, nak tido dulu.
penat amat sangat dah ni. 
wassalam.



....



25 June 2012

jadual exam di rombak.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



tadi baru dapat maklumat jadual exam dirombak.
aku tak tahu nak bagi reaksi apa lepas tahu jadual exam aku tu di rombak.


26 Jun 2012
10.30am - 1.30pm - Written Oral Histology and Embryology
2.00pm - onward - Oral exam Oral Histology and Embryology.

28 Jun 2012

10.30am - 1.30pm - Written Biochemistry
2.00pm - onward - Oral exam Biochemistry


maksudnya exam written dan oral pada hari yang sama.
separuh hati aku happy,
sebab ada masa nak baca buku.
tak ada laa exam berterusan tanpa gap langsung.
tapi separuh hati aku tak berapa happy,
sebab soalan written kan soalan essay.
so kita akan skip fakta-fakta kecik.
kalau macam ni, maksudnye kene khatam the whole book laa tanpa ada exception sebab oral exam biasa doctor tanya soalan yang kecik2 tu.
hailoooo. 


ni pon ada kemungkinan oral microb pon nak di buat pada hari yang sama dengan written.

yeaaaaaahhhhhuuuuuuhuuuuuu!!!!!

=.='
kekeliruan emosi.


dalam kepala aku sekarang satu je.
cepat laa habis exam.
tak larat dahhhh.
:'(


 buku paling berat. 
lebih 1kg buku ni. nak buat belasah orang, aku jamin pengsan.
@_@



dan buku paling bosan susuanan ayat dan rupa nya.
mcm mana nak expect kami tak tido bila hadap buku ni. 
tulisan semata-mata.
inikah hakikat seorang pelajar?
:'(

aaaaaaaahhhhhhhhhhhhh.
x nak exam. x nak exam. x nak exam. x nak exam. x nak exam.



........



22 June 2012

oma oma yang hampir buat aku koma.

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah.
Written Pathology dah tamat.
eh, baru yang exam kertas.
esok ujian lisan pulak.


Pathology ni,
aku belajar macam-macam jenis penyakit.
seronok memang seronok.
terus rase dulu aku ni bengong gile.
mcm contoh, penyakit BATU KERING.
atau nama lain TUBERCULOSIS (TB)
dulu aku betul-betul ingat batuk dia kering tak berkahak.
jadi kalau aku ade batuk teruk tapi xde kahak,
aku ingat aku kene penyakit ni daa.
rupa-rupa nye, haih.
rasa malu gile ngan diri sendiri.
hahahahahaha.
TB ni sangat lah bahaya.
dia boleh effek semua system dalam badan kot.
dan even orang tu baru kene primary TB dan lepas tu sembuh,
tapi dia sembuh melalui fibrosis. erk, ok. aku dah x reti nk terang secara mudah.
=.='





yang paling susah pada aku dalam subjek ni belajar NEOPLASIA
atau nama lain dia, CANCER.
dulu kalau orang cakap dah stage 3 atau stage 4, aku tak paham.
sekarang dah faham. stage tu refer pada TNM staging system.
T tu untuk size tumour tu. T1 ke T2 ke T3 ke dan seterusnya.
N tu untuk berapa banyak lymph node yang terefek.
M tu untuk metastasis yakni dia dah merebak ke tempat lain ke belum. 

jadi kalau orang kata cancer dia dah last stage dah, maksudnye dia T4 N3 M1. dah teruk sangat dah tu.

lepas tu,
cancer ni bukan satu macam.
bermacam-macam.
mula-mula kene tahu ade benign, locally malignant, ngan malignant.
lepas tu benign tu pulak dibahagi lagi bawah dia.
gaaaahhhh. 
contoh mcm benign epithelial tumour.
bawah dia ade papilloma dengan adenoma.
bawah papilloma pulak ade 3 jenis lagi.
bawah adenoma pulak ade 3 jenis lagi.
bayang la. tu baru benign untuk epithelial je. yakni kulit.
belum campur cancer tulang, otot, salur darah, hati, paru-paru dan pelbagai lagi.
memang banyak sangat lah.
ni baru yang aku belajar.
yang bidang khusus ambek cancer, komfem lagi serabut kepala.
ni baru lah seciput dari ilmu cancer tu. tu pon dah byk sangat merungut nye laa. =.='
lymphoma, sarcoma, osteoclastoma, leiomayosarcoma, rhamdomyoma, lama-lama memang koma ah.
hahaha. so kalau lepas ni orang cakap pasal cancer, aku dah paham dah.
dan part tu yang paling seronok seronok sebenarnye. heee.



squamous cell carcinoma

osteosarcoma

melanoma. 
ni antara cancer kulit yang paling berbahaya.

transitional cell carcinoma.
ni buah pinggang ye.
dasyat gile kan?


siyes oh belajar ni mmg terasa kebesaran Allah.
cancer ni kadang-kadang boleh jadi tanpa sebab.
xde family history, amalkan gaya hidup sihat, hidup tak stress, makan sayur semua tapi tetap boleh kene.
due to unknown reason, DNA dia alami mutation lepas tu kene lah cancer.
tak ke daebakk tu!
kalau bukan Allah yang berkuasa, siapa lagi.
kalau Allah mmg nak sesuatu tu jadi, maka jadilah dia.
tanpa perlu ade explanation pon.
so tak payah nak bajet sangat lah.
sekali Allah turunkan bala,
tak ada siapa pon dapat tolak.

dan esok aku ujian lisan.
oral pathology,
ujian esok ada 2 sesi.
satu tu sesi mcm biasa laa. tanya-tanya soalan berdasarkan pada buku.
satu lagi tu sesi mengenal pasti jar atau balang kaca.
specimen diletakkan dalam balang kaca, lepas tu kene teka apa benda tu.
macam main quiz pulak.
hohoho. tapi bukan senang oh.

antara balang kaca yang menarik,
sebab ada yang nampak normal jadi nanti aku x tahu nak explain macam mana. 
heeeee.


usus besar yang kene serangan Bilharziasis. maka terjadilah polip bilharziasis dan pericolic mass.
ok, rase pelik nak translate ke bahasa melayu.
ni betul punya oh.
cuba bayang usus kita jadi macam ni. sakit tak sakit ah kan.



aku doa aku dapat soalan kaki ni esok.
sebab senang nak cam. heeee.

ni kaki orang yang kene penyakit kusta (leprosy)
yang belah atas tu memang laa kene potong kan.
tapi jari-jari kaki dia tu semua tertanggal sendiri.
penyakit kusta ni boleh buat org hilang deria rasa (sensation) lepas tu jari jemari akan tertanggal dengan sendiri.
seram kan?

ni paru-paru orang yang kene secondary TB.
paru-paru dia bertukar jadi cheese-like stucture.


ni uterine leiomyoma.
atau nama lain, cancer otot di dinding rahim.
rahim sepatutnya ade ruang kosong dalam dia.
ye laa, untuk baby kan.
tapi yang ni, rahim dia penuh ngan tumor tu dan membesar jadi bulat lagi.
memang dah x boleh beranak ah. sebab tu uterus ni kene buang.
mesti sedih gile kan.

so tu 4 dari pada hampir 40 jars yang aku kene khatam.
berdebar nak exam ni. takut tak dapat nak bezakan jars je. huhu.
doakan aku ye.

lepas patho ni,
aku akan mengalami minggu busy study.
hahaha.
so sebab tu nak lepas kan jugak gian nak membebel kat blog.

kepada mama n abah yang membaca,
sila doakan anak anda di sini ye
trying to do my best.
tapi i dont think my result for this year will be the same as for last year.
susah gile aih.
so mohon maaf awal-awal deyh if i dont reach your expectation.
heeeee.


mujahadah itu pahit,
kerana syurga itu manis.
:)


.......



17 June 2012

me lazy.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




gaaahhh.
awat malas sangat nak study ni aih.
tak tahu ni malas ke tak ada ade mood.
dengan cuaca yang panas di musim panas ni,
perasaan nak membaca dan menghafal seolah-olah terbang di bawa angin kipas berkelajuan FULL ni.
padahal exam tu bukan mudah.
exam tu bukan senang.
kalau tak ada usaha, memang mustahil laa nak berjaya.
kalau bermalas-malasan gini, memang lingkup laa jawab nya.
tahu dah hakikat tu.
tapi kemalasan yang menggunung dan meluas ni begitu sukar dihapus.
kyaaakkkk!!!


microbiology exam aku tunda.
maka nya,



semua budak Asnan Gamil bakal hidup macam zombie laa maksudnye minggu last jun ni.

26/6 - oral histo (w)
27/6 - oral histo (o)
28/6 - biochem (w)
30/6 - biochem (o)
1/7 - microb (w)
2/7 - microb (o)

berderet gile kot.
kalau x jadi zombie, tak tahu laa.


lepas 2 julai,
MERDEKA!!
oh cepat laa habes exam.
tak larat dah ni.
ceh, mcm laa pulun gile2 sangat kan.
=.='

dah. jom study.
asyik cakap study.
tapi x study pon.
azyan azyan.


true story.



.......

12 June 2012

semangat untuk diri sendiri.

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


esok,
13 JUNE 2012
aku bakal exam Anatomy Head and Neck.



antara banyak-banyak subjek yang aku ambek,
subjek ni yang paling aku tak berminat.
tak tahu kenapa susah sangat nak timbul rasa minat pada subjek ni.
mungkin sebab banyak sangat yang kene dihafal kot.
belajar subjek ni seronok.
part nak menghafal tu yang kurang seronok siket.
adesss.

respek ah sama budak medik yang hafal anatomy satu badan.
aku yang belajar kepala ngan leher ni pon dah naik menyong.
tapi ilmu ni sangat lah penting untuk seorang dentist.
kenapa laa hati ni berat sangat nak rasa minat menghafal.
orang kata subjek yang kita minat, kita tak akan rasa terpaksa pun nak hafal.
aku sokong kenyataan ni.
contoh subjek Dental Materials yang aku sangat suka itu.
aku rasa semua menarik jadi aku tak ada laa rasa seksa sangat nak menghafal.
hmmmm.


tapi minat ke tak minat,
bukan alasan tak boleh study kan?
bukan alasan tak boleh hafal kan?
kak yana kata,

kalau Allah nak jadikan kita orang hebat,
tak kan laah Allah nak bagi benda yang mudah je.
bila benda tu susah, baru lah kita nak menghargai benda tu.
InsyaAllah lepas ni boleh jadi manusia yang hebat.
:)

so, tiada alasan lagi.
suka ke tak suka,
minat ke tak minat,
paksa siket otak tu untuk menghafal semua nama ni.
semua relationship, communication, branches, tributaries, dan sewaktu dengan nya.
usaha usaha usaha.
kang tak lepas, kene repeat paper,
tak sudah menyesal kang.
baik lah bagi yang terbaik,
lepas tu apa natijah nye,
semua kat tangan Allah.
at least dah berusaha semaksimanya.
tak ada laa rasa menyesal kan.



jadi Azyan A Aziz,
stop merungut dalam hati.
stop rasa serabut.
stop rasa hopeless n helpless tu.
and give it your best effort.
kalau Allah kata kau gagal jugak paper ni,
sekurang-kurang nya dah bagi yang terbaik.
kan?
so buat apa merungut.
baik lah mulakan menghafal dengan hati yang tenang.
lagi banyak merungut, lagi laa payah nak masuk kepala tu.
lagi cakap banyak tak study lagi,
lagi laa rasa terbeban nak fokus pada apa yang tengah baca.
tenangkan hati anda. 
selawat banyak-banyak.
ada 27 jam lagi sebelum exam.
InsyaAllah, dengan izin Nya,
kau boleh habeskan menghafal semua ni.
boleh, boleh, boleh.
chaaiiyookkk azyan!!


ok, membebel sorang-sorang pulak mak cik ni.
=.='


doakan aku.
doakan banyak-banyak.
Rabbuna Yusahhilna.



........


06 June 2012

kat kat tat

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..




peneman study yang baru.
satu sebab dia sedap.
dua sebab dia murah.
tiga sebab dia sedap lagi.

ohhooo.
gemuk laa gini.
sampai satu kotak aku beli.

=.='


........

04 June 2012

kami. :)

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


awal tahun 2008 kot. HAHA.

1996? kot.

september 2010


disember 2010



gaaahh.
antara malam yang rasa nak terbang balik malaysia kejap.
haha.

sebulan 3 hari je lagi.
sabar azyan sabar
siket lagi.

semoga Allah masih membenarkan aku berjumpa kedua orang tua ku,
dan 4 adik beradik ku lagi.
InsyaAllah.
:)




...



02 June 2012

Done.

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Done with first written exam.

lepas ni nak mintak gam'ah buat exam oral dulu baru written boleh tak?
tak larat dah nak sentuh buku yang banyak tu.

tak sanggup nk tengok jawapan yang salah.
rasa nak meraung dan melalak je.

yang patut increase, aku tulis decrease.
yang patut stimulate, aku tulis inhibit.
yang patut less, aku tulis more.

tak suka soalan-soalan gitu.
konfius yang amat.
masuk dewan exam, 
bercelaru kepala.
nak tulis pon tak konfiden.

@____@

aaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh.
mental breakdown.

esok oral exam.
2 sesi.
doakan aku.


1written down,
6 written to go,
7 oral more.
T__T


.......